|
#9 love makes me blind
Betul kata orang. Cinta itu buta.
Bukan. Cinta tu buatkan aku buta.
Aku buta sebab cinta.
Teringat lagi malam tu.
“ He went out with a girl.”
Ayat pertama aku bila Dalia jawab phone malam Liz bagitau pasal Syakir.
“ What the ffffffffffffish???” Dalia cursed.
Aku cerita semuanya kat Dalia.
“ Esok kalau kau jumpa mamat tu. Kau bagi dia makan penampar siam okay?” Sounds main-main but suara Dalia serius.
“ I think we should talk.” Aku bagi idea.
“ Talk?” Suara Dalia macam choking.
“ Gunakan kekerasan takkan dapat jawapan okay?”
“ Jangan cakap macam kau tengah berlakon iklan anti-keganasan. Reni! Messages kau pun dia tak balas. Dia nak cakap dengan kau?”
“ Habis?”
“ Reni. Dia date dengan perempuan lain. Open your mind. Jangan jadi bodoh.”
Diam. Mata berair. Masuk habuk. Konon.
Honestly I need Mira. Dalia’s too harsh. Or aku tak nak mengaku apa yang Dalia cakap tu?
Aku nak tanya pendapat teman-teman rapat kat Kolej M. But dekat nak exam macam ni aku malas kacau diorang.
Or aku malu? Boyfriend dating dengan orang lain?
Maybe Mira could help.
Aku text jugak Mira. Aku tak harap dia balas message aku.
‘ Reni love. Sorry tak balas messages kau sebelum ni. Masa tak mengizinkan.’
Maksud Mira? Mungkin antara dia dengan hubby kot.
‘ Reni, just go on with what you want to do. Kalau kau rasa kau patut bercakap dengan dia, go on la. Maybe itu yang terbaik.’
Tu je dalam message Mira. And dia letak smiley.  Helpful?
Lepas lama berfikir, aku text Syakir.
‘ Sayang, we need to talk.’
Terasa bodoh pulak panggil sayang. Menggatal belakang aku still panggil sayang? Buta.
Last-last aku padam perkataan sayang.
Message pending. Rasa macam lava gunung berapi nak meletup dah.
Pejam mata dan terus tidur.
Sampai kuliah pagi tu semua orang riuh rendah. Afiq nampak pucat dan resah. Bila aku tanya apa yang diorang tengah sembang, semua balik tempat duduk masing-masing.
Pelik. Aku tengok Afiq.
“ Reni. Baru sekarang kau datang.”
Dahi berkerut. Kening Ziana Zain.
“ Kau dah tahu Syakir masuk hospital?”
Sumpah terkejut. Istighfar. “ Bila?”
“ Hari Sabtu lepas. Aku pun baru tahu hari ni.”
“Teruk?”
“ Agak ar. Patah kaki. Tangan retak ke apa tah. Luka kat badan and muka.”
“ Accident?”
Afiq menggeleng. “Kena belasah.”
Belasah? “By whom?”
“ Aku tak tahu.”
Aku jadi anxious. Macam nak marah kat Afiq pon ada. “ Habis mana kau tahu?” Suara aku agak tinggi.
“ Parent dia datang semalam. Ambik barang apa tah kat hostel. Roommate aku la yang bagitau. Aku kan balik rumah. Pagi ni baru sampai. Ada emergency.”
Aku tak dapat dengar ayat last Afiq. Rasa nak menangis. Tiba-tiba rasa bersalah yang amat sangat. Mungkin sebab tu messages semua pending?
Macam mana kalau dating tu semua tak betul? Aku yang emo. Aku yang jealous. Aku pessimis.
Sejak tu lah aku sedar. Cinta dah butakan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
ke syakir kena belasah sbb kuar dating ngan awek orang... |
|
|
|
|
|
|
|
ke syakir kena belasah sbb kuar dating ngan awek orang...
asyriqa Post at 18-9-2011 14:08
hehehehehe..tunggguuuuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
# 10 surprise
Disember. Raining season.
Hampir setiap petang hujan. Kadang-kadang sampai ke pagi.
Mungkin hujan ni ada kaitan dengan perasaan aku sekarang?
Dalia texted aku setiap hari dalam minggu tu. Ayat dia sama.
‘ Korang dah break up?’
Aku rasa dia cuma forward je message tu. Malas nak reply.
Lima hari tak ada berita from Syakir. Dalam lima hari tu jugak aku tak dapat tidur lena.
Hari Isnin tu jugak aku telefon Mama.
“ Ma, Reni nak balik weekend ni.”
Mama terkejut kenapa aku nak balik. Aku tak cakap reason sebenar. Cinta punya fasal. Sanggup simpan rahsia daripada pengetahuan parents sendiri.
Pagi Sabtu aku balik. Dengan flight. Tried to be as happy as possible bila jumpa family. Sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu.
“ Dia kat ward berapa Afiq?” Aku telefon sebaik sahaja aku sampai rumah.
“ Err... Kau nak pergi melawat dia ke Reni?” Afiq tanya macam terkejut.
Pelik. “Yela. Kenapa?”
Afiq bagitau ward berapa. Aku tak tahu kenapa dia macam gelabah. Aku tak sempat tanya lebih-lebih talian dah terputus.
Sebelum pergi aku call Dalia. Ingat nak ajak jumpa. Fortunately dia kat rumah.
“ Amboi Mak Kiah. Sibuk jual belacan ke sampai tak sempat nak text aku?”
Aku tergelak. Macam tak kenal Dalia.
“ I’m so sorry. Jumpa kejap lagi nak?”
“ Erm, boleh. Tapi kau kena datang ambik aku la. Tak ada transport neh.”
Sampai rumah Dalia lepak kejap dekat rumah dia. Aku cerita apa yang berlaku kat Syakir.
“ So, kau nak ajak aku pergi melawat dia?” Dalia tanya.
Aku mengangguk. “ Temankan jela.”
“ Balik nanti aku nak Chicken McDeluxe. Okay?”
Aku mencebik.
Petang tu pergi hospital. Disebabkan ada Dalia aku tak ada rasa segan. Aku tak tahu nak bawak apa. Last-last Dalia cadangkan beli bubur ayam sedap kat satu restoran dekat dengan hospital.
“ Kejap lagi aku dapat tengok drama Melayu live la kan?”
Aku jeling Dalia. Bab perli memerli ni serah je kat dia.
Sampai depan bilik Syakir aku terus bukak sliding door. Tak sabar tengok dia. Keadaan dia. Kecederaan dia.
Dan buka je pintu nampak dia tengah peluk sorang perempuan. Nope. They’re kissing.
“ Oh My God.” Dalia aku tengok dah buka mulut seluas-luasnya macam badak tengah berendam.
Aku tercegat depan pintu. Terkejut.
Rasa macam hati aku pecah. Sakit gila rasanya.
Budak perempuan tu aku kenal.
It’s the same girl who date Syakir.
Perempuan tu terus bangun. Mata Syakir dah terbeliak. Perempuan tu terus lari keluar, tolak aku ke tepi.
“ Dalia.” Aku bersuara perlahan.
“ I’ll live you guys here okay?” Dalia terus keluar.
Perlahan-lahan aku jalan ke arah Syakir yang duduk bersandar atas katil. Kaki kiri dia patah. Tangan dia sebelah kanan berbalut. Muka dia lebam-lebam. Tak kira calar lagi.
Sepatutnya aku dah menangis time ni. But kesakitan yang dia alami tak sama dengan kesakitan yang aku rasa sekarang. Tak ada iodine yang boleh sapu. Tak ada kain yang boleh bandage.
Aku duduk di kerusi yang perempuan tadi duduk. Terasa panas.
“ I can explain.” Syakir buka mulut dulu. Muka dia pucat. Sama ada sebab dia tengah sakit or sebab dia terkejut tengok aku datang.
Aku diam. Tunduk.
“ I still love you Reni. Percayalah. What happened just now was an accident. Tak sengaja.” He tried to reach my hand. Aku tepis.
“ You haven’t text me or call me for seven days! I’ve been texting you but semua pending. Hari Ahad saya dapat tahu awak masuk hospital. Yet you didn’t inform me. Dapat tahu daripada orang lain. Lima malam saya tak dapat tidur sebab ingatkan apa yang jadi kat awak. And now what you’ve gave me? TAIK?”
Dia tunduk bila aku marah.
“ Orang cakap awak ada girlfriend baru,sumpah saya tak percaya. Orang nampak awak dating,saya tak percaya jugak. Bila saya tanya siapa perempuan tu ,awak cakap tu budak kuliah, saya percaya jugak. Why? Because you are my boyfriend, mangkuk! My first ever boyfriend! You’re so kind to me, and suddenly you’ve changed just like that?” Aku petik jari aku. I yelled at him.
“ Why do this to me?” Aku tanya dalam suara yang sangat perlahan. Air mata jatuh.
“ Because you never gave me what I want.” Syakir jawab perlahan. Dia tak berani tengok muka aku.
“ What?” Aku tanya balik. Suara aku pecah.
“ BECAUSE YOU NEVER GAVE ME WHAT I WANT!” He yelled back. Muka dia berkerut tahan sakit. “ Yes. Saya bosan couple dengan awak. I always want more. I want more than walking around college with you. More than texting and calling you. More than studying with you at the library.”
Muka Syakir nampak bengang. Naik urat dekat tengkuk dia.
“ Ingat lagi time kita nampak couple tengah asmaradana kat library hari tu? That’s what I want. But bila awak cakap macam tu, baru saya tahu. You’ll never do that for me kan?”
“ Ya ALLAH.” Mata aku rasa pedih . Filled with tears.
“ I’m a man Reni. That’s why orang couple. They want to do it.”
“ Awak ingat couple is for sex?” Aku marah lagi. This time I felt so angry. Aku rasa tak ada gunanya nak bazirkan air mata untuk lelaki tak guna macam dia.
“ That’s what she gave me. And you don’t.”
Istighfar. “ You... you slept with her?”
I looked at his face. Aku tahu apa yang dia fikir. Dia rasa maruah perempuan tu percuma. Boleh dibeli dengan rupa handsome dia.
How I felt that this guy should have never live in this world.
But suddenly dia mengeluh. “ That’s why I’m here. Bapak dia jumpa kami malam tu. Sebab tulah saya berbalut ni. ”
He deserved to be belasah by her dad. But dia tak menyesal lagi? Boleh pulak berom*n kat hospital?
“ Kami nak kawin minggu ni.” Dia tunduk. “ But Reni. Trust me. I love you so much. More than I love her.”
Aku diam je. Kahwin berlandaskan nafsu?
Sunyi.
Aku bangun. Tak nak dengar lagi apa yang dia cakap. Jalan sampai ke pintu.
“ Reni!” Dia panggil.
Aku patah balik.
“ Owh ya.” Aku kesat air mata. “Selamat pengantin baru.”
Aku tumbuk tangan dia yang berbalut tu. Dia menjerit tanpa suara. Mata dia berair.
Bila aku keluar dari pintu, aku dengar dia melaung kuat. Cursing.
Next time,don’t mess with my heart. |
|
|
|
|
|
|
|
yes girl!!!
do what u hv to do.....
sambung!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
apa pasal tak curah je bubur tuh atas kepala syakir... lagi bagus kalu tgh panas menggelegak... hisshhhh vodo vangang nyer jantan... kefaratttt betul la...
nexttttttttttttttt........ |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya benda ni pernah terjadi kat saya. Alhamdulillah sempat break up sebelum dia buat apa-apa. cuma macam mana saya kena tu, in other form la. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by girlwearsgucci at 20-9-2011 22:21
#11 I wish I never met you ever
Aku pernah terbaca satu quote.
No guy is worth your tears and when you find the one that is, he won't make you cry.
Yet, I cried again reading this quote.
“He’s useless.”
Dalia tepuk belakang aku bila aku menangis dengan teruknya dalam kereta lepas melawat Syakir.
“ Keep crying. You’ll feel better.”
Aku menangis lagi kuat. Dalia hulur kotak tisu.
“ Aku drive kau balik okay?”
Aku cepat-cepat menggeleng. Tengok rupa kat cermin dah macam hantu raya. Mata merah. Hidung merah. Mata bengkak sampai jadi sepet. -.-“
“ I can’t let my mom see me now,”jawab aku.
Dalia diam. “ Kalau macam tu kau tidur rumah aku. Esok pagi kau balik. Flight kau what time?”
“ Tak payahlah Dalia. Flight aku pagi esok. I just need to stay here for a while.” Aku tahan diri aku daripada menangis.
Both of us duduk bersandar. Diam. Termenung.
“ A**hole.”
Dalia tengok aku. Faham siapa yang aku maksudkan. “ Kau tak tahu ke dia tu... sex maniac or something sebelum ni?”
Aku diam lagi. Mengeluh.
“ Dia tak pernah tunjuk.” Suara aku tebal.
“ Or kau yang tak perasan?”
Diam lagi. Aku tak nampak. Aku buta?
“ He never do anything to you kan?”
I gave her a look.
“ Pernah?”
“Hish, Dalia. Tak pernahlah.”
Dalia tarik nafas lega.
“ Exactly dia pernah mintak gambar aku.”
Dalia blur. “ Kat Facebook kan ada gambar kau?”
“ Gambar free hair.”
Dalia melongo.
“Eh, tengok handphone boleh?”
It’s mid November. Sebelum exam kat library yang sejuk.
“ Ambiklah.” Aku concentrate buat tutorial Kimia. Tak pedulikan Syakir yang laju je amik Nokia atas meja.
“Tak simpan gambar eh?”
Angkat muka. “ Gambar apa?”
“ Gambar awaklah.”
Mata bergerak ke tepi. Berfikir. “ Kenapa nak simpan gambar sendiri dalam handphone?”
He somehow looked mad. “ Habis tu, what’s the point uploaded your photos dalam Facebook?” Dia tanya balik.
“ Kalau awak perasan, saya selalu upload gambar yang beramai-ramai, bukan gambar sorang-sorang, making cute face and buat tanda piece.” I answered back. Looking at tutorial.
“ But isn’t boys like that kind of girl?”Dia tanya aku balik.
“ Are you saying that you like a girl yang snap picture sendiri dengan mulut muncung, pipi kembung, mata besarkan, bedak tempek 5 kati kat pipi, bibir merah menyala?”
Seriously, aku tak suka ada sesetengah yang terlalu obsess upload gambar sendiri kat FB. Macam over pulak. Whether you’re cute or not, perlu ke tangkap gambar macam tu?
Definisi aku bagi orang yang buat macam tu : they want to show people that they’re cute.
Dia tergelak. “ Nothing. I’m just saying. “ Dia tengok lagi handphone aku. “ It’s kinda weird bila tak pernah tengok orang tangkap gambar sendiri. Sometimes budak perempuan ni kan ada yang tangkap gambar free hair dalam handphone.”
“ Is that what you’re looking for?”
“ Apa salahnya? Gambar je pun. Bukan boleh buat apa dengan gambar tu.”
“ Enough to get you horny.”
Maybe suara aku terkuat sedikit sebab orang sebelah pandang aku pelik.
Syakir tengok aku. Dahi berkerut.
“ I’m not forcing you to give me your photos okay?”
“ Habis tu? Buat apa tanya?” jawab aku. Sarcastic. Nanti mesti dia ingat aku PMS lagi.
“ Saja je. Nak tengok je. Bukan ada apa pun.”
“ Kalau ada pun I won’t give you.”
“ Why?” Nada suara dia pelik.
“ Sebab saya tak nak bagi.”Muka aku serius.
He snorted. Then tergeleng-geleng. “ PMS again aite?”
Kan aku dah cakap.
“ And kau boleh tahan dengan Syakir for three months?” Dalia tanya lepas aku habis cerita.
“ Mulanya aku rasa Syakir is not that bad. Dia tu gentleman tau. Responsible semua. Aku ingat he just a bit naughty je. I never expected him to be like a sex maniac. Alhamdulillah aku tak kena.”
Bercerita pasal Syakir really makes me depressed.
Maybe Dalia nampak muka aku depressed so dia cepat-cepat tukar topic.
“ Okay. Nak pergi mana ni? McD?”
“ Aku tak bawak duit banyak.” Sedut air hidung.
“ ATM melambak.” Dalia tergelak. “ Aku belanja ah.”
Aku senyum tawar. Crying made me tired.
Tiba-tiba handphone bunyi.
‘ Reni dear. Forgive me please?’ Boleh pulak type message?
Menyesal tak patahkan je tangan dia tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
#12 the last call
Status update kat FB.
‘ If someone you love hurts you, cry a river...’
But, aku tak boleh tunjuk kesedihan depan family aku.
I can’t cry again in front of Dalia either.
“ Janji tau kau tak nangis lagi sebab jantan tak guna tu?”
Though I nodded that day, but hakikatnya aku tak dapat tahan air mata aku ni. Malam kat kolej aku menangis teruk.
Jumpa dengan Afiq di kafe, dan aku kira dia sama bersubahat dengan Syakir.
Syakir call again and again.
Aku text Afiq.
‘ Afiq, tell your beloved roommate to STOP CALLING ME!’
Dia stop calling hari tu. And he didn’t call again after that.
Two days later, suddenly ada nombor lain call.
Aku ingat Syakir. Maybe dia pakai nombor kawan dia ke.
Suddenly, my handphone bleeped.
‘ Hi. Nama I Sarah. Boleh jumpa tak?’
Sarah who? Ni prank message silap nombor nak cari jantan ke?
Prejudice.
Then dia call lagi. Aku terus jawab call.
“ Assalamualaikum.”
Aku jawab salam.
“ Reni eh?”
“ Hmmm...” Suspicious, but curious.
“ I Sarah. Have you heard of me before?”
Aku diam. “ Tak. Siapa awak?”
Aku dengar dia mengeluh. “ I’m Syakir’s girlfriend.”
Nafas tersekat kat tekak. How dare she called me?!
“ I think we need to talk.”
“ Why?” Aku malas nak layan. Tanya acuh tak acuh.
“ Err... Syakir tak nak kahwin dengan I.” Suara dia macam annoying.
“ It’s none of my own business. Saya dengan Syakir tak ada apa-apa. So you should talk to him. Bukan saya. “ Aku membidas. Aku tak nak ambil tahu pasal Syakir.
Senyap. Seconds later I heard sobbing through the phone.
“ Tolonglah I, Reni. I nak jumpa you esok boleh?”
Aku diam.
“ Sorry. Busy esok. Awak settle sendiri dengan Syakir. I’m out of this.”
Aku terus tekan button merah.
Luckily she didn’t call after that.
Petang tu aku dengan roomies semua lepak kat tepi kolam. Bagi makan ikan. Aku terfikir apa yang Syakir buat kat aku. Aku teringat balik memories dulu-dulu.
Itu dulu.
Sekarang aku dah tak mampu nak menangis lagi. Letih. Mujur Dalia bagi support. My roomies bagi support.
“ Aku mintak maaf, Reni.” Liz cakap dekat aku. Masa tu cuma aku dengan dia dalam bilik.
Aku senyum tawar. “ It’s okay la Liz. Thanks for telling me hari tu.”
Liz diam. Dia tepuk bahu aku.
Petang tu jugak Syakir call.
Maybe I need a better way to solve this rather than ignore him completely.
Aku tarik nafas and jawab call. I promised myself this is the last call.
Diam.
“ Reni?”
“ Hmm...”
“ Saya tak jadi kahwin.”
Diam.
“ I don’t love her. I love you.”
Diam.
“ Reni, say something please.”
Diam.
“ Please sayang.”
Mengeluh.
“ Syakir.”
“ Yes, dear.”
“ I’m going to say this for the last time. Please don’t call me again after this. Kita dah tak ada apa-apa dah. Leave me alone.”
“ But Reni. I cannot forget you...”
“ People might not forget, Syakir, but people can learn from it. Learn to love somebody.”
“ Reni, do you mean Sarah?”
“ I don’t know. Awak fikirlah sendiri. You have the answer.”
“ But Reni...”
“ Tolonglah Syakir. Don’t make me mad or something. Just accept the fact that we are not belong to each other.”
“ One mistake then I must leave you?”
“ Berani buat berani tanggung.”
Dia mengeluh.“ Can’t we be friends?”
Menjadi sahabat selepas broke up dengan boyfriend sendiri adalah satu langkah yang tidak bijak.
“ No. Sorry. Sorry for everything. And thanks.”
“ I’m sorry too Reni.”
“ Hmm...”
“ This is going to be the last time then...” His voice sounded sad.
“ Hmm..” Mata bergenang dengan air.
“ Okay then. Goodbye. Take a good care of yourself.”
“ You too.”
Malam tu aku rasa sedih, but tak cukup untuk buat aku menangis lagi.
On FB malam tu.
Few likes and comments. But comment seseorang buatkan aku rasa tertarik.
‘ If someone you love hurts you, cry a river, build a bridge and get over it. ’
Siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
terbaek reniiii... bo layan jek jantan tak guna mcm syakir tuh... tak rugi pun... |
|
|
|
|
|
|
|
#13 mystery man
Homo Sapien.
Itu nama FB dia.
“ Homo sapien?” Dalia snorted. “ Habis tu kita ni apa? Alien planet Marikh?”
Aku tergelak.
Homo Sapien or I called him Pian. At first I wanted to call him ‘homo’ but it reminds me of homosexual, and I would like to call him Sapien, but I end up calling him Pian. -.-“
I never noticed him, until he wrote the quote on my post.
“ If someone you love hurts you, cry a river, build a bridge, and get over it.” Aku baca balik quote tu masa call Dalia.
“ Hmmm... Sebelum ni ada tak dia comment kat wall kau?”
“ Aku tak ada perasan pun.”
“ Dah lama kau add dia?”
“ Ermmm... Tak tahu lah.”
“Hish kau ni. Kalau tak kenal kenapa add dia?”
“ Aku tak tahulah sama ada aku add dia or dia add aku.”
Suara Dalia penuh suspicious. “ Alah, same thing. Hakikatnya kau tak kenal dia. So salah kau jugak kenapa kau add dia or kenapa kau approve dia dulu sedangkan kau tak kenal dia.”
Bebola mata bergerak. “ Maybe dia tu someone I know, tapi dia tukar nama tak?”
“ Maybe. Dah check profile dia tak?”
That’s another one thing. He wrote nothing on the info section, selain daripada he’s a male. Tapi dia ada banyak friends, 2569.
“ Alah, dia macam kau kot. Orang yang tak kenal pun add and approve. Kang yang add tu sex maniac ke apa, barulah gaduh nak remove.”
Satu hari aku nak cili mulut si Dalia ni sampai bengkak.
Aku selalu tengok wall post dia. Apa yang dia tulis kat status dia semua macam ala-ala quote. Love quotes. Life quotes. Hadis. Terjemahan Al-Quran.
He has impressed me.
But still. No name. No age. No where he comes from. No where he’s studying now. No nothing.
Suddenly dia online.
Cepat-cepat aku tegur dia.
‘ Hi. Assalam.’
Entah kenapa jantung aku berdegub cepat. Macamlah orang tu ada depan mata.
Tiba-tiba dia offline.
“ Dayyummmm!” Aku tercakap kuat.
“ Oi. Orang study. Hang dok FB pulak!” One of my roomie bersuara dari meja depan tingkap.
Aku sengih. Terus insaf dan bukak buku Bio. Sekejap je.
Dalia text esok tu.
‘ Kau tak usha FB Syakir?’
Syakir. Rasa macam dah lama sangat tak dengar nama tu.
‘ Kenapa?’ aku reply balik.
Dua minit lepas tu. ‘ Ada gambar nikah dia.’
Terus call Dalia.
“ Cakap hari tu tak nak kahwin.” Aku terus serbu bila Dalia jawab phone.
“ Tak tahulah wei. Ada satu picture je. Tu pun bukan dia yang letak. Orang lain yang letak and that person tagged him. Kau tak tengok ke?”
“ Taklah. Aku dah remove dia.”
“ Bagus. But seriously you looked better than his wife.” Dalia cakap terus terang.
Mencebik. “ Biarlah diorang. Hopefully diorang kekal sampai bila-bila.”
“ Err.. Kau okay ke?”
“ No more than usual. Aku dah boleh cope.”
“ Cepatnya?”
Aku diam. “ The pain might have loss, but the scar is still there.”
“ Tak pe. Bio oil ada jual kat farmasi. Berkesan hilangkan parut.”
Aku tergelak.
Dalia cerita pasal love life dia. She’s been chased by a weird guy yang tua lima tahun daripada dia. Master student katanya.
As expected, Dalia rejected him sebab lelaki tu terlalu cerewet.
“ And now he asked me to be his adik angkat.”
Aku gelak. “ Seriously?”
“ Yela. Aku cakap tak nak. Kau tahu kan angkat terangkat ni just a term for ‘ You like her, but you can’t get her. So...”
“ ‘ The only way to keep her is to be angkat angkat’.” Aku sambung ayat Dalia macam selalu.
“ You know what Reni? You know me too much.” Dalia complaint.
Aku gelak lagi.
“ Okay enough about the terms. So how’s Mr Pian?”
Aku mengeluh. “ Entah. Give up kot.”
“ Haish! Kau pergilah usha blog dia.”
Mata bergerak-gerak. Berfikir. “ Dia ada blog ke?”
“ Kau tak perasan ke dia letak kat info tu? Kau ni...”
Dalia terus berleter sorang-sorang. Aku on laptop.
Pencarian Homo Sapien has just begun. |
|
|
|
|
|
|
|
sape la mamat homo sapien ney??
bdak yg reni mnat awl2 tue or afiq??
sambg lgi girl.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by girlwearsgucci at 26-9-2011 12:22
#14 suspicious
Hari Sabtu aku dah plan awal-awal nak meng’usha’ blog Mr Pian.
Tutorial aku semua dah siap. Aku dah study full day semalam. So hari ni aku nak relaks dengan menyiasat siapa sebenarnya Mr Pian.
Online Facebook again.
Dia offline.
Frustrated.
Aku terus klik link blog dia kat info. Aku rasa dia baru je letak. So that’s mean dia baru je berkecimpung dalam blogging tu.
Dub dab dub dab tunggu blog dia loading.
“ Bila manusia ini menulis...” His blog title.
Blog dia quite plain. Black with white font.
Aku usha profile dia.
‘ I’m a Homo Sapien. I speak and eat like one. I behave like one and be like one. So, don’t treat me as an animal.’
Hmm... Quite a quote.
But it doesn’t help me from knowing who is he.
Tengok berapa banyak post dia. Cuma dua. -.-“
Terus membaca the latest blog post.
‘ I’m not going to forget ‘YOU’.’
YOU who?
‘ It might be the last time we talked, but I’ll never forget YOU ever.’
Okay. Suspicious.
Tengok tarikh the last post.
It’s two days ago.
Two days ago I talked to Syakir. Through the phone.
Tengok the previous post.
‘ I’ve did the most stupid mistake in my life.’
It’s last week.
Last week aku jumpa Syakir time dia tengah buat benda tak senonoh tu.
Okay. Kena call Dalia.
“ Kau suspect tu Syakir?”
“ Kau baca ke tak blog dia?” Aku tanya Dalia balik.
“ Aku tak layan blog. Kau kan tahu aku ni jenis malas membaca.” Diam sebentar. Dalia macam tengah mengunyah. “ By the way, kenapa cakap dia tu Syakir?”
“ Go and look at the blog NOW.”
Aku hang up phone and terus rasa nak marah.
Memang bangang sebab selalu rasa nak marah kalau ada sangkut dengan ex boyfriend yang satu tu.
Dalia called five minutes later.
“ I don’t think that’s Syakir.”
“ Sebab?”
“ Syakir takkan tulis quote ‘bridge’ tu.”
“Sebab?”
“ Okay, Reni. Let us be rasional.” Suara Dalia memang macam lawyer tengah menenangkan orang. “ Sebelum ni ada tak Syakir menggunakan bahasa-bahasa macam ni dengan kau?”
Bola mata ke kiri and then ke kanan. “ Tak.”
“ Syakir ada dua FB ke?”
“ I don’t think so.”
“ So??? Dia bukan Syakir.”
“ Habis semua post-post dia tu?”
“ Co-incident, I guess.”
“ You guess?” Nada suara penuh curiga.
Dalia macam marah. “ Why don’t you message je kat FB tanya siapa dia. Kalau dia tak balas, surela Syakir. Macam mana?”
“ Hmmmm...”
“ Tapi serius la Reni. Aku dapat rasa that’s not Syakir.”
“ Sejak bila jadi ahlil nujum nih?”
“ Sejak tengok cerita Musang Berjanggut.”
Dalia gelak terkekeh.
Aku bukak window untuk type message kat FB untuk Mr Pian.
Staring at the empty message window.
‘ Assalamualaikum.’
Okay.
Apa yang nak tulis ni?
Tarik nafas. Type apa yang keluar dalam kepala otak.
‘ Dear Homo Sapien,
If you know who I am, please tell me who you are. Thanks. ’
Sounds weird?
Backspace.
Writing again.
‘ Mr Homo Sapien,
I’ve read your ‘bridge’ comment on my post last few days. Exactly saya nak tanya, how can we became friends? I mean on FB. Because...’
Ya ALLAH, susah gila nak explain in message form.
Terus close window. Garu-garu kepala yang agak gatal. Dah dua hari tak shampoo.
Mengeluh.
‘ Hello.’
Terus duduk tegak atas kerusi.
Homo Sapien!
‘ Hi.’
Dia letak smiley.
‘ Maaflah hari tu ada tegur but tiba-tiba offline kan. Sorry. ’
Eh, kenapa dia ni chat macam dah kenal lama?
‘ It’s okay lah. By the way, kita kenal ke?’
Tunggu dia reply.
‘ Erm. I don’t think so. Macam mana kita boleh jadi friends kat FB eh?’
Aku blur. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.
Maybe Syakir? Dia buat-buat tak?
‘ Syakir?’
‘ Syakir who?’
Laju je dia tanya balik.
‘ Eh, tak adalah. Typo sikit. Salah reply.’
‘ Okay.’
I got the feeling that he knew something. Something’s fishy...
Maybe aku kena tanya nama dia.
‘ Sorry. Got to go. Nice chatting with you.’
And dia terus offline.
Something’s weird.
Aku type jugak soalan aku.
‘ What’s your name? ‘
Klik ‘ Enter’.
Andaian aku.
He’s not going to reply. I guess. |
|
|
|
|
|
|
|
smbg lgi...
saspen ney..
hrap2 sgt bkan syakir..
plz!!! |
|
|
|
|
|
|
|
#15 friendly or flirting?
A week full of lectures and tutorials.
Minggu depan study week, then final exam.
Aku rasa aku baru je menjejakkan kaki kat tempat ni semalam.
This week lecturers yang garang pun jadi cool. Yang muka toya boleh senyum. Yang selalu serius boleh gelak.
“ Barulah aku tahu kenapa Encik Amri tak pernah gelak sebelum ni.” Aisyah, my group mate bisik kat aku time tutorial.
“ Kenapa?”
“ Gigi dia rongak ar.”
Aku terus pandang. Aisyah tahan gelak.
No wonder. And at his young age, he should do something with that.
Last few weeks kat Kolej M ni aku banyak habiskan masa kat library. Study. Tengok gelagat couple-couple yang tak pernah insaf buat maksiat. Usha a group of mamat handsome. Perhatikan tingkah laku geng lembut-ala-ala-nyah.
I smiled.
“ Senyum sorang-sorang ingat kat aku ke?”
Angkat kepala. Senyum lagi.
“ Boleh aku duduk?”
“ Kalau aku cakap tak boleh kau duduk jugak kan?”
Yet, he sat in front of me. Smiling.
“ Sorang je?”
“ Tak nampak kat tepi-tepi ni?” Jari telunjuk aku halakan ke kerusi-kerusi kosong.
Dia ketawa.
“ Shhhh!!!”
Dia mengangkat tangan tanda maaf kepada pelajar yang buat bunyi tu.
Aku senyum sambil menggeleng.
“ Okay. Seriously, mana orang lain?”
He must be referring to my study group. “ Need time to be alone for now. Nak absorb sikit Kimia ni.”
“ I’m good at Chemistry.” Dia angkat-angkat kening.
Sejak bila Afiq pandai flirting ni?
“ Erm, Reni...” Dia memperbetul kedudukan dia. “ I’m sorry.”
“ For what?” Saja bertanya walaupun dah tahu.
“ I am sure you don’t want to talk about him...”
“ I’m okay.” Bersungguh-sungguh aku tunjukkan riak muka yang agak ceria.
Dia melopong sekejap. “ Still. I’m sorry. Kalau ada seribu roses right now, seribu tu represents my apology.“
Afiq memang mulut madu.
Senyum. “ Apology accepted.” Done.
Diam. Bunyi aircond.
“ Kita tak pernah macam ni kan?”
Dahi berkerut. “ Macam apa?”
Afiq tersengih. Nampaknya dia sorang je faham. “ So... Need help?”
Mata dia memandang nota Kimia dalam tangan aku.
“ Naa... It’s okay. “ Aku senyum.
Pap! Afiq pandang aku. Right into my eyes. One second. Two...
Aku pandang nota balik. Try to be calm.
“ Erm... So apa plan lepas ni? Kau nak ambik course apa?”
Aku pandang muka dia. But penuh berhati-hati. Cannot meet his eyes.
“ Medic. Kot.”
Kening dia terangkat sebelah. “ Kot?”
“ Depends on sem 2 results jugak.”
“ Result tu depends on you, bukan you depends on the result.”
Kenapa cara dia cakap macam familiar???
“ How about you?”
“ My mom suggested medic, but my dad suruh pursue engineering.”
“ Kau?”
Dia sengih. “ Belum tahu lagi. Tengoklah nanti.”
Mencebik. “ Eleh, sama je dengan aku. “
“ Mana ada sama. Kau dah tahu apa yang kau nak, tapi kau tak pasti kau boleh dapat apa yang kau nak atau tak. Aku tak tahu apa yang aku nak, tapi aku sure aku boleh dapat apa yang aku nak.”
“ Yela. Student four flat. Mintak apa je sure dapat.”
“ Bukan dalam study je. I’ll get what I want in anything.” Dia emphasize the word ‘anything’.
“ Anything.” Aku copy ayat dia balik.
He’s looking at me. Macam ada meaning...
Shaite! Aku baca ayat tadi sejak tadi lagi. Fokus!
“ Erm, Reni. If you don’t mind, aku nak join kau study study week nanti boleh?”
Suara Afiq kind of husky, so pertanyaan dia bunyi macam flirting.
Aku dah fikir yang bukan-bukan. Stop it!
“ Erm..”
“ It’s okay if you prefer study sorang-sorang...”
“ Nope. Okay je.” Aku potong ayat dia. Senyum Reni. Senyum.
Okay. Senyuman aku dah jadi plastik.
Dia bangun and regang-regangkan badan.
Sengih. “ Okay then. I’ll text you okay.”
Teringat something.
“ Afiq, kalau tak ada kredit tu aku reply thru FB jela.”
“ Aku tak ada FB la.”
Pelik. Afiq tak ada FB? Bukan dulu aku pernah add dia?
“ Kau pinjamlah kredit roommate kau. Aku pergi dulu.”
Dia tengok aku then terus pergi.
Wait, did he just winked ? |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh!!! ... sweet afiq ... |
|
|
|
|
|
|
|
#16 knowing afiq
That Saturday morning I woke up with a loud message bleep.
Buka mata sebelah. Tengok time dekat Nokia.
It’s 6.15 a.m.
Siapa yang hantar message pagi-pagi ni?
‘ 0133XXXXXX ... share... RM30...’
Terus celik. Recheck RM3 or RM30.
It’s RM30.
Check nombor phone yang share topup ni.
Mulut ternganga.
Tiba-tiba ada satu lagi message masuk.
‘ Wake up sleepy head! Solat subuh!’
Okay. Aku dah bangun. Alarm clock aku pukul 7.30 sebab aku tak boleh solat.
Tiba-tiba sender message itu call.
Perbetulkan suara.
“ Hello.”
“ Hello. Oi, kau dah bangun ke belum?”
Roll eyes. “ Dah. Thanks la gerakkan.” Nada ala-ala peril.
Gelak. “ Sama-sama.”
“ Kenapa kau topupkan RM30?”
“ Kau cakap tak ada kredit. Aku topupkan la. Lagipun number postpaid kau dah tak pakai kan? So apa salahnya aku topupkan kau...”
Aku diam. He kept mumbling.
“ Hello. Reni, kau tidur balik ke?”
“ Aku tak boleh tidur kalau ada orang membebel kat telinga aku.” Jawapan sadis.
“ Okay, fine. Kau pergi sambung tidur balik. Aku tak kacau dah. Tak apalah...”
Lelaki buat nada suara merajuk kalah perempuan. Aku mencebik.
“ Aku jenis tak makan merajuk la. Dah pergi solat.” Aku malas cakap panjang dengan Afiq.
“ Aku dah solatlah. That’s why aku call kau. Nak kejutkan kau.”
“ Save your credits la Afiq. Aku boleh bangun sendiri.”
He said something but aku tak faham. Malas nak ambil tahu so aku hmmm and aaahhh je.
“ Reni?”
“ Hmm?”
“ Nak start study sekali tak hari ni?”
Berfikir. “ Boleh je. What time?”
“ Since I know you’ll get back to sleep later...”
Kantoi.
“ So, why don’t you tell me what time?”
“ Pukul 11 okay?”
“ Kau tunggu kat mana?” Afiq tanya.
“ Jumpa sana teruslah.” Exactly aku tak nak jalan sama-sama dengan Afiq. He’s such a famous guy. Budak JPP.
“ Okayla macam tu. See you there.”
“ Hmm...” Aku dah start mengantuk balik.
“ Owh, ya. By the way, Reni.”
“ Apa lagi?” Suara macam nak marah.
“ Suara kau bila bangun tidur sexylah.”
Aku terus tekan button merah sambil dengar dia gelak.
Pukul 10.50 aku dah jalan ke library.
Sampai library aku tengok Afiq khusyuk dengan laptop. Aku jalan slow-slow belakang dia and usha.
Dua tiga langkah nak sampai Afiq toleh and terus tutup laptop dia. Aku berdiri depan dia.
“ Kau tengah typing kan tadi?” Aku letak buku-buku atas meja.
“ A’ah. Type something.”
Dia macam gelabah. And dia tak nak tengok mata aku. Hilang macho terus.
“ Kenapa aku datang kau terus tutup laptop?”
“ Tak ada apalah. Aku merapu je tu. So kau nak study apa ni?”
Aku senyum kecil. Rasanya Afiq macam tengah type untuk blog.
Blog?
“ Kau buat blog ke?”
Afiq gelak. “ Aku tak layan blog.”
Tak sentuh dah topik tu. Sambung study.
Study dengan Afiq is totally different daripada study dengan Syakir. Afiq lebih serius dan penerangan tentang sesuatu perkara lebih jelas.
Pendek kata, best study dengan dia.
I almost forgot.
Aku keluarkan dompet dari poket. Keluarkan tiga keeping not merah. Then tolak kat dia.
“ Apa ni?” Dia angkat muka dan pandang aku pelik.
“ Your RM30 topup.” Selamba aku jawab.
Dia diam dan ambik duit aku. Kemudian sambung study.
Ingatkan dia nak tolak. Lega sebab dia terima je. Aku tak suka hutang dengan orang.
Balik bilik around 3 pm. Jalan dengan Afiq. He insisted to walk together.
Aku sumpah itulah the first and the last aku jalan dengan dia.
Too much people watching. Dia macam magnet.
Sampai bilik terus baring atas katil. Mengantuk.
“ Reni, ada stapler tak?” Liz datang and tanya.
Bangun, seluk bag dan cari pensil case.Bukak pensil case and cari stapler.
Something terjatuh. Liz tolong kutipkan.
“ Woh, simpan duit dalam pensil case. Tak hilang ke weh?”
“ Eh...Bila masa pulak aku sim...” Aku hulur stapler.
Dapat je stapler Liz terus blah.
Aku tengok balik duit tu. Ada RM30.
Afiq. |
|
|
|
|
|
|
|
best! |
|
|
|
|
|
|
|
#17 rocket
Tiga hari lagi nak start final.
Aku banyak berkurung kat bilik sejak dua tiga hari ni. Study sorang-sorang, walaupun ramai yang cakap better study ramai-ramai.
Aku tak suka sangat study group.
“ Kau tahu aku dapat nombor phone abang library!” Kawan aku yang-tak-macam-kawan-sangat menggedik bagitau kat semua orang.
“ Yang handsome tu?”
Maka bisinglah group aku bercakap pasai abang library yang handsome.
But, abang library tu memang handsome.
Cuma tiga hari aku study sama-sama dengan diorang, lepas tu aku prefer alone.
Afiq pulak text aku almost every day tanya pasal nak study sekali. Aku cakap aku study in group and ajak dia sekali but dia tak nak. Sedangkan budak dalam group aku tu semua satu kuliah dengan kami.
Ayat dia.
“ Aku tak boleh study sorang-sorang. Kurang-kurang kena dua orang.”
“ Study lah dengan roommate kau ke, kawan-kawan kau ke. Aku ajak kau study group kau tak nak.”
“ Tak nak ah. Lagipun aku prefer different gender.”
Gedik. “ Kenapa?”
“ So that aku tak di cop gay.”
Afiq gelak. Aku malas nak layan.
Bila aku bercakap topik RM30, Afiq terus off phone.
One way aku boleh buat is aku topup balik kat dia RM30 tu.
Tak sampai lima minit dia call.
“ Kenapa kau topupkan aku RM30?”
Exactly aku terkejut. Suara dia serius. Tak macam Afiq yang selalu.
“ Sebab kau topupkan aku RM30 dulu. Aku bayar balik la.” Try selamba and calm.
“ Reni, aku tak suka la kau buat macam ni. Aku belanja kau topup, kau guna je. Fullstop. Tak payah nak bayar-bayar balik. Aku tak mintak pun.”
“ Afiq. Aku tak suka pakai barang orang. Lebih-lebih lagi benda yang tak ada motif. Tak ada sebab kau nak topupkan kat aku. Bukan birthday aku ke apa.”
Dengar dia mengeluh. “ Anggap jela tu hadiah birthday kau. Senang.”
“ Birthday aku dah lepas. And still I am not going to consider that as a gift.”
“ Tak ada ke orang pernah bagi benda kat kau sebab saja-saja dia nak bagi?” Afiq still tak puas hati.
Aku tarik nafas panjang. “ Tak ada, sebab aku tak suka ambik barang kawan aku. Kalau macam tu topup RM30 tu kau anggap aku hadiahkan kat kau. Erm..As farewell gift. Okay?”
Ada nada panjang di sebelah sana.
Afiq dah letak telefon.
Sejak hari tu dia tak text aku lagi dan dia tak call aku lagi.
“ Reni, it’s RM30. Not RM300. Not RM30000. Yang kau tak accept tu kenapa?”
Dalia menyibuk petang exam tu. Banyak pulak duit dia call aku.
“ Dalia, you know how I am with gifts and presents. Kalau tak ada sebab nak bagi, aku payah nak terima.”
“ Kalau aku, aku ambik je.”
“ Tu kau!” Aku mencebik.
“ Habis tu dia tak contact kau langsung la?”
“ Tak.”
“ Risau pulak kau.”
Aku paham maksud Dalia. “ Bukan apa. Kan dah nak exam. Tak naklah gaduh sebab benda kecik je.”
“ Kau cakap je kat dia, kalau dia tak nak RM30 tu, suruh dia kasi kat orang nama Dalia okay?”
Dalia memang nak kena ketuk.
“ By the way, apa dah jadi dgn Mr Pian?”
Mr Pian! Lama aku tak jenguk dia.
“ Dia ada post lagu kat blog dia. Macam tengah dilamun cinta je.”
Pelik. “ Ye ke?”
“ Give up jela Reni.”
“ Since when you asked me to give up neh?”
Dalia terkekeh. “ Since I think he’s sweet and awesome.”
Saja je Dalia nak kasi panas.
Malam tu aku bukak blog Mr Pian.
Baca post-post lama. Ayat dia semua pendek-pendek. And quotes.
The title of the latest post three days ago.
“Rocket?”
Nak jadi angkasawan ke?
Ada video.
Aku klik play.
It’s Yuna’s song.
‘ Cause even if they go away... I get the feeling that you’re gonna stay...’
Terus download video.
Malam tu ulang-ulang dengar until I can memorise the lyrics.
No wonder Dalia macam dah angau.
He’s such a sweet guy.
Sampai aku rasa aku pun dah angau.
Tak mustahil kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|