|
Sedekah Al -Fatihah sebenarnya tidak sampai kepada si mati?
[Copy link]
|
|
Pahala Pos... Dalam mazhab Shafie ada dua pendapat berbeza...
Imam shafie dengan beberapa orang ulamak di peringkat awal dulu mengatakan tak sampai...
ulamak-ulamak dalam mazhab Shafie yang akhir mengatakan sampai pahala bacaan quran pada mayit... WA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# jasmin
tak silap solat hadiah kan?
kita doakan utk org yg baru meninggal.. WA |
|
|
|
|
|
|
|
bukankah menggembirakan orang islam (dengan makanan) tu berpahala juga tuan salikin? Awat yang s ...
always_typo Post at 31-12-2010 11:30 
Betoii cakap typo, bukan setakat kenyang..hati pon gumbira. Dulu aku pernah hadiahkan arwah toknek aku batu nesan, aku harap dia pon gumbira... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# always_typo
dalam hal ini kita cubalah yg terbaik yer....
cubalah try takat yg boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# kupia
adakah pendapat saudara kupia ini benar???
ada org nak bangkang tak?
sebab sy taktau, ada yg kata boleh dan ada yg kata tidak dgn menggunakan nama imam yg sama yakni imam syafiee. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# mbhcsf
ya,
jikalau boleh kita kumpul dua2 sumber sebab sy pernah baca satu kata boleh satu kata tidak....dan kita perhalusi.
jika tiada masalah, sy boleh bawak sumber yg menyatakan tidak boleh dr imam syafiee...lupa nak bawak sumber tu tadi.
namun, sy jugak tahu bahawa mmg ada sumber dari imam syafiee yg menyatakan boleh...maka diharap rakan yg lain boleh abwak sumber itu utk kita nilai sama2 dgn adil...
INSYAALLAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kupia
adakah pendapat saudara kupia ini benar???
ada org nak bangkang tak?
se ...
ussopp Post at 2-1-2011 23:17 
saya tidak mempunyai rujukan yang tepat pendapat Imam Shafie (siapa yang boleh merujuk Al Uum silakan), tetapi mengikut kebanyakan tulisan ulamak mutakhir pendapat asal Imam Shafie kata tak sampai pahala badaniyah.... Imam An Nawawi dan imam-imam mazhab Shafie yang seangkatan mengatakan sampai...
- Mazhab Syafie yang dahulu (Mutaqaddimin) mengatakan ibadat mahdah (seperti solat, puasa, bacaan al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang lain selain dari yang membacanya. Pandangan ini mashyur dikalangan ulama' Mazhab Syafie kata Syiekh al-Islam Zakaria al-Anshari al-Syafie.
- Mazhab Syafie Mutakhir berpendapat bahawa sampai pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati, seperti bacaan al-Fatihah. Ini juga merupakan pendapat ulama' Hanafi dan Hanbali.
Pandangan ini kita dapat lihat didalam Kitab al-Majmu' Syarh Muhazzab, Imam al-Nawawi rh berkata digalakkan membaca al-Quran di kubur, yang membaca akan mendapat pahala, mayat akan mendapat rahmat dan berkat. Begitu juga Imam al-Nawawi rh menjelaskan didalam Kitab al-Azkar, sesungguhnya sampai pahalam bacaan al-Quran kepada mayat sebagaimana Mazhab Ibn Hanbal, dan Jemaah ulama'.
Syeikh Jadul Haq [Buhuth wa fatawa, 2/38] didalam fatwanya berkata pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, dan Mazhab Maliki yang asal, tidak sampai ibadat badaniyah, seperti membaca al-Quran. Akan tetapi, pandangan mutakhir dikalangan Mazhab Syafie dan Maliki yang dipilih adalah : sampai pahala kepada mayat dengan syarat-syaratnya. WA.
http://soaljawabquranhadis.blogs ... -kepada-mayyit.html |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum forumers dan TT bod yang saya kasihi..
Walaupun saya nie bukanlah arif sangat..cuma sekadar nak berkongsi..
Kalau saya ada yang salah,harap yang lebih arif mohon perbetulkan saya ya??
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya rujuk pada ayat ke-10,surah Al-Haysr yang mana bermaksud:
"Dan orang-orang (Islam)yang datang kemudian daripada mereka (yakni orang-orang Islam yang lebih dahulu beriman)mereka berdoa:"Wahai Tuhan kami ! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam beriman ,dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.Wahai Tuhan kami!Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu"
Berdasarkan ayat Al-Quran yang saya nyatakan ertinya di atas ini,secara jelas Allah menyebutkan tentang doa orang Islam terkemudian kepada orang Islam yang terdahulu yang telahpun meninggal dunia.Ayat ini menjadi dalil bahawa doa orang hidup untuk orang mati akan sampai kepadanya...iaitu doa orang hidup akan sampai kepada orang yang telah mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adapun memohon keampunan Allah S.W.T untuk si mati itu,perkara ini berdalilkan hadis dari Saidina Usman r.a yang menceritakan;
"Adalah Rasulullah S.A.W apabila selesai dari mengkebumikan suatu mayat,baginda berdiri di atas kubur dan mengucapkan:"Mohonlah ampun untuk saudara kamu dan mintalah keteguhan untuknya kerana ia sekarang sedang disoal"
Hadis di atas yang saya petik ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Baihaqi dengan sanad hassan.(Boleh dilihat : Al-Azkar,Imam Nawawi,bab ma yuqal 'inda ad-dafn)
"Berkata al-Muzhir:Hadis ini menjadi dalil bahawa doa memberi manfaat kepada mayat dan bukan menjadi dalil kepada talqin yang menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya.Namun menurut Imam An-Nawawi :Telah sepakat ramai sahabat-sahabat kami(yakni para ulamak mazhab Syafi'ie)bahawa talqin adalah sunat selepas mengkebumikan mayat(Faidhul Qadier:hadis no 6757) |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya takde saper yg tau samada pahala tu sampai ke tak kepada si mati. Sebab takde hadis sahih yg mengatakan tak akan sampai. Yg confirm sampai ialah amalan si mati, doa anak yg soleh dan sedekah jariah. Yg lain tu lebih lebih kepada ijtihad ulama. Walau apa pun keyakinan kita ianya tidak menjejaskan aqidah. Kalau ikhlas membaca ayat al-quran, yg membaca tu confirm dapat pahala. Nak buat majlis apa-apa pun, ikutlah kemampuan. Tentang yg dah meninggal tu serahkan kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# juragan_ghaib
ye betul, Insya Allah sampai kalau tak takdelah doa2 utk org mati ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# zamnie
Wallahualam..
Saya bukannya arif sangat~ |
|
|
|
|
|
|
|
kena bezakan antara dua tu -
1. doa disepakati semua ulamak boleh mendoakan untuk orang yang sudah mati.
yang menjadi pertikaian ialah amalan badaniyah:
2 amalan baca quran, solat, puasa orang yang masih hidup dan pahalanya dihadiahkan pada orang yang sudah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Benar,kepada forumer2 sekalian...
doa mmg tiada masalah, biasanya doa berkaitan dgn kesejahteraan tau keampunan...dan terpulang pada Allah nak ampunkan siapa saja.
masalahnya, tradisi menghantar pahala itu? ada ka? |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud berkat atau barakah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya takde saper yg tau samada pahala tu sampai ke tak kepada si mati. Sebab takde hadis sahi ...
wan72 Post at 5-1-2011 09:12 
Ada hadis yg mengatakan majlis kenduri arwah tu adalah termasuk dlm meratap. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hadis yg mengatakan majlis kenduri arwah tu adalah termasuk dlm meratap.
316 Post at 6-1-2011 10:49 
Mana hadithnya? hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua..
Pahala sedekah Al-Fatihah yang kita baca, insyaallah akan sampai kepada orang/arwah yang kita tujukan bacaan tersebut. Tapi hendaklah kena caranya, niatnya fidyahkan khusus untuk arwah ..................... Kalau untuk yang masih hidup janganlah disebutkan arwah pulak. Untuk diri sendiri pun boleh, kenalah khusus untuk roh...nama penuh.........
Sampai atau tidak itu urusan Allah swt, yang penting buat dengan niat ikhlas. Jangan dipertikaikan urusan Allah. Urusan didunia dan akhirat tak sama, urusan orang hidup dan mati tak sama. Yang penting jangan pandang rendah pada seseorang, ada orang jarang pergi masjid tetapi bila mati semua urusannya mudah sangat mudah..sebab amalannya. Bekalan yang dibawanya untuk keakhirat.
Cubalah perhatikan dimasjid ramai orang sewaktu dimasjid masih lagi dalam rumah Allah, berborak, bercakap hal-hal dunia, mengutuk orang lain, memburuk-burukkan orang lain walhal dia masih dalam masjid lagi...renungkanlah perbuatan ini. Macam mana nak dapat pahala penuh...Kerana itulah ada orang yang jarang kemasjid disebabkan mengelakkan perlakuan ini kerana takutkan dosa. Yang tak nak kemasjid tanpa sebab tu tak boleh kira..
Apalah den merapu ni.....untuk renungan sekalian manusia yang budiman...Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|