qqqq This user has been deleted
|
Dari sudut spiritual. Saya tidak bermaksud bercerita panjang dari arah ini. Cuba seringkas yang mungkin.
Imam Al Ghazali yang hidup 900 tahun yang lalu pernah meyampaikan perkara yang sama. Dalam kitabnya Al Munqidz min Al Dhalal beliau menjelaskan:
"Bagaimana kita dapat mempercayai panca indera, di mana mata merupakan indera terkuat, sedangkan bila ia melihat ke satu bayangan dilihatnya berhenti tak bergerak sehingga dikatakanlah bahwa bayangan tak bergerak. Tetapi dengan pengalaman dan pandangan mata, setelah beberapa ketika, diketahui bahawa bayangan tadi dikatakan tak bergerak sebenarnya bergerak - hanya bukan disebabkan pergerakan spontan tetapi sedikit demi sedikit sehingga ia sebenarnya tak pernah berhenti. Begitu juga mata memandang kepada bintang, ia melihatnya kecil bagaikan lampu lilin yang berkedip-kedip, akan tetapi alat membuktikan bahwa bintang lebih besar dari pada bumi."
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Bahawa indera manusia sering tertipu dengan apa yang ada dihadapannya. Termasuk mata yang dikatakan satu indera yang paling tajam dan tetap.
Ambil contoh. Bila berada di panggung wayang. Menonton filem seakan-akan melihat gerakan-gerakan dalam cerita. Melihat si hero sedang menumbuk lawannya. Padahal, gambar-gambar itu tidak beraksi sebegitu. Gambar-gambar itu hanya kaku dan berkeping-keping.
Apabila sekeping gambar ditukar dengan gambar yang lain secara urutan, dengan kelajuan yang cepat maka mata melihat ia sebagai aksi yang bergerak. Mata tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya itu hanya gambar-gambar kaku yang silih berganti.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Kalamullah dengan ayat-ayat yang mudah namun tepat untuk ditafsir oleh berbagai-bagai lapis. Setiap orang menghadirkan tamsilan untuk difahami, untuk dipegangi. Dan fakta akal mendekati dari masa ke semasa sehingga ia benar-benar menyaksikan ketepatan kalamullah.
Dari putaran bumi, gerakan kerak bumi dan sbgnya.. Walau fakta yang mahu diperjelaskan masih jauh, namun khyalan-khayalan sentiasa melapisi agar manusia tidak begitu tercelaru sebelum menemui faktanya.
Wallahu a'lam.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
..sambung
Bukan sahaja mata malah telinga, lidah hidung dan pancaindera manusia fizik begitu keliru. Begitulah indera manusia terkeliru.
Bahkan seperkara lagi adalah 'kesedaran'. Kekeliruan atas kesedaran adalah satu perkara yang amat merugi. Walau tidak disedari ramai.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
'Kesedaran' mengemudi pancaindera fizik sehingga pancaindera hanya mampu melihat kepada bentuk-bentuk dan batasan-batasan.
Melihat diri hanya sekujur tubuh sahaja - kepala, badan dan kaki. Tangan hanya memiliki lima jari. Tubuh aku, tubuh kamu. Gunung, laut, awan, dan sebagainya. Bila mata melihat awan, lalu manusia menyedari itulah awan. Apabila kita melihat si minah, itulah dia - seorang wanita. Itulah 'kesedaran' manusia umumnya.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
ade lagi perbincangan mcm ni contohnya Surah Hud ayat 11...
saya suka la perbincangan macm nie teruskan ...pertikaian itu okay ..sekiranya ia membawa kepada percambahan ilmu dan kematangan fikiran ...teruskanlah... |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Bagi pengembara pengembara rohani akan menemui perkara ini. Dimana kesedarannya mula melonjak keluar dari perbatasan dan bentuk.
Kesedaran mencuci pancaindera fiziknya menjadi tajam dan mampu melihat sesuatu yg dirasakan asing bagi orang umumnya. Melihat tanpa batasan. Melihat dirinya bukan lagi seperti yang difahami sebelum ini.
Melihat alam ini tidak lain dari dirinya dan dirinya tidak lain dari alam. Tidak ada lelaki atau perempuan, bukan gunung atau lautan, bukan awan atau hujan, langit atau bumi tetapi melihat keperkasaan.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Dimana alam tunduk kepada kamu, dan kamu diatur bersama alam. Di dalam keperkasaan yang gah.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Maaf ye kerana masa agak sempit waktu ini.
Sedikit ttg kesedaran. Bila ditanya apa itu 'kesedaran', saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan.
Kesedaran bukanlah ilmu atau pengetahuan. Walaupun kita menyedari ruh tidak berada di dalam tubuh manusia, namun kita merasakan begitu. Kita merasakan ruh terpenjara di dalam tubuh. Sebenarnya bukan ruh yang terpenjara tetapi kesedaran kita itu.
Mungkin boleh dikatakan(walau tak memadai) kesedaran kombinasi dari ILMU/PENGETAHUAN + TAHU/FAHAM + RASA/PENGALAMAN.
Kesedaran kita melihat kita ini berwujud tubuh badan, itulah kita. Terbatas. Tetapi sebenarnya tubuh-badan tidak bercerai dengan angin, dengan awan dan alam keseluruhannya.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Ambil contoh lain berkenan kesedaran.
Bila kita menukar kenderaan kita dari motosikal kepada kereta. Kita merasakan kereta yang kita bawa begitu besar, sukar untuk dikendalikan. Tetapi apabila sudah lama kita merasakan kereta itu terlalu hampir dengan kita. Ada rasa sedikit sebati.
Apabila kereta melanggar lopak di jalan, seolah kita yang merasakan sakitnya. Hingga terkadang kita yang terlatah 'aduh!'. Mungkin ini diistilahkan 'sudah biasa' pada pandangan umumnya. Ia sebenarnya kesedaran yang berkembang. Namun berkembang dalam keadaan yang sangat terhad.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Secara jalan sebab-musababnya, tiada jalan lain utk mengembangkan kesedaran melainkan membina iman dengan beramal-soleh. Pendek kata menjalani ajaran agama dengan sebaik mungkin. Warak yang baik boleh menghasilkan kesadaran yang padanya membawa 'alim' peringkat tinggi. Itu jalan pada alasan atau sebab, dan jika Tuhan menghendaki sesuatu tidaklah mustahil.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Nampaknya meleret-leret cerita ni. Nak buat ringkas nanti susah nak faham. Masa pun agak suntuk. Cuba mana yang boleh.
Sambung penerangan yang terkandas.
Originally posted by qqqq at 25-6-2003 09:33 PM:
Dimana alam tunduk kepada kamu, dan kamu diatur bersama alam. Di dalam keperkasaan yang gah.
Untuk sampai keperingkat melihat 'keperkasaan yang terpapar pada alam' adalah satu jalan yang cukup panjang. Berliku dan berbahaya. Berbagai peristiwa dan silauan.
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Sebahagiannya diuji dgn kebolehan yang amat luar-biasa. Semua pancaindera menjadi tajam bahkan melepasi batasan ruang dan waktu.
Burung terbang boleh disuruh turun. Tidak makan berbulan-bulan(sbgnya). Alam menjadi tunduk menurut.
Sebagaimana kalamulLah;
"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya dalam gejala-gejala itu terdapat ayat-ayat Allah -(atau tanda-tanda kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempergunakan akal" (An-Nahl 12).
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Pun begitu, semua dalam qada dan qadar Ilahi. Sehebat mana kelebihan seseorang itu namun masih dalam kebijaksanaan Ilahi, dalam kekuasaan Tuhan. Dalam rencana-Nya
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
..kebijaksanaan Ilahi merencana alam ini, dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecilnya. Semua tidak terlepas dan tunduk kepada-Nya.
"Kemudian Dia mengarah kepada langit yang masih berupa kabut lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Silalah kalian mengikuti perintah-Ku dengan suka hati atau dengan terpaksa". Jawab mereka: "Kami mengikuti dengan suka hati"(Al-Fhusilat: 11)
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Melihat keperkasaan yang terpapar pada alam..
Biasanya, bila pengembara sampai peringkat ini ia akan terdedah dengan tipu-daya. Terpegun dengan kehebatan dan kekuasaan alam. Melihat alam mengatur demikian rupa. Tersusun dengan begitu menghairankan. Alam punya bicara. Melihat alam yang punya gerak dan bergerak.
Tidak mustahil ada sebahagian pengembara terus berpendapat bahawa itulah tuhan. Ini benar-benar terjadi.
sambung..
[ Last edited by qqqq on 27-6-2003 at 07:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
Manusia keliru kerana diperlihatkan 'kesatuan dalam wujud'
Dan tidak mustahil bila ada sebahagian yang mengatakan bahawa tuhan itu alam semesta - dapat disentuh oleh oleh fikiran. Apa yang dilihat, sentuh, rasa dan sbgnya
Pada jalan alasan dan sebab, mustahil ia dapat berpaling dari keadaan ini melainkan dibimbing-ajar bagi yang telah berpengalaman. Kerana perjalanan masih jauh..
sambung..
[ Last edited by qqqq on 27-6-2003 at 07:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
qqqq This user has been deleted
|
..perjalanan yang perlu melepasi rasa dan lihat, melepasi pancaindera, melepasi fikir dan ilmu, imajinasi dan tanggapan. Melepasi kemanusiaan..
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|