Post time 9-5-2023 07:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 8-5-2023 11:17 PM
Ha ah... mmg ada mentera.. silat cekak punya mentera lebih yislamik bunyi nya tp iols mmg takut te ...
Tu la kan..Banyak mentera..ssh kita kemudian ari..kang br dengar bunyi rebana diketuk ms kenduri kawin dah naik sheikh..anak aku dia join wusyu..dia yg nk aku ok je..janji x de mentera.. Kalo ikut aku suka judo...tp sini X de..kn p anta ke JB tu..mls aku nk hadap jem..wusyu kat sekolah dia ade..senang sabtu pg p kelas wusyu..blk tu p melepak jap kat jpo..hehehe
aku pun pernah masuk silat olahraga, sekali jer, join budak-budak silat gayung fatani.
sebelum masuk gelanggang lawan, ketua pasukan ada bagi tau ada baca apa-apa tak... bila aku kata tak ada dia suruh berlutut didepan dia
lepas tu dia baca sesuatu, aku mula-mula skeptical, apa aku akan dapat.. tapi tak tanya apa-apa pun. .. aku cuma relakan diri terima apa yang dia nak bagi.
lepas sahaja dia hembus ubun-ubun, terus aku rasa rasa panas menjalar dari ubun-ubun ke seluruh tubuh.. dan aku rasa ada perubahan pada jiwa supaya berani menghadapi cabaran.. wow aku rasa masa tu betul-betul reallah..
Post time 9-5-2023 09:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 9-5-2023 08:34 AM
aku pun pernah masuk silat olahraga, sekali jer, join budak-budak silat gayung fatani.
sebelum m ...
Iyea.. sbb aku ni biasa2 aje so lambat sikit laa pick up kalo ada mistik2 ni aku tak perasan...
So aku jauhkan diri sahaja bila aku musykil ragu2....
Kawan aku pernah tetak org dengan parang masa demo silat je padahalllll.... mcm tak sedor diri, kawan tu cedera, mujur tak mati... sejak tu aku tak suka silat
Post time 9-5-2023 09:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 8-5-2023 10:22 PM
Bukan dah hada? Yang penting ada cikgu nak ngaja. Sekolah akak dulu ada silat tapi cikgu tu pindah, ...
skolah ku pun. cgu yg buka kelab silat tu dh pencen tp kita upah dia sambung jd coach.
ari tu masa tour langkawi singgah dtg.. segerombolan ler.bersilat kat situ
selayaknyalah dah hauk sangat khenss keja nak membongak jah pokcik @Maideen. ni yihhhhh. koir glee club bagai tu tak dikira under koko kut entah lah. maybe ikut sekolah rasanya macam group nasyid marching band bagai tu dia bukan under koko kelab persatuan tapi under wakil sekolah gituh?
silat seni gayung takde mantera..cuma bacaan surah sebelum buka gelanggang dan tutup gelanggang... ada la upacara mandi limau, mandi bunga, mandi minyak tu tapi takde mentera2 pun..
wa geleng kepala wa bila baca semua komen di sini....
jika lu orang bukan ahli dalam bidang tersebut, tak perlu lah komen...
kerana itu menunjukkan kebodohan diri lu orang sendiri...
mari wa tuliskan beberapa fakta penting sebelum komen ini barang...
1. semua seni bela diri dalam dunia berasal dari agama..sebagai contoh kung fu dan muay thai berasal dari kuil buddha. ianya di gunakan untuk salah satu cabang pengembangan agama itu sendiri. tiada seni bela diri yang tiada berasas dari agama. even tae kwon do yang dikatakan satu sukan di korea itu berasal dari penyembahan matahari. aptah lagi judo atau jujitsu mahupun aikido. semuanya berasal dari agama shinto..
dalam tae kwon do asal bow dan sebutan hait itu adalah pergerakan menyembah matahari. walau lu orang kata, itu hanya gerak fizikan, tiada niat di hati mereka mereka yang belajar itu untuk sembah matahari, tapi ingatlah, iman itu fiqli, qauli dan qalbi. Satu terbabas, maka tiada akan dicampak iman itu ke dalam dada lu orang.
begitu jugalah silat yang bermakna perhubungan. jika silaturrahim itu bermakna perhubugan dengan kasih sayang, silat pula ditiadakan perkataan kasih sayang itu. maka ianya boleh jadi ada kasih sayang (khilaf saudara), atau tiada kasih sayang (musuh). kebanyakannya diasaskan oleh wali Allah. sebagai contoh, silat sendeng tapak dua di asaskan oleh salah seorang sunan wali songo (wa lupa siapa). oleh kerana itu ada dalam bunga pergerakan kakinya, bila habis mainan bunganya itu, pasir di bawah kakinya akan terbentuk kalimah Allah. begitu mereka menyampaikan tauhid dalam seni.
2. hampir 500 tahun di jajah, british telah mengenalpasti dari mana asal kekuatan jatidiri bangsa mlayu itu sendiri. ianya terletak di tauhid yang di cambahkan dalam silat. maka british telah menaikkan manusia manusia yang bersekutu dengan jin untuk mula memimpin silat silat ini. walau mereka tak pandai bersilat (seperti allahyarham omar din) tapi mereka di nampakkan ada kelebihan ilmu batin seperti kebal etc. hasil dari bersekutu dengan jin itu sendiri. maka hasilnya, ramai yang terpengaruh melihat dan inginkan kehebatan itu. ada yang dapat ghaib,dapat terbang, kebal, meniti atas daun, semuanya atas sokongan dari jin.
maka berjayalah kerja british, orang mlayu sendiri mula menghindar dari silat kerana penuh dengan tahyul dan khurafat. yang ingin jadi hebat sahaja sanggup menempuh jalan silat ini, yang biasa biasa dan ada agama dalam dirinya mula menghindar. maka semakin lemahlah bangsa mlayu itu sendiri kerana lupa jati dirinya.
3. kelahiran silat cekak - yang melahirkannya kembali ke alam nyata adalah Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad di Kedah. Ustaz Hanafi juga di kenali sebagai tok hikam di zamannya kerana di katakan membawa fahaman tauhid dan pengajian kitab hikam dari Lebai Mat Zin, yang bersanad ke Tuan Hussain Kedah Al Banjari dan penghujung sanad itu di tanah jawi ini adalah Tokku Pulau Manis, individu yang bertanggungjawab menterjemahkan kitab hikam ibnu attailah dari bahasa arab kepada bahasa jawi.
Selepas silat cekak dinyatakan kembali, maka semua makin jelas yang tujuan ustaz hanafi itu sebenarnya adalah untuk menghapuskan segalam amalan syirik dan khurafat dalam silat. Ini benar kerana, dalam satu konvesyen silat melayu di USM penang tahun 1974 (wa lupa tarikh) silat nasrul haq telah di haramkan oleh kerana pandangan dari ustaz hanafi sendiri kerana mengandungi unsur syiriq dan khurafat yang melampau. dalam semua silat lain juga, perlahan lahan amalan syirik dan khurafat sepert semai darah semasa membukan gelanggang mreka di hapuskan, kerana melihat kepada perkembangan silat cekak itu sendiri.
4. silat cekak tak terkecuali dari berpecah. pecahan silat cekak itu adalah
1. silat kalimah - ditubuhkan oleh anak murid ustaz hanafi yang derhaja
11. silat syahadah - ni wa tatau
111. silat cekak hanafi - berpecah lagi kepada dua
- silat cekak hanafi - dibawa oleh orang lama silat cekak Joe Marwi
- sila cekak pusaka hanafi - di bawa oleh anak Ustaz Hanafi
1V. silat chekak papan sekeping - dibawa oleh marhun tuan solleh, anak kepada kawan baik ustaz hanafi di kl.
V. silat cekak malaysia - di bawa sekarang oleh dato maideen.
tapi tujuannya semua sama - membasmi unsur khurafat dalam silat. mana satu yang betul, wa puhcitau...
5. figura dalam silat cekak?
salah satunya adalah PMX - Anwar ibrahim adalah anak murid kepada Almarhum Ustaz Hanafi. wa rasa sekarang aktif menyokong silat cekak pusaka hanafi
ada juga beberapa ketua pengarah kementerian dan jabatan di malaysia ini adalah anak murid ustaz hanafi dan aktif menyokong salah satu dari pecahan mereka di atas.
juga mantan mufti negeri sembilan, marhum sheikh Murtadza ( anak kepada sheikh Ahmad ibn Sheikh Hj Mohd said al Linggi) pun menghantar 3 orang anak lelakinya untuk belajar silat cekak di negeri sembilan sehingga tamat.
itulah serba sedikit fakta wa untuk lu orang.
jadi perlu ke wa perjelaskan betapa bongoknya lu orang kerana komen benda yang lu orang tak pernah tahu ceritanya ini? rasanya tak perlu sudah...
pandai pandai lah lu orang selami sendiri ya....
hmmmm.....mana orang ni?
takde orang mari tengok persembahan silat lah...
demo dari salah seorang figura silat cekak pusaka hanafi...
perempuan mlayu terakhir....vanida imran...