|
Adab Berpuasa Ramadhan
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi siang dan malam sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti Solat Terawih, Solat Witir, Solat Tahajjud, Tadarus Al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya.
sumber: http://adlizakaria.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|


Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :- Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakankepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakanmana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebihharum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan merekasehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirmanhampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapiterus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi merekapada akhir malam”.
- Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunyadalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan dimana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesaimasuk nescaya ditutupnya”.
- Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
- Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasamerupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripadakamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya denganberdusta atau mengumpat”.
- Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
- Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnyapuasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orangberpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescayabergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwaMuhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisiAllah daripada bau kasturi.
- Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
- Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
- Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnyabagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskandaripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
- Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
- Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapatsyafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kitamengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak denganberpuasa dan beramal.
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpose Semua

Kelebihan Berpuasa
Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SALAM RAMADHAN KAWAN-KAWAN 
"Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kepada yg terawih malam tadi!!! 
Fadhilat terawih
malam pertama
"diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya semasa baru dilahirkan"
so, malam nih jgn lupa terawih!!
Fadhilat terawih
malam kedua
"Diampunkan dosa orang-orang beriman yang mengerjakan solat terawih serta dosa-dosa kedua ibubapanya"
|
|
|
|
|
|
|
|
TERAPI RAMADHAN...
Hari ini, merupakan 1 Ogos 2011 juga bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Ini bermakna hari ini bermulalah hari untuk kita umat Islam sedunia berpuasa sejajar dengan tuntutan Al-Quran. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya terdapat Rahmah, di tengah-tengahnya merupakan Maghfirah dan dihujungnya adalah janji Allah S.W.T bagi mereka yang beriman dan ikhlas, yakni kebebasan dari dimasukkan ke api neraka.
Umumnya Ramadhan disambut dengan hati terbuka oleh seluruh umat Islam. Masjid dan surau dimeriahkan dengan Solat Terawih dan ceramah-ceramah Ramadhan.
Ini merupakan amalan-amalan yang bukan sahaja baik, namun amatlah dituntut kerana ia akan menjadikan majlis Solat Terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadah bahkan juga medan untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.
Begitupun, masih ada diantara kita tidak pernah merasai kenikmatan bulan yang mulia ini. Mereka seringkali menghadapi masalah dan mempunyai banyak kemusykilan sepanjang berpuasa. Puasa yang hanya dilaksanakan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga tidak akan membawa kita merasakan kenikmatan Ramadhan. Ianya seharusnya dipenuhkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan ibadah bagi menambahkan keimanan di dada, sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Dan Firman-Nya:
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran".
(Surah Al-Asr: 1-3)
Walaupun begitu, masih terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan umat Islam mengenai Ramadhan. Dengan ini, Satu PANDUAN BERNAMA TERAPI RAMADHAN adalah satu usaha kerdil kami untuk memenuhi kekosongan ini. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dan penghayatan bulan Ramadhan. Seberapa daya, kami telah berusaha untuk memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.
" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman"
(Surah Azzariyat: 57)
Kami telah menamakan produk ini sebagai Terapi Ramadhan kerana isi kandungannya adalah panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah syurga yang telah dijanjikan bagi orang yang berpuasa. Amalan-amalan ikhlas kita dalam melaksanakan puasa ramadhan adalah jaminan untuk kita menuju ke syurga Allah. InsyaAllah.. Ini adalah realiti kehidupan. Kita harus berdoa agar amalan sepanjang bulan ramadhan kita diterima Allah S.W.T.Di sini saya kongsikan rahsia untuk menjadikan puasa anda lengkap tanpa kemusykilan, Insya-allah...
Semoga TERAPI RAMADHAN INI dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan rahmah Allah di bulan Ramadhan. Jika anda mahu rasakan semangat dan nikmat berpuasa di bulan penuh keberkatan ini dengan sebenar-benar nikmat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# ayushuhada04
produk aperkah?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# naen
apa yg lawaknya???
klu tk faham entah ler.....
tak apa pun yg lawak...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# ayushuhada04
dah faham .. artikel tu sebenarnya promot buku

amek dari iluvislam eh? ruang advert?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply naen
apa yg lawaknya???
klu tk faham entah ler.....
tak apa pun yg lawak... ...
ayushuhada04 Post at 1-8-2011 11:30 
nak kene tolak markah nih
dok advertise buku |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by moyas at 2-8-2011 06:39
Kuliah Subuh

Nabi SAW berkhutbah di akhir Syaaban. Dalam khutbahnya itu, Baginda menyebut beberapa perkara tentang kedatangan Ramadhan-tibanya bulan mulia yang diberkati, adanya malam qadar yang lebih baik dari seribu bulan, berpuasa di siangnya itu fardhu, mendirikan malamnya itu sunat dan kelebihan-kelebihan lain yang ada dalam bulan Ramadhan. Di akhir khutbah itu, Nabi SAW bersabda, maksudnya: ‘Perbanyakkanlah di bulan itu 4 perkara;
2 perkara menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu dan
2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya.
2 perkara yang menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu ialah syahadah Tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta ampun kepada Allah.
2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya ialah kamu minta syurga dari Allah dan kamu minta perlindungan dengan Allah dari api neraka…’ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RENUNGAN RAMADHAN
"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: " Mana orang yang berpuasa?". Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak ,bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i)
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu". Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." (Hadis Riwayat Ahmad)
" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-" |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|