Post time 30-3-2023 08:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bazaar Depan Wangsa Walk, kuih serimuka, kuih lapis, segala mcm talam . 5 ketul besar secoet duit 50 sen, RM4. Setengah dr kotak kosong. Rasa so-so. Kes dia dah terbeli....penjual pun muka cam syibat.
Post time 30-3-2023 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ayam golek setengah ekor RM16? Dah sama harga dengan Ayamas.
I dah bertahun tak ke bazar Ramadhan sebab malas nak bersesak dengan oang ramai dan atas jalan, susah dapat parking. Tapi makanan makin mahal dan tak sedap. Tak berbaloi.
Post time 30-3-2023 08:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ALDRIN replied at 30-3-2023 08:17 PM
Bazaar Depan Wangsa Walk, kuih serimuka, kuih lapis, segala mcm talam . 5 ketul besar secoet duit 50 ...
Deme inspired dgn nyonya kalers kat midvalley kott.. sepotong kecik kuih talam saiz lebar satu jari telunjuk, tinggi dua jari telunjuk, rega singgit lebey.. tapi ada rasa la..
Tu yg juai kuih pun mahai now..
Tapi rega bahan mentah pun naik kan now?
Post time 30-3-2023 08:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
likilu replied at 30-3-2023 08:25 PM
Pandai masak tak pe la, i dari negara islam, syiah, kafir, balik ke negara islam balik hadap makan ...
Kalau dok negara luar, bahan yg murmur adalah bahan2 mkn org2 sana.. nak dpt bahan utk masakan mesia, tak senang.. pandai masak ke dak, kat sana mmg kena hadap masakan sendiri sbb mkn luar mahai, takde gerai2 murmur.. kat mesia, untungnya kalau tak larat masak, pi je la kedai..
Post time 30-3-2023 08:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 30-3-2023 08:45 PM
Kalau dok negara luar, bahan yg murmur adalah bahan2 mkn org2 sana.. nak dpt bahan utk masakan mes ...
Amboi mod sekolahkan i suruh masak betul betul, im honored! Haha
I tak suka sangat makan kot, cerewat pun ye ngan masakan orang lain. Kadang kadang ok la, kalau bulan pose ni nak makan luar, beli kat kedai yg dah biasa makan je, sebolehnya nak elak peniaga sebulan kat bazar tu haha
Post time 30-3-2023 09:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
likilu replied at 30-3-2023 08:57 PM
Amboi mod sekolahkan i suruh masak betul betul, im honored! Haha
I tak suka sangat makan kot, ce ...
Eh takde la.. iols pun masak hangit kalau tak dok depan kuali.. tapi kalau pakai airfryer, insyaAllah dah siap baper minit nak kena stop, so takde hangit2..
Pasai mkn kat mesia ni.. org luar pun ngaku best.. hehe..
Post time 30-3-2023 09:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa peniaga kita harga macam tu. Bila tegur mulalah semua kos overhead, kos dia bernafas kena bagitahu. Kalau sedap tu, takde la sakit hati. Ini semua rasa macam budak lepasan spm masak, macam mano tu. Itu belum lagi harga petrol naik. Kalau harga minyak naik, takde subsidi.. berapa ringgit lagi nak naik harga makanan? Telen tu harga petrol lagi mahal, tapi harga makanan dia naik takde la sampai banyak sangat. Lebih kurang je dengan harga sebelum covid.
Post time 30-3-2023 10:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pi la iftar kat surau rumah.. dah x pening nak masak apa utk buka. Surau rumah aku ni siap byk kali remind suruh dtg berbuka sbb penyumbang majlis iftar ramai, tapi yg dtg berbuka tak ramai pulak. Imam kata kalo kita dtg berbuka at least dapat lah juga pahala lebih buat penyumbang tu..
Post time 30-3-2023 11:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
akusukaq replied at 30-3-2023 05:04 AM
Kalu harga bahan naik pun tak byk mana.
....Wajar ke jual kuih talam tawar leca rm 1 saiz besar s ...
Diorg saja amik kesempatan, dulu2 pun sama bila gula naik 10 sen teh O pun ikut naik 10sen....petrol naik 20 sen, nasi ayam rm5 terus jadi rm7 wal hal goreng ayam guna minyak masak xde pun tuang ron97
Post time 30-3-2023 11:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 30-3-2023 08:14 PM
Iols mcm poremer lagi sorang tu, mkn murtabak dgn kari.. tak reti mkn dgn jeruk bawang.. sbb pewar ...
khuenn. Ingatkan iols sorang je takleh terima. Dulu2 makan jugak mula2. Lepas makan mulut bau bawang kuat giler terus takmau makan lagi dah. Kalau kuah kari atau gulai iols makan.
Post time 31-3-2023 06:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau rasa makanan di bazar ramadan tu melampau harganya, sebulan ramadan ni berbuka je kat surau/masjid. Tiap² hari boleh bertukar² lokasi masjid berbeza. Kalau masjid2 besar memang sediakan makanan utk berbuka dan moreh sekali biasanya dlm kuantiti lebih besar. Boleh jimat sebulan belanja dapur. Lagi² utk yg masih single. Kalau yg dah berkeluarga pun boleh je angkut anak² sekali. Tak payah isteri penat² nak masak. Balik kerja, kalau sempat mandi dulu, kemudian terus ke masjid. Kalau tak, pergi sajalah terus. Lepas berbuka, solat berjemaah siap². Lepas moreh, balik rumah dah boleh rehat. Dapur pun tak bersepah.
Menu iftar kat masjid pun menarik biasanya. Drpd nasi briyani, nasi tomato, nasi hujan panas sampai ke nasi putih berlauk asam pedas tenggiri siap kuih dan buah pun ada. Sambil menikmati jamuan berbuka dan moreh, boleh juga mendidik hati agar siapa² yg selama ni jauh dari masjid supaya rajin menjejakkan kaki ke rumah Allah.
Amalan jamuan iftar dan moreh ni bukan benda baru. Lebih 20 tahun dulu pun surau² kat kampung² ada buat cuma dlm kuantiti kecil. Utk 15-40 org dlm kalangan jemaah. Skrg dah ramai memberi sumbangan. Kuantiti pun meningkat sampai ada masjid² besar yg sediakan makanan utk beratus² org sekaligus. Sambil makan tu, doakanlah yg baik² buat mereka yg menyumbang makanan tu.