CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

'Saya mohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia' - DS Najib Razak

[Copy link]
Post time 25-10-2024 12:24 PM | Show all posts
maaf satu hal, kena pulang balik la duit rakyat semuanya...

tapi penjara tetap penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 12:48 PM | Show all posts
kemaruk replied at 25-10-2024 07:57 AM
najib dah minta maaf akan kecuaian beliau dalam kes 1mdb

korang dah minta maaf dekat najib belum

yang penting rakyat malaysia skrg ini dah raya raya..
al maklumla petro rm1.50 selitre,
harga rumah turun, harga kereta turun, gaji banyak,
gst dah takde, pendidikan percuma, semua barang murah dan banyak lagi nikmat yang mana kamu dustakan
haa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini balasan sebab najib seorg pm yg loser boleh kena scam...patut letak jawatan awal2 sebab incompetent tapi dia p cover2 plak ngan pecat macam2 org..Tapi betul ke kena scam..biar mahkamah je menentukan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I maap kan tokjib kalau tokjib kasi 1 million kat I
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 25-10-2024 02:39 AM
utk kes src, tempoh hukuman terhadap najib akan tamat lepas pru

selain kes yg najib tengah penjar ...

Kemungkinan 1 susah nak jadi realiti. Kenapa?

Kalau kita nak tengok UMNO - BN menguasai semula government, kita merujuk kepada situasi politik tahun 1990an dan sebelum itu.

Persoalannya sekarang, adakah situasi politik semasa mempunyai persamaan dengan situasi politik 1990an?

Jawapannya: Tidak.

Apa perbezaan tersebut?

Perbezaan 1: Ketika 1990an, kita tidak mempunyai banyak parti seperti sekarang. Apabila parti tidak banyak, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan.

Dalam keadaan sekarang, kita ada banyak parti. Rakyat mudah membuat pilihan.

Katakan, pengundi tegar PMX / PH tidak bersetuju UMNO jadi parti dominant. Mereka akan menghukum PMX / PH terlebih dahulu.

Sebagai mana orang Cina menghukum MCA. Sebagaimana sebahagian orang Melayu menghukum UMNO kerana kes 1MDB.

Sama ada wujud tentangan secara tertutup atau terbuka. Atau, wujud tentangan sewaktu PRN, PRK atau PRU.

Apabila ada banyak parti, ada banyak kepentingan yang perlu dijaga. Jadi mana-mana pemimpin tidak boleh bersifat diktator sebagaimana ketika UMNO - BN menguasai 2/3 kerusi Parlimen dahulu.

Diktator = Pemimpin membuat keputusan membabi-buta tanpa mengira kepentingan parti lain dan kepentingan pengundi daripada segmen yang significant.

Perbezaan 2: Ketika 1990an, pengundi Cina solid kepada MCA. Jadi, UMNO - BN boleh menjadi dominant.

Dalam keadaan sekarang, pengundi Cina memberi undi kepada DAP bukan kerana BN. Tetapi kerana PH.

Walaupun DAP dilihat sebagai 'lap dog' dalam kerajaan PH - BN, kepentingan DAP dalam kerajaan PH - BN adalah tinggi. DAP menyumbang sekitar 40 kerusi sewaktu PRU.

Ini adalah tiga punca utama mengapa UMNO - BN menjadi semakin lemah sejak akhir 1990an:

1) Kewujudan lebih banyak parti menyebabkan undi berpecah. Ia bermula dengan perpecahan UMNO - PKR diikuti pula dengan perpecahan UMNO - Bersatu.

2) UMNO - BN gagal mendapatkan sokongan pengundi Cina.

3) UMNO - BN alienate pengundi bandar. Remember zaman UMNO - BN memerintah Putrajaya dengan menjadikan kerusi luar bandar sebagai 'safe deposit'?

In the end, this was the climax: 1MDB. 1 Malaysia Dapat Bala. Dengan UMNO - BN sekali dapat bala.

Persoalan kepada PMX: Adakah PMX ingin mengikut jejak langkah UMNO - BN for the past 30 years?

Ia adalah jejak langkah yang membawa rebah. Rebah yang membawa padah.

Apa kekuatan gabungan PH - BN seperti model yang sedia ada?

1) Sebahagian pengundi UMNO dan pengundi PKR bersatu semula. Jadi perpecahan undi Melayu dapat dikurangkan.

2) PH - BN mendapat undi Cina. Ini sudah terbukti melalui PRK Mahkota. Walaupun peratusan undi Cina menurun di Mahkota, tetapi gabungan PH - BN menyebabkan UMNO berjaya memperolehi undi Cina.

3) PH - BN memperolehi undi bandar.

4) PH - BN memperolehi undi luar bandar terutamanya di kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO.

In short, kita boleh simpulkan bahawa gabungan PH - BN adalah jajaran politik yang boleh mendapatkan undi daripada pelbagai segmen pengundi:

1) Sebahagian pengundi Melayu

2) Pengundi Cina

3) Sebahagian kerusi Melayu / kerusi luar bandar

4) Kerusi non-Malay / kerusi campuran / kerusi bandar

p/s : Bukan pengundi tegar mana-mana parti politik. Sekadar menganalisa situasi politik dengan perspektif yang pragmatik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 25-10-2024 07:02 AM
Kemungkinan 2 tu, mau ka najib berbaik dgn yiddin? As long as Pas bersama Bersatu, susah najib nak ...

Untuk kemungkinan 2, kalau Najib join PN, apa naratif yang akan digunakan oleh Bersatu?

Selama ni, PN boleh dapat sebahagian pengundi UMNO dan pengundi atas pagar sebab Bersatu kata mereka 'lebih bersih' daripada UMNO.

Bersatu kan position kan diri mereka sebagai parti yang menentang 1MDB dan poor governance yang dilakukan oleh UMNO.

Betul, memang PH pun kata mereka menentang 1MDB dan poor governance yang dilakukan oleh UMNO.

Tapi, apabila UMNO bekerjasama dengan PH, UMNO - BN bukan jadi parti dominant. Dalam gabungan PH - BN, parti yang dominant masih lagi PH.

Jadi untuk pengundi tegar PH dan pengundi atas pagar yang sokong PH, jajaran PH - BN adalah political alignment yang masih boleh diterima.

Terutamanya di kalangan pengundi yang pragmatik. Mereka melihat wujudnya 'hung parliament' apabila undi berpecah kepada tiga gabungan politik.

Pengundi pragmatik bukan obsessed dengan parti atau pemimpin. Mereka buat decision berdasarkan apa yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 04:04 PM | Show all posts
Bingo..tapi apa sesalan yg dia rasa sbb dosa pd seluruh rakyat Malaysia
Kami ni tetap mcm ni struggle utk kehidupan..
Tekanan kos tak pernah surut
Tiada mana2 pemimpin pun yg berjaya memberi kelegaan pd rakyat sedari dulu pun dan family Najib elok hidupnya mcm biasa walau ayah dan suami itu duduk dlm penjara...
Keadilan sebenar hanya di akhirat sahaja utk tahu apa yg terjadi.
Dunia tidak dpt membantu mengungkai perkara sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:38 PM | Show all posts
Throwback en circa 2011 bila skandal 1MDB dinyatakan kat parliment oleh bangnon ... gelak besar pokjib




Situasi sekarang , 13 yrs later


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anwar dah terima baik permohonan maaf najib... walanon2 je yg masih tak boleh move on

kerajaan bn tumbang tahun 2018 pun sbb faktor mahathir, bukan sbb anwar, anwar tengah meringkuk dlm penjara masa tu

selagi mahathir masih hidup meniti usia yg tersangat tua sekarang ni, adakah kita sbg rakyat marhaen akan berkesempatan menyaksikan gandingan anwar bersama najib melawan mahathir.. hhmmmm

---

Anwar terima baik permohonan maaf Najib

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pasal lcs... walanon2 dah senyap dah sekarang ni

pasal zahid... walanon2 pun dah senyap juga sekarang ni

akan dtg.. pasal najib.. adakah walanon2 akan senyap juga nanti

eh tapi kan... mungkin betul juga laporan berita benar news satu ketika dulu yg melaporkan mahathir cakap selain kerjasama anwar dan zahid utk jadikan anwar pm, anwar juga akan aturkan proses bagi najib diampunkan?

---

Conspiracy theories fly fast and thick as Malaysia election campaign hits road ...berita lama oleh benar news masa kempen sebelum pru tahun 2022

Mahathir also said that once Anwar became PM he would engineer a royal pardon for former Prime Minister Najib Razak, an UMNO leader who is serving a 12-year sentence for corruption in a case stemming from the 1MDB financial scandal.  

---

mungkin juga mahathir silap.. mungkin dia ingatkan najib dpt pengampunan penuh... sebaliknya dpt pengurangan hukuman dan mungkin lepas ni akan ditahan di rumah

ni tred sebelum ni yg berkaitan - https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5376053&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo: Hg buat ke tak, sedar ke tak,  ...

Kalau kat korea atau jepun dah buat harakiri.[em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 25-10-2024 02:56 PM
Kemungkinan 1 susah nak jadi realiti. Kenapa?

Kalau kita nak tengok UMNO - BN menguasai semula go ...

dulu2 pun banyak parti politik juga.. pi mai pi mai politikus2 akan bersaing dlm industri politik dan memainkan naratif2 tertentu bagi mempengaruhi emosi para pengundi dan akhirnya, politikus2 akan eksploitasi sistem bagi mengimbangi hasil keuntungan politik antara kepentingan puak sendiri dan negara

dulu2 pun ada benda2 hot juga spt ku li lwn mahathir, dap mca, dll

takde hal bagi politikus2 ni utk mainkan naratif dan bina perspektif dlm dunia politik bagi mempengaruhi emosi dan pemikiran para pengundi... para politikus ni boleh jalankan strategi2 politik mereka utk kawal behaviour para pengundi especially para pentaksub mereka supaya mengikut sahaja naratif politik yg dimainkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 25-10-2024 03:14 PM
Untuk kemungkinan 2, kalau Najib join PN, apa naratif yang akan digunakan oleh Bersatu?

Selama ni ...

spt yg dikatakan sblm ni... takdak hal laaa..

takde hal bagi politikus2 ni utk mainkan naratif dan bina perspektif dlm dunia politik bagi mempengaruhi emosi dan pemikiran para pengundi... para politikus ni boleh jalankan apa jua strategi politik mereka utk kawal behaviour para pengundi especially para pentaksub mereka supaya mengikut sahaja naratif politik yg dimainkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:40 PM | Show all posts
Katanya dia ditipu dan mangsa keadaan. Tapi yang anehnya dia begitu bersungguh untuk menutup dan menyorokkan kes 1mdb. Umpama mangsa penipuan cuba melindungi orang yang menipu dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 09:44 AM | Show all posts
bawah najib dulu, malaysia ni sebenarya stable je.. geng pembangkang je gila kuasa dengan fitnah merata 24 jam tu. kalau zaman PM4 dulu dah ramai kena ISA, sbb suka jadi batu api dan menipu rakyat, lepas tu main victim card.. skrg semua janji dah kelaut.. apa yg dah dibuat dulu nak dibuat balik tapi tukar branding je

tu pun ramai percaya lagi duit diorang nanti kena pakai untuk "bayar" hutang negara ni, tulah bila politcian haprak kencing atas kepala penyokong dia bertahun-tahun.. dah malu tau kena tipu tapi tak nak mengaku lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 10:31 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 25-10-2024 10:09 PM
dulu2 pun banyak parti politik juga.. pi mai pi mai politikus2 akan bersaing dlm industri politik  ...

Point 1: Tentang Prediction

Tidak ada mana-mana manusia yang tahu masa depan. Kerana, masa depan itu adalah rahsia.

Apabila ia melibatkan masa depan, apa yang manusia mampu buat adalah cuma prediction.

Manusia boleh buat dua jenis prediction:
1) Prediction yang tepat - Setelah kita berada pada masa hadapan, kita mendapati prediction itu adalah benar.
2) Prediction yang lemah - Setelah kita berada pada masa hadapan, kita mendapati prediction itu adalah salah.

Bagaimana untuk membuat prediction yang tepat? Kita membuat prediction yang tepat dengan menggunakan data-data daripada keadaan hari ini. Data-data ini dianalisa untuk membuat unjuran apa yang berkemungkinan besar akan berlaku pada masa hadapan. Tomorrow is the continuation of today.

+ + +

Point 2: Pengaruh Cina di Putrajaya / Parlimen

Pada hari ini, satu faktor yang tidak dapat disanggah adalah: Cina sudah kembali berkuasa di Putrajaya.

Penguasaan Cina di Putrajaya berlaku kerana kebodohan pemimpin Melayu yang suka bergaduh dan berpecah. Ini ditambah pula dengan kebodohan pengundi Melayu yang mempunyai otak yang lemah. Lalu otak lemah pengundi Melayu mudah tertipu dengan propaganda dan tipu-daya pemimpin Melayu sendiri.

Jadi, apa yang berlaku pada hari esok perlu mengambil kira keadaan Cina yang sudah kembali berkuasa di Putrajaya pada hari ini.

Apa yang Cina sudah buat apabila Cina benci UMNO? Cina humban UMNO - BN.

Apa yang Cina akan buat apabila Cina benci PMX? Cina humban PMX - PH.

Adakah Cina takut untuk humban BN - MCA? Tidak.

Adakah Cina takut untuk humban PH - DAP? Tidak.

Apakah kepentingan pengundi Cina?
1) UMNO - BN jatuh perlahan-lahan kerana membenci Cina
2) PN tidak dapat membentuk kerajaan pada PRU15 kerana membenci Cina

+ + +

Point 3: Red Line

Sebelum Cina humban PH - DAP, most likey, Cina akan beri amaran dulu. Cina will set the red line untuk PH - DAP. Do not cross this red line. Ong Kiang Ming sudah bercakap tentang red line.

Kalau perlu DAP untuk keluar daripada PH, Cina akan suruh DAP keluar daripada PH. 'DAP keluar daripada PH' sudah menjadi salah satu alternatif yang dilontarkan oleh Cina di ruang Internet - jika mana-mana pihak cross the red line. Sentimen 'DAP keluar daripada PH' sudah mula dimainkan sejak tahun ini. Sejak berita Najib mungkin keluar daripada penjara.

Dengan melihat perkembangan terkini pemikiran orang Cina, Cina cuba tolerate untuk terima Najib keluar daripada penjara. Tetapi Cina tidak akan terima UMNO kembali menjadi dominan di Putrajaya.

Ini adalah pemikiran Cina sekarang: PH boleh bekerjasama dengan UMNO - BN. Tetapi PH perlu lebih dominan berbanding UMNO - BN.

This is the red line yang tidak boleh diterima Cina: UMNO kembali dominan di Putrajaya. Dan ini berlaku kerana tipu-daya dan pengkhianatan di kalangan pemimpin Melayu sendiri.

+ + +

Point 4: Kebangkitan UMNO

UMNO boleh untuk kembali dominan di Putrajaya / Parlimen. Tetapi UMNO perlu melalui proses kebangkitan secara berperingkat. Seperti apa yang berlaku kepada PH - PKR - DAP sejak 20 tahun yang lalu - sejak Mahathir tendang Anwar keluar daripada UMNO.

Apa yang berlaku kepada PH - PKR - DAP sepanjang 20 tahun yang lalu? Mereka meningkatkan keyakinan rakyat tahun demi tahun. Lalu mereka berjaya menambah bilangan kerusi tahun demi tahun.

+ + +

Point 5: Kesombongan Pemimpin

Apa kesilapan terbesar Najib Razak? Najib Razak sombong sewaktu masalah 1MDB dibongkarkan. Kesombongan Najib menyebabkan ramai orang Melayu benci Najib pada waktu itu.

Ini adalah cara sebahagian orang Melayu interpret kesombongan Najib: "Seolah-olah kesemua 15 juta orang Melayu di Malaysia adalah Melayu yang bodoh, Melayu yang tidak boleh berfikir, Melayu yang masih bangsat seperti zaman penjajah."

Jika Anwar Ibrahim mahu mengulangi kesilapan Najib Razak, Anwar boleh buat kesilapan yang sama. Apa kesilapan tersebut?

Jadi pemimpin yang sombong. Jadi pemimpin yang fikir kesemua 15 juta orang Melayu dan kesemua 30 juta rakyat Malaysia adalah manusia yang bodoh, manusia yang tidak boleh berfikir, manusia yang masih bangsat seperti zaman penjajah.

+ + +

Point 6: Pengaruh Teknologi

Lanskap politik pada 2020an sudah tidak sama seperti lanskap politik pada 1990an. Salah-satu perubahan besar dalam lanskap politik adalah: Pengaruh teknologi.

Kenapa teknologi menjadi elemen utama dalam aspek politik pada hari ini? Kerana, teknologi adalah elemen yang paling berkesan untuk membina sentimen, meningkatkan kesedaran, dan mempengaruhi manusia untuk bertindak.

Teknologi pula lebih berkesan di kalangan pengundi muda. Kenapa pengundi muda adalah penting?

Kerana, mereka adalah demografik pengundi yang semakin berkembang. Peratusan pengundi muda semakin besar. Sebaliknya, peratusan pengundi tua semakin mengecil.

Jika ada pemimpin sombong yang menganggap rakyat adalah bangsat ... bukanlah sesuatu yang susah untuk Bangsa TikTok melancarkan gerakan: #BenciPemimpinBangsat

Atau, yang lebih kreatif: #MADANI8481 #MadaniBabi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 10:54 AM | Show all posts
clueless_gamer replied at 26-10-2024 09:44 AM
bawah najib dulu, malaysia ni sebenarya stable je.. geng pembangkang je gila kuasa dengan fitnah mer ...

"geng pembangkang je gila kuasa dengan fitnah merata 24 jam tu"

Pembangkang sudah wujud selama puluhan tahun. Kalau betul Najib jatuh kerana pembangkang, selama 60 tahun UMNO - BN memerintah Malaysia ... kenapa UMNO - BN tak pernah jatuh walau ada pembangkang?

Kalau Najib tak jatuh kerana pembangkang, Najib jatuh kerana apa?

Apa yang unik berlaku pada PRU14? MASALAH 1MDB.

1MDB tidak wujud pada 1980an. Ia tidak wujud pada 1990an. Ia juga tidak wujud pada awal 2000an.

Masalah 1MDB mula menjadi besar dan tidak terkawal pada 2014 - 2015. Ketika, media antarabangsa dan pihak berkuasa antarabangsa mula melaporkan dan menyiasat tentang 1MDB.

Najib sendiri cakap pada waktu itu, "Jika tidak berpuas hati dengan kerajaan, rakyat boleh tukar kerajaan ketika pilihanraya."

Fine, rakyat tunggu sehingga pilihanraya. Hasilnya, ketika PRU14 pada tahun 2018 ... rakyat tanpa mengira kaum dan agama bersatu untuk menamatkan empayar UMNO - BN.

Gerakan rakyat pada waktu itu adalah ABU: #AsalBukanUMNO

+ + +

Tentang 1MDB, ada beberapa pihak yang sudah menjangka ketika itu bahawa 1MDB bakal menjadi risiko terbesar untuk kerajaan UMNO - BN jatuh. This was the main reason kenapa Muhyiddin Yasin berani menentang Najib pada waktu itu. Muhyiddin sudah mendapat maklumat dalaman.

Selain itu, pihak intelligence juga sudah menjangkakan 1MDB bakal menjadi ancaman kepada kerajaan.

Adik Najib sendiri, Nazik Razak, pergi jumpa abangnya. Minta abangnya selesaikan masalah 1MDB dengan efektif. Nazir sendiri cerita tentang perkara ini dalam rancangan podcast KS Lagi. Boleh tonton episod ini di YouTube.

Tapi apa yang Najib buat pada waktu itu? Tendang Muhyiddin. Tendang Peguam Negara Gani Patail. Lantik Apandi sebagai Peguam Negara baru. Bubarkan pasukan penyiasatan. Tukar pegawai tertinggi SPRM.

Pada hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak kisah jika Najib keluar penjara. Tetapi ada rakyat masih tidak lupa apa yang Najib pernah buat pada suatu ketika - sewaktu krisis 1MDB membelenggu Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:29 AM | Show all posts
DSN over-estimate his power and over abuse his power (aku rasa semua PM pun abuse their power to a certain extent).  Dalam political circle dia memangla dia powerful, absolute power.. even timbalan pun dia boleh jentik with almost no repercussion.  

Cuma sedikit credit pada dia, tapi tak tau samaada sebab dia tak boleh atau tak nak, guna kekerasan pada rakyat & pengundi.. benteng terakhir dia boleh guna (itupun kalau dia boleh guna) untuk terus pegang kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 01:24 PM | Show all posts
plywood replied at 25-10-2024 12:12 PM
akhirnya najib dah ambil jalan spt yang selalu kau sebut

skrng nak tengok apa respon ramai orang  ...

bak kata pepatah, great minds think alike
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 01:25 PM | Show all posts
white_musk replied at 25-10-2024 12:48 PM
yang penting rakyat malaysia skrg ini dah raya raya..
al maklumla petro rm1.50 selitre,
harga rum ...

begitulah kalau berdasarkan fantasi mereka sebelum ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050028 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list