CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: habibollah

ubat dari ALLAH

[Copy link]
 Author| Post time 26-5-2011 11:09 PM | Show all posts
sama-sama kita renungi ayat ini: surah al-anfaal ayat 46:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 08:41 AM | Show all posts
perkara ini bukan bid'ah, bid'ah dengan mudah dibidas 100% dengan memahami apa erti iman, apa erti beriman dan apa erti beriman pada rukun iman. saya nasihatkan pembaca jangan mudah menolak dan menerima ilmu tanpa mengkaji kebenarannya. jika hati tidak dapat menerimanya, ertinya belum sampai hidayah dari ALLAH. kesahihan kenyataan saya ini diakui selepas mencubanya. walaubagaimana pun, petunjuk dan hidayah itu urusan ALLAH, selebihnya kita serahkan pada ALLAH.
habibollah Post at 25-5-2011 22:21


Salam saudaraku yang dikasihi,

Saya tak kata apa-apa pun pasal bida'ah dalam thread ni, saya baru bertanya. Saya nampak macam saudara ni berilmu, sebab tu saya bertanya.

Adakah dengan pertanyaan saya ni, saudara kata saya belum dapat hidayah dari Allah? (Ini juga pertanyaan saya, harap baca dalam nada pertanyaan bukan nada sindiran)

Alhamdulillah, jawapan saya, ALLAH lebih mengetahui dan maha luas pengetahuanNya, kenapa tidak bertanya terus pada ALLAH? kita bertanya ALLAH menjawap. . kalau saya salah, tanya ALLAH juga.Pasti ALLAH menjawap  untuk mendalaminya, fahamilah apa erti iman, apa erti beriman dan apa erti beriman pada rukun iman . InsyaALLAH anda akan mendapat jawapan dalam segala persoalan anda. dipersilakan.

saya tidak berani mengada2kan sesuatu tanpa ilmu. kerana diakhirat nanti akan ditanya dihadapan ALLAH.


Saudara masih belum menjawab, tetapi suruh saya tanya Allah. Kalau semua orang boleh tanya terus kepada Allah, dan kata jawapan masing-masing dari Allah, bagaimana pula? Macamana kita nak tentukan yang mana-mana betul dari Allah?

Tentunya dari Al-Quran dan Sunnah, kan?

Dalam Al-Quran diperintahkan kita bertanya kepada ahlazzikri (orang yang ahli/mahir dalam isi kandungan Al-Quran), jika tidak mengetahui.
Al-Quran itu mengandungi Az-Zikr (Surah Sad, 1)

jawapan saya: fahamilah apa dia zat ALLAH.


Boleh jelaskan kaitan memahami zat Allah itu dengan mandi hujan sebagai ubat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-5-2011 10:57
bismillah hir rahman nir rahim, ini bukan perdebatan tetapi perbincangan ilmiah antara sesama islam. saya ingin bertanya kepada  mnm77 yang dimulai ALLAH s.w.t:

1) adakah ketika peperangan badar berlaku hujan turun?habibollah Post at 26-5-2011 22:50


Salam....

Insya-Allah saya cuba sampaikan setakat pengetahuan saya.

jika dirujuk melalui buku shahih asbabun Nuzul dari syaikh Muqbil bin Hadi al- wadi'i, tidak ada menyebut tentang ayat 11 surah al-Anfaal, dan juga saya tidak berani mengaitkan ayat 11 dengan 9. sekiranya ada dalil lain yang menyokong kesahihan bahawa memang hujan ketika peperangan badar, mungkin ayat 11 dengan 9 ada kaitan.

dengan rendah hati, saya ingin Syeikh mnm77 paparkan dalil lain atau kisah sejarah tentang peperangan badar. Adakah hujan ketika peperangan badar itu?( mungkin saya terlepas pandang)



1. Kalimah Al-Anfal bermakma Harta Rampasan Perang (Bukhari, dari riwayat Ibn Abbas). Intipati surah Al-Anfal berkisar umum tentang peperangan, khususnya Perang Badr

2. Ayat pertama Surah ini menjawab hak siapa harta rampasan perang (Badar):
Mereka menanyakan kepadamu tentang Al-Anfal (harta rampasan perang). Katakanlah: "Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu, dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman"

3. Berkaitan peristiwa Badar, Sa'ad bin Malik RA mendapat harta rampasan berupa sebilah perang dan mohon kepada Rasulullah SAW memberikan kepadanya. Rasulullah SAW menjawab:
إِنَّ هَذَا السَّيْفَ لَا لَكَ وَلَا لِي، ضَعْه
Pedang ini bukan kepunyaan kamu dan bukan juga untukku, letakkan ia

Kemudian Rasulullah SAW bersabda (setelah turunnya ayat pertama Surah Al-Anfal):
كُنْتَ سَأَلْتَنِي السَّيْفَ وَلَيْسَ هُوَ لِي، وَإِنَّهُ قَدْ وُهِبَ لِي، فَهُو لَك
Kamu minta aku memberikan pedang itu, tetapi bukan aku yang menentukannya. Walau bagaimanapun, ia (pedang itu) diberikan kepadaku (oleh Allah), dan aku memberikan kepadamu.
[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidhi and An-Nasa'i. Imam Tirmidhi menyatakan hadith ini "Hasan Sahih'']

4. Berkaitan pertolongan Allah melalui 1000 malaikat (ayat 9 Surah Al-Anfal), ia dinukilkan berkaitan peperangan Badar (Bukhari, Muslim, Nasai, Tabari)

5. Keadaan mengantuk kepada tentera Islam terjadi dalam perang Uhud dan juga perang Badar. Ia adalah syarat keamanan yang datang dari Allah, dikuatkan dengan dalil Surah Aali 'Imran, 154. Abdullah Ibn Masu'd menyatakan mengantuk ketika peperangan itu dari Allah, tetapi mengantuk ketika solat itu dari Syaitan.

6. Dalam tafsir Ibn kathir, hujan turun ketika Perang Badr dalam (tafsir ayat 11 terjemahan Inggeris):
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=8&tid=19713

`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said, "When the Prophet arrived at Badr, he made camp. At the time, there was a sandy piece of land between the idolators and the water (the wells at Badr). Muslims felt weak and the Shaytan cast frustration into their hearts. He whispered to them, `You claim that you are Allah's supporters and that His Messenger is among you! However, the idolators have taken over the water resource from you, while you pray needing purity.' Allah sent down heavy rain, allowing the Muslims to drink and use it for purity. Allah also removed Shaytan's whisper and made the sand firm when rain fell on it, and the Muslims walked on the sand along with their animals, until they reached the enemy. Allah supported His Prophet and the believers with a thousand angels on one side, five hundred under the command of Jibril and another five hundred under the command of Mika'il on another side.''

Ibn Ishaq narrated that, Yazid bin Ruwman narrated to him that, `Urwah bin Az-Zubayr said, "Allah sent rain down from the sky on a sandy valley. That rain made the area where the Messenger of Allah and his Companions camped firmer so that it did not hinder their movement. Meanwhile, the part that the Quraysh were camping on became difficult to move in.''


7. Maka kejadian mengantuk (Al-Anfal, 11) itu jelas berkaitan ketenteraman (Aali 'Imran, 154) yang berlaku semasa peperangan (ayat 152-154 berkaitan peperangan). Dalam ayat yang sama (Al-Anfal, 11) disebut turunnya hujan, menunjukkan hujan itu berlaku dalam peristiwa peperangan merujuk kepada peperangan Badr yang mana Allah menghantar bantuan 1000 Malaikat (Al-Anfal ayat 9, Bukhari, Muslim)

Semoga bermanfaat. Jika ada kesilapan dialu-alukan ulasan dan pembetulan

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 10:41 AM | Show all posts
sama-sama kita renungi ayat ini: surah al-anfaal ayat 46:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
habibollah Post at 26-5-2011 23:09


Isha-Allah sama-sama kita renungi dan amalkannya.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 11:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 27-5-2011 11:46

Reply 22# mnm77

Mualaikum salam syeikh mnm77,

Alhamdulillah, saya dapat rasakan perbincangan ini akan semakin menarik,saya mohon restu dari ilmu yang saya dapat dari syeikh dalam thread ini dan thread yang lainnya, (saya salah sorang dari peminat syeikh;))


Saya tak kata apa-apa pun pasal bida'ah dalam thread ni, saya baru bertanya. Saya nampak macam saudara ni berilmu, sebab tu saya bertanya.

jawapan saya:
minta maaf jika syeikh terasa, saya tidak ada niat untuk menuduh syeikh(dengan jahatnya),saya berkata demikian adalah untuk pengetahuan pembaca. saya harap syeikh tidak salah faham.

Adakah dengan pertanyaan saya ni, saudara kata saya belum dapat hidayah dari Allah? (Ini juga pertanyaan saya, harap baca dalam nada pertanyaan bukan nada sindiran)


hidayah itu urusan ALLAH, terpulanglah kepada kita untuk menilainya, tetapi perkara yang kita ketahui ,ALLAH memberikan masing2 mempunyai kelebihan yang tersendiri, perkara yang luar biasa akan terjadi jika kita bermuzakarah, kita akan menyedari bahawa sungguh luas ilmu ALLAH itu dan rupanya kita masih jahil walaupun berilmu( termasuk saya sendiri dan diakui)  

Saudara masih belum menjawab, tetapi suruh saya tanya Allah. Kalau semua orang boleh tanya terus kepada Allah, dan kata jawapan masing-masing dari Allah, bagaimana pula? Macamana kita nak tentukan yang mana-mana betul dari Allah?



beriman pada ALLAH itu adalah suatu kewajipan, macamana usaha kita beriman pada ALLAH? ketahui apa erti beriman yang sebenarnya. jika kita faham pengertian beriman ini, kita dengan ALLAH tiada lagi perantaraan. Cahaya bertemu cahaya. jangan limitkan diri kita dengan ALLAH sedangkan ALLAH sentiasa berhubung dengan kita, hanya kita sahaja yang tidak sedar.


Tentunya dari Al-Quran dan Sunnah, kan?

Rasul2 ALLAH dan Nabi2 ALLAH adalah contoh terbaik untuk kita teladani, bagaiman kehidupan mereka dalam mengharungi rintangan kaum2 yang degil. jika kita kaji2 didalam alquran( selain dari doa sebagai berhubung), kaedah lain adalah dalam bentuk bertanya, dan ALLAH menjawap dengan takdirnya. Dalam erti lain, ini adalah antara usaha lain untuk kita beriman pada Rasul2 ALLAH.

kaedah bertanya ini juga disebut didalam AlQuran:
[59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

dalam terjemahan lain:
".. maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya."

kedua2nya juga memberi maksud beriman.

Dalam Al-Quran diperintahkan kita bertanya kepada ahlazzikri (orang yang ahli/mahir dalam isi kandungan Al-Quran), jika tidak mengetahui.
Al-Quran itu mengandungi Az-Zikr (Surah Sad, 1)

disini pula jika kita beriman pada ALQuran, kita akan mengetahui isi ilmu yang sungguh luas sebagai petunjuk dari ALLAH kepada hamba-hambaNya. bagaimana pula usaha kita beriman pada Al-Quran dan kitab2Nya? Ini tertakluk kepada usahanya dalam beriman.

Boleh jelaskan kaitan memahami zat Allah itu dengan mandi hujan sebagai ubat?

ketahui itu zat. seperti makanan, ia mengandungi zat. bagaimana pula dengan zat ALLAH?ALLAH meliputi segala makhluk yang ada dilangit dan dibumi.

soalan saya, bagaimanakah tahap zat ALLAH pada hujan? ini hanya dapat diketahui secara praktil dan hasil boleh nampak jika membuat experiment terutama kepada pesakit yang lemah semangat dan sbgainya.

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 11:20 AM | Show all posts
Reply 23# mnm77

ALLAH Maha Besar, sungguh banyak kelebihan hujan. Rahmat dari ALLAH. Syukur Alhamdulillah. to all, Cintailah hujan dan janganlah bila hujan turun, kita mula menyumpah2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2011 11:27 AM | Show all posts
Reply 24# mnm77


6. Dalam tafsir Ibn kathir, hujan turun ketika Perang Badr dalam (tafsir ayat 11 terjemahan Inggeris):
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=8&tid=19713

`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said, "When the Prophet arrived at Badr, he made camp. At the time, there was a sandy piece of land between the idolators and the water (the wells at Badr). Muslims felt weak and the Shaytan cast frustration into their hearts. He whispered to them, `You claim that you are Allah's supporters and that His Messenger is among you! However, the idolators have taken over the water resource from you, while you pray needing purity.' Allah sent down heavy rain, allowing the Muslims to drink and use it for purity. Allah also removed Shaytan's whisper and made the sand firm when rain fell on it, and the Muslims walked on the sand along with their animals, until they reached the enemy. Allah supported His Prophet and the believers with a thousand angels on one side, five hundred under the command of Jibril and another five hundred under the command of Mika'il on another side.''



dari quote diatas menunjukkan hujan turun sebelum peperangan badar ketika mereka berkemah di Badr. ALLAH menguatkan pasir2 itu dengan hujan sebagai laluan.. perkataan "until" menunjukkan perbezaan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-5-2011 11:43
dari quote diatas menunjukkan hujan turun sebelum peperangan badar ketika mereka berkemah di Badr. ALLAH menguatkan pasir2 itu dengan hujan sebagai laluan.. perkataan "until" menunjukkan perbezaan masa.
habibollah Post at 27-5-2011 11:27


Salam...

Saya memahaminya begini:

1. Perang Badr telah tercetus. Dalam perang kebiasaannya ada peringkat-peringkat.
2. Sampai satu tahap Syaitan melemahkan tentera Islam, tatkala musuh menguasai sumber air:
    Syaitan melemahkan tentera islam dengan bisikan: "the idolators have taken over the water resource from you"
3. Allah Turunkan Hujan, dengan itu Muslim semakin kuat (dapat sumber air) dan dapat juga menyucikan diri (wudhu).
4. Sambung peperangan sehingga menang mengalahkan musuh

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply 28# mnm77

mualaikum salam, Alhamdulillah,teruskan mengkaji syeikh mnm77, ALLAH bersamamu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:01 PM | Show all posts
Salam,

2. Sampai satu tahap Syaitan melemahkan tentera Islam, tatkala musuh menguasai sumber air:
    Syaitan melemahkan tentera islam dengan bisikan: "the idolators have taken over the water resource from you"


Apakah Bisikan itu tertera di dlm AlQuran atau ia adalah Rekaan yg di Ada-ada kan Cerita ke atas Nya?


Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:10 PM | Show all posts
Salam,



Apakah Bisikan itu tertera di dlm AlQuran atau ia adalah Rekaan yg di Ada-ada kan Ceri ...
sirrikhafi Post at 27-5-2011 12:01


إِذۡ يُغَشِّيكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةً۬ مِّنۡهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ لِّيُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَيُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ وَلِيَرۡبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِڪُمۡ وَيُثَبِّتَ بِهِ ٱلۡأَقۡدَامَ
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:11 PM | Show all posts
Reply 29# habibollah

Semoga Allah bersama-mu juga. Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:39 PM | Show all posts
Salam,


إِذۡ يُغَشِّيكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةً۬ مِّنۡهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ لِّيُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَيُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ وَلِيَرۡبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِڪُمۡ وَيُثَبِّتَ بِهِ ٱلۡأَقۡدَامَ




Saya tak nampak pun perkataan "the idolators have taken over the water resource from you" dlm ayat tersebut.




Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 09:27 PM | Show all posts
mungkin type error atau memberikan rujukan yang salah, yang jawi itu adalah dari ayat alquran, tetapi yang ini:

`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said, "When the Prophet arrived at Badr, he made camp. At the time, there was a sandy piece of land between the idolators and the water (the wells at Badr). Muslims felt weak and the Shaytan cast frustration into their hearts. He whispered to them, `You claim that you are Allah's supporters and that His Messenger is among you! However, the idolators have taken over the water resource from you, while you pray needing purity.' Allah sent down heavy rain, allowing the Muslims to drink and use it for purity. Allah also removed Shaytan's whisper and made the sand firm when rain fell on it, and the Muslims walked on the sand along with their animals, until they reached the enemy. Allah supported His Prophet and the believers with a thousand angels on one side, five hundred under the command of Jibril and another five hundred under the command of Mika'il on another side.''


ini menunjukkan hadis: `Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said, tetapi tidak disebutkan siapa imam yang meriwayatkan. Wallah wa'lam.

bila dirujuk cerita "the message", kisah Rasulullah s.a.w yang dilakunkan dalam tahun 80an, yang disupervise oleh University al-Azhar, ketika peperangan badar itu, tidak ada berlakunya hujan. saya yakin University al-Azhar lebih banyak mengetahui kisah Rasulullah s.a.w. cerita the message akan dilakunkan semula dan akan disupervise oleh Yusof al-qaradwi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2011 09:11 AM | Show all posts
info tambahan: cuba lihat cerita "the message" ketika waktu peperangan badar, ketika pertemuan 3 lawan 3 (hamzah, saidina Ali dan Hamba Allah(saya tak ingat nama sahabat nabi)) berlawan dengan 3 orang kafir  lupa namanya), awak akan nampak background bukit dibelakang ada tulisan " Lam Lam Ha" atau "Alif Lam Lam Ha".
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 06:38 PM | Show all posts
Saya tak nampak pun perkataan "the idolators have taken over the water resource from you" dlm ayat tersebut.


Salam...

Ayat tu jelas menunjukkan secara umum ada gangguan Syaitan. Walaupun riwayat bisikan Syaitan tidak disebut secara terperinci dalam Al-Quran, itu tidak bermakna tiada langsung gangguan Syaitan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 06:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-6-2011 19:12
ini menunjukkan hadis: `Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said, tetapi tidak disebutkan siapa imam yang meriwayatkan. Wallah wa'lam.

bila dirujuk cerita "the message", kisah Rasulullah s.a.w yang dilakunkan dalam tahun 80an, yang disupervise oleh University al-Azhar, ketika peperangan badar itu, tidak ada berlakunya hujan. saya yakin University al-Azhar lebih banyak mengetahui kisah Rasulullah s.a.w. cerita the message akan dilakunkan semula dan akan disupervise oleh Yusof al-qaradwi.
habibollah Post at 27-5-2011 21:27


Salam

Pada saya, tafsir Ibn Kathir berkaitan perang Badar tu dah mencukupi. Kalau nak refute tentang hujan tu, dan nak kata mandi hujan tu umum sebagai ubat, maka tentu sekali Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang mula-mula sekali amalkan sedemikian. Kalau ada bukti silalah berkongsi. Macam madu, disebut dalam Al-Quran sebagai syifa, terdapat riwayat dan hadith yang menunjukkan Nabi dan para sahabat beramal dengan madu.

**
Pasal Hujan tu merujuk kepada Hujan yang turun dalam Peristiwa Perang Badar, yakni secara khusus sebelum berlakunya perang utama (actual fight).

Dalam sejarah peperangan zaman Nabi, terdapat peringkat-peringkat dari konfrontasi, single combat dan full war. Peringkat awal dalam konfrontasi juga boleh melibatkan pembunuhan untuk menguasai kawasan strategik (seperti sumber air).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 09:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 9-6-2011 21:37

Reply 37# mnm77


    mualaikum salam, apa kabar sheikh mnm77? Alhamdulillah.. lama tak nampak ni syeikh kat forum... mungkin sibuk agaknya. tak pe lah syukur now syeikh is back.Alhamdulillah sheikh sungguh berminat dengan hujan ni. Alhamdulillah

Ilmu didalam AlQuran ini sungguh luas, sampai akhirat pun tidak akan habis digali ilmu itu. kita tak boleh melimitkan ilmu AlQuran. walaupun tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat2 baginda, tetapi tidak bererti kita tolak ilmu ALLAH yang datang melalui beiman pada AlQuran.

didalam alQuran selain ayat yang saya sebut sebelum ini ada juga menjelaskan sebagai pembayang maksud ubat.
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah

[164]
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Al-baqarah

jika ini dipraktikan kepada manusia yang tidak subur, insyaALLAH dengan mandi hujan ia akan menjadi subur.

jika dikaji dengan ilmiah:
Bila hujan membasahi bumi, dengan air itu ALLAH hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan. bagaimana pula jika terkena badan manusia?
bumi = tanah
badan kita datang dari tanah.

Tanah menghasilkan buah2an, badan pula menghasilkan apa? bila dikaji melalui saintifik, manusia menghasilkan hormone, hormone2 ini membantu manusia dalam kehidupannya seharian. bila disebut "tanah menghasilkan buah" " buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu"  yang memberi maksud kebaikan, jadinya apakah hormon2 yang memberi kebaikan kepada kita?

kembali kepada ayat 11 surah Al-Anfaal:
[11]
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

selebihnya ALLAH saja mengetahui, kita bertanya, ALLAH menjawab. jika ragu2, boleh buat experiment, tak rugi kalau membuatnya.Alhamdulillah


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:43 AM | Show all posts
Salam,

Walaupun riwayat bisikan Syaitan tidak disebut secara terperinci dalam Al-Quran, itu tidak bermakna tiada langsung gangguan Syaitan.


Riwayat Bisikan Setan yg anda bawakan itu, LANGSUNG tiada di sebut di dlm AlQuran. Bermakna, Anda telah meng-ada-ada kan KEDUSTAAN ke atas Tuhan Allah anda &Kitab Quran anda.


Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 12:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 11-6-2011 02:07
Riwayat Bisikan Setan yg anda bawakan itu, LANGSUNG tiada di sebut di dlm AlQuran. Bermakna, Anda telah meng-ada-ada kan KEDUSTAAN ke atas Tuhan Allah anda &Kitab Quran anda.
sirrikhafi Post at 10-6-2011 11:43


Salam...

Dalam Al-Quran disebut gangguan Syaitan, bermakna ada gangguan. Anda menolak semua riwayat selain dari Al-Quran, dengan ANGGAPAN SEMUA itu KEDUSTAAN atas DASAR SANGKAAN SEMATA-MATA, hanya kerana tidak disebut sebijik-sebijik dalam Al-Quran?

Kalimah azan secara turutan tidak disebut dalam Al-Quran. Adakah kalimah azan secara turutan tu merupakan kedustaan?

Anda pertikai ayat Al-Quran mengatakan ada percanggahan, menunjukkan anda sendiri yang mendustakan Al-Quran, TAPI YANG PELIK pada masa yang sama anda kata Al-Quran itu sumber primer anda. INI menunjukkan AKAL YANG TIDAK SIHAT. Kalau anda boleh berhujjah secara sihat, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk berhujjah dengan anda.

Anda ada MASALAH AKAL yang amat KRITIKAL. Anda telah meletakkan akal anda sebagai kebenaran mutlak, melebihi Al-Quran itu sendiri sebagai sumber primer anda. Sedang Al-Quran itu sendiri terpelihara. Tidakkah anda beriman yang ayat Al-Quran itu terpelihara?
Adakah ayat Al-Quran yang dibawah ini juga DUSTA:
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Zikr (kandungan Al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Al-Hijr, 9)

Demi Al Quran yang mengandungi Az-Zikr (Sod, 1)
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). TIADA yang dapat MENGUBAH kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya (Al-Kahfi, 27)


Jikalau anda masih kata ayat Al-Quran (yang ada pada hari ini) bercanggah disebabkan telah diubah, maka sudah tentu anda percaya ia tidak terpelihara. Dan kalau beranggapan sebegitu, maka sudah tentu pada anda Tuhan itu lemah, tak mampu pelihara Al-Quran. MUSTAHIL bagi ALLAH bersifat lemah.

Sebenarnya AKAL anda yang LEMAH dalam memahami Al-Quran bila anda tak dapat guna logik dengan betul. Kebolehan berfikiran secara logik boleh ditarik balik oleh Allah. Akal yang sihat merupakan kurniaan dari Allah.

Seboleh-bolenya saya tidak mahu buang masa berhujjah dengan orang yang tidak sihat. BUANG MASA!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058567 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list