CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kk_o

Jom sambung cerita ni...

[Copy link]
 Author| Post time 5-1-2011 05:42 PM | Show all posts
ku fikir mak terlalu rindukanku kerana telah lama aku tidak pulang...
ku jawab panggilan dengan suara sopan santun bak anak soleh... ohh suara mak yang aku rindu.. sedang aku terbuai dengan suara mak yg merdu tiba2 jantungku bagai dibom setelah mendengar perkataan melah dari mulut mak..
melah gadis kampung yang masih terkinje kinje kat aku... aduh sakit telingaku... cukup mak... cukup.....
terbayang bayang wajah melah yang mempunyai 3 corak,,, rambot afroonyya yg full of ku2 serta perhiasan kaviti pada gigi kapaknya membuatkan aku longlai.
tapi kenapa melah juga yang menjadi pilihan mak untuk dijodohkan dengan aku.. sedangkan aku ni begitu tampan, segak bergaya, macho, berkaliber, lagi kayer... layakkah dia untuk aku??

aduhhhh... seperti biasa permohonan mak aku bisukan saja...

sekarang aku nak fikirkan penthouse baru aku tuuuu.... tak luper juga nset iphone 3G yang tak puas2 aku belai dari tadik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2011 05:58 PM | Show all posts
keesokannya... aku melawat kediaman baru aku. tapi sebelom tu aku dah bakar kediaman setinggan aku kerana ingin melupakan segala kenangan aku bersama setinggan ini.. kebakaran yang aku cetuskan menyebabkan seratos keluarga len hilang tempat tinggal.. apa2 pon aku berpuas hati kerana terlalu banyak kenangan buruk aku di setinggan ini.. tidak lupa juga aku sempat masuk berita TV3  terkinjer2 di belakang karam singh walia yang sedang melaporkan kejadian..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 04:12 PM | Show all posts
Oleh kerana aku telah diinterview oleh karam singh walia semasa kebakaran semalam, iphone aku asyik berdring2 saja. Tetiba ramai jer kengkawan sepejabat aku yang mengofferkan diri (kunun-kunun) untuk aku berteduh dirumah mereka. Sedangkan aku tahu mereka sebenarnya cuma mau ambil hati aku, sebenarnya mereka cuma memancing aku supaya aku mengajak mereka kepenthose aku. Tidak sama sekali.

Sedang aku termenung dibalkoni indah penthouse ku. Ku terlihat wajah gebu mcm apam yg baru akan makan tadi, manis mcm gula tebu ditepian swimming pool kondoku. Dari jauh mcm Julia Rais, bisik hatiku. Oh Melah!!! sekiranya ngko cantik mcm Julia Rais ker,Datuk Siti ker sanggup saja aku jual penthouse ini sebagai hantaranmu. Fikiranku serba tak kena, panggilan dari mak mlm kelmarin amat menakutkan aku. Mak aku akan bawa Melah ke penthouse ku.OH NO NO NO !!!!...... Apakan daya sebab rindukan mak terpaksa aku mengalah. Esok mak akan sampai bersama Melah. At least dari kampung ada gak mak aku teman ke sini,bisik hati kecilku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:03 PM | Show all posts
Mencelah neh...


Korang kan.... wat bintang senyum sumbing


Ok, next............
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:28 PM | Show all posts
bagus la korang ni...
mmg berbakat, laju je sambung....
sambung lagi k....
merah sambung bakat membaca je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 06:41 PM | Show all posts
aku tak tau di mana aku berada.. ku terlihat altraman cuba menfire aku.. argh!!!! aku jadi raksaksa.. huduhnyer muka aku. tidakkk.... aku terjatuh akibat difire oleh altraman.
gedebuk!!! argh rupa2nya aku terjatuh katil. mimpi rupanya.. sapa pulak ni?
wahh aweks Morrocco idamanku.. apa dia buat di sini?
Tidak... aku tak gosok gigi lagi ni cam ne? ish...apa dia buat dlm bilik aku? adakah aku masih suci? beberapa persoalan mengganggu fikiranku..

"selamat pagi tuan.. tuan mimpi ngeri ea.. saya kenalkan namaku zorgengen orang gaji tuan.. hari ini saya mula berkhidmat.. tadi ada panggilan telefon katanya dari ibu tuan. dia menunggu tuan di stesen bus,,, tapi saya dah arahkan driver tuan untuk ambil ibu tuan. tuan tak perlu risau"

cakap byak plak zorgengen morocco  ni... tapi takpe. dia pandai buat kerja. cun plak tuu. bisik hati kecilku.

dalam masa sama hatiku tetiba rasa berdebar untuk bertemu dengan melah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2011 06:42 PM | Show all posts
Reply 24# bintang


   marilah join sekali...buat KK senyum sumbeng gak... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 06:45 PM | Show all posts
Reply 25# merahsilver


   marilah sama2 kita curahkan bakat!!! penglibatan anda amat2 dialu alukan... heheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 10:11 AM | Show all posts
Dalam debaran tue...masih sempat aku melirikan mataku kepada orang gaji Moroccoku. MMg cantik budak nie. Lebih cantik dari minah indon yg hantar pau keoffice ku haritue. Ermmm...Lega rasa hati, bgn dapat tgk pompuan cantek." Ding,dong....." bunyi datang dari pintu rumahku. Ermmm....mak dah sampai kot. Lalu aku pun buka laaa pintu rumah ku. Terus aku mendakap sayang pada mak. Rindu betul aku pada mak aku. Disis ibuku kelihatan seorang gadis yang teramat cantik....cantik bak seorg puteri. Ikal mayang rambutnya....gigi tersusun putih mcm susu, dagu yg halus mulus...pipi merah kemerahan...aduh cantik sungguh gadis ini. Ku bertanya kepada emak ..... " Mak kata datang dgn Melah. Mana Melah Mak" , cetusku. Lalu dgn perasaan bangga yang teramat sangat ... gadis yang cantek itu pun berkata, "" Abang Man nie...Dah luper ker ? Saya laaa Melah. Buat2 tak kenal plak!!!''"" .Terkejut aku, mcm difire oleh ultraman Nexus. Apa lagi ternganga mulut ku !!!! Tidak kusangka ...tiada lagi gigi yg berhiaskan kekuningan,rambut afro dan sebagainya. Mcm mimpi jer.

Terus kubawa mereka masuk kerumah ku. Maid ku terus menyediakan sarapan pagi. Mata Melah tak berkelip memandang maidku dr Morocco. Mak seolah2 tak percaya aku mempunyai maid yang sgt cantik. Mungkin Melah jeles kot,bisik hati kecilku. Semasa makan breakfast yg ala2 mcm MAt Salleh nie. Mak tak habis2 bertanyakan perihal kekayaan aku. MElah masih tunduk2 malu ...sambil menjeling2 pada maid Moroccoku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 11:55 AM | Show all posts
Ermmm....sedang rancak aku berbual dimeja makan dengan mak. Tetiba mak memberi excuse mau ke dapur kerana air minumannya terlalu manis. Sambil meninggalkan kami berdua, ekor mata mak sperti mahukan aku berborak-borak bersama Melah. Seperti kambing yg dicucuk hidung aku tersengih sambil menunduk malu. Berdebar-debar aku dibuatnya. Baru saja aku mahu meneruskan bicara. Melah mencelah. Akhirnya kedua-dua tertunduk malu. Melah meminta aku meneruskan bicara,aku meminta Melah meneruskan bicara ... (gaya2 dlaam drama tue )  Menurut kata Melah sejak ayahnya meninggal dunia sebulan lalu Melah telah tinggal dirumahku (patutlaaa mak tak nak aku balik kampung baru-baru nie). Dia takut tinggal seorg dirumahnya kerana selalu saya di ganggu oleh si Jais, Gengster Kampung Pisang tue. Si Jais selalu saya mempersendakannya. Mengikut nasehat mak aku, Melah telah dibawa ke rumah Kak Eton untuk membuat make over.Akhirnya inilah hasilnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 02:11 PM | Show all posts
owh... kak eton tu.. bicara hati kecilku.. tak hairan lah aku. pasal kak eton tu sendiri sudah berusia 100 tahun.. tapi orang semuda aku ni masih menggelarkannya "kak"
sedang asyik aku menatap wajah melah yang ayu tiba2 telefonku berbunyi...

tak syak lagi... si kalidas ni nak apa lagi agaknya.
"sori lah kalidas,, aku tak berminat lagi dengan bebola ikan.. kerana aku skarg sudah mpunyai ikan yg comel giler dan tiada tandingan"

"apa bos merepek ni.... ni kerja bos yg bertimbun ni sape yg nk buat? Man,, ko ni sejak jadi bos aku tak penah tengok ko buat keje pon... ini hari xnakmasuk kerja ke?" suara kalidas agak berang..

berani pulak si Kalidas ni marah2 aku.. mentang2 aku ni baik dgn dia... nanti aku pecat baru tau...

nampaknya terpaksalah aku tinggalkan melah seketika.. aku tau mesti mak dan melah sedang keletihan berjalan jauh.. biarlah dia berehat.. aku terus ke pejabat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 02:18 PM | Show all posts
seperti biasa aku melangkah masuk dengan lagak orang kaya... langkahku di sambut dengan jelingan menggoda dari semua staf wanita aku.. aku terus meluru ke ruangan bilikku yang agak luas... nampaknya kak Rosmah telah bersedia dengan kipas kertasnya... hari ini kak Rosmah berpakaian agak seksi.. manyampah pula aku melihatnya..

mejaku bagaikan tiada ruang lagi,,,, bertimbun fail2 dan kertas2 yng perlu diuruskan. ikutkan hati aku nak saja aku bakar semua documen ni sepertimana aku bakar setingganku dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 03:24 PM | Show all posts
Setelah ku belek2 fail yg bertimbun-timbun nie. Tiada sangat yg penting, kecuali 2-3 fail yang  perlu perhatian aku. Semuanya mengenai file "eksport" bahan mentah ke US. Pelik jugak org US skang nie belacan,budu dan cencaluk menjadi pilihan mereka. Susah plak tue nak dieksport dari negara kita. Maklumlaaa bukan snang nak dapat cargo yg sesuai hantar barang2 nie. Apapun ini boley menjadi industri yang besar utk negaraku !!!

Untuk tidak menambahkan bebanan kerja ku. Aku memanggil Kak Rosmah masuk ke bilikku. Dengan suara yang penuh manja, gerak gemalai Kak Rosmah dah terpacul depan ku sambil mengipas-ngipaskan kipas kertasnya. Ku minta Kak Rosmah membuat semua checklist dokumen-dokumen didalam file-file yang bertimbun dan disertakan dgn "executive summary" , supaya mudah kerja ku nanti. Mulanya Kak Rosmah menarik muncung panjang. Tetapi setelah aku memujuknya untuk menonton wayang gambar " Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah " berseri-seri wajahnya. "Janji tau...." kata-kata manjanya padaku. Ingin saja terus aku pulang ker rumah menatap wajah Melah dan melihat maid Morocco. Tapi sebagai booossss aku kena laaa jaga reputation. So, aku bercadang mau melihat-lihat pekerjaku.
Dengan langkah macho aku keluar dari bilikku. Meja Chenta ku pergi dahulu. Chenta ialah PA (Personal Asistant). Semeter dari mejanya telah berbau wangian mandi LUX yg dipakai.
50 centimeter hampir ke mejanya. FUHHHH..!!!! Bau badannya semerbak naik. Pening kepalaku. Itulah kalo tak reti memilih perfume yg sesuai dengan bau badan. Patutlaaa Chenta ini tak ada bf sampai skang. Orangnya cantik,berbudi bahasa,tinggi...tapi sayang part bau badan tak boleh tahan. Terus mematikan niat ku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 04:36 PM | Show all posts
Aku terus berjalan, lirikan pekerja wanita yang memandang tidak aku hiraukan. Kini senyuman terukir di wajah mereka, kalau dulu sapaan "Selamat Pagi" dari aku langsung tidak di endahkan  namun kini kopi tersedia diatas meja aku. Siap dengan biskut dan kuih, hairan aku kerana tidak pernah ku meminta, terasa diri di awan-awangan. Ucapan pagi, gurau-senda, ramah mesra begitu kerap mengunjungi diri aku kini. Dasar perempuan materialistik! Tapi tidak mengapa, aku pedulikan mereka kerana di hati aku terbayang-bayang lenggok maid morocco aku dan tidak lupa Melah si Ugly betty yang telah bertukar rupa. Aduh, rindunya aku padamu Melah. "Rupa kamu yang cantik, ohh nona ku Si Melah...Oh Nona ku si Melah..." nyanyi aku. Tiba-tiba aku terasa ditarik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by iphone3gs at 7-1-2011 18:24

" OOOO dah jadi bos sekarang... patutlah u tak mahu angkat kol i!!! U... i rindu u...rindu sangat-sangat sory la kalau i ada buat salah dengan u, i dah cuba untuk lupakan u, tapi i tak boleh. Hati i, fikiran i, semua u je.." Ex- gf ku merayu-rayu kepadaku setelah menarik tanganku tadi.

"Adeh..kuat jugak dia ni, nasib baik aku tak terpelanting tadi...macmmana ni,malu la orang tengok kalau dia duk merayu-rayu camni..ape aku nak buat ni..." Ligat otakku berfikir mencari penyelesaian.

Seteleh berfikir sejenak,aku mengeluarkan kata putusku.
" Erm... Cik Lily , i tau you sekarang dah femes, jadi pelakon dan i pon dah jadi bos. untuk mengelakkan orang mengata kita baiklah kita pergi mana-mana untuk berbincang. " Pujukku. Aku masih ingat malam kami bergadoh ketika dia busy dengan penggambaran Lagenda Budak Setan. Sejak berjumpa dengan Farid Kamil,lansung aku dia tak endahkan.Membanding-bandingkan aku dengan si Farid Kamil hidung kepek tu. Padahal dia pelakon extra saja, ala yang tukang lalu lalang tu, dialah salah seorang. Akibat dia tidak menghiraukan aku,aku mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Lepas tu ada hati nak dekat aku balik, nanti kau aku tahulah apa aku nak buat dengan kau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 06:41 PM | Show all posts
bagi mengelak dari gosip para pekerja,, aku membawa miss lily keluar kekedai mamak...

"kedai mamak je ke? kan u ni bos" kata2 lily tanda protes..

"ok la tu... daripada i bawa u ke gerai goreng pisang... tapi ingat u bole order air kosong jer tau.. lebeh2 you bayar sendirik yer cik lily"
hmmm ada hati nak aku blaja dia... atas  apa yg dibuat pada aku... memang ikut hati tak ingin aku jumpa.

seperti ku jangka,,, lily hanya order air kosong sahaja. aku pulak order kari kepala ikan duyung masakan special kat sini bersama sambal belacan campur budu produc dari syarikat aku(wajib ada) ekor sipot masak stim,, sup daun ketum,,, serta ulam daun bunga kertas....
bersembur air liur lily keteliuran melihat aku makan....

"hah... miss lily pelakon ekstra lalu belakang paling popular,,, nk bincang apa lagi,,, jgn duk tengok aku makan jer.. cakap laa"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 08:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by iphone3gs at 7-1-2011 20:21

"Err... u.. i actually.." Belum sempat lily habis berkata-kata kedergaran lagu soundtrack dari filem lagenda budak setan di corong radio kedai mamak itu. (*sila play yer vid ni untuk lebih feel huhuk )



Tiba-tiba lily bersuara menggamit mamak yang tengah kalut menarik tinggi teh tarik. Berbuih-buih teh tariknya.
"Matcha,kasi kuat sikit itu radio aaa, saya berlakon taw dalam citer tu..." jerit Lily bangga.

"Ceh dia ni, ada hati lagi tu..pelakon extra tak sedar diri, kalo ko Lisa Surihani ke, nak jugak aku suap nasik ni..aiiii ada jugak kena lepuk karang.." aku merungut dalam hati. Sayur ulam bunga kertas yang ku pesan tadi,ku telan bulat-bulat. Geram.

"Hah, apebenda yang awak nak cakap tadi??" Tersembur-sembur nasik dari mulut ku herdik Lily.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 08:41 AM | Show all posts
Kerana aku makan sup daun ketum, aku maseh boleh meangawal perasaan amarahku kepada ex gfku. Dari tadi tergagap-gagap nak bercakap, tapi tak cakap apa pun. Skang sebuk plak layan feel dgr soundtrack filem dier. Mmg nak kene pelepuk Minah nie,bisik hati kecilku.

Errr...U...I actually nak pinjam duit dari U. Tersembur kepala kari ikan duyung yang aku makan. Hampir kepala kari ikan duyung tadi terkena exgfku. Sib baik dier sempat mengelak. Masih tangkas lagi gerak silat "ketam berkepit" minah nie,cetus hatiku. Sambil menjilat-jilat sambal belacan dan budu (product syarikat) aku katakan "tak nak!!!!" Saya tak nak pinjamkan duit kat awak....." Sambil aku mnegeluarkan gelak org kayaku. """Zssst..." sepeerti halilintar cik Lily memfire aku dengan kasut tumit tinggi terbangnya. Tepat kene dahi aku yang luas nie. Sakit gilerr. " Awak pegi laaa pinjam duit kat Farid Kamil ker, Que Hidhar .....geng artis awak tue!!! " Duit yang saya ada nie nak baut belanja kawin saya dan Melah". Terpacul ayat itu daripada mulut ku. " Siapa Melah ?" soal cik Lily lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2011 02:49 PM | Show all posts
" melah tu awek farid kamil yg aku rampas dari dia... ko ada tau?"
Malas aku nk cite kebenaran padanya... silap2 aribulan tak pasal2 si melah tu disimbah asid oleh minah ni... bukan boleh cayer perempuan ni....

aku terus melulu pulang ke pejabat... ku biarkan lily terpinga2 dengan kasut tumit tinggi yang tertanggal tumit (akibat terkena dahi aku tadi) sendirian..

sekali aku toleh belakang terhencot hencot lah pelakon popular tu berjalan tahan teksi.. ehh tahan beca.. padan muke.. tu mesti nek beca tak nk bayar pnyer..
  
sampai ruangan pejabat aku sambung balik kerja aku.. si Rosmah tergedik2 dari tadik sebagai syarat supaya aku tak lupa janji aku untuk tonton wayang cite " Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah " bersamanya....

ni satu lagi masalah.. macam lah aku tak tau dia tu.. nanti dlm panggung tu mesti dia over buat2 takot (citer hantu katakan).. mulalah menggatal  sepertimana yang dia dah buat pada ex boss pendek aku dulu..

loceng berbunyi menandakan waktu pulang tiba (fuyooooo macam sekolah pulak)
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 07:10 PM | Show all posts
hehehe..lucu la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.159320 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list