Post time 15-1-2023 06:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru khatam dengar semua lagu. Not bad gak line up AJL 37 kecuali ada 2,3 lagu yang agak hmmmmm.
Alif Satar & The Locos - Anugerah Terindah
Strong sebab lirik & vokal Alif yang clean & clear. Dari segi melodi biasa2 aja lagu ni. And salah satu faktor lagu ni lolos maybe sbb tv3 nakkan hos AJL masuk bertanding AJL.
Dayang Nurfaizah & Amir Masdi - Debu
Kekuatan lagu ni pada melodi yang unik. Konfius nak letak dalam genre apa. Ada sedikit element rap seperti “menahan atau berdiam membisu” & “ku sedia rela kehilanganmu”. Kalau lagu ni dalam kategori balada, makanya lagu ni paling ke hadapan kerana lari dari melodi balada yang typical 90an.
Iman Troye - Nang
Dengar pertama sekali dah suka lagu ni. Muzik yang catchy & selari dengan lirik. Kalau Debu ke hadapan dalam kategori balada, Nang ke hadapan dalam kategori etnik kreatif kerana tingkah irama etnik kreatif lagu ni kedengaran segar & relevan dengan muzik masa kini.
Ernie Zakri - Korban
Takda yang special sangat lagu ni kecuali vokal Ernie yang sangat wow. Typical balada 90an. Cuba lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi lain pasti lagu ni tak lolos. Lagu ni masuk ke AJL37 di atas faktor penyanyi.
Liza Hanim & Shila Amzah - Bahagiakan Dia
Mediocre ballad. Lagu ni lolos ke AJL 37 atas faktor penyanyi.
Khai - Sengsara
Wakil tunggal lelaki dalam kategori balada. Penyanyi lelaki balada di Malaysia hampir pupus. Lagu Sengsara ni iols boleh kata lagu balada terbaik yang Khai pernah ada. Melodi dia sesuatu.
Noki, MK (K Clique) - Payung Pelangi
Lagu hiphop yang mediocre. Banyak pengulangan yang takda improvisasi. Lolos ke AJL 37 untuk tayangan istimewa buat sundel2 & gayah2 malaya.
Marsha - Kembali Terang
Lagu yang sedap ditambah vokal Marsha yang padu. Markah vokal Marsha ke hadapan berbanding melodi & lirik lagu ini. Antara yang dinantikan dalam AJL 37.
Shiha Zikir - Irama
Konsepnya lagu tema RTM era awal 2000an!! Macam mana lagu ni lolos ke AJL 37? Faktor produk TV3?
Naim Daniel - Mainan
Lagu ni sedap & melodi nya sesuatu. Kalau dalam kategori balada, lagu ni no.2 selepas Debu. Lagu ni boleh menang persembahan terbaik kerana lirik lagu ni ada banyak benda boleh dibuat ditambah lagi Naim yang kreatif dalam persembahan.
Aina Abdul - Terus Hidup
Selepas Sumpah, Semalam & Sepi… lagu ni paling mediocre & iols baru sedar kewujudan lagu ini selepas semifinal sedangkan tiga lagu sebelum ni semuanya hitz. Kategori lagu = bernasib baik kerana mutu vokal penyanyi.
Joe Flizzow & Sonaone - Satu Malam di Temasek
Motif intro sama dengan Payung Pelangi? Siapa tiru siapa ini? Dalam kategori hiphop, lagu ni berada di atas Payung Pelangi.
Rating meols (markah melodi 50%, lirik 30%, vokal 20%)
1. Debu - 91.08%
2. Satu Malam di Temasek - 84.12%
3. Nang - 83.56%
4. Mainan - 81.39%
5. Sengsara - 79.02%
6. Kembali Terang - 78.51%
7. Korban - 78.10%
8. Terus Hidup - 77.46%
9. Anugerah Terindah - 75.86%
10. Bahagiakan Dia - 74.07%
11. Payung Pelangi - 73.02%
12. Irama - 66.01%
Dalam banyak2 lagu tu, i olls familiar dengan lagu iman troye n liza hanim+shila je. Teruk kah i olls kerana tidak mengikuti perkembangan lagu2 tanah air. tapi lagu2 lain macam tak kedengaran je di corong radio. tapi i olls pun tidak lah selalu mendengar radio