Author|Post time 4-1-2026 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-1-2026 06:33 PM
Tu la. Baru aje dihangkot naik The Beast aritu kan..
PETALING JAYA: Penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa serta penggunaan kekerasan secara tidak sah kepada sebuah negara berdaulat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bimbang melihat perkembangan di Venezuela memandangkan operasi berkenaan dilaksanakan dalam skala besar.
“Tindakan sedemikian merupakan satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan bererti penggunaan kekerasan secara tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat.
“Presiden Venezuela dan isterinya perlu dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kelmarin, AS melancarkan serangan ke atas Venezuela dengan letupan menggegarkan ibu negara Caracas, susulan ancaman berbulan-bulan oleh Presiden AS, Donald Trump terhadap Maduro.
Operasi tersebut turut membawa kepada penangkapan pemimpin berhaluan kiri itu dan isterinya, Cilia Flores.
Perdana Menteri berkata, walau apa pun alasan AS, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memerintah melalui campur tangan luar bakal mendatangkan bahaya.
Beliau berkata, tindakan itu dapat menghakis kekangan terhadap penggunaan kuasa antara negara dan melemahkan rangka kerja perundangan yang menjadi asas ketertiban antarabangsa.
Katanya, menjadi hak rakyat Venezuela untuk menentukan masa depan politik mereka sendiri tanpa campur tangan pihak luar.
“Seperti yang dibuktikan oleh sejarah, perubahan kepemimpinan secara mendadak yang didorong oleh kekerasan luar akan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.
“Ia terutama bagi sebuah negara yang berdepan kesukaran ekonomi berpanjangan dan tekanan sosial mendalam,” katanya.
Anwar berkata, Malaysia menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sebagai asas utama terhadap hubungan aman antara negara.
Katanya, penglibatan secara konstruktif, dialog dan usaha meredakan ketegangan kekal sebagai laluan terbaik ke arah penyelesaian yang melindungi orang awam serta membolehkan rakyat Venezuela mengejar aspirasi sah mereka tanpa menanggung sebarang kemudaratan. – UTUSAN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 4-1-2026 04:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kupasan oleh warfronts pasal peristiwa ni amat menarik perhatian (boleh rujuk video di bawah) terutama pada bhgn ketiga tu.. boleh rujuk pada 09:15 what does this mean for the region?.. ada sentuh pasal the monroe doctrine
the monroe doctrine mengikut konteks sekarang ni.. In late 2025 and early 2026, the doctrine has seen a major reassertion:
• 2025 National Security Strategy: Explicitly called for reassertion and enforcement of the Monroe Doctrine to restore "pre-eminence" in the Western Hemisphere.
• The Trump Corollary: A new policy framework aimed at actively dismantling foreign influence (specifically from China and Russia) and narco-terrorist networks in the region.
• Capture of Nicolás Maduro: Following a January 2026 military raid and the capture of the Venezuelan President, Trump stylized the updated policy as the "Donroe Doctrine," vowing that American dominance in the hemisphere would "never be questioned again".
Author|Post time 4-1-2026 11:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 4-1-2026 06:14 AM
Bila dapat tau pasal serangan ni iols teringat kat Omayazein influencer muslim US yang mix Venezuela ...
PETALING JAYA: Malaysia secara prinsip menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam urusan dalaman sesebuah negara serta sebarang ancaman atau penggunaan kekerasan.
Kementerian Luar berkata, prinsip itu selaras dengan asas yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
“Malaysia sentiasa menegaskan keperluan penyelesaian secara aman melalui dialog, penghormatan terhadap kedaulatan negara serta pematuhan kepada norma-norma antarabangsa.
“Oleh itu, pada waktu genting ini, semua pihak yang terlibat digesa mengamalkan sikap menahan diri sepenuhnya dan mencari penyelesaian aman melalui dialog serta diplomasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar berkata, keutamaan ketika ini adalah keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara.
“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela telah berjaya menghubungi semua warganegara Malaysia yang berdaftar di Venezuela dan mengesahkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat serta telah dikenal pasti.
“Kementerian juga sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini di Caracas susulan laporan mengenai operasi keselamatan yang dijalankan di ibu negara Venezuela itu semalam,” katanya.
Tambahnya, Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sedang memantau rapi keadaan di lapangan dan bersiap sedia untuk memberikan bantuan konsular yang diperlukan sekiranya situasi memerlukan.
“Warganegara Malaysia di Venezuela yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Caracas di talian (58-212) 720 4257 atau melalui emel [email protected].
“Kementerian akan terus memantau perkembangan ini secara aktif dan akan mengeluarkan maklumat lanjut sekiranya perlu.
“Rakyat Malaysia di Venezuela turut dinasihatkan agar kekal berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan sentiasa berhubung rapat dengan pihak kedutaan,” jelasnya.
Semalam, Amerika Syarikat (AS) menyerang Venezuela dan menangkap Presiden Nicolas Maduro, yang dilaporkan dibawa keluar dari negara itu.
AS belum pernah campur tangan secara langsung di Amerika Latin sejak pencerobohan Panama pada 1989 untuk menggulingkan ketua tentera, Manuel Noriega.
Sebelum ini, Venezuela menuduh AS melakukan ‘pencerobohan ketenteraan yang sangat serius’ selepas beberapa letupan menggegarkan ibu negara Caracas dan beberapa kawasan lain pada awal pagi kelmarin. – UTUSAN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 5-1-2026 09:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 4-1-2026 12:44 AM
kupasan oleh warfronts pasal peristiwa ni amat menarik perhatian (boleh rujuk video di bawah) teruta ...
Case ini ko boleh digging story peenah ber laku dahulu di panama under president Manuel Antonio Noriega Moreno.. Noriega di charge US federal court under narco terrorism juga... Sebab jenayah yang dia buat involved US di soil...