CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Dua kapal perang China bersama lebih 1000 anggota tentera laut China yang tiba di George Town, Pulau Pinang disambut meriah

[Copy link]
Post time 9-10-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 9-10-2024 11:10 AM
Tapi..sejak abad ke 12 lagi...belum pernah lagi China menjajah negara lain...Even before that seja ...

Yes sir, tq for reminding me about sejarah.
Tp utk kedepan, xsemestinya ada jaminan utk xjdi benda tu hanya gara2 dulu xpenah jadi.

Skrg ni stuasi dia ialah how pemimpin kita tu mcm dengan sengaja memberi ruang dan peluang utk geng type C ni masuk kerap² ke negara kita.

Kita dh bgi laluan. Depa tunggu apa. Masuk je la. Nk create strategi? Bkn susah pun. Yg susah tu klu kita xbgi peluang...

So apa kata sir pulak. Tlg reply, i need pendapat. I totally risau dgn masa dpn negara. How come anak cucu kita nk mmbesar. Klu nt smua sistem ditukar. Kot kan nt subjek mandarin wajib kt sek keb plk !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je YouTuber marah pasal Jet Perang China ceroboh ruang udara Malaysia.

Dah bersorak sambut kapal laut pula.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 9-10-2024 11:10 AM
Tapi..sejak abad ke 12 lagi...belum pernah lagi China menjajah negara lain...Even before that seja ...

Bukan ke zaman Dinasti Melayu Bugis di Johor ke, penjajahan Bugis bermula.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah seram..dowh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:17 PM | Show all posts
tripleid replied at 9-10-2024 01:47 PM
kalau kapal UK yg bekas penjajah tu datang buat event sama harus ummah dah sambut dgn kompang, bunga ...

Kapal perang UK baru Februari hari tu singgah di Penang Port. Kapal dari US, India, Australia, China, NZ dsb memang biasa calling ports kat Malaysia ni. Saya sendiri dalam pekerjaan saya pernah menghadari reception dan sesi lawatan ke kapal2 perang ni bersama2 delegasi kerajaan dan angkatan tentera kita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 9-10-2024 04:19 PM
cmf_almondpecan replied at 9-10-2024 02:17 PM
Kapal perang UK baru Februari hari tu singgah di Penang Port. Kapal dari US, India, Australia, Chi ...


Ye.kapal navy amerika zionis,british penjajah tu biasa je dtg lepak port buat event kat msia ni..tp sbb kali ni navy prc harusla ummah ala2 menggelupor sbb takot tanah air ni diresapi komunis katanyaa..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-10-2024 02:22 PM
Ye.kapal navy us,british penjajah tu biasa je dtg lepak port kat msia ni..tp sbb kali ni navy prc  ...

Ya betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts

'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal China ke Pulau Pinang dibuat secara rasmi'
Sinar Harian
09/10/2024 12:40 MYT


Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar.



GEORGE TOWN: Orang ramai diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang Sabtu lalu.


Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kunjungan silaturahim itu dibuat mengikut saluran rasmi dan Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan tersebut.


Menurutnya, selain itu, beberapa pemimpin kerajaan negeri dan orang kenamaan turut diundang sebagai tetamu dalam kunjungan tersebut.


"Dua kapal pelatih tersebut berlabuh selama tiga hari di sini dan sudah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.


"Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar selain penganjuran aktiviti sukan dan kebudayaan. Kunjungan tersebut diuruskan oleh Pejabat Konsulat General China di Pulau Pinang.

"Oleh demikian, saya mohon orang ramai tidak membuat sebarang andaian tidak betul yang boleh mengganggu-gugat masyarakat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Tambah beliau, kunjungan kapal latihan dari China itu bukan kapal asing yang pertama singgah di pelabuhan Malaysia.


"Sebelum ini, kapal-kapal tentera laut negara asing lain juga pernah berlabuh di pelabuhan di Malaysia dan kunjungan mereka juga dibuat melalui saluran rasmi serta mengikut protokol.


"Dalam hal ini, ia melibatkan pelatih dari universiti dan mereka dalam perjalanan dari China menuju ke Bangladesh. Dua buah kapal iti berhenti seketika di sini sebelum memulakan latihan laut di Lautan Hindi," katanya.


Beliau berkata, perlu diingat, hubungan Malaysia dan China amat baik apabila pemimpin negara masing-masing telah melawat antara satu sama lain.
"Oleh itu, lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut yang positif.


"Jangan ada yang cuba membuat spekulasi kerana apa yang cuba dikatakan di media sosial adalah tidak benar sama sekali," katanya.


Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri ini untuk kunjungan silaturahim.


Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu menaiki dua buah kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China.


Kedatangan mereka disambut oleh beberapa pergawai TLDM Pulau Pinang dan beberapa orang kenamaan termasuk pemimpin negeri.


Pelatih-pelatih itu dibawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini selain berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan ketika sesi lawatan tersebut. - Sinar Harian





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 9-10-2024 01:23 PM
Vietnam war itu apa?

Vietnam war yg mana satu sisther..?

Vietnam war yg Vietnam Selatan (US) lawan Vietnam Utara (China ~ Russia)

Atau

Sino-Vietnam tu..? Yg ni pening sikit..Sebab melibatkan lagi sebuah negara iaitu Kemboja..Vietnam dan Kemboja ni pernah menerima bantuan dari China..

Hasil carian goggle..Kemboja tawan bandar di selatan Vietnam..Vietnam panas..terus serang Kemboja smpai Phnom Penh..capital Kemboja tu..

Pemimpin Kemboja lari ke border Thailand/Laos..China sakit hati sb pemimpin Kemboja tu mcm favourite China..Terus China serang Vietnam dgn harapan Vietnam keluar dari Kemboja..

Tapi sebab Vietnam ni fighter..Sedangkan US pon angkat kaki..China retreat dari bandar2 di utara Vietnam..

Bila China retreat..Vietnam masih lagi perang dgn Kemboja..

Gitu la kisahnyaaa..

k
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 9-10-2024 01:58 PM
Yes sir, tq for reminding me about sejarah.
Tp utk kedepan, xsemestinya ada jaminan utk xjdi benda ...

Yg penting..kerajaan kene limitkan berapa hutang / dana pembangunan / bantuan dari China..

Sebab kita takut jd mcm Fiji - Pakistan - dan beberapa lagi negara di Afrika tu...beberapa aset startegik negara seperti pelabuhan - perlombongan telah menjadi kepentingan China.. maksudnya..syarikat masih lagi run by local people..tapi policy maker milik China..mcmtu..

Contoh paling dekat..Laos...oleh sebab negara2 dlm ASEAN ni susah nk membantu (biasa la, org asia tenggara ni penyakit phd tu tinggi..hehehe)..
Maka Laos meminta bantuan pembangunan dari China..jalan raya berturap, bangunan cantik2..pembangunan empangan hidro...juluran keretapi elektrik China-Laos..tapi tu laa..boleh dikatakan sekarang ni..Laos tu mcm tanah jajahan je...hari weekend..hari cuti skolah..penuh org China masuk Laos..

Yg kurang enak psl China ni..walaupun diye dtg bawak pembangunan..tetapi diye eksport sekali kumpulan kongsi gelap..kongsi gelap yg lari dari China..byk je bersembunyi di Laos..setup kasino apa semua..

Alaa..sedangkan perang larut kt Taiping pon melibatkan gangster Cina tongkang yg baru sampai...Tapi tu la..kalo Melayu tak tamak..gila kuasa..takde la sanggup pakai gangster Geehin vs Haisan tu semata nk luasakn kawasan..

Jadi no wonder la...Org melayu akan cari cina utk buat kerja..repair kereta ke..buat rumah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-10-2024 02:08 PM
Baru je YouTuber marah pasal Jet Perang China ceroboh ruang udara Malaysia.

Dah bersorak sambut kap ...

Yg bersorak tu 'saudara dia'..yg mai dulu2..Yg ketar ketir tu Bumi's ngn Melayu la....@BumiDipijakMilikOrang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-10-2024 02:22 PM
Ye.kapal navy amerika zionis,british penjajah tu biasa je dtg lepak port buat event kat msia ni..t ...


depa mai ni..nk amik saudara yg 'tertinggal@tercicir kt Tanah Melayu(Malaysia sekarang)' ke..acaner???
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:47 PM | Show all posts
Abahmung replied at 9-10-2024 03:12 PM
'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal China ke Pulau Pinang dibuat secara rasmi'
Sinar Harian ...

gambar pun tampal-tampal...hapooo

membongak je
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:10 PM | Show all posts

1 Jun 2021, time COVID
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironi nya, negara yg ade isu LCS kita terima datang yer
Siap ade skolah jemput lg army china
Mohtip?????
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni loyer terpaling tahu tu kata takpeeeeee
Takpeeeee
Bab retis bukan main lagi.dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-10-2024 02:09 PM
Bukan ke zaman Dinasti Melayu Bugis di Johor ke, penjajahan Bugis bermula.

Dinasti melayu bugis...sezaman dgn Kerajaan Melaka / Joho-Riau kan...

Tapi yg iols tau..Bugis ni...seafaring punya org...jarang tinggal di sesuatu tempat dgn lama..

Melainkan kalo dh betul2 dpt tempat sesuai...

Sebab bugis ni besar...beza  dgn komuniti jawa..jawa kalao dh sampai suatu tempat..duduk terus kt situ.,

Kelompok Bugis ni...dari Kedah smpai Sabah ada Bugis..lagi satu..mungkin Bugis senang asimilate dgn penduduk tempatan kut...hahahahah..

Iols selalu peratikan...Kalau jawa..kelompoknya dari Hilir Perak - Pantai2 Selangor- Pantai2 Johor...selalu dgn set2 diaorg je..mcm org Kelantan la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annehuda at 9-10-2024 09:22 PM

Korang jgn tak tau, geng2 prc yg tak keluar tu diorg banyak kt Penang dan Sabah Sarawak tau tak. Geng2 chinese kt negeri2 tu memang 'pekat' sbb tu diorg bleh berasimilasi. Thn lps ke, penah viral, pelancong mat salleh ni pi duduk dalam satu kedai cina ni, dia tak dilayan. Siap kene halau sbb tak order, pdhal die kata dia dah order dgn sorg waitress ni tapi dlm bhs dia lah. Gaduh2 mai tokey kedai. Pelancong tu kata dia order ikut menu, die tunjuklah ada menu kt dinding kedai tu, tulis dalam bhs melayu menu tu. Netizen masa tu termasuk Malaysian Chinese pun pelik apahal waitress tu mcm tak paham langsung baca tulisan bahasa melayu, english pun tak paham, cuma paham bhs cina je. Netizen dh speku minah tu mesti dtg dari PRC tu. Tu belum lg yg masuk sini jadi GRO jadi China Doll. Korg jgn ingat China kuasa besar rakyat dia happy kat sana. Sana tekanan lagi hebat kot smpi depa sanggup wat plastic surgery sbb hanya dgn cantik ja fengshui depa berubah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 9-10-2024 03:12 PM
'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal China ke Pulau Pinang dibuat secara rasmi'
Sinar Harian ...

Macam kat negara sendiri takde navy. Sibuk nak jemput navy negara orang.

Ke memang jemput navy negara sendiri? So sila la balik ke negara asal. Terpaling patriotik kat tembok besar kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Perils: Lain machiam.hrpnya yg masuk k ...


Hahhahha.. Iols pon pikir yg sama je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055813 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list