CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

"Pulanglah Kakak,"- Remaja Perempuan Lari Dari Rumah, 'Burnout' Selepas Jaga Ibu Terlantar Sakit Strok

[Copy link]
Post time 21-8-2023 12:08 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 21-8-2023 12:06 PM
Tang mana tertulih ikut jantan?

ayat nie..

Tambah guru berkenaan, apa yang menjadi kerisauannya adalah memikirkan kemungkinan yang remaja berkenaan lari mengikut rakan lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tom2 at 21-8-2023 12:26 PM
midori888 replied at 21-8-2023 12:08 PM
ayat nie..

Tambah guru berkenaan, apa yang menjadi kerisauannya adalah memikirkan kemungkinan yan ...


Amboi cikgunya mulut hansuang nya. Kalau masih "Mungkin", x payah kongsi lagi. Aku pon boleh cakap, mungkin cikgu ni mulut busuk.

Akak tu 17 tahun, maknanya dia jaga maknya sakit ntah2 dari berapa tahun.

Sedangkan orang dewasa pun xlarat, ni ko expect budak remaja tu jaga. Abis tu ko fikir akaknya xyah sekolah. Mana abangnya? Sedara mara? Patut budak2 ninpergi hantar ke jakim.

Mak dia tu, cikgu tu kalau concern sangat pasal budak x sekolah, patut apply la ape yang patut, hire orang jagakan time siang, so that budak tu boleh gi sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 21-8-2023 12:08 PM
ayat nie..

Tambah guru berkenaan, apa yang menjadi kerisauannya adalah memikirkan kemungkinan yan ...

Mcm spekulasi tapi takkan mengherankan sbb sampai now tatau apa abg dia wat.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 21-8-2023 12:25 PM
Amboi cikgunya mulut hansuang nya. Kalau masih "Mungkin", x payah kongsi lagi. Aku pon boleh cakap ...

Iols pun rasa ada something wrong dgn cikgu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia tu, cikgu tu kalau concern sangat pasal budak x sekolah, patut apply la ape yang patut, hire orang jagakan time siang, so that budak tu boleh gi sekolah.


Kaka jangan lah marah marah .. kan lepas dah tau keadaan, cikgunya tu dah panggil pembantu waktu siang untuk bantu. Persoalannya sekarang, abangnya mana? Waris mana? Ni tanggungjawab waris tak nampak ke? Ke sebab tak berharta maka waris lepas tangan je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 12:37 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 21-8-2023 12:31 PM
Mcm spekulasi tapi takkan mengherankan sbb sampai now tatau apa abg dia wat.

abg dia tu cikgu refer abang kepada adik umur 12 tahun atau abang lagi tua dari yg umur 17 tahun nie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2023 12:39 PM | Show all posts
JunkMail replied at 21-8-2023 12:34 PM
Kaka jangan lah marah marah .. kan lepas dah tau keadaan, cikgunya tu dah panggil pembantu waktu s ...

betul tu...mana siblings mak bapa diorg...ataupun datuk nenek...takkan terus lepas tangan kat bdk2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 12:42 PM | Show all posts
Abang dia keje aku rasa. So, adik2 duduk rumah jaga mak. Strugglenya la life diorang. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk diorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 21-8-2023 01:02 PM

ntahlah sis, yang abang tu dia tak cite pulak buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 01:15 PM | Show all posts
namr replied at 21-8-2023 12:59 PM
ntahlah sis, yang abang tu dia tak cite pulak buat apa

mak mak ni kan biasa merajakan anak laki..
biar anak pompuan susah payah terkangkang terbongkang mengerjakan rumah buat tu buat ni..
anak jantan jangan disuruh..
kesian nanti dorang susah penat
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 01:29 PM | Show all posts

Takpe la Dekk

Dah puas menjalang nanti balek la dia..  Ko pon naik pangkat jadi aunty nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 21-8-2023 12:37 PM
abg dia tu cikgu refer abang kepada adik umur 12 tahun atau abang lagi tua dari yg umur 17 tahun n ...

Wallahualam..


"Beberapa bulan lepas, kakak yang usia 17 tahun lari dari rumah. Meninggalkan adik perempuan usia 12 tahun, abangnya dan si ibu yang terlantar," kongsi Mohd Fadli.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:48 PM | Show all posts
Allah.. x taw la nk ckp cmana kn.. moga dpermudahkn la segala urusan.. moga cikgu yg membantu mendapat kebaikn dunia akhirat.. moga kakak ingt nk blk umah.. sedih la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ngata cikgu..acik porem pon 2×5...jugok..berspekulasi..berandaian...bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts



Sedih juga mendapat perkhabaran tentang anak gadis ini.

Keluarga ni anak yatim, ayah telah lama meninggal dunia. Tinggal ibu yang tidak boleh bergerak kerana sakit stroke.

Anak bongsu baru usia 12 tahun. Kehadiran ke sekolah sangat teruk sehingga akhirnya guru siasat, ziarah mereka dan baru pihak sekolah dan PIBG tahu, anak itu kena jaga ibu yang perlu disuap makan, perlu dimandikan, perlu ditukar pampers, perlu dibawa ke hospital setiap kali ada appointment.

Kakak yang berusia 17 tahun dah berhenti sekolah sejak beberapa tahun lepas. Masalah kemiskinan, ibu yang sakit terlantar buatkan anak itu tidak ke sekolah.

Dia awalnya bekerja untuk mencari duit saku buat keluarga. Namun akhirnya berhenti, dan banyak masa diluang untuk jaga ibu terlantar.

Anak remaja perlu galas tanggungjawab besar dah. Hari demi hari, dia makin rasa terbeban. Terlalu besar tanggungjawab yang dia perlu galas hingga anak remaja ini give up. Dia mengalah. Tak sanggup lagi nak jaga ibu yang terlantar.

Dia masih ada dua lagi abang. Seorang dah kahwin dan seorang lagilah punca pendapatan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Maka mereka adik-beradik buat keputusan, nak hantar ibu ke JKM. Dah tak mampu nak jaga lagi.

Permohonan telah dibuat katanya. Hanya tunggu keputusan sahaja. Jika ibu dibawa ke JKM, anak-anak bawah 18 tahun pun pasti kena ke pusat jagaan remaja bawah JKM juga.

Beberapa bulan lepas, kakak yang usia 17 tahun lari dari rumah. Meninggalkan adik perempuan usia 12 tahun, abangnya dan si ibu yang terlantar.

Entah ke mana pergi si kakak. Nombor telefon dah ditukar. Nak cari entah di mana. Kemungkinan besar kakak ikut teman lelaki. Itu kemungkinan yang ada. Kakak gadis remaja yang cantik. Memang ramai lelaki sanggup jaga.

Bila kakak tiada, adik memang tak ke sekolah kerana perlu jaga ibu setiap masa. Bila aku tahu hal ini, aku carikan orang yang boleh jaga si ibu agar anaknya dapat ke sekolah.

Setiap hari, ada pembantu akan ke rumah mereka, mandikan, masak, suap makan si ibu, tukar pampers dan apa-apa keperluan ibu.

Dengan ada bantuan itu, anak bongsu itu kembali dapat bersekolah. Setiap hari datang dah sekarang, alhamdulillah. Setel satu masalah.

Tapi si kakak masih belum pulang. Ini yang menjadi kerisauan juga. Apa nasib anak remaja itu agaknya? Risau dipergunakan lelaki tak bertanggungjawab yang hanya nak ambil kesempatan pada tubuh badan gadis remaja bawah umur ini. ????

Kakak. Pulanglah ke rumah. Kakak tak perlu risau lagi bab nak jaga ibu. Bab nak masak semua tu.

Pulanglah kakak. Cikgu tahu kakak penat selama ini jaga ibu. Cikgu tahu kakak dah exhausted dah sebenarnya. Dah betul-betul burnout dah pun.

Cikgu dah aturkan pembantu datang ke rumah setiap hari jaga mak, jaga makan minum kalian. Beras habis, cikgu belikan. Lauk pauk tiada, cikgu usaha carikan. Yang pasti, kalian tidak sesekali akan kelaparan.

Pulanglah kakak. Kakak jangan ikut gelora jiwa remaja. Orang diluar ramai nak rosakkan kakak sahaja. Nak ambil kesempatan, dan di suatu masa kakak akan dibuang.

Pulanglah ke pangkuan keluarga. Duduk dengan adik, abang dan ibu. Keselamatan lebih terjaga, maruah dan kesucian pun terlindung.

Keluarga ini aku ziarah mereka sejak Ramadan lepas lagi. Hulur bantuan semampu yang aku boleh bantu.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa menyokong Dana Kita. Kerana sokongan kalian banyak keluarga dapat aku bantu seperti keluarga ini.

Dana Kita bergerak setiap hari sebenarnya. Sentiasa ada projek amal, keluarga asnaf, pondok pengajian agama, pusat tahfiz, anak-anak yatim yang kami istiqomah bantu setiap bulan. Cuma aku jarang menulis sahaja.

Kali ni kena tulis. Agar si kakak terbaca tulisan aku ni, agar dia tahu tugas dia jaga ibunya, aku dah bantu ringankan dah.

Paling penting, agar kesucian dan maruah diri anak remaja ini dapat terjaga.

Kawan-kawan, dana kami saban bulan makin merosot dan teruk sebenarnya. Dana yang ada dah diparas lantai. Raya Haji baru-baru ni, program kami skala kecil sahaja sebab dana sedikit yang diterima.

Sebab tu kami setiap hari cuba generate income dengan sewaan lori, sewaan ambulance, ambil job pindah barang dan seumpamanya.

Nak cover kos kebajikan saban bulan bukan kecil anak. Jom bantu kami sikit sorang jom. Bagi seringgit pun kami cukup hargai.

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Klik sini untuk lebih mudah menyumbang :

https://bit.ly/SasaranDanaKita

Juga boleh download aplikasi mobile DanaKita utk kemaskini segala aktiviti DanaKita di:
bit.ly/DanaKitaAndroid

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Itulah Dana Kita.

Dana Kita
#MFS
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Post tu macam tertinggal info abang dia.
Sorang dah kawin,sorang kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 21-8-2023 04:12 PM

Aku ni kesian..tp otak jahat aku ni fkr lain pulak..tkt si kakak ni jd mangsa rogol ke.. atau kakak nye kenal mn2 jantan kat tikt ke.kakak dia kn jual ke..tp aku kesian kat dia org..cuma x tau mslhnye dr mn...patut x sepatutnye jkm ambik je mak deme ni Jaga kat pusat kebajikan sana.. anak2 msk dlm rumah perlindungan jkm..jd sekolah,makan,pakai semua terbela..ni anak2 jg mak mcm ni..tkt benda2 X elok je berlaku kat si kakak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-8-2023 01:15 PM
mak mak ni kan biasa merajakan anak laki..
biar anak pompuan susah payah terkangkang terbongkang m ...

ya sis, iols punya family upbringing macam tu jua..anak jantan jadi raja, anak pompuan especially yg sulung dah macam babu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ade abg ke, so abg yg jantan ni buat ape, keje ke bewok hidup ke, berita ni xlengkapla
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:31 PM | Show all posts
bila baca story nie teringat seorang remaja lelaki yg lulus cemerlang, jaga mak yg kanser hgga meninggal. beza sungguh kehidupan dua keluarga tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049555 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list