tgk video dron ni je lah dekk kalo sangap sgt nak panjat Everest..tak payah sesusah pi bunuh diri kat sana nanti tak memasal menyusahkan rakyat Msia nak cari mayat kau
Post time 26-12-2024 12:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Drpd ko sibuk2 nk naik everest, baik ko blajar rajin2 pastu make sure marketable la lps grad sok
Kalo dah naik everest, pastu memganggur jobless bertahun2, mmg sia2 jah hidup ko
Post time 26-12-2024 04:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
otai_g replied at 26-12-2024 03:42 PM
Bukan. Tu mcm pintu masuk yg paling bwh sekali la.
Bayangkan nk ke puncak ..merisikokan hidup sendiri yg bukan keranaAllah dan untuk agama pun untuk bekalan diri sendiri....sia2 je demi nk show off kepada dunia
tengok pun dah mengah. memang taklah nak susahkan diri memanjat. sedar diri, gitu. kalau iols gi daki, sakit dapat, malu dapat, maki pun dapat kekalau terkandas kat atas takleh nak turun
Kalau dah buat macam2 test i rasa adik ni nak panjat sampai puncak..soalannya berapa byk gunung dah adik ni conquer? Sebab bila nk ke puncak bukan setakat fitness, pengalaman sama penting...kot terpisah dr group kena tahu mcm mana nk survive..atas tu condition very harsh dik
Video ini mention pasal pendaki Malaysia,Awang Askandar Ampuan Yaacub yang mati di everest.
Pendaki Everest Malaysia meninggal selepas terjatuh pada ketinggian 8,000m
Oleh Samadi Ahmad - Mei 19, 2023 @ 9:57pm [email protected]
PUTRAJAYA: Seorang pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di gunung tertinggi dunia itu, malam semalam.
Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disahkan meninggal pada jam 10.30 pagi tadi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) ketika sedang menerima rawatan lanjut di Kem 4.
Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata ketika kejadian Allahyarham bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.
Katanya, selepas kejadian Allahyarham dibawa ke Kem 4 dengan bantuan malim gunung untuk diberikan rawatan lanjut, sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.
"Selepas terjatuh, Allahyarham masih dalam keadaan sedar sebelum dibawa turun manakala Hawari meneruskan pendakian sehingga ke puncak.
"Jenazah akan dibawa turun sehingga ke Kem 2 esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter. Namun ia bergantung kepada keadaan cuaca," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Azim berkata kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan selepas dibawa turun jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
"Keluarga Allahyarham juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Pihak kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah," katanya.
Allahyarham Awang Askandar adalah Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dan berasal dari Sabah.
Mengikut laporan media tempatan Nepal, Allahyarham adalah warga asing ke sembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini.
Misi ME 2023 ini adalah percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.
Azim berkata, misi pendakian itu dipecahkan kepada dua pasukan di mana Allahyarham bersama Hawari memulakan misi pertama manakala dia dan Tiong Ling Yang, 30, dalam kumpulan kedua.
Katanya, misi kumpulan kedua terpaksa ditangguhkan bagi menguruskan proses membawa keluar jenazah Awang Askandar.
Sementara itu, Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berharap seluruh ahli keluarga bersabar menerima berita sedih itu.
Dalam pada itu Bernama melaporkan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai kematian Pengarah APM Kedah berkenaan.
"Malawakil kami di Kathmandu telah memaklumkan mengenai kematian itu.
"Kami telah mengarahkan Malawakil untuk memantau proses membawa turun jenazah ke Base Camp sebagai langkah pertama operasi itu," katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, malam ini.
Mayat Hawari yang hilang tahun 2023 pun masih belum jumpa lagi.
Masih belum ada rezeki jumpa jasad Muhammad Hawari
Samadi Ahmad [email protected]
Putrajaya: Misi pencarian pendaki Malaysia Everest Orang Kurang Upaya (OKU) (pendengaran), Muhammad Hawari Hashim, 45, yang hilang di kawasan pergunungan masih berdepan jalan buntu selepas 40 hari dilaksanakan.
Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak, 36, berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sherpa yang terbabit dalam misi pencarian itu termasuk pendaki dari seluruh dunia.
Katanya, pihaknya sudah berusaha mencari di segenap laluan naik dan turun di kawasan pergunungan namun masih belum ada rezeki menemui jasad Muhammad Hawari.
Menurutnya, pihak berkuasa Nepal sudah menutup laluan pendakian ke Gunung Everest pada 29 Mei lalu manakala sherpa pula turun ke bawah pada Khamis lalu menandakan penutupan sesi pendakian bagi tahun ini.
"Bagi pihak ME2023, saya turut mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Nepal, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Kerajaan Pulau Pinang dan semua pihak yang menyokong dan membantu dalam misi pencarian ini," katanya ketika dihubungi.
Pada 18 Mei tahun lalu, Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest dan dilaporkan hilang di kawasan pergunungan tertinggi dunia itu keesokannya.
Sebelum ini media melaporkan, ganjaran sejumlah AS$5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Muhammad Hawari.
Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP), Mohd Yussainy Md Yusop dalam kenyataan memaklumkan ganjaran oleh Pioner Adventure Pvt Ltd itu akan diberikan kepada sherpa atau individu yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Azim Afif berkata, walau bagaimanapun usaha mencari Muhammad Hawari akan diteruskan mengikut kapasiti dan kemampuan pada masa akan datang.
Katanya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Muhammad Hawari yang sama-sama berdoa dalam menjayakan misi pencarian itu dan berharap mereka terus tabah serta sabar menempuh dugaan ini.
"Sama-sama kita doakan agar jasad Muhammad Hawari ditemui suatu masa nanti," katanya.