|
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Selamat berpuasa!
[Copy link]
|
|
|
14 rumah musnah dalam kebakaran di Kg Melangkap Kapa
Februari 22, 2026, Ahad - 12:01pm

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.
KOTA BELUD: Sebanyak 14 rumah jenis separuh kekal terjejas dalam kebakaran di Kampung Melangkap Kapa, di sini, pada Sabtu
Dalam kejadian kira-kira jam 10.57 pagi itu, 10 rumah dilaporkan musnah sepenuhnya manakala empat lagi mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Seramai tujuh anggota dari BBP Kota Belud bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pangkalan Abai digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 36 kilometer dari balai.
“Jentera tiba di lokasi pada jam 11.48 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan 14 rumah jenis separuh kekal dengan anggaran keluasan keseluruhan 148 x 82 kaki,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan serta pam angkut menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran.
Beliau berkata, jentera Fire Rescue Tender (FRT) tidak dapat memasuki kawasan kejadian berikutan laluan sempit serta keadaan jambatan yang tidak kukuh.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.21 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden ini.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca api berulang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.15 petang,” katanya.
Elge berkata, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ruslan saran penduduk laksana Kebun Dapur
Februari 22, 2026, Ahad - 1:10pm

SERAH: Ruslan bersama Matbali masing-masing menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN Lumadan sempena itu.
BEAUFORT: Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam menyarankan penduduk setempat untuk melaksanakan inisiatif 'kebun dapur' iaitu konsep pertanian skala kecil di sekitar rumah, dalam usaha menampung keperluan sumber makanan keluarga.
Mengulas lanjut, Ruslan berkata usaha itu juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan kepada penduduk terlibat sekiranya memasarkan lebihan hasil masing-masing seperti di pusat pengumpulan pertanian berdekatan.
"Konsep kebun dapur yang diperkenalkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan adalah bertujan menggalakkan rakyat meningkatkan ekonomi melalui pertanian dalam skala kecil bagi menampung keperluan keluarga dan pada masa sama menjana ekonomi keluarga.
"Penduduk yang mempunyai kawasan rumah yang sesuai boleh menanam sayur sayuran atau menternak ayam dan sebagainya yang bersesuaian. Dan ini dapat menjimatkan sedikit kos perbelanjaan untuk keperluan seharian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Mukim Gadong, dekat sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah serta Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun.

SIDANG MEDIA: Ruslan berkata sesuatu kepada pemberita selepas majlis itu.
Sempena majlis berbuka puasa itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan serta perasmian Dewan Terbuka Ukhuwah Masjid Mukim Gadong.
Mengenai kebun dapur yang dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Menteri di Tuaran baru-baru ini, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata terdapat pelbagai konsep model pertanian dan penternakan dipamerkan, yang sesuai dilaksanakan di sekitar rumah.
"Antaranya seperti set penternakan ikan dan juga set pertanian hidroponik yang dilihat sesuai diusahakan di kawasan luar bandar seperti di Lumadan memandangkan terdapat kawasan rumah di sini yang sedikit luas berbanding di bandar.
"Dalam merealisasikan inisiatif ini, kerajaan telah memasukkan pertanian dalam hala tuju Sabah Maju Jaya, dan difahamkan terdapat satu skim pinjaman tanpa faedah, daripada Sabah Credit Corporation (SCC) yang boleh ditawarkan kepada yang berminat melaksanakan aktiviti pertanian atau penternakan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerjasama kukuh antara kerajaan dan FCAS perkukuh kesejahteraan
Februari 22, 2026, Ahad - 1:17pm

SIMBOLIK: Joachim (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada dewa kekayaan.
KOTA KINABALU: Semangat kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat seperti Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) mampu membantu memelihara kesejahteraan Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor percaya melalui semangat kerjasama itu, masyarakat negeri ini akan terus memperkukuh kestabilan sosial, memajukan ekonomi rakyat.
“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang sentiasa menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan seimbang, agar semua kaum dan komuniti mendapat manfaat daripada kemajuan negeri,” katanya pada Pesta Angpau FCAS di sini, kelmarin.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Menurutnya, FCAS yang menghimpunkan 160 buah persatuan Cina dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan memainkan peranan penting dalam memelihara budaya, memperkukuh perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosial serta ekonomi Sabah.
“Pesta Angpau seperti yang dianjurkan FCAS bukan sekadar acara perayaan, tetapi lambang perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
“Kehadiran kita pada malam ini mencerminkan keharmonian yang telah sekian lama menjadi kekuatan Sabah.
“Justeru, kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat yang terjalin antara kerajaan dan Gabungan Persatuan Cina Sabah dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebajikan masyarakat, kegiatan kebudayaan dan pembangunan komuniti di negeri ini,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua wanita warga asing ditahan kes ugutan jenayah
Februari 22, 2026, Ahad - 1:23pm
TAWAU: Dua wanita warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang wanita tempatan di Kampung Kurnia, Batu 4 Jalan Apas, di sini, Disember tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang di hadapan sebuah kedai di kawasan berkenaan.
Katanya, mangsa berusia 25 tahun mendakwa diugut oleh kedua-dua suspek yang juga jirannya dan dikenali.
“Semasa kejadian, kedua-dua suspek dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap mangsa.
“Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Tawau bagi membolehkan siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, bertindak atas laporan dan risikan, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an kira-kira jam 1.30 petang di kawasan Bandar Sabindo.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan polis memandang serius sebarang bentuk ugutan terhadap mana-mana individu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah terbuka Tahun Baharu Cina LDP meriah
Februari 22, 2026, Ahad - 1:47pm

MERIAH: Joachim (tiga kiri), Ewon (dua kanan), Chin (tiga kanan) serta pemimpin yang hadir menyempurnakan acara 'Lau Sang'.
KOTA KINABALU: Rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) diraikan secara meriah dengan kehadiran semua perwakilan parti dari semua bahagian di seluruh Sabah, hari ini.
Sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa untuk menyambut para tetamu yang hadir pada majlis itu.
Kemudian disusuli dengan persembahan nyanyian-nyanyian Tahun Baharu Cina oleh artis-artis tempatan dan juga tetamu kehormat.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Ewon Benedick, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai, Presiden LDP Datuk Chin Shu Ping, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, ADUN Dilantik, Datuk Chin Shu Ying, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), Datuk Michael Lui serta pemimpin yang lain.
Acara kemuncak majlis itu adalah upacara 'Lau Sang' yang disempurnakan oleh para tetamu kehormat.

SERAH: Chin (dua kiri) menyampaikan bantuan pendidikan LDP kepada salah seorang penerima.
Sumbangan 'ang pow' turut diberikan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu dan LDP turut menyampaikan bantuan dana pendidikan kepada anak-anak ahli parti berkenaan.
Sambutan itu turut menyaksikan penyertaan daripada wakil parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pertubuhan Cina, institusi pendidikan, serta pelbagai persatuan daerah di negeri ini.
Acara ini berfungsi sebagai platform untuk para hadirin bertukar-tukar ucapan perayaan, sekali gus menekankan perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina dan semangat harmoni yang dikongsi bersama oleh semua kaum.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rebat RM40 sebulan ringankan beban pengguna
Februari 22, 2026, Ahad - 3:28pm
KOTA KINABALU: Bagi ramai keluarga yang berdepan cabaran kos sara hidup, pemberian Rebat RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar yang layak, sebagai usaha meringankan beban bil elektrik dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara amat memberikan kesan kepada mereka.
Bagi seorang ibu tunggal di pedalaman Sabah, rebat ini bukan sekadar angka di atas bil.
Ia memberi ruang untuk membeli barangan dapur tambahan, menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak, dan memastikan lampu terus menyala pada waktu malam untuk mereka belajar dengan selesa.
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih.
Pengguna yang berdaftar dengan eKasih boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Sabah Electricity www.sesb.com.my
Rebat RM40 ini dikreditkan secara automatik ke dalam bil elektrik pengguna yang tersenarai sebagai miskin tegar di bawah sistem e-Kasih, tanpa memerlukan permohonan baharu.
Langkah itu memudahkan penerima dan memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Sabah Electricity (SE) dalam memastikan akses kepada bekalan elektrik yang mampan dan inklusif, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
Melalui pemberian rebat ini, pengguna yang layak dapat mengurangkan jumlah bayaran bil bulanan mereka tanpa perlu membuat permohonan berasingan, tertakluk kepada pengesahan status kelayakan dalam pangkalan data berkaitan.
SE menegaskan langkah dilaksanakan itu selari dengan usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memastikan sebarang pelarasan tarif tidak membebankan golongan rentan.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan dan mekanisme pelaksanaan rebat ini boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Sabah Electricity 15444, 088-51 5000, aplikasi Sabah Electricity.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa harus sentiasa tekankan aspek pendidikan anak-anak
Februari 22, 2026, Ahad - 7:40am

Majang (duduk di tengah) merakamkan gambar bersama-sama penduduk Rumah Kalik semasa lawatan lawatan kerja beliau ke rumah panjang berkenaan pada Sabtu.
BINTULU: Para ibu bapa harus sentiasa mengambil berat akan aspek pendidikan anak-anak mereka dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan serta cendekiawan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Majang Renggi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju menegaskan, aspek pendidikan terbaik sudah pasti akan membantu menghasilkan lebih ramai modal insan cemerlang pada masa hadapan yang sudah pasti akan membantu Sarawak ke arah pembangunan yang lebih progresif pada masa hadapan.
"Semua maklum bahawa kawasan DUN Samalaju merupakan tempat perlaksanaan projek tenaga boleh diperbaharui Sarawak (SCORE) yang mana ianya memerlukan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam lawatan kerjanya ke Rumah Kalik Janting di Sungai Nyuruk pada Sabtu.
Sejurus selesai, beliau turut meneruskan lawatan kerja ke Rumah Sawing di Batu 23 Jalan Bintulu–Miri di sini.
Pendidikan katanya merupakan asas penting bagi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing serta berkeupayaan merebut termasuk memanfaatkan peluang pekerjaan sedia ada khususnya dalam bidang kemahiran serta perindustrian.
"Justeru, kerjasama erat antara ibu bapa dan guru amat penting bagi memastikan agenda pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seterusnya menghasilkan modal insan cemerlang yang dapat berdaya saing dalam pelbagai bidang pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing," ujarnya.
Beliau sebagai berkata bahawa perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat hendaklah sentiasa dipelihara serta diperkukuhkan lagi bagi memastikan negeri ini khususnya di Bintulu sebagai kawasan yang selesa dan selamat untuk diduduki.
Nilai-nilai sebegini katanya merupakan tunjang utama bagi memastikan kemakmuran dan kemajuan komuniti dapat dicapai secara bersama dan berterusan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga bazar Ramadan diseru sentiasa patuhi kebersihan makanan
Februari 22, 2026, Ahad - 7:53am

Sharifah Hasidah ketika mengunjungi gerai semasa perasmian Bazar Ramadan Sukma Ria. - Gambar UKAS
KUCHING: Pematuhan terhadap kebersihan serta keselamatan makanan perlu diberi keutamaan oleh semua peniaga sepanjang Ramadan bagi melindungi kesihatan pengguna.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perkara itu penting memandangkan bazar Ramadan menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan juadah berbuka puasa setiap hari.
“Kita ingin menyeru kepada semua peniaga-peniaga di sini agar sentiasa menjaga kebersihan gerai mereka dan pastikan kita mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
“Yang penting adalah kita sentiasa jaga kualiti makanan, kebersihan makanan dan keselamatan makanan. Ini memang utama kalau kita membuat gerai-gerai makanan,” katanya memetik laporan Unit Kamunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria yang dianjurkan melalui kerjasama DBKU bersama Emart Express Sukma Ria di sini, pada Sabtu.
Menurut Sharifah Hasidah, bazar berkenaan menempatkan sebanyak 101 gerai jualan meliputi 77 gerai makanan, 16 minuman serta enam gerai khusus bagi jualan ayam dan ikan panggang.
Beliau turut menyifatkan bazar Ramadan sebagai platform terbaik menggalakkan aktiviti keusahawanan masyarakat serta membantu menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.
Dalam pada itu, Sharifah Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang memaklumkan bahawa kemudahan tempat letak kereta di kawasan Dewan Sukma turut dibuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan pengunjung.
Turut hadir ialah Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelan induk pembangunan semula Bukit Assek sudah diluluskan
Februari 22, 2026, Ahad - 8:05am

Chieng (enam kiri), Buong Toon (lapan kanan), Wong (empat kiri), Ngieng (lima kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama orang ramai yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Bukit Assek, malam tadi.
SIBU: Komponen perancangan utama bagi pembangunan semula Bukit Assek telah siap dan diluluskan, dengan pelaksanaannya kini menunggu pengumuman rasmi daripada Premier Sarawak.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, pelan induk pembangunan semula tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) pada Oktober tahun lalu dan ini menandakan satu pencapaian penting bagi projek pembangunan jangka panjang itu.
“Tiga peringkat perancangan utama telah disiapkan, termasuk Penilaian Risiko Banjir yang meliputi kira-kira 39,000 ekar, Pelan Induk Konsep Cloudburst dan pilihan reka bentuk bagi bandar Sibu yang meliputi sekitar 6,700 ekar, serta Pelan Induk Konsep Infrastruktur Bersepadu dan Pembangunan Bandar bagi Bukit Assek yang meliputi kira-kira 815 ekar.
“Dengan kelulusan ini, kita bergerak ke hadapan secara berperingkat dan berpegang teguh untuk memastikan pembangunan semula Bukit Assek dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Bukit Assek yang diadakan di kawasan parkir di hadapan Pusat Khidmat SUPP Bukit Assek, malam tadi.
Chieng menambah bahawa cadangan tersebut disediakan oleh firma perunding antarabangsa, Ramboll, dan telah diterima oleh SPA.
Katanya lagi, pihak berkuasa kini menunggu Premier Sarawak untuk menentukan masa yang sesuai bagi pengumuman rasmi memandangkan skala dan kepentingan projek tersebut.
“Selepas pengumuman dibuat, satu siri program libat urus awam akan dilaksanakan, termasuk pameran awam yang akan memperincikan pelan induk serta garis masa pembangunan bagi tempoh lima, 10 dan 15 tahun.

Chieng dan yang lain mengaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Bukit Assek.
“Pelan pembangunan semula itu merupakan sebahagian daripada strategi infrastruktur dan mitigasi banjir yang lebih menyeluruh untuk Sibu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Projek Mitigasi Banjir Fasa Empat bagi Sibu dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.
Menurutnya, pembangunan semula Bukit Assek amat penting berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan pusat bandar dan bertujuan menangani pelbagai masalah infrastruktur yang telah lama wujud, termasuk sistem perparitan yang lemah, jalan raya rosak serta rangkaian jalan yang sempit.
“Menerusi pembangunan semula yang menyeluruh, kita berharap keseluruhan kawasan ini dapat dibina semula bagi memenuhi piawaian antarabangsa,” katanya.
Chieng, yang kini berkhidmat dalam penggal pertamanya, berkata banyak isu yang sedang ditangani berpunca daripada masalah yang berlarutan lebih dua dekad dan tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
Beliau berkata projek-projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah membolehkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan berskala lebih besar dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dan kerajaan GPS.
Turut hadir Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong dan Presiden Persatuan Gabungan Cina (UCA) Sibu, Ngieng Hock Teck.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbh - Rebat RM40 sebulan ringankan beban pengguna
swk - Pelan induk pembangunan semula Bukit Assek sudah diluluskan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pagi cerah langit membiru,
Semangat baru dalam kalbu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mentari malu muncul perlahan,
Yakin dan sabar kunci kejayaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Doa subuh jadi kekuatan,
Hati cekal capai impian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahek Tuken Do monumen penting dalam ketamadunan Orang Ulu
Februari 22, 2026, Ahad - 10:20am

Kennedy menandatangani plak sebagai simbolik perasmian monumen Jahek Tuken Do di Uma Bawang di Apo Kayan di sini.
BELAGA: Jahek Tuken Do merupakan antara monumen bersejarah terpenting bagi mengukur ketamadunan Orang Ulu kerana ianya digunapakai dari zaman nenek moyang mereka lagi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.
Menurutnya, sebagaimana semua maklum, ianya merupakan salah satu monumen sejarah penting dalam ketamadunan komuniti berkenaan bagi mengukur (mencerap) bayang-bayang matahari khususnya bagi penentuan hari yang sesuai untuk bercucuk tanam khasnya menanam padi.
"Justeru itu, ianya sekali gus membuktikan bahawa generasi terdahulu sudah mempunyai teknologi melalui pelbagai penanda bacaan Tuken Do yang mana ianya harus dipatuhi bagi memastikan padi yang ditanam dapat tumbuh dengan subur dan menghasilkan padi yang baik dan bermutu," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan monumen Jahek Tuken Do dan Dewan Penghulu Lihan Hang di Uma Bawang Apo Kayan di sini, pada Sabtu.
"Sebagaimana yang dipraktikkan oleh nenek moyang kita terdahulu, bacaan Tuken Do amatlah penting dan perlu dipatuhi agar padi yang ditanam subur dan berhasil," ujarnya.
Kennedy dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak khususnya komuniti Orang Ulu di Uma Bawang yang berusaha keras bagi menjayakan perasmian Tuken Do dan dewan masyarakatnya yang sememangnya menjadi tanda peringatan serta kemudahan berguna buat seluruh komuniti berkenaan.
Menurutnya, tanda kebudayaan sebagaimana Tuken Do ini harus dilestarikan bagi memastikannya terus diwarisi serta dijaga generasi akan datang supaya ianya menjadi simbolik budaya yang tidak ternilai hargainya.
Terdahulu, upacara pemberkatan monumen bersejarah dan dewan berkenaan disempurnakan oleh Rev. Monsignor Joseph Ding Leo.
Ahli Dewan Negara, Senator Michael Mujah Lihan, Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah dan Pemanca Umek Jeno antara yang hadir.

Monumen bersejarah komuniti Orang Ulu di Uma Bawang yang dikenali sebagai Jahek Tuken Do.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JPJ Sibu bantu kenderaan rosak sempena Ops TBC di Jalan Sibu-Kanowit
Februari 22, 2026, Ahad - 10:24am

Unit Operasi JPJ Cawangan Sibu membantu orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan ketika menjalankan rondaan dan pemantauan sempena Ops Tahun Baharu Cina 2026 di Jalan Sibu-Kanowit. - Gambar JPJ Negeri Sarawak
SIBU: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu membantu orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan ketika menjalankan rondaan dan pemantauan sempena Ops Tahun Baharu Cina 2026 di Jalan Sibu-Kanowit.
JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebook semalam memberitahu, pegawai bertugas segera mengalihkan kenderaan ke lokasi lebih selamat bagi mengelakkan kemalangan dan memastikan kelancaran trafik.
Tindakan proaktif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen JPJ Sarawak melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya, malah sentiasa prihatin dan bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
JPJ Sarawak akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis tahan lelaki disyaki terlibat aktiviti judi dalam talian di Mukah
Februari 22, 2026, Ahad - 10:30am
MUKAH: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian di bandar ini.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan sekitar jam 4.30 petang Sabtu, dalam serbuan di kaki lima sebuah premis perniagaan di bandar ini.
“Pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek telah menemui satu aplikasi mega888 yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian,”ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, telefon bimbit suspek dan wang tunai berjumlah RM35 telah dirampas untuk dijadikan sebagai barang kes.
“Suspek dan barang rampasan di bawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Ujian urin ke atas suspek mendapati suspek negatif dadah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun,” tegasnya
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis serbu sarang kaki judi di Saratok
Februari 22, 2026, Ahad - 10:38am

Seorang lelaki telah berjaya ditahan dalam Op Limau sekitar Jalan Awik, Saratok yang dipercayai terlibat dalam kegiatan judi. - Gambar IPD Saratok
SARATOK: Sekumpulan kaki judi lari bertempiaran setelah menyedari kehadiran pihak polis di kawasan tanah lapang, Ladang Sawit, Awik, Saratok, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kumpulan yang melarikan diri tersebut dipercayai menjalankan aktiviti perjudian.
“Dalam kejadian tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok sedang membuat rondaan dan pemantauan Op Limau sekitar Jalan Awik, Saratok.
“Ketika sampai di lokasi tersebut, pihak polis telah telah melihat beberapa orang sedang berkumpul berhampiran dengan sebuah meja di kawasan tersebut.
“Menyedari kehadiran pihak polis, kumpulan tersebut terus melarikan diri dan pihak polis hanya berjaya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun,” kata Mathew kepada media, semalam.

DSP MATHEW MANGGIE
Dalam masa yang sama juga, kata Mathew, beberapa barangan judi turut dirampas dan dibawa ke IPD Saratok untuk dijadikan bahan kes.
Kata Mathew, antara barangan yang berjaya dirampas ialah satu unit kong Holo, satu helai kain putih tertera gambar animasi berunsur perjudian, dua biji dadu, satu unit kerusi plastik, satu unit meja papan dan wang tunai berjumlah RM560.00 .
“Berikutan itu, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” tegas Mathew lagi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|