|
Post Last Edit by dammerung at 7-11-2011 23:04
Episod terbaru Naruto bermain di skrin monitor sebesar 14 inci. Sudah menjadi rutin bagi penghuni apartmen pelajar 9-5-1 berkumpul beramai-ramai di bilik Weng Seng menonton episod terbaru anime kegemaran mereka. Ajis menopang dagunya dengan lutut. Matanya tidak berkelip-kelip menonton babak pertarungan klimaks karekter Naruto dan Sasuke tetapi mindanya merewang ke tempat lain. Peristiwa di luar bilik Dr. Salwa bermain di mindanya seperti filem yang di muat turun dari internet. Bagi Ajis, Nadira adalah wanita terakhir dalam dunia ini yang dia akan mengucapkan perkataan sayang. Tidak ada satu perkara baik pun yang boleh menggambarkan gadis itu. Kecuali kecantikan wajahnya, terutama sekali senyuman Nadira. Senyuman yang sentiasa bermain di otaknya seperti filem yang diputar secara berulang-ulang.
Deringan SMS di telefon bimbit Ajis membuatkan teman serumahnya memberikan renungan tajam. Ajis memahami jelingan mereka sebagai amaran untuk menetapkan telefonnya kepada 'vibrate'.
"Yelah...yelah aku dah set silent mode neh"
Nombor yang tidak di kenali tertera di paparan telefon bimbit. Dahinya berkerut, dia tidak mengecam nombor itu. Siapa pula yang menghantar SMS malam-malam buta ini.
"What are you doing?"
"Who is this?" Ajis membalas SMS yang tidak bernama.
"Nadira"
"Saye x buat ape2"
"Tak siapkan report Dr.?"
"Tak...nnt saye siapkan"
SMS terakhir tidak di balas sehingga Ajis cuba melelapkan matanya.
"Are you free now?"
"Dah nak tido"
"U tido pkl 10mlm?"
"I ngantok"
"Can I call u?"
"Ok"
Tidak sampai beberapa saat Ajis membalas SMS Nadira, telefonnya berdering.
"Hi Ajis"
"Hi"
"You lapar tak?"
"Not really...kenape?"
"I lapar"
"Okay"
"Teman I"
"Pergi mane?"
"Makan"
Ajis senyap seketika. Malas sungguh dia hendak keluar. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah bersiap untuk tidur. Tidak sempat Ajis hendak memberi alasan, Nadira sudah mengucapkan sesuatu yang membuatkan dia tidak mampu menolak.
"Ajis...please?"
Ajis menghela panjang.
"Okay...nanti you dah..."
"I dah sampai kat kolej, you dekat blok mane?"
Pelik Ajis, cepatnya Nadira sampai. Apa dia buat di kampus tengah-tengah malam buta ni?
"Blok 9"
"Okay lagi 5 minit I sampai, you tunggu kat guard tu"
"Okay"
Ajis masih lagi berlingkar di atas katil. Dia masih tidak memahami kenapa dia sanggup meninggalkan tilam empuk dan malam yang sejuk ini. Bukan selalu malam berangin begini datang tetapi bila ia datang ada sahaja yang merosakkan tidurnya. Apa yang menambah lagi kebengangannya ialah perosak malam yang sempurna ini adalah gadis yang selalu menyakitkan hatinya. Dengan berat hati, Ajis memaksa dirinya bangun dan bersiap.
Kilauan lampu tinggi menarik perhatian Ajis. Dia berjalan menuju ke arah cahaya lampu itu. Nadira mengangkat pengunci kereta di sebelah kanan untuk membolehkan Ajis membuka pintu kereta.
Keadaan di dalam kereta masih lagi sunyi sepi. Masing-masing tidak bersuara. Kereta Fiat Punto mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur yang terang-benderang dengan cahaya lampu. Ajis yang asyik dengan kerlipan lampu-lampu menyedari tujuan asal dia menemani Nadira.
"Awak cakap nak makan?"
"I dah tak lapar"
"Okay...."
"Thanks sebab teman I malam ni"
Ajis menoleh ke arah jam tangannya.
Dah sejam baru nak cakap thanks? geez
"Yea Okay"
Tiba-tiba Nadira menangis teresak-esak. Ajis panik.
Ah sudah, kenape pulak ni
Ajis tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan situasi begini. Haruskah dia berkata sesuatu atau patutkah dia berdiam diri?. Akhirnya Ajis membuat keputusan untuk berdiam diri. Lebih baik menutup mulut dari berkata sesuatu yang hanya memburukkan lagi keadaan.
"Aren't you suppose to console me?!!" teresak-esak Nadira memarahi Ajis.
"Huh?...Should I?"
"OF COURSE!"
"Okay...apa yang awak nak saye cakap kat awak?"
"Manalah I tau!!...whatever guys supposed to say to a crying lady lah!"
"Hmmm...kenape awak nangis?"
"...Ahh...nevermind..." Sia-sia sahaja Nadira menelefon Ajis. Dia memerlukan seseorang untuk menemaninya malam ini dan Ajis adalah orang terakhir yang dia mahu berada di sebelahnya ketika ini. Ajis, akhirnya menjadi orang yang terakhir itu dan Nadira tiada pilihan lain. Sekarang ini dia menyesal tak sudah. Keadaan kembali menjadi sunyi sepi, Nadira mengambil simpang untuk kembali ke UAM. Tidak sanggup dia menghabiskan walau seminit bersama lelaki selekeh yang memanggil dirinya "Ajis" ini.
"Errrmmmm...pernah dengar Gymnopedie no. 1?"
"Huh?"
"Gymnopedie no.1 by Erik Satie...it's a classical piece..."
Ajis mengeluarkan iPod dari saku jaket tentera berwarna hijau olive. Wayar serbaguna USB dari iPodnya dicucuk kepada soket USB di stereo kereta Nadira. Petikan piano Daniel Versano memenuhi ruangan kereta kecil itu. Kemerduan setiap not yang di main bernada harmoni dengan keindahan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Nadia terasa seperti di awangan.
"Nice...you suka muzik-muzik macam ni?" tanya Nadira kepada Ajis.
"Well yea...takdela spesifik...saye dengar semua jenis lagu...awak suke lagu ni?"
"Yeah...I like it...very soothing...relaxing...it's like I want it to play on forever"
"Saye boleh send lagu ni dekat awak..."
"Huh?"
"E-mail dekat awak..."
"Oh yea...ok"
Ajis memerhati wajah Nadira. Matanya bengkak dan hidungnya merah. Maskara hitam yang cair terkena air mata menuruni pipi. Sungguhpun begitu, kejelitaan Nadira masih terserlah.
"Something happened at home?" tidak semena-mena Ajis bertanya soalan yang agak sensitif.
Bodoh! kenapa ko pergi tanye!!! Ajis memarahi dirinya. Dia faham benar dengan dirinya yang senang mengeluarkan apa yang dirasa dalam hati. Dia mendakap sifat itu sebagai salah satu keistimewaan yang ada pada dirinya tetapi ada masanya dia seperti mahu buang sahaja sifat "istimewa"nya jauh-jauh. Ajis bersedia untuk menahan apa jua semburan bisa yang akan keluar dari mulut Nadira sebentar lagi.
"Papa dengan mama gaduh lagi" Nadira menjawab pertanyaan Ajis dengan tenang. Seperti dia memang mahu Ajis bertanyakan soalan itu.
"Masuk ni dekat 6 kali diaorang gaduh...and that just for this week alone!"
"I'm sick of it!...really really sick of it!"
Kereta diberhentikan di kaki Bukit Cahya. Nadira keluar dari kereta dan berjalan ke arah tebing yang dibina ruang tinjau. Bukit Cahya merupakan kawasan riadah yang popular di kalangan jurukamera professional dan juga pasangan kekasih memadu asmara. Dari situ pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan landskap bandaraya Kuala Lumpur. Ajis memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menghampiri Nadira. Risau juga dia jika ada orang-orang berniat jahat mahu menganiaya mereka. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gadis secantik Nadira. Selain orang jahat, Ajis juga risau ada "orang baik" yang mahu "mengahwinkan" dia dan Nadira. Ajis memandang ke langit sambil kedua belah tangannya memanjat doa, berharap tiada "orang ketiga" datang kepada mereka malam ini.
Kerisauan Ajis hilang apabila dia melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur di dalam jutaan gemerlapan cahaya di bawahnya. Tidak pernah dia menyaksikan Kuala Lumpur dari perspektif ini, terutama sekali pada waktu malam.
"Woww!" Ajis tidak dapat menahan kekagumannya.
"Cantik kan?" Nadira mengesahkan lagi kekaguman Ajis.
"I selalu datang sini bila I rasa down"
"Dengan kawan-kawan awak?"
"Sorang"
"Saye faham kenape awak datang sini bila awak down...I mean..this is beautiful"
"Ajis...parent you selalu gadoh?"
"Ermm...saye tak tau..."
"Tak tau?"
"I lost my parent when I was very young...therefore I don't even know them"
"Oh..sorry"
"Neah...it's okay"
"So siapa yang besarkan you?"
"Maksu saye...my late mother younger sister"
"So must be fun growing up with your cousins and all...I cuma ada adik perempuan sorang"
"Nope...maksu saye tak kahwin" |
|
|
|
|
|
|
|
"Oh...so maksu you kerje ape?"
"Ohh..ermmm...dia...ade...kedai runcit...yea groceries store...family inherited...dulu arwah atuk saye punya then turun dekat dia"
"How about your family?"
"Papa is a kontraktor...ade construction firm...mama duduk rumah je...dulu tak pernah gadoh pun..tapi sejak Selangor jatuh kat tangan pembangkang...papa dah tak dapat projek....slowly he turned into this bitter man...our financial is in dire...Jun haritu papa terpakse declare bankrupt...mama terpakse jual tanah pusake...sedara mara dari belah mama ade pinjamkan duit tapi semuanye macam mengharap sesuatu...semalam Uncle Rahim mintak mama jadi penjamin loan dia...papa tak kasi...diaorang gaduh..lagi..." Nadira berhenti dari terus menceritakan masalah keluarga. Dia tidak rasa dia patut membuka pekung keluarganya pada Ajis.
"That stupid basterd pula dump I"
Ajis memandang Nadira dengan riak kehairanan.
"Oh..I meant Remy, boyfriend I...I mean ex-boyfriend I"
"Oh..okay"
Mereka berdua diam seketika. Masing-masing memandang ke arah pemandangan indah di hadapan mereka.
"You love him?"
"Remy? no..not really.."
"You don't love him tapi kenape jadi girlfriend die?"
"His father was Selangor's former MB sebelum pembangkang take over..."
"So you hooked up with him because bapak dia menteri besar?"
"I know what you think...~ohh Nadira is such a bitch because he's only go for rich dude~...well you know what...I dah dengar semua....and YES, I LIKE RICH GUY...I tak kisah apa orang nak cakap!!"
"Yea okay...I think that's cool" kata-kata Ajis membuat Nadira agak terkejut.
"You don't think I'm a bitch?"
"No..nope...saye rase tak salah kalau perempuan memilih untuk menjadi materialistik"
"Alah you just said it for the sake of being nice" Nadira masih meragui keikhlasan Ajis.
"I think it's fair...kalau lelaki boleh pilih nak perempuan yang cantik, hot, body mantap, alim, bertudung dan sebagainye...kenape perempuan tak boleh memilih harta dan pangkat?...I mean lelaki-lelaki yang memilih ni pun bukannye ade ape-ape pun...in fact saye tengok perempuan je yang banyak effort..lelaki ni banyak yang buat bodoh je...dieorang ingat diaorang deserve perempuan macam tu sebab diaorang ni lelaki..."
"Ajis...for the first time I have to agree...didn't expect to hear that from you...are you gay?"
"Huh...kenape awak ingat saye gay?"
"Sebab I tak pernah dengar lelaki cakap macam tu..."
"Well there's always first time for everything..."
"Not only that...I mean your taste in music is different...even I rase you're the first guy I met yang tak cube langsung try to hitting on me..."
"Semue lelaki yang nak kenal awak mesti kene ngorat awak ke?"
"Not to brag but so far...yes"
"Maybe takda apa dekat awak nak buat saye ngorat awak...kot"
"Eleh...if not then why you're checking me out siang tadi?"
"Well that eliminate the possibility of me being gay now wouldn't it?"
"Okay..okay...duh...but still you're checking me out kan?"
"Yes...I was checking you out"
"Yea...all guys are pervert, why I'm not surprise"
"Awak tak boleh cakap camtu..."
"Kenape pulak?"
"Awak pakai seksi-seksi...of course akan attract attention lelaki...normal la lelaki tertarik pada something sexually attractive and you're giving them that...kalau awak tak suke lelaki checking you out then janganla pakai seksi-seksi"
"Eh sukati I lah nak pakai macam mane"
"Then sukati diaorang lah nak tengok awak" Ajis menjawab kenyataan Nadira sambil tersenyum.
"Okay! Fine...moral police, you menang"
"Ha ha ha...okay sorry...let's not talk about this anymore"
"I dah okay...jom"
Ajis lega dengan kata-kata Nadira. Biarpun kecantikan pemandangan di Bukit Cahya malam itu sungguh indah tetapi hatinya tidak tenang berada di situ. Kawasan tanah tinggi yang hanya diterangi beberapa lampu jalan agak menyeramkan. Dia bukan setakat risaukan manusia yang boleh menganggu mereka tetapi juga kehadiran makhluk lain yang boleh membuat dirinya berlari tak cukup tanah.
Nadira mengambil iPod Ajis yang terletak di kompartmen bawah brek tangan. Dia melihat pada skrin iPod.
"Debussy...Claire de Lune...best?"
"Dengarlah..."
Petikan piano yang memainkan movement ketiga dari Suite bergasmaque, karya agung Claude de Bussy bergema dari speaker berjenama BOSE. Terpukau Ajis dengan kualiti bunyi yang begitu tinggi. Berbeza sekali dengan kualiti audio dari speaker murah komputer ribanya yang di beli dari Plaza Low Yat.
"Oh my God...this song!!!...I love this song!!" jerit Nadia mengejutkan Ajis dari terus menikmati kecantikan lagu Claire de Lune.
"Awak tau lagu ni?"
"YES...cerite Twilight kan?...I love that scene bila Edward bawak Bella lompat-lompat atas pokok...oh so romantic"
Duhh... bengang Ajis apabila karya agung Debussy hanya dikenali sebagai muzik pengiring filem cinta remaja yang membosankan.
"Yea...I guess so.."
"You tak minat Twilight?"
"Oklah..."
"Oklah?"
"Ye lah...biase je..."
"Are you one of those pretentious artsy fartsy yang konon-konon tengok art film je?"
"Huh...what do you mean by that?"
"Yelah...I ade kawan-kawan yang macam tu...konon-konon just tengok movie-movie art...high class la kononnya...cerita macam Twilight ni untuk orang-orang kampung je"
Tergelak besar Ajis.
"Kenapa you gelak? betul la kan? I menyampah betul dengan orang-orang yang macam tu...are you one of them?"
"Saye tengok semua jenis movie....art ke ape ke...asal best saye layankan je...cume bagi saye, ade lagi cerite lagi best dari Twilight...I mean in terms of romance film lah" |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 8-11-2011 01:59
"Like?"
"Okay...saye suka Cinema Paradiso dengan Amelie...bagi saye filem-filem tu are one of the best romance film yang saye pernah tonton"
"Tak pernah dengar pun?"
"Cinema Paradiso is an Italian film, Amelie tu French movie"
"Oh God, you are one of them"
"Kenape pulak?"
"Come on...Italian and French movies?"
"Just because they're Italian and French so they are art films?...takdelah...cerita dia straightforward...just bukan Hollywood"
"They're good? Really?"
"Yea..kalau awak berminat, esok ada European Film Festival dekat GSC, dua-dua filem tu ada tayang...saye boleh bawak awak"
"Errrr...No, thank you.."
"Well... okay.."
Nadira mengambil iPod dan memutarkan kembali lagu Gymnopedie no.1 sambil menetapkannya pada "repeat". Lagu itu secara rasminya sudah menjadi lagu kegemarannya buat masa ini. Masing-masing tidak bersuara kerana tiada apa yang hendak diborakkan. Nadira menjeling ke arah Ajis yang memandang keluar tingkap sambil mengusap-usap jam tangan.
"You really love that watch huh?"
"Oh this?...yea sort of"
"Special sangat ke jam tu?"
"For me yes...ini jam ayah saye"
"What happened to your dad?"
"Ayah saye ialah professor Anthropologi. Dia hilang kat hutan Borneo"
"Oh I'm sorry...if you don't mind me asking...ape father you buat kat hutan Borneo?"
"Dia buat research pasal this one rare tribe di Borneo...all of his research team went missing after the third week..."
"And your mom?"
"Arwah mak saye meninggal mase saye umur setahun lebih...die memang jenis selalu sakit...bila saye lahir, her condition got worst and in the end succumbed to her illness"
"That's bad...your dad must be heartbroken for losing your mom...I mean losing her beloved wife.."
"Hmmm...I don't think so..."
"Huh? kenape you cakap macam tu?"
"Parent saye divorced sebaik je saye lahir...sebelum tu memang diaorang dah separated.."
"Ohhh...I tak tau plak...I am so sorry...banyak pulak I tanye"
"Neah...it's okay...not that I even know them...diaorang pergi mase I was still a baby....maksu saye yang besarkan saye.."
"How about your grandparents?"
"They're long gone before my parents were even married"
"And the watch..."
"Jam ni satu-satunya benda yang rescue team jumpa mase cari ayah saye dan research group die...so in a way, this is the only thing that reminds me of my father..."
"So you sayang ayah you?"
"I don't know...ayah dan mak saye pergi terlalu awal...saye tak tau macam mane nak sayang orang yang tak pernah wujud dalam hidup saye...and this watch is the only memento that I have of them..."
Mendengar penjelasan Ajis menimbulkan satu perasaan sedih dalam hati Nadira. Dia memandang Ajis yang bercerita seperti tiada apa yang berlaku. Nadira tidak boleh membayangkan jika dia kehilangan ahli keluarganya. Papa, mama dan Aini adalah orang yang paling disayanginya di dunia ini. Lelaki di sebelahnya tidak mempunyai siapa-siapa pun. Dia tidak dapat menjelaskan kenapa terdapat satu perasaan seperti mahu memeluk Ajis seerat-eratnya dan berkata "everything is okay dear".
Nadira menghentikan keretanya di hadapan pondok pengawal Blok 9. Jam tangan TAG Heuer Carrera Ladies miliknya menunjukkan waktu sudah melepasi tengah malam.
"It's quarter past 12..."
"Yea..."
Ajis membuka tali pinggang keselamatan dan cuba mencapai iPod, tidak menyedari pada masa yang sama Nadira pun cuba mencapai iPod dengan niat untuk memulangkannya pada Ajis. Tangan Ajis dan Nadira bersentuhan. Seperti terkena renjatan elektrik, Ajis segera menarik tangannya.
"I'm so sorry...saye tak sengaja.."Ajis berulang kali meminta maaf. Gelihati pula Nadira melihat Ajis seperti tidak tentu arah.
"It's okay...it's okay...I tau you tak sengaja"
Diraba-raba poket belakang dan depan, memastikan tiada apa yang tertinggal. Poket jaket tenteranya di raba bagi memastikan iPodnya tidak tertinggal. Dia meraba sekali lagi untuk memastikan semuanya ada di dalam poket. Ajis tidak pasti kenapa dia begitu bersungguh memeriksa barangannya berulang kali. Adakah dia tidak mahu meninggalkan kereta Nadira? Adakah dia tidak mahu meninggalkan Nadira? Dia sendiri tidak pasti.
"Well..okay...saye balik dulu.."
"Yeah okay..."
"So...good night Nadira..."
"Yea okay...good night to you too Ajis"
"Yea okay...bye"
"Ermm...Ajis"
"Yes?"
"Thanks...thanks sebab teman I malam ni...I appreciate it a lot.."
"Yeah..terima kasih juge sebab bawak saye jalan-jalan..."
"So I see you tomorrow?"
"Yes..I see you tomorrow Nadira..."
"Yea okay...nanti you contact I okay?...you got my number?"
"Yea..tadi you call I"
"Oh okay"
Ajis membuka pintu kereta tetapi berkunci. Berkali-kali dia cuba membuka tetapi gagal.
"Err Nadira..."
"Yes?" Jawab Nadira pantas.
"Awak tak nak kasi saye keluar?"
"Oh okay..sorry..sorry.." Nadira segera menarik kunci di pintu.
Dengan perlahan Ajis berjalan menuju ke Blok 9. Lampu kereta Nadira masih lagi menyuluhnya. Dia berputar ke belakang dan melihat Nadira seperti termenung melihat ke arahnya. Ajis cuba melambai dan Nadira seperti baru tersedar dari lamunan, segera dia menarik brek tangan. Sebelum dia memutar keretanya, Nadira melambai ke arah Ajis sambil tersenyum. Senyuman yang ikhlas.
Ajis meunggu sehingga kereta Fiat Punto hilang dari pandangan. Sejak keluar dari kereta Nadira, dia tidak henti-henti tersenyum. Tubuhnya terasa ringan, hatinya rasa gembira dan sayang. Sayang? saya pada siapa? adakah? Ajis menghentikan dari terus memikirkan perkara tersebut.
Di dalam hati, dia tidak sabar menunggu matahari terbit. Hari baru bersama gadis bernama Nadira Tajuddin.
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
|
comel jer cita nih ..nice work |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:26
Rabu
Pintu gate automatik terbuka dan kereta Fiat Punto berwarna putih memasuki perkarangan sebuah banglo besar. Kereta itu diberhentikan di belakang Mercedes-Benz E320. Irama Gymnopedie no.1 masih lagi bersenandung di mulut Nadira. Dia membiarkan enjin keretanya hidup buat sementara waktu. Tiba-tiba dia merasakan pipinya panas. Otot-otot mukanya seperti di tarik-tarik dan bibirnya tidak henti-henti menguntum senyuman. Tubuhnya terasa ringan dan di dalam hatinya dia merasakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Seperti, seperti berbunga-bunga.
Nadira menarik cermin pandang belakang untuk memeriksa wajahnya. Berkerut dahi Nadira melihat kulit muka yang merah padam. Kenapa mukanya merah? Nadira berkata dalam hati. Hendak kata dia marahkan sesuatu, tiada sekelumit perasaan marah pun yang ada di dadanya ketika ini. Dia teringat kembali aktiviti bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur sebentar tadi. Iya, dia terhibur keluar sebentar tadi bersama...
"Ajis....Ajis?....that guy?"
"There's no way he's the one who caused this to me"
Setiap kali dia mengingati Ajis, Nadira tidak dapat menghentikan dirinya dari tersipu-sipu malu seorang diri. Nadira berdebat dengan dirinya sendiri. Apa yang istimewanya lelaki itu sehingga membuatnya dirinya terasa seperti gadis belasan tahun jatuh cinta buat kali pertama?
Tidak pernah dia mempunyai perasaan sebegini rupa. Semasa dengan Remy pun tidak pernah dia merasa begini. Baginya lelaki yang hendak menjadi pasangannya mestilah mempunyai 3K, Kaya, Kacak dan Kereta mewah. Remy mempunyai ketiga-tiga kriteria itu tetapi Nadira terasa kosong apabila bersama Remy. Dia bosan mendengar cerita-cerita Remy yang sentiasa mendabik kehebatannya bermain ragbi, bagaimana dia sentiasa betul dan tak pernah salah, bagaimana kawan-kawan mengagungkan dirinya seperti raja, bagaimana dia sentiasa mendapat apa sahaja yang dihajatinya. Tetapi Nadira perlukan Remy kerana lelaki itu boleh menjaga dia dan keluarganya di samping memberinya kesenangan dan kekayaan. Perasaan cinta, sayang dan semua itu hanya wujud dalam filem dan novel-novel cinta picisan. Hakikatnya kehidupan sebenar adalah survival dari sehari ke sehari. Apa guna mengikut 'perasaan cinta' jika hidup miskin melarat. Duit adalah segala-galanya dan iya duit itu ialah 'cinta'.
Kini Nadira tidak pasti dengan prinsip yang dipegangnya sekian lama. Adakah dia sudah jatuh cinta?. Tidak mungkin, masakan dia mempunyai perasaan yang dia sendiri tidak percaya dengan kewujudannya.
Ah, ini mungkin mainan jiwa. Iya, dia tertekan sebentar tadi dan kehadiran Ajis yang menemaninya membuatkan dia merasa sedemikian. Ini cuma sementara, Nadira menyedapkan hatinya.
"Anyway...he's not that bad" Nadira mematikan enjin kereta dan menuju ke pintu rumah.
Ruangan di depan pintu rumah kelihatan kosong. Biasanya kereta Hummer H2 milik papa akan memenuhi kawasan itu. Mana pula orang tua itu pergi pukul 1:30 pagi ini?
Perlahan-lahan gadis itu membuka pintu. Terkejut Nadira apabila dia melihat ruang tamu terang-benderang. Mama dan Aini sedang duduk di kerusi kayu mewah buatan tangan yang diimport dari Indonesia.
"Mama, Aini, kenapa tak tido lagi?"
Kesugulan menyelebungi wajah ibu dan adik perempuannya.
"Didi sayang...we need to talk" suara Mama serak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 9-11-2011 22:49
"Papa tak akan balik buat sementara waktu"
Nadira hanya membatukan diri. Matanya ditutup rapat. Lagu Gymnopedie no.1 di mainkan di dalam kepala. Dia menganggap semua ini hanya mimpi buruk. Apabila dia membuka mata sebentar lagi, dia akan berada di atas katil, suara rungutan Aini akan kedengaran di luar kerana pelajar tahun enam itu akan membuat rutin perangai mengadanya sebelum pergi ke sekolah dan dia akan bangun dari katil, bersiap seterusnya bersarapan satu keluarga seperti biasa. Iya, ini semua hanyalah mimpi buruk.
"Didi..."
Nadira membuka mata sebaik mendengar panggilan lembut ibunya. Dia tidak bermimpi.
"Mama dengan papa..."
"NO!" Nadira memotong kata mama. Perkara yang amat ditakuti akhirnya terjadi.
"Sayang..."
Nadira bingkas bangun dan menuju ke bilik. Badannya di hempas ke atas katil. Bantal di tekap ke atas kepala, meredam bunyi tangisan yang tidak boleh dikawal dari didengari oleh mama, Aini atau sesiapa sahaja di luar biliknya.
Pandangannya kabur. Kelopak mata terasa berat.
Mata Nadira terbuka luas. Lagu 'I Got It From My Mama' nyanyian Will.I.Am begitu menyakitkan telinga. Tangannya kasar mengambil iPhone yang bergetar di atas meja katil kayu. Nama 'Najis' terpapar di skrin telefon.
"What?" Nadira menjawab malas.
"Hi Nadira, saye try call awak banyak kali tapi tak angkat...pukul berape awak nak sampai kolej?"
"Dah pukul berape sekarang ni?"
"Nak masuk pukul 1"
Nadira melihat jam tangan. 10 minit sebelum pukul 1 tengahari.
"Ajis, can you do it by yourself today? I takde mood"
"Laaa..kenape?....tak best la macam ni"
"I just not in the mood"
"Why?"
"JANGAN BANYAK TANYA BOLEH TAK?"
"....marah ke?..."
"YE MARAH...dah I nak hangup...you buat dulu nanti taula I nak explain kat Dr. Salwa"
"....tsk...hmmm...anyway...saya dah send lagu Erik Satie bersama-sama lagu lain kat awak...he he"
"Sighh...yea whatever..thanks"
"I hate to ask this...but something happened at home?"
"If you hate to ask then don't ask" Nadira menamatkan perbualan telefon. Kejadian pagi tadi masih lagi bermain di fikirannya. Tidak semena-mena air mata kembali mengalir. Nadira menutup matanya serapat-rapat. Dia hanya mahu tidur selama yang boleh pada hari ini. Nadira kembali terlena.
Ketukan di pintu bilik mengejutkan Nadira. Mak Mah bertalu-talu memanggil namanya di luar. Di ambilnya sebiji lagi bantal untuk menutup kepala namun suara Mak Mah masih lagi kedengaran.
Pintu di buka kasar.
"Ade ape Mak Mahhhhh....orang nak tidoooo"
"Didi...mama panggil kat bawah...turun ye..."
"Malasssss"
"Janganla camtu...turun ehhh...nanti Mak Mah buatkan hot chocolate" Nadira tidak mampu melawan cakap orang tua di hadapannya. Mak Mah, orang gaji yang mula berkhidmat sebelum kelahirannya lagi sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
Selesai mandi, Nadira mengenakan jeans dan t-shirt. Dengan malas dia menuruni anak tangga. Dari jauh dia ternampak mama sedang minum bersama seorang lelaki. Papa? tetapi susuk badan seperti orang muda. Nadira mempercepatkan langkah.
Alangkah terkejutnya Nadira melihat Ajis sedang menyapu mentega pada roti bakar.
"YOU BUAT APE KAT SINI???!!!" tempik Nadira.
"Didi...kenape ni?"
"Mama, why you let this hobo come into our house?"
"Didi...tak baik cakap camtu!" mama meninggikan suara pada anak gadisnya.
"Haiiii" Ajis tersengih seperti kerang busuk sambil melambai ke arah Nadira.
Nadira menghampiri meja makan.
"Hmmm...Ajis, can you follow I kejap" Nadira memanggil sambil tersenyum paksa. Itulah senyuman paling sukar yang pernah di buatnya.
"Kejap ehh auntie...jangan ambik roti saya tau" gurau Ajis kepada mama.
"Ishkk..banyak lagi roti neh..." tergelak mama dengan gurauan Ajis. Nak termuntah Nadira melihat Ajis mengada-ngada dengan mama. Dia mengenggam penumbuk seerat yang boleh. Mahu sahaja di lepaskan kepada lelaki tak tahu malu itu.
Nadira mencubit lengan Ajis sekuat yang boleh sambil menarik lelaki itu ke ruang tamu.
"Adoiiii sakitlah!!!...habis tercabut bulu tangan!!!" Ajis mengusap-usap bekas cubitan di lengan.
"Heiii...you ni stalker eh?"
"Huh? kenape pulak saye stalker?"
"Habis tu camane you tau I tinggal kat mane?"
"Laaa...saye tanyelah...."
"You tanye sape?"
"Kawan-kawan you..."
"Huh? sape?"
"Alaaa yang rambut karat-karat tu dengan yang sorang lagi yang suka pakai contact lens kaler biru laa..hijau laa"
"Haaaaaa? you mean Intan dengan Fazira?...Oh my Goddddd" Nadira menekup mukanya dengan tangan. Secara rasminya reputasi Nadira Tajuddin sebagai hot babe UAM sudah jahanam. Dia pasti 'kawannya' yang dua orang itu akan membuat yang terbaik untuk menyebarkan skandal dia dan Ajis ke seluruh universiti.
"Kenape?"
"You ni bodoh eh?"
"Apasal?"
"Kenape you pergi tanye betina dua ekor tu?"
"Habis tu saye nak tanye sape lagi? bukan awak selalu hangout dengan diaorang ke?"
"Lagi satu...Apa You Buat Dekat Sini?"
"Well...I was worried about you...dan saye tak mampu nak siapkan report ni sensorang...jadi saye datangla rumah awak..."
"UghhhhhhhH!!!!"
Puan Zahra, ibu kepada Nadira menghampiri mereka. Nadira masih lagi terasa dengan kejadian pagi tadi. Segera dia melarikan diri pergi ke meja makan. Ajis melihat riak kecewa di wajah Puan Zahra. Dia menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum mesra.
"Ajis duduk dengan auntie kat depan ni kejap"
Nadira menjeling ke arah mama dan Ajis sambil mendengus sebelum menuju ke ruang makan.
Matanya memandang-mandang ke ruang tamu. Hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui apakah yang sedang diborakkan oleh Ajis dan mama.
"Boyfriend eh?" Mak Mah mengusik sambil meletakkan segelas koko panas di hadapan Nadira.
"Mak Mah?...cuba Mak Mah bukak mata besar-besar sikit...adeke lelaki selekeh macam tu Mak Mah kate boyfriend Didi?"
"Selekeh?..ehh ok je Mak Mah tengok...boleh tahan hensemm"
"EUuwwwwww....sah Mak Mah dah rabun"
Kata-kata Nadira disambut dengan hilai tawa Mak Mah.
"Ehhh tergelak pulak dia...orang serius neh"
"Betul laa...cuba Didi tengok betul-betul.."
"Malas nak layan Mak Mah"
Mama dan Ajis kembali ke ruang makan. Nadira menarik muka. Wajahnya di paling ke arah tingkap. Merajuk. Ketegangan dirasai oleh Ajis.
"Hmmm auntie, saye nak mintak diri dulu...boleh tak kalau Didi hantarkan saye balik kampus?"
Hampir tersembur koko panas dari mulut Nadira. Berani betul jantan tak malu ini.
"Haa bolehhh...apesal pula tak boleh...Didi, you send Ajis back to campus eh?"
Ajis memalingkan mukanya ke arah Nadira. Tersengih-sengih. Geram tak terkata Nadira. Di hempasnya gelas ke atas meja.
"HAH! Cepatlah!..mengade-ngade!"
"DIDI!" Mama menegur Nadira dengan tegas.
Nadira bergegas ke rak kasut dan memilih Adidas Stella Mccartney Ballerina berwarna hitam. Ajis berjalan di belakang sambil berbual dengan mama.
Terhegeh-hegeh getus Nadira.
Enjin kereta dihidupkan. Geram betul hatinya bila dia melihat Ajis masih lagi sambil lewa manyarung kasut dan beramah mesra bersama mama. Hon dibunyikan beberapa kali. Mama memandang dengan muka masam. Nadira tidak peduli, lagi cepat 'Najis' berambus dari rumahnya lagi bagus.
Akhirnya Ajis memasuki kereta. Merah padam muka Nadira menahan marah. Hidungnya kembang kempis.
"Hmm Didi..."
"Sekali lagi you panggil I dengan nama tu...I swear to God, I cakar muka you sampai hancur"
"Okla..okla...Nadira....ok?"
Nadira tidak berminat hendak memulakan perbualan dengan Ajis. Dia masih tidak percaya bagaimana Ajis boleh terpacul di rumahnya.
"Hmmm awak lapar tak?...saye lapar la..lunch nak? saye belanje...ok?"
Nadira masih lagi tidak berminat untuk berbual.
"Pleaseee...semalam saye dah teman awak jenjalan...can you return back the favor?"
"Eeeeeeeeee...geramnyeee....oklah!...kat mane?"
"Hureyyy...." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 12-11-2011 22:26
Ajis menunjukkan jalan menuju ke tempat makan kegemarannya. Nadira mematikan enjin di hadapan deretan restoran terbuka. Dilihatnya orang sedang beratur panjang sambil memegang pinggan.
"Kite nak makan kat sini?...tak mau lah!...I tak sukela makan kat tempat-tempat macam ni"
Nadira yang sudah biasa makan di restoran berhawa dingin dan berhidang tidak biasa dengan persekitaran kedai makan terbuka seperti ini.
"Awak tak pernah makan nasi padang?"
"Nasi padang?"
"Ye nasi padang...oh God...you're missing one of the best cuisine in the world...awak kena try"
"I tak nak beratur!"
"Yea ok..awak duduk..saye ambikkan..ok?" kata Ajis sambil tersenyum.
Nadira segera memakai cermin mata hitam bersaiz besar. Dia tidak mahu ada orang-orang yang mengenalinya perasan kehadirannya di situ.
Ajis kembali bersama seorang pelayan yang memakai baju batik jawa. Di tangannya terdapat dulang yang berisi mangkuk-mangkuk berisi lauk. Ajis meletakkan sepinggan nasi di hadapan Nadira yang terpinga-pinga melihat juadah yang begitu asing sekali.
"Where should I start?"
"...Okay...first awak kene kenal dulu lauk-lauk ni....yang ni name dia ayam goreng.."
Nadira memandang Ajis dengan bengang.
"He he..okay..okay..ayam goreng mestilah awak tau kan.."
"Yang ni nama dia daging dendeng...yang kuning-kuning ni tunjang masak lemak...yang ni saye tak tau name dia tapi saye panggil sambal cili hijau.....sebelum makan..awak curah dulu kuah tunjang lemak ni atas nasik...then ambik lauk ni..lauk ni lauk ni" sambil memberi penerangan, Ajis meletakkan satu demi satu lauk di atas pinggan Nadira.
"Now you're ready...go ahead"
Nadira memandang Ajis lagi.
"Kenape?"
"Sudu garpu?"
"Oh okay...ade kat depan tu..saye ambilkan..."
Ajis membatalkan niatnya untuk mengambil sudu dan garpu untuk Nadira.
"You know what..in order to enjoy this food..awak kena pakai tangan"
Nadira sudah tak ingat bila kali terakhir dia makan menggunakan tangan. Dia melihat persekitaran kedai itu dan dia lagi yakin dengan kebersihan jari-jemarinya dari sudu dan garpu yang entah dibasuh dengan betul atau tidak.
"Okay..."
Dengan perlahan Nadira membukukan nasi yang sudah bercampur daging dan ayam dengan tangan kanan. Teragak-agak dia hendak menyuapkan ke dalam mulut. Sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam rongga mulut;
"Oh God"
Ajis memandang ke arah Nadira sambil tangannya yang berisi nasi berhenti separuh jalan. Mulutnya ternganga.
"This.Is. Good"
Tersenyum Ajis melihat Nadira makan dengan lahapnya. Nadira pula sudah tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Makanan yang sedang dinikmati terlalu menyelerakan sehingga dia tidak sedar pinggannya sudah licin.
"Psst...Ajis...can I add some more rice?" bisik Nadira malu-malu.
Ajis memandang ke arah pelayan yang setia menunggu sambil membuat isyarat menambah nasi.
Mulut gadis manis itu menghisap-hisap jari-jari di tangan kanannya, seolah-olah dia mahu setiap titisan makanan itu masuk ke dalam perutnya. Tiba-tiba;
"Burrppp" segera Nadira menutup mulut dengan tangan kiri. Matanya buntang. Malu.
Terkejut Ajis mendengar bunyian yang keluar dari mulut Nadira. Tak sangka pula dia gadis se elegan Nadira boleh 'melepaskan angin' seperti itu. Ajis tidak dapat menahan ketawanya.
"Eh you diam eh...shhh..diamlah!"
Perbuatan Nadira menguatkan lagi gelak ketawanya.
"Busyukkk" Ajis membuat memek muka mengejek Nadira sambil mengipas tangannya di hadapan hidung.
Bibir Nadira yang mulanya muncung ke bawah mula ternaik ke atas dan akhirnya dia menyertai Ajis mentertawakan dirinya sendiri. Ajis memandang Nadira yang beria-ria ketawa sambil tersenyum.
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang baca juga....nice story.. |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung... best la cite nih... suatu hari nanti pasti nadira akan tertawan kat ajis nih... ajis sempoi tapi rugged... sukeee
sambung lagi dam... panjang2 tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai AJIS nie ambik hati org pompuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 17-11-2011 15:03
Sekotak Pall Mall Light berwarna biru di letak atas meja makan plastik. Ajis meraba-raba kocek seluar jeans, mencari sesuatu. Menyedari pemetik apinya tertinggal dalam tandas sewaktu melakukan 'pelaburan' pagi tadi, dia menepuk dahi. Berputar kepalanya mencari perokok lain namun tiada seorang pun yang kelihatan.
"You ni kenape?" tanya Nadira, pelik melihat Ajis tak tentu arah.
"Ohh cari lighter"
"You wanna smoke here?"
"Ye lah...kan open area neh so boleh smoking"
"I tak cakap pasal area ni boleh smoking ke tak...I tanye you nak smoking depan I?"
"Kenape? tak boleh ke?"
"Tak..tak boleh"
"Ohh okay.." Ajis memasukkan rokok yang sudah tergantung di bibir kembali ke dalam kotak rokok.
"You're not giving me cancer...you takkan masuk dalam kereta I dengan bau rokok melekat kat badan dannnn no way I nak be in the same zone with someone who smells like cancer"
"Okay..okay...geez..hold on to your horses lady...I got it" Ajis cuba menenangkan Nadira.
"I just hate everything that relates to cigarette" sambung Nadira.
"Yea okay, saye tau dan saye dah simpan rokok...I will not smoke in front of you dan saye akan pastikan badan saye bersih dari sebarang anasir rokok...ok miss Nadira?"
"Smoking is for idiot" Nadira menguatkan lagi hujah anti merokoknya.
"Well..Einstein smoke..so?"
"Oh really?...Albert Einstein smoke...apa sumbangan dia kepada dunia?...hmmm...oh yea..atomic bomb"
"Okay...still he's a genius and he smoke"
"Nope...a genius is someone who created something for the greater good of humanity...he on the other hand just a guy who happened to have a brain but don't know how to used it to make the world a better place.."
"His atomic bombs eventually ended the World War"
"Wrong...his invention actually just stop what's on the surface..thanks to him, the world continue to suffers for years..until now..just like what happened to Iraq..."
"Yela...yela...awak menang" Ajis akhirnya mengalah. Selama ini dia menganggap kenyataan 'lelaki takkan menang jika bertengkar dengan wanita' sebagai mitos tetapi hari ini dia mengaku kebenarannya.
"What do you mean by I menang?...what I'm saying is the truth...absolute one sided reality that you cannot debunk...I said smoking is for idiot, then you tried to counter pathetically by saying the 'great' Einstein also smokes then I gave you the ultimatum saying his contribution to society is shit which therefore he's an idiot...to conclude logically, if the smoker Einstein in a way is an idiot so that makes average smoker joe like you...a stupid idiot?" Nadira menggulung perbahasannya dengan panjang lebar.
"Err...stupid and idiot have the same meaning...so stupid idiot doesn't make it greater than idiot..it just a redundant gibberish"
"Okay...then, supremely pathetic idiot?"
"Okay okay...Miss Nadira, awak menang...happy?"
"Like I said...this is not about I menang ke..."
"Yeaaah...fine..saya tau..can we change the subject?" Ajis memotong kata-kata Nadira. Dia tahu jika dibiarkan gadis di depannya berhujah, sampai esok tidak akan habis.
Nadira tersenyum puas. Memang silap besar siapa yang cuba berdebat dengannya.
Ajis bangun dari kerusi dan pergi ke arah seorang wanita berumur yang sedang duduk di kaunter. Nadira memerhatikan wanita yang dirasanya pemilik kedai makan sedang berbual mesra dengan Ajis. Beberapa minit kemudian Ajis kembali ke meja makan.
"Jom" Ajis mengajak Nadira pergi.
Berkerut dahi Nadia. Tidak pula dia nampak Ajis mengeluarkan duit membayar harga makanan.
"Eh I tak nampak pun you kasi duit kat aunty tu tadi?...you bayar ke tak ni?"
"Neahh it's okay...jom lah"
"Okay..." Nadira tidak mengendahkan persoalan samada Ajis sudah membayar atau tidak. Lelaki dihadapannya sudah berjanji untuk belanja makan tengahari maka itu adalah masalah Ajis, bukan dia.
Kereta Fiat Punto putih menyusuri sebatang jalan yang di tanam pokok hiasan semerak api di sepanjang bahu jalan. Bunga-bunga merah yang mekar meliputi rimbunan daun-daun di atas pohon-pohon itu seolah pepohon Sakura yang mengembang di musim bunga.
"Tokyo..." Ajis berkata sendirian tetapi di dengari oleh Nadira.
"Huh?"
"Oh..takde apa-apa"
"No..I dengar you cakap something tadi...Tokyo? apa yang Tokyo?"
"Saye tengok pokok-pokok tepi jalan ni...bunga merah-merah kat atas die mengingatkan saye kat Tokyo"
"You've been to Tokyo?"
"Yeah..err..I mean no"
"Mane satu ni? pernah ke tak?"
"Saye tak pernah pergi Tokyo tapi saye pernah spend some times dekat Jepun...Kyushu to be exact"
"Ohhhh....apa you buat dekat Kyushu?"
"Takde ape...lepak je"
"Berape lame?"
"3 bulan la lebih kurang"
"Banyak duit you jalan-jalan kat Jepun?"
"Saye ade kenalan duduk kat situ...so tumpang rumah dia kejap...plus saye kerja fruit picking mase tu"
"Fruit picking?"
"Yea...epal dengan pear...dari Nagasaki, Kumamoto, Kagoshima, Miyazaki sampaila ke Fukuoka...semua farm saye keje"
"You suke eh keje macam tu?"
"Macam mane?"
"Fruit picking and all that..you know..labor job"
"Mase travelling je...takdela saye nak jadikan karier ke ape...it's a cheap way to travel...plus I got to bond with the locals"
Papan tanda menunjukkan Universiti Antarabangsa Malaysia hanya beberapa kilometer meter di hadapan. Ajis mengeluh.
"Nadira..."
"Yea?"
"Awak busy petang ni?"
"Hmmm...not really..kenape?" jawab Nadira dengan nada yang lembut. Begitu juga dengan perwatakannya yang lebih tampak lebih ramah. Berlainan sungguh jika dibandingkan sewaktu di rumah sebentar tadi.
"Awak takde kelas?"
"Harini I takde mood...so malas"
"Same lah...saye pun malas..."
"Habis tu you nak buat ape?"
Ajis tersenyum nakal sambil menjeling ke arah Nadira.
"Hah! apehal pulak tersengeh-sengeh macam pervert neh...you jangan nak buat benda bukan-bukan"
"Apela awak ni...sikit-sikit cakap saye pervert...saye ni rupe macam pervert ke?"
"Ha'ah...macam pervert"
"Tapi berani pulak awak tumpangkan saye...tak takut saye cabul awak ke? ye la..saye kan muka cam pervert"
"Berani sebab I tau you ni lembek"
"Elehh...cakap je lebih..."
"Tak..I tak cakap lebih...kalau you nak tau..try la sentuh I"
Ajis menoleh ke arah Nadira dan dengan sengajanya memandang Nadira dari bawah ke atas dengan lagak seorang desperado. Anak matanya berhenti pada aset kewanitaan Nadira. Buah dada yang ditampung bra bersaiz 38C begitu menonjol di sebalik baju polo saiz kecil jenama Lacoste.
Sebiji penumbuk singgah di bahu kanan Ajis. Begitu padu tumbukan Nadira terasa hingga ke tulang.
"ADOIIHHHH...SAKITLAH!!!"
"HAAA KAN DAAHHH.....GATAL NAK MAMPOSS!!..MACAM ORANG TUE MIANG!!"
"MANE ADE?" Ajis mengusap-usap bekas tumbukan Nadira, bahunya mengerekot kesakitan.
"You ingat I tak tau you tengok ape tadi!!??"
"Haa tengok ape? tengok ape?"
"You tengok boobs I kan??!!"
"Ek eleh...macam la orang teringin nak tengok boobs die...yang...besar..tu"
Sekali lagi penumbuk Nadira melayang ke arah Ajis.
"Ehh Sakitlah!...awak tau tak sakit kena tumbuk camtu?"
"Tu pun nasib baik kena tumbuk...ikutkan hati I nak congkel je mate you tu!"
"Kalau patah tangan saye ni camane?"
"Haa baguslah patah...nak I patahkan yang sebelah lagi?"
"Tanak..."
"I dah bagi warning tadi...you mengade nak try jugak..kan dah kene...tu baru sikit je"
"Ehhh tak aci laaa...awak cakap kalau saye sentuh...mane ade saye sentuh..saye tengok je!"
"HAH!!..betul la you tengok kan??? gatal nak mampos punye jantan!!"
"Eh...err..he he..okay tak..tak dah..saye memain je lah tadi..sorry sorry"
Nadira menjeling Ajis dengan jijik, kemudian di paling wajahnya terlindung dari pandangan Ajis. Tanpa diketahui oleh Ajis, Nadira terpaksa mengetap bibirnya untuk menahan diri dari ketawa. Herot berot mulutnya cuba menghentikan otot-otot dari membentuk senyuman. Nadira cuba menyembunyikan perasaan gelihatinya dari pengetahuan Ajis.
"Thanks..." Ajis tiba-tiba bersuara.
"Thanks kenape?"
"Thanks sebab tak halau saye keluar kereta" Senyuman menguntum di bibir Ajis.
"Okay...anyway, betul tak cakap I?"
"Ape yang betul?"
"You lah..lembek...kene tumbuk sikit dah merengek macam budak kecik"
"Hehe..yelahh....by the way..Nadira?"
"Ye..ape"
"Do you wanna go to someplace else with me?"
Pintu masuk utama UAM sudah kelihatan di depan. Nadira senyap. Dia sedang memikirkan pelawaan Ajis. Kriterianya dalam mempertimbangkan pelawaan keluar bersama lelaki adalah tinggi. Untuk seorang lelaki yang cuba berkenalan dan mempelawanya keluar, maklumbalas Nadira akan bergantung kepada samada lelaki itu menepati sekurang-kurang dua kriteria 3Knya. Walaupun dia tidak berminat, jika lelaki itu menepati keperluan minimum dia akan menolak dengan baik. Bagi kes lelaki geek seperti Ajis, biasanya dia akan menolak mentah-mentah. Statusnya perlu dijaga, jika dia melayan semua orang dengan sama maknanya tiada apa yang istimewa pada gadis bernama Nadira Tajuddin.
Tetapi lelaki bernama Aziz Mohamed ini agak istimewa. Nadira menyenangi kehadiran Ajis. Dia terpaksa membuat keputusan dengan pantas, samada mahu menghantar Ajis pulang ke kampus atau menerima pelawaan lelaki geek ini.
Keluhan kecil di lepaskan oleh Ajis apabila Nadira mengangkat tuil lampu isyarat menunjukkan kereta akan membelok masuk ke dalam UAM. Tiba-tiba Nadira mematikan kerlipan lampu isyarat dan memandu terus, meninggalkan pintu masuk utama UAM jauh di belakang.
"Kita nak pergi mane?" tanya Nadira.
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya nadira ni dah 'jinak' sket... ajis pelan2 kayuh laa... kena ada strategi mau 'tekel' ini perempuan maaa... |
|
|
|
|
|
|
|
NADIRA nie baru jumpa penyenang hati...tue pasal ikut je kata AJIS... |
|
|
|
|
|
|
|
mana damm nih... lamanya tak sambung ni damm.... |
|
|
|
|
|
|
|
i ada kat sini...tengah menulis...sorry to keep everyone waiting...seriously tak tau pun there's someone reading my story...i thought it was shit...wow...thanks guys... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|