CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acesecure

Soalan pada para perawat

[Copy link]
Post time 29-6-2011 03:07 PM | Show all posts
yeke HK? Jin lebih takutkan bomoh siam dr ustaz?? mintak HK beri penjelasan sikit...

Menarik gak ...
babette Post at 29-6-2011 14:52
hehe.... alah tu jin yg kata le, aku bukan jin... aku hantu je hehe





jin memang lebih takut pada bomoh hitam/siam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 03:33 PM | Show all posts
Bolehkah jin dipenjarakan atau ditangkap? yang aku tau boleh hanya dengan menggunakan khidmat jin khadam juga, tidak pernah dipraktikkan oleh perawat Islam, terutama yang termashur dalam amalan masyarakat kita tangkap jin masuk dalam botol.
kupia Post at 29-6-2011 14:29



   aku tertarik dengan ayat Kupia seperti kat atas ni...
bole kupia confirmkan yang org yg penjara/ tangkap jin ni MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM???

pastu klu kupia kata "tidak pernah dipraktikkan oleh perawat Islam,"
ada jugak laa aku jumpa perawat islam yang  tangkap jin masuk botol... mean org tu memang guna khidmat khadam gak ke eh??

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 21# hantukiller

takkan lah tergamak babe nak cakap HK ni jin..


so maksud jin2 ni takut pada bomoh siam?? bomoh2 siam ni power ke sampai dorang takut sesangat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 29-6-2011 15:40

Tak banyak orang cerita tentang perawat Islam yang meruqyah dalam thread ni, perawat Islam yang aku pernah tengok sendiri yang aku sendiri fikir lebih menepati kehendak Syari'i (jangan salah sangka pulak aku tak tuduh pun perawat-perawat yang lain aliran berbeza sebagai perawat bukan Islam, aku tidak layak menilai keislaman seseorang individu, serahkan pada Allah sahaja, berbeza pendapat tu tak boleh elak).  

Sesiapa yang dah pernah menemui perawat dan yang menerima rawatan itu sendiri lebih maklum lagi tentang kaedah rawatan yang diberi.   Sekarang kita bincang tentang ruqyah syari'i dalam mengahadapi ancaman dan gangguan sihir (tidak dinamakan sihir kalau tidak melibat jin atau makhluk halus).

dalam klip dialog dengan jin di atas, bila dibacakan ayat-ayat quran jin yang bernama Yusuf tu mengaku ada 30 yang dah mati dan ada yang putus-putus kaki dan tangan.... itu pun mengikut pengakuan jin tu sendiri juga, betul atau tidak ustaz tu pun tak mengaku dia boleh nampak, bukti fizikal tak ada.  Kalau tidak yakin dengan kuasa wahyu dan ayat-ayat Allah itu dengan izinNya, itu atas urusan sendiri...  pada aku tidak ada lain yang boleh mengalahkan jin melainkan ayat-ayat Allah jua...

Selalunya orang-orang alim yang kuat amalan agama yang datang meruqyah sebab nak kena tau banyak mengenai quran untuk mematahkan hujah-hujah jin tu, jin memang terkenal sangat petah berkata-kata... Diri sendiri pun boleh buat untuk ahli keluarga tak ada masalah asalkan beragama Islam dan tau quran dan boleh baca quran sedikit sebanyak.

Jika terlibat dengan gangguan sihir, tuga yang paling utama yang kita kena lakukan ialah mengeluarkan jin gangguan dari dalam badan tu, bukan kerja yang mudah selalunya memakan masa yang panjang.  Selain berjumpa perawat untuk bantuan diri sendiri yang paling utama untuk bangun melawan.  Amalan Islam yang biasa solat fardu jangan tinggal, rajin bangun malam solat sunat, doa, puasa wajib/sunat, baca quran, zikir dan lain-lain.

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 03:46 PM | Show all posts
aku bukan perawat, tak layak langsung jadi perawat Islam, tapi bagus juga kalau boleh diskusi pasal  ...
kupia Post at 29-6-2011 14:29



   Saudara Kupia; yang saya maksudkan hukum syariat ialah bukan hukum berkenaan dengan rukun islam dan rukun iman itu tak dipertikaikan,sememangnya firman Allah,"Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada ku"
tetapi saya bertanya pasal hukum keatas perbuatan jin tersebut keatas anak adam,adakah ianya tertakluk kepada hukum hudud, qisass,diyat Dll. sekiranya tertakluk kepada hukum2 tersebut adakah berdosa sekiranya  kita membunuh nyamuk,semut,ular lipan,kala jengking yang mengacau ketenteraman manusia. sedangkan binatang2 tersebut juga adalah makhluk Allah juga,
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 03:47 PM | Show all posts
aku tertarik dengan ayat Kupia seperti kat atas ni...
bole kupia confirmkan yang org yg penjara/ tangkap jin ni MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM???

pastu klu kupia kata "tidak pernah dipraktikkan oleh perawat Islam,"
ada jugak laa aku jumpa perawat islam yang  tangkap jin masuk botol... mean org tu memang guna khidmat khadam gak ke eh??
safamm Post at 29-6-2011 15:33


ya itu mengikut apa yang aku percaya dan yang aku faham.  Memang terdapat ramai dari kalangan agamawan kita yang mengaku boleh tangkap jin masuk dalam botol menggunakan ayat-ayat Quran.  Penggunaan khadam ayat juga diamalkan oleh individu dalam masyarakat kita yang mempunyai latar belakang agama yang kuat... banyak ustaz-ustaz yang tinggi ilmu agamanya tetapi sangat yakin dengan khadam ayat.  Panjang pulak cerita mengenai khadam ayat ni kalau nak bincang, cuba baca buku rawatan sihir Ustaz dr Amran Kasimin ada dibincangkan cara ringkas.

Tapi apa itu berlaku dalam masyarkat nusantara kita, kebanyakan ulamak-ulamak besar   menentang kaedah khadam ayat, semuanya mengatakan makhluk itu sebenarnya adalah JIN...  mintak pertolongan jin rujuk Surah Al Jin ayat 6.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2011 04:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by nagaijau at 29-6-2011 16:27
aku bukan perawat, tak layak langsung jadi perawat Islam, tapi bagus juga kalau boleh diskusi pasal  ...

Belum pernah dengar lagi ada orang PEREMPUAN perawat Islam timur dan barat yang membaca ruqyah syarii merawat masyarakat ramai.  Selalunya dibuat oleh ustaz-ustaz dan orang-orang alim.  Orang perempuan yang mengaku boleh merawat masalah gangguan halus dalam masyarakat Melayu kita adalah dukun dan bomoh semata-mata, jangan terpedaya. (Maksud aku perawat perempuan yang merawat gangguan halus bukan maksud ahli perubatan profesional biasa macam doktor, jururawat, pharmacies dan sebagainya).
kupia Post at 29-6-2011 14:29


saudara kupia... salam...
apakah ciri2 yg diperlukan utk sesorg layak membaca rukyah tu?
dan kenapa wanita tidak layak ?

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 04:14 PM | Show all posts
Saudara Kupia; yang saya maksudkan hukum syariat ialah bukan hukum berkenaan dengan rukun islam dan rukun iman itu tak dipertikaikan,sememangnya firman Allah,"Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada ku"
tetapi saya bertanya pasal hukum keatas perbuatan jin tersebut keatas anak adam,adakah ianya tertakluk kepada hukum hudud, qisass,diyat Dll. sekiranya tertakluk kepada hukum2 tersebut adakah berdosa sekiranya  kita membunuh nyamuk,semut,ular lipan,kala jengking yang mengacau ketenteraman manusia. sedangkan binatang2 tersebut juga adalah makhluk Allah juga,
gammbir33 Post at 29-6-2011 15:46


betul la tu kan, dia tertakluk kepada syariat tentang ibadah, hukuman yang melibatkan fizikal manusia tentulah tidak disyaratkan kepada makhluk jin... kalau qisas hukum pancung dengan pedang camana pulak kita nak pancung kepala jin?

Jin sihir yang masuk dalam jasad manusia itu satu perbuatan haram yang zalim, jin sendiri pun tau tentang hukum itu. setakat dia menyakitkan fizikal tu taklah berat sangat untuk ditanggung, tapi dia juga memisahkan pasangan suami isteri, menghalang kita dari melakukan amalan ibadah menyembah Allah atau dengan cara halus memesongkan akidah, itu kezaliman besar.   Tidak ada dalil khusus kita boleh menjatuhkan hukuman mati pada dia, Rasulullah saw sendiri pun tangkap iblis dengan tangan dalam masjid nabawi dia lepaskan semula kerana menghormat Nabi Allah Sulaiman.  Tapi kita diajar menggunakan ayat-ayat Allah untuk membabaskan diri dari gangguan jin terutamanya jin sihir.  Kebanyakkan peruqyah tidak bertujuan membunuh dia, hampir kesemuanya baca quran bertujuan untuk mengeluarkan dia dari dalam badan manusia, digalakkan kita berdakwah pada dia ajak dia masuk Islam atau ajak dia bertaubat, rata-rata kebanyakannya mau dan mudah menerima Islam dihantar ke Mekah ada satu masjid khas untuk jin berhampiran masjidil haram.  Dalam masa yang sama jika dia engkar tidak mau keluar kita hanya boleh membacakan ayat-ayat Allah berterusan, apa mudarat yang terjadi pada diri dia, terbakar ke, terkunci sendiri ke, jatuh mati ke bukan atas kehendak kita, itu semua adalah ketentuan Allah.  Bagaiman boleh ayat-ayat Quran membinasakan jin, itu saya tak mampu jawab, banyak yang telah berlaku.  WA.

yang salah dari saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 04:25 PM | Show all posts
saudara kupia... salam...
apakah ciri2 yg diperlukan utk sesorg layak membaca rukyah tu?
dan kenapa wanita tidak layak ?
nagaijau Post at 29-6-2011 16:05


kena perjelaskan betul-betul ni, saya tak kata wanita tidak layak baca ruqyah, tak layak baca quran bahaya tu
maksud saya wanita yang mengaku boleh melakukan rawatan untuk khalayak ramai, mengaku boleh jadi perawat untuk umum... rawatan yang saya maksudkan adalah rawatan alQuran khusus untuk gangguan sihir... semuanya dilakukan oleh orang lelaki dari kalangan ahli agama... (khas untuk rawatan sihir sahaja bukan yang lain)

semua orang orang boleh meruqyah sendiri (baca quran tak ada larangan) - wanita dalam haid pun ulamak berbeza pendapat ada yang kata boleh baca quran - untuk baca ruqyah adalah ulamak bagi syarat-syaratnya saya rasa semua orang Islam layak... betul akidah, betul keimanan, boleh baca quran...

Orang perempuan boleh bacakan quran pada ahli keluarga sendiri untuk tujuan rawatan, sangat baik kalau diamalkan setiap lepas solat fadu, solat sunat... banyak ayat-ayatnya kalau hafal lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 04:33 PM | Show all posts
aku tertarik dengan ayat Kupia seperti kat atas ni...
bole kupia confirmkan yang org yg pe ...
safamm Post at 29-6-2011 15:33



   
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 04:41 PM | Show all posts
Minyak wangi dan bunga adalah makanan jin yang beragama hindu.
kupia Post at 29-6-2011 14:29


masalah ayat di atas tu susah jugak tu...coz ramai yang kata bau2an wangi cth minyak attar tu sunnah.... cam ne yek?


aku tak pandai..tu sebab bertanya bila ada percanggahan pendengaran n pembaca aku..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 05:12 PM | Show all posts
antara ciri-ciri perawat Islam yang menggunakan kaedah ruqyah syari'i yang tulin (jangan jemput saya pulak saya tak boleh merawat), anda sendiri yang menentukan:

antara yang saya perhatikan:

1.  kalau kita jemput dia datang dia akan datang dengan seorang atau lebih pembantu...
2.  bila dia sampai dirumah kita dia akan tanya ada atau tidak ahli keluarga dalam rumah yang menyimpan tangkal-tangkal azimat, wafak, cincin-cincin tangkal, barangan lama yang dibuat tangkal dan lain-lain.  Kalau ada dia akan minta semua barangan itu diserahkan pada dia untuk dimusnahkan.
3.  dia akan minta semua gambar-gambar makhluk bernyawa yang digantung didinding-dinding rumah diturunkan dan simpan.
4.  dia akan minta pesakit dan semua yang hadir menutup aurat terutamanya wanita.  
5.  dia akan minta semua yang hadir mengambil wuduk untuk mengelak sebarang serangan luar jangka.
6.  tidak merawat pesakit bukan mahram tanpa hadirnya ahli keluarga pesakit
7.  barang yang diminta hanya air bersih yang boleh diminum dan dibuat mandi.
8.  bercerita sedikit pada pesakit akidah Islam yang betul.  Yang berkuasa hanya Allah bukan perawat.
9.  minta pesakit duduk atau baring menutup aurat untuk dibacakan pada pesakit ayat-ayat ruqyah pada telinga pesakit.  Tangan perawat akan diletakkan di bahagian kepala pesakit.  
10.  perawat mula membaca ruqyah dengan kuat boleh didengar dengan jelas oleh semua yang hadir, bukan cara bisik-bisik separuh boleh dengan separuh tak boleh dengar...
11. beragantung kepada reaksi pesakit bila mendengar bacaan quran, ada macam-macam reaksi yang boleh dilihat, ada yang diam, ada yang menangis, ada terketar sikit, ada yang muntah, ada yang jatuh pengsan, ada yang bangun lari, ada yang aggresif, macam-macam.  Apa pun berlaku perawat akan terus membaca quran sampai habis ayat-ayat ruqyah.  Dalam kebanyakan kes jin dalam badan pesakit akan mula bersuara menggunakan suara pesakit.
12.  perawat mula dapat berdialog dengan jin dalam badan pesakit (ada juga kes yang tidak berdialog, jenis jin yang terus berdiam diri).
13.  antara soalan perawatan siapa dia sebenar dia samada jin atau syaitan (dalam banyak kes dia akan bagi tau), siapa nama dia, berapa umur dia (ada yang kata 7 ribu tahun), apa agama dia, kenapa dia ganggu pesakit, dia ganggu sendiri atau dihantar oleh tukang shir (tuan dia).  Berapa bilangan jin yang ada dalam badan pesakit, berapa lama dia sudah bersarang di dalam.  Perawat kena mahir berdialog dengan dia kerana ada yang tidak mau menjawab soalan akan diancam dengan ayat-ayat alQuran.  (Jin sangat takut mendengar azan, ayat qursi, as-sofat dan lain-lain).  dalam banyak kes jin akan menjerit menderita kepanasan.  perawat kena cungkil rahsia jika ada barangan sihir digunakan yang ditanam dimana-mana kena dikeluarkan atau dalam bentuk medium yang lain.  Dialog percakapan boleh didengar dengan jelas oleh semua yang hadir, bukan dialog sebelah pihak sahaja.
14.  dalam dialog ini perawat kena pandai berdakwah mengajak dia menerima Islam, menceritakan tentang kebenaran Islam, tentang azab siksa neraka Allah.  Kalau dia beragama Islam ajak dia bertaubat.
15.  kalau dia engkar tidak mau menerima Islam tak boleh dipaksa, ancam dia dengan ayat-ayat quran minta dia keluar, ada perawat yang menggunakan kaedah pukulan dengan tangan atau dengan rotan untuk memaksa dia keluar.  Selalunya bila dia merasuk selepas dibacakan ruqyah dia dengan sendirinya terkunci dalam badan pesakit tidak dapat lari lagi, perawat mesti kena tau membuka menunjukkan dia jalan keluar.
16. pesakit sedar dan boleh mendengar semua dialog yang berlaku tetapi tidak dapat menguasi diri sendiri.
17. kalau jin berjaya diizinkan keluar samada menerima Islam atau dipaksa, pesakit akan disedarkan semula dan ditanya tentang dan diberi tahu apa yang telah berlaku.  pesakit diberi minum air yang dibacakan quran dan dibiarkan berehat sementara.
18. lepas satu jam ruqyah dibaca semula kerana takut ada jin yang menipu masih belum keluar atau ada ahli keluarga jin yang lain pula yang masuk untuk membalas dendam.  Jika tiada apa-apa reaksi, bermakna jin telah benar-benar keluar dan pesakit telah pulih.
19.  perawat memberi tahu pesaki amalan ibadah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan tukang sihir menghantar semula sihir yang lain.
20.  Lepas sebulan ulang semula rawatan untuk menentukan pesakit telah benar-benar pulih.

itu sahaja dulu, bandingkan dengan rawatan yang pernah kalian dirawat... WA

yang salah dari saya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 05:16 PM | Show all posts
masalah ayat di atas tu susah jugak tu...coz ramai yang kata bau2an wangi cth minyak attar tu sunnah.... cam ne yek?

aku tak pandai..tu sebab bertanya bila ada percanggahan pendengaran n pembaca aku..
safamm Post at 29-6-2011 16:41


itu pengakuan jin tu sendiri dalam dialog dia, minyak wangi yang macam mana dia tak cerita pulak, tapi dia kata makanan dia minyak wangi dan bunga yang dia dapat masa orang memuja dia... sampai kenyang tu katanya... WA
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 06:31 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

takkan lah tergamak babe nak cakap HK ni jin..  


so maksud jin2 ni tak ...
babette Post at 29-6-2011 15:36
hehe... aku pun bukan bomoh siam... nak kata bomoh siam power... tak juga, tapi kalau dibandingkan kebanyakkan ustaz perawat, jin lebih takut pada bomoh siam.... sebab bomoh siam punya siksaan atau kekuatan boleh menyebabkan kehancuran pada jin walaupun jin golongan atasan (azazil/iblis/ifrit/islam)...



sebab kalau kes sakit akibat sihir siam.... biasanya bomoh siam lainnya leh dengan mudah settlekan berbanding perawat ustaz.... sebab berubat dgn perawat ustaz biasanya kejap je baiknya, tak sampai seminggu kene lagi dan terus berulang..... kalau bomoh siam sekali pergi atau beberapa kali terus sembuh...... agaknya la .....................


WA
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 07:43 PM | Show all posts
hehe... aku pun bukan bomoh siam... nak kata bomoh siam power... tak juga, tapi kalau dibandingkan k ...
hantukiller Post at 29-6-2011 18:31


Sebab tue lah kot ada yang lebih prefer jumpe bomoh siam berbanding perubatan cara Islam?
Ikut apa yang adik tengoklah kan..Mostly yang jadi pakar perubatan Islam ney pun bukan calang2..
Jadi kenapa bomoh siam lebih digeruni,ditakuti,dihormati oleh para jin neyh??
Adakah pakar2 perubatan Islam ada kekurangan sesuatu yang kita terlepas pandang?

Ada rahsia dalam rahsia..Tue pendapat adiklah..
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Rahsia dalam Rahsia itu..
Adik tak nak keluarkan statement berbentuk andaian yang merepek2 pulak nanti..
Tak pepesal menjatuhkan maruah para pengubat Islam neyh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:13 AM | Show all posts
Berkaitan ngan kes bomoh siam nie. Kalo jin yg mengatakan bahawa dia takot ngan bomoh siam tp bukan perawat islam sebenarnya kita kena hati-hati jugak. Sbb jin nie suka menipu. Dari 10 yg jin cakap lebih kurang 1 je yg betul. Selebihnya adalah tipu daya sahaja. Kenapa??? Kerana dah jd kerja dia menipu anak Adam.

: Jin akan cuba mencuri berita dari langit. Dari banyak-banyak berita sedikit sahaja yg dia dapat. Selebihnya dia tokot tambah dan disampaikan kepada manusia. Apabila manusia dgr berita tersebut maka, manusia percaya dgn kata-kata jin hatta kebenarannya sedikit sahaja. Disinalh berjayanya tipu daya jin dan syaitan keatas umat manusia. Begitu juga dlm perubatan Islam, selalau aje kita dgr perawat berdialog dgn jin. Tetapi biasenya perawat islam tidak akan ambik port ngan kata-kata jin. Sbb kata-kata jin byk yg tipu dan tiada bukti kukuh. Sbb itu perawat islam tidak akan bercerita panjang dgn pesakit tentang apa yg dierkatakan oleh jin samaada dari mana dia dtg, siapa yg hantar dan sebagainya. Kerana kita tiada bukti dan jika diberitahu maka timbulnya fitnah. dari buat kerja baik jadi kerja haram... huhuhuhuu...

Pasal kenapa kenapa rawatan perawat islam nie kurang berkesan ataupun kena serangan balik. Kita kenalah istiqamah.. Apa yg perawat buat adalah berdoa kepada Allah dan hanya Allah yg izinkan. Sbb kenapa tak sembuh hanya Allah yg tahu. Ada sbb nya yg tersendiri. Dan sy pon pernah alami perkara ini. Setelah rawat sekali ok kemudian kena balik. Rupa-rupanya ada sbbnya yg tersendiri. Allah nak tunjukkan bahawa sebenarnya jin tersebut ada gengnya yg lain. Bila kita ambik sekor yg lain marah dan mengamuk. So, kenalah angkut semua yg ada.

Satu lgi, ini sebenarnya adalah ujian bg manusia. Samaada hendak percaya kepada kuasa Allah atau pada bomoh siam tu. Kalo kita percaya pada bomoh siam tu maknanya larilah akidah kita. Maka kita telah bertuhankan manusia bukannya Allah. Ujian nie dtg dlm pelbagai bentuk, dari sebesar-besar perkara hingga ke sehalus-halus perkara....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 09:52 AM | Show all posts
cuma aku musykil je lah.... cara ape yg boleh bomoh siam kalahkan\takutkan jin?.... takkan dia baca ayat quran??.... adakah diaorg buat perjanjian dgn jin supaya jin2 semua akan ikut kata2 diaorg??.... so nampak mcm power.... tp jin2 tuh patuh\tak lawan dgn diaorg\bomoh....

adakah antara bomoh siam lawan\bermusuh bomoh siam lain??? ini aku tak pernah dgr?.. kalau ada korang citelah.... so camane dia hapuskan jin2 musuh diaorg?? @ diaorg buat perjanjian jg?....

so bila bab perawat islam @ pesakit ceritanya lain lah..... semuanya ujian? boleh katakan gitu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:53 AM | Show all posts
Soalnya sekarang mengapa bomoh siam lebih effective dari perawatan ustaz dengan menggunakan rukyah syariah tu. adakah kerana cara ustaz tu tak power atau ustaz tu tak pandai,
setahu aku rukyah syariah ni tak pernah diajar oleh rasullullah (betulkan aku kalau salah) ianya di gubah oleh ulamak2 terdahulu, dan kita sekarang masih lagi mengikut apa2 saja yang dilakukan oleh mereka dahulu, tetapi pernah tak kita pikir ilmu tu juga adalah makhluk so ianya juga boleh berubah ubah mengikut zaman sedangkan bomoh siam,santau sentiasa berubah2 mengikut zaman dan perawat rukyah ni masih lagi menggunakan cara lama. agak2 kalau kita lumba basikal ngan kereta mana laju. hehehe
kepada perawat rukyah jangan cepat menuduh perawat lain menggunakan jin/khadam oleh kerana perawat tersebut tidak mengikut cara mereka sesungguhnya ilmu Allah tu amat luas firman Allah "sesungguhnya kami menjadikan manusia itu sebaik2 kejadian" tak kira islam ke ,kapir ke semua manusia tu adalah sebaik2 kejadian, so menjadi tanggungjawab manusia untuk upgrade ilmu yang dah ade siapa kreatif,bersungguh,menggunakan akal yang di beri maka dialah yang dapat tak kira tok bomoh ke,bomoh siam ke, ustaz ke, ..Itu janji Allah kepada hamba dia, Allah kan maha pemurah. kalau saya kata ustaz2 rukyah ni kebanyakannya pemalas,dan tak kreatif mesti ramai yang sentap dan marah kat saya tapi itulah hakikatnya.ilmu yang ade tak diupgrade tak kurang juga yang guna khidmat jin islam tanpa sedar hehehe.

renung renugkan selamat beramal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 30-6-2011 11:45
Soalnya sekarang mengapa bomoh siam lebih effective dari perawatan ustaz dengan menggunakan rukyah syariah tu. adakah kerana cara ustaz tu tak power atau ustaz tu tak pandai,gammbir33 Post at 30-6-2011 09:53


hanya kerana pendapat seorang semua setuju bomoh siam lebih power dari pengamal ayat-ayat Quran yang dibaca... satu andaian tanpa bukti, pilihan ditangan anda samada bomoh siam atau dukun atau ustaz yang guna ruqyah syari'i...

setahu aku rukyah syariah ni tak pernah diajar oleh rasullullah (betulkan aku kalau salah) ianya di gubah oleh ulamak2 terdahulu, dan kita sekarang masih lagi mengikut apa2 saja yang dilakukan oleh mereka dahulu, tetapi pernah tak kita pikir ilmu tu juga adalah makhluk so ianya juga boleh berubah ubah mengikut zaman sedangkan bomoh siam,santau sentiasa berubah2 mengikut zaman dan perawat rukyah ni masih lagi menggunakan cara lama. agak2 kalau kita lumba basikal ngan kereta mana laju. hehehe gammbir33 Post at 30-6-2011 09:53


tuduhan tidak berasas berbau penghinaan...
Ruqyah syari'i adalah sunnah mengikut ajaran Rasulullah saw, buktinya boleh diturunkan jika perlu dan telah pun penah ditulis dalam forum ini sejak lama dahulu.  ruqyah itu adalah ayat-ayat Allah yang dipetik dari alQuran, tidak akan ada ulamak-ulamak dulu kini dan bila-bila yang berani menggubah semula ayat-ayat Allah itu, soal ibadah akan kekal sepanjang zaman, soal dunia akan sentiasa berubah mengikut kemajuan manusia. Kita tau golongan mana yang terkenal dengan rekacipta yang mengubah soal ibadah dalam Islam ini.  Ilmu bukan mahluk. Sihir juga berubah mengikut kemajuan zaman. Atas dasar apa ayat-ayat Allah itu diibaratkan seperti basikal yang lembap dan bomoh siam itu seperti kereta laju?

kepada perawat rukyah jangan cepat menuduh perawat lain menggunakan jin/khadam oleh kerana perawat tersebut tidak mengikut cara mereka sesungguhnya ilmu Allah tu amat luas firman Allah "sesungguhnya kami menjadikan manusia itu sebaik2 kejadian" tak kira islam ke ,kapir ke semua manusia tu adalah sebaik2 kejadian, so menjadi tanggungjawab manusia untuk upgrade ilmu yang dah ade siapa kreatif,bersungguh,menggunakan akal yang di beri maka dialah yang dapat tak kira tok bomoh ke,bomoh siam ke, ustaz ke, ..Itu janji Allah kepada hamba dia, Allah kan maha pemurah. kalau saya kata ustaz2 rukyah ni kebanyakannya pemalas,dan tak kreatif mesti ramai yang sentap dan marah kat saya tapi itulah hakikatnya. ilmu yang ade tak diupgrade tak kurang juga yang guna khidmat jin islam tanpa sedar hehehe

renung renugkan selamat beramal...gammbir33 Post at 30-6-2011 09:53


ok katalah ustaz-ustaz pengamal ruqyah ini pemalas dan tidak kreatif dan tidak berkesan, rawatan bomoh siam atau rawatan yang macam mana yang dikatakan berkesan dan kreatif itu?

guna jin dan khadam bukan satu tuduhan tetapi adalah satu hakikat kebenaran... diamalkan manusia zaman berzaman untuk tujuan kezaliman... Anda boleh menghina dan memperkecil-kecilkan kebolehan ustaz-ustaz yang mengamal ruqyah syari'i, tak ada masalah, tapi jangan menghina dan merendah-rendahkan ayat-ayat Allah ini bahaya.

tidak akan menang tukang-tukang sihir itu dari arah mana pun dia datang.

WA
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:20 PM | Show all posts
Jangan sentap saudara kupia, saya bukan menghina ayat alquran. jauh sama skali..rukyah syarii pun tiada mengubah mana mana ayat alquran tu. saya pelik adakah ilmu tu tak boleh dirubah/diolah? sedangkan Allah yang menurunkan ilmu tu.bukanya dia jadi sendiri. sekali lagi saya tegaskan saya tidak menghina ayat Allah. saya tidak ibaratkan ayat alquran tu ngan basikal buruk ayat basikal buruk tu saya tujukan kepada perukyah yang tidak mahu memajukan diri.bukannya menghina ayat Allah.
Maafkan saya sebab ayat saya ni berbelit2, saya tak pandai menyusun ayat.
tolong pahami tulisan saya dulu .ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.345293 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list