CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] FARDHU AIN: 'Boikot syarikat, produk yang menyumbang kepada Israel' - Mufti

[Copy link]
 Author| Post time 19-10-2023 12:03 PM | Show all posts
Boikot produk Israel lumpuh ekonomi zionis
October 13, 2023






Mohd Asri Mat Daud

KOTA BHARU: Umat Islam diajak memboikot barangan keluaran Israel sebagai tanda protes terhadap kejahatan dan keganasan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, biar pun umat Islam di negara lain jauh dari Palestin




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2023 12:10 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 19-10-2023 12:33 PM

HUKUM BOIKOT BARANGAN ISRAEL BERDASARKAN KEPADA FIQH AL-JIHAD
Dari perbincangan-perbincangan di atas, beberapa rumusan dapat diambil. Boikot merupakan sebahagian daripada jihad fi sabilillahiaitu dengan medium harta. Kewajipan boikot pada asasnya adalah berdasarkan kepada hukum berjihad. Ia merupakan salah satu bentuk  baru dalam berjihad. Kewajipan tersebut juga dinilai berdasarkan kepada faktor tempat dan keadaan. Kewajipan jihad yang asalnya fardu kifayah boleh menjadi fardu ain berdasarkan kepada faktor tersebut. Hukum boikot berdasarkan kepada pembelaan bumi Palestin dan Baitul Muqaddis adalah fardu ain. Pembelaan bumi suci umat Islam samada Mekah, Madinah atau Palestin merupakan satu kewajipan keatas umat Islam yang tertakluk kepada faktor tempat.Lantaran itulah, umat Islam di seluruh dunia perlu menyedaribahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap perjuangan umatIslam di Palestin kerana perjuangan tersebut pada hakikatnya adalahperjuangan umat Islam secara keseluruhannya.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/4641/1/Jurnal%20of%20Fatwa%20and%20Management%20Research_JURNAL_VOL%204_Hukum%20boikot%20barangan%20Israel%20berdasarkan%20kepada%20fiqh%20al%20jihad.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 18-10-2023 08:16 PM

Buang duit saja bangnon ke america tarik investors dari sana... If mahu hapus or boycotte buang dari root... Bukan dari shelf di store... Juga banking/finance system giteww...

Kenapa perlu selective untuk certain products saja?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
K.. dah buang iphone, macbook & hp intel pc. Tv pon dah buang juga. Ni tulis komen pon guna kuasa minda bersama maxis 5G
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 19-10-2023 11:59 AM
Iols bekerja guna semua ni camno...

Boikot benda yang paling banyak kita guna, itu baru betul

Bukannya boikot benda yang kita tak pernah atau jarang guna.. minum starbuck sebelum ni sekali seumur hidup pastu acah2 boikit starbucka

Sama gak macam mogok, kalau mogok lapar baru lah nampak keseriusannya kerana semuanorang perlu makan.. makan itu penting..

Tapi kalau ko mogok taknak kumpul setem, padahal ko memang bukan pengumpul setem, dan nobody cares about stamp collecting, so apa pointnya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 18-10-2023 08:21 PM
K.. dah buang iphone, macbook & hp intel pc. Tv pon dah buang juga. Ni tulis komen pon guna kuasa mi ...

Buang dak  atm card/CC yang ada visa or mastercard?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2023 12:30 PM | Show all posts
kemaruk replied at 19-10-2023 12:24 PM
Boikot benda yang paling banyak kita guna, itu baru betul

Bukannya boikot benda yang kita tak per ...

boikot ni sedikit demi sedikit...tak boleh buat mendadak...itu cam perangai yahudi zionis...
pengikut2 zionis bagi saranan extreme mcm tuan dajjal depa...berhenti terus guna brg yahudi...org2 camni layak di lempang aje


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 19-10-2023 12:00 PM
Sambil buat live guna iphone 15 melalui instagram..

Sambil tu minum Milo ais & telan spicy mcchicken deluxe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2023 12:35 PM | Show all posts
BOIKOT BARANGAN ISRAEL


1.    Seluruh Dunia Islam diselubungi perasaan sedih bercampur geram atas kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai (massacre) rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.


2.       Perdana Menteri Malaysia dan Ketua-Ketua Negara Islam telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya kezaliman Kerajaan Zionis terhadap rakyat Palestine dan mendesak PBB mengambil tindakan segera menghentikanya.


3.       Sama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, supaya menyelamatkan rakyat Palestine sambil menghulurkan dana bagi membantu mereka. Sudahkah kita tanya diri kita apa kekuatan rakyat Islam bagi menyedarkan rejim Zionis Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat supaya tunduk kepada Masyarakat Islam Sedunia.


4.       Pada pendapat saya Umat Islam merupakan golongan pengguna (Consumers) yang terbesar di dalam dunia. Oleh itu marilah kita gunakan kelebihan ini untuk  menundukkan regim Zionis dan sekutunya Amerika Syarikat, supaya lebih menghormati masyarakat Islam.


5.       Marilah kita melancarkan kempen seluas-luasnya supaya kita memboikot semua barangan pengeluaran dan perusahaan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat. Sebagai contoh mengapa menggunakan Petroleum atau gas Caltex, Shell atau BP jika kita ada Petronas.


Mengapa kita berlanggan dengan Kentucky Fried Chicken dan lebih-lebih lagi McDonald  dan memberi bayaran francais yang mengalir kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat?


Mengapa kita galakkan budaya minum kopi jenama yang membayar francais kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat?


Mungkin alasannya kebanyakkan “coffee house” ini kepunyaan orang Melayu tempatan. Tetapi soalnya, berapa banyak francais yang dibayar setiap hari atau setiap tahun  kepada mereka dari Negara Zionis dan Amerika Syarikat?


6.       Bawalah perubahan untuk mengutamakan barangan dan perusahaan Negara sendiri atau keluaran Negara Islam. “Buy Muslim First.”


Sekiranya kita tidak boleh perolehi keperluan kita itu dari Negara Islam, kita boleh mendapatinya dari negara lain saperti Soviet Union, China, Korea, Jepun dan lain2 Negara.


Apabila semangat ini meresap ke dalam sanubari setiap Umat Islam, maka wujudlah banyak lagi perusahaan untuk mengeluarkan produk dan perusahaan yang diperlukan oleh rakyat tempatan, sebagaimana dalam ungkapan Inggeris, “Necessity is the mother of invention”.


Dengan tersebarnya dan meresap budaya ini kita akan dapat menggantikan produk dan pengurusan yang selama ini kita bergantung kepada negara Zionis dan Amerika Syarikat.


7.       Marilah kita semua menyambut seruan ini. Kenal pasti perusahaan dan perkhidmatan yang ada hubungan terus dengan Negara Zionis dan Amerika Syarikat, dan mewarwarkan kepada saudara-mara dan rakan taulan kita supaya jangan menyokong perkhidmatan dan perusahaan Zionis tersebut.


8.       Bersama ini diperturunkan beberapa foto yang mengambarkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestin supaya membakar semangat kita untuk membela nasib saudara Islam. Kita bersama perlu membela nasib mereka.


9.       Semua ini bukanlah satu retorik politik, tetapi sebagai memanjangkan sabda junjungan kita  Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Baihaqi,


” Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan Kaum Muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam golongan mereka”


10.     Marilah kita membuktikan yang kita benar benar berjiwa lslam,dan memainkan peranan kita sebagai seorang Islam sejati.


YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood bin Pawan Teh


Presiden


PPKM










Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 19-10-2023 12:30 PM
boikot ni sedikit demi sedikit...tak boleh buat mendadak...itu cam perangai yahudi zionis...
pengik ...


Sama macam ko buat mogok lapar ler ipan.. kalau ko kunun2 mogok lapar tapi kejap2 makan cekedis, kejap makan kokojar, sape nak ambik serius ko punya mogok tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 12:47 PM | Show all posts
Maap le lobai, nak boikot yg mana nampak je tapi yg tak nampak tak nak boikot kah?  Macam ubat2 penyakit 3 serangkai tu dari R&D yahudi.  bila sakit jantung sila jangan buat stent sebab itu pun hasil dari israel, eh banyak lah lagi yg lobai kedarah sebab banyak sangat nikmat dunia ni dari R&D israel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 12:47 PM | Show all posts
kemaruk replied at 19-10-2023 12:39 PM
Sama macam ko buat mogok lapar ler ipan.. kalau ko kunun2 mogok lapar tapi kejap2 makan cekedis, k ...

bab produk dan servis yahudi ni kena tanam dlm hati supaya mengurangkan penggunaan...bukan tak guna langsung, atau stop terus...kurangkan..cari alternatif lain...dunia ni maha luas, banyak negara2 islam yg ada produk yg lebih baik



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 12:49 PM | Show all posts
Samerosie replied at 19-10-2023 12:47 PM
Maap le lobai, nak boikot yg mana nampak je tapi yg tak nampak tak nak boikot kah?  Macam ubat2 peny ...

saranan hang ni sebijik pengikut dajjal...suruh minta total boikot...jgn la bersikap melampau...


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 19-10-2023 12:49 PM
saranan hang ni sebijik pengikut dajjal...suruh minta total boikot...jgn la bersikap melampau...

...

Pulak dah.  Nak boikot kan boikot habis-habisan lah, bokeh pilih2 plak ye.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:35 PM | Show all posts
semoga lengang mcd. amen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 01:36 PM | Show all posts
Samerosie replied at 19-10-2023 01:18 PM
Pulak dah.  Nak boikot kan boikot habis-habisan lah, bokeh pilih2 plak ye.

hang ni tak islamic langsung...nak sebar islam pun ambil masa cik kak oi...ada islam di sebar secara drastik? paksa org peluk agama islam? stop terus org jahil amal agama mereka? common la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 02:06 PM | Show all posts
ifanonline replied at 19-10-2023 12:47 PM
bab produk dan servis yahudi ni kena tanam dlm hati supaya mengurangkan penggunaan...bukan tak gun ...

ye bangkem setuju

bangkem pon dah lama boikot yahudi yakni dunhill, marlboro sebab bangkem tak hisap rokok

begitu juga produk2 seperti LV, gucci bagai tu pon bangkem boikot gak sebab bangkem meamng tak mampu nak pakai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:24 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 19-10-2023 02:27 PM
ifanonline replied at 19-10-2023 01:36 PM
hang ni tak islamic langsung...nak sebar islam pun ambil masa cik kak oi...ada islam di sebar seca ...

Selective boycott rupanya.
Dia gini bamipan, israel ada backup yg very strong financially, you nak boikot mcd, caltex bagai, yg suffer orang you sendiri sebab derang kerja kat tempat2 situ.  1 juta malaysian boycott tapi lebih 10 juta kat US, AU, NZ, UK still guna, tak dented pun israel.  Remember, R&D budget dia (medicine ka weapons ka etc) dapat dari US, kuat punya supporter.  

Melayu kita beras murah tak jumpa pun sudah meroyan macam esok nak kiamat, macam esok dah tak de makanan kebulur satu malaysia, salah menyalah sesama islam sebab parti politik lain...Baru cina baca terjemahan al quran pun sudah macam nak berperang dunia...itu tak takut la islam tak tersebar kepada bukan islam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 02:51 PM | Show all posts
Samerosie replied at 19-10-2023 02:24 PM
Selective boycott rupanya.
Dia gini bamipan, israel ada backup yg very strong financially, you nak ...

bukan selective boycott...but gradual boycott...

hang jgn yakin sangat dgn bangsa yahudi ni...janji2 tuhan itu pasti, sudah tertulis jelas dlm Al Quran dgn kekalahan Yahudi...adalah fardhu ain bagi umat islam seluruh dunia menolak apa sahaja dtg dr america dan israel...

penolak harus gradual, bukan sudden stop...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 04:16 PM | Show all posts
boikot apa yg termampu..dah beli jgn buang pulak..tu membazir namanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.895423 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list