|
cam ada sedikit pembaharuan dlm penulisan kali ini... walau belum abis khatam tapi dpt dirasakan bin ...
Jaza2008 Post at 26-10-2010 11:58
InsyaAllah next cerpen... yang ni tak sesuai la Jaza... |
|
|
|
|
|
|
|
Walau nampak seperti tidak ada umpatan, Adni percaya seluruh penghuni taman perumahan ini sebenarnya tahu bagaimana sesungguhnya jenis perkahwinannya dengan Solahuddin. Kecuali orang tuanya di kampung. Pernah suatu ketika Adni cuba memberitahu abah kelakuan sebenar Solahuddin namun terbantut bila abah mengingatkan dia supaya menjadi isteri yang taat kepada suaminya itu.
"Solahuddin, namanya itu terlalu mulia. Orang yang menjaga agamanya, sungguh menetapi orang dan namanya,’’ abah berkata sambil jejarinya menghitung wang kiriman suaminya berjumlah dua ribu ringgit. Abah menyambung, "Kau sungguh bertuah Ad menjadi isterinya Solahuddin dan tidak sia-sia abah menyuruh kamu mengahwini Solahuddin dulu.’’
Adni membatu. Kegirangan di wajah ayahnya sewaktu mengepal kemas wang dua ribu ringgit itu tidak sampai hati Adni mematahkannya. Nun di hujung dinding empat kampit beras, satu kampik gula, lima botol minyak masak dan beberapa botol sos dan kicap juga dikirimkan Solahuddin untuk keluarganya. Semua itu cukup untuk di makan beberapa bulan tanpa perlu abah berbelanja. Bahkan Solahuddin turut mengirim lima helai kain batik jawa yang dibelinya di Bandung dan dua pasang kain pasang untuk emak dan adiknya Ina. Untuk Adil, Epi dan abah, Solahuddin kirimkan sehelai t-shirt dan kemeja berjenama Crocodile. Senyum adik-adiknya, abah dan emak begitu panjang sehingga membuat mulut Adni tertutup untuk berkata apa-apa yang tidak benar tentang Solahuddin.
Dua hari kemudian Solahuddin datang mengambilnya, dan dibawanya lagi buah tangan, epal, anggur, limau yang berkualiti dan biskut mahal yang tentunya sebelum ini adik-adik, emak dan abah sukar mengecapinya di mana-mana pun. Kegirangan keluarga Adni terhadap pemurahnya Solahuddin terus menerus menutupi mulut Adni dari bersuara.
Dan, saat yang membuat jiwa Adni meledak, kala terlihat saja Adni Solahuddin meluru memeluk dan mengucupi dahinya seperti suami yang kerinduan ditinggalkan isteri. Adni dapat melihat dari ekor matanya bagaimana abah dan emak saling berpandangan mengorak senyum, seperti percaya lakonan itu sebenarnya kenyataan yang Adni dan Solahuddin adalah pasangan yang sangat bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Adui ya bintang... penuh dgn teka teki membaca pun dlm keadaan yg berdebar- debar ni |
|
|
|
|
|
|
|
pandai si solahuddin ni menggula-gulakan family adni demi nak menutup kepincangan diri... adni ni isteri pada nama saja... mesti belum penah disentuh suami.. sambung lagikkk besttt la pulakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pun cara Mak Inah menutupinya, Adni tetap tahu. Lelaki-lelaki dewasa yang sering lepak di restoran mamak sampai jauh malam di simpang jalan itu tentu sering melihat dan merasa aneh kerana suaminya Solahuddin sering ‘memuat’ lelaki muda entah siapa dalam keretanya dan kembali keluar pada dinihari menghantarkan lelaki itu entah ke mana. Bahkan mereka, lelaki-lelaki dewasa itu - atau siapa pun di luar sana - pernah dilihatnya mengendap-ngendap masuk ke halaman dan mendengar pula rintih dan erang Solahuddin bersama lelaki muda entah siapa itu, yang oleh Adni sering terdengar begitu jelas sampai ke biliknya. Tetapi, kenapa tidak ada yang mempersoalkan? Kenapa tidak ada di antara orang-orang itu, atau ketua taman perumahan di sini, atau jawatan kuasa taman tidak pernah menegur Solahuddin? Kerana kegiatan ini terlalu lama dan terang-terangan. Kenapa harus semua orang membisu enggan mencegah kemungkaran tersebut? Adni sungguh merasa perih dengan kelakuan suaminya, sepertimana perihnya dia menahan diri dengan perkahwinan yang tidak pernah disukainya ini. Tidak kurang dengan ancaman Solahuddin terhadap Adni jika cuba membocor perilaku sebenarnya.
“Kau sangat berdosa,” kata Adni suatu malam kepada Solahuddin setelah dilihatnya dua lelaki muda kacak keluar dari rumahnya dengan bersiul kecil.
Solahuddin tertawa kecil sambil menutup slinding, menguncinya dan menutup tirai, dia memandang Adni sinis. “Oh, Adni manis… semua yang bernama manusia itu berdosa, sayang. Beritahu pada aku manusia mana tidak ditimpa dosa? Kau..? Hahahahahaaaaaa….” Ledakan tawa Solahuddin menyeringai seperti draculla kelaparan. Tanpa pedulikan Adni Solahuddin masuk ke biliknya menutup dan terdengar tombol kuncinya ditekan.
Sungguh Adni tidak mengerti. Kenapa semua orang memekakkan telinga dan membutakan mata. Adni terfikir mungkin disebabkan wang. Suaminya Solahuddin seorang dermawan. Adni tahu, bagi apa pun bentuk kegiatan sosial atau keagamaan di sini, Solahuddin adalah penyumbang terbesar dan utama. Bukan setakat dermawan tetapi Solahuddin juga seorang yang ramah. Sering bertegur sapa dengan penghuni taman perumahan dari kelas menengah, sederhana dan bawahan. Jadi siapakah mahu percaya lelaki ini seorang yang ‘serong’? |
|
|
|
|
|
|
|
sadisnya dpt suami mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg duk dpn umah tu admire kt adni nih...
rajin2 sambung lg bintang |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagikkk besttt la pulakkk.....
asyriqa Post at 26-10-2010 15:15
karya dari bintang mmang tak pernak menghampakan ....best |
|
|
|
|
|
|
|
best ! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesianya Adni..... dpt suami cam Solahuddin..
Adni pula muda baru lepas sekolah kawan tak ada nak mengadu....
macamana cara dia nak lepas kan diri dari cengkaman ini
Akak pernah baca cerita benar mingguan malaysia..dulu2
satu kolum tempat org mengadu pasal masalah dlm kehidupan
satu yg akak baca tu kisah suami songsang dan 2 alam....
kesian betul......si isteri di fitnah dan dipukul untuk menutup
rahsia songsang si suami...berbagai cara tapi akhirnya
isteri berjaya juga minta cerai dan berhijarah keluar negara... |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya perangai slahudin ni.... menderita adni dibuatnya... aaaaaaaahhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Solahuddin nama yang tidak melambangkan keperibadian yg sepatutnya....yg sesuai utknya
SALAHuddin....menutupi kemungkaran dengan kekayaan....:@
Adni harus bijak berfikir utk melepaskan diri dari org spt ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti adni jatuh cinta dgn jiran misteri dia tu ke?
bila la solahudin nak insaf... nanti dapat " penyakit " baru padan |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya cite nih.. 1st time bace cite dari cik bintang. best. xsabar nk tunggu sambungannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca crite bintang ni.........
uda rasa jiran tu admire kat adni
nnti mesti dia yg banyak membantu
dan meleraikan kekusutan hidup adni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat sekali mereka akrab. Akan tetapi, rupanya, Mak Inah sering mengintip kelakuan Adni berceloteh bersama jiran baru itu. Lalu menegur prilaku Adni yang dirasakan tidak wajar selaku isteri orang. Namun Adni cuba membetulkan sangkaan Mak Inah yang mereka cumalah beramah tamah selaku jiran sahaja. Dan kata Adni, dia kesunyian tanpa teman bicara. Dan dikatakannya kepada Mak Inah lagi, perbualan itu bukan berlaku di tempat sunyi, malah masih terjaga tatatusila.
“Kau sangat tidak patut Ad.’’
“Cuma borak biasa saja Mak Inah, kami kan jiran.”
“Tapi kau isteri orang, apa kata suamimu nanti?”
“Kalau Mak Inah tidak menghebahkannya mana Solahuddin tau. Lagi pula apa Solahuddin kisah pasal saya? Mak Inah pun tau bukan, saya ini isteri yang tidak dipedulikan?”
Tetapi akibatnya, beberapa hari kemudian, Solahuddin sendiri yang memarahi Adni. Solahuddin mengancam; akan mengunci Adni di biliknya dan tidak akan berpeluang Adni keluar dari rumah lagi. Ketakutan Adni dibuatnya. Tidak berani dia menjawab seperti dia berkata-kata kepada Mak Inah. Di dalam hatinya mengutuk Mak Inah. Salah tingkah suaminya dipejamkan mata, kesalahan kecil Adni diperbesarkan pula.
Ada beberapa hari Adni tidak keluar. Namun, pada hari ke tujuh, Adni tidak dapat bertahan lagi. Berteman, apa salahnya berteman? Dan sampai bila dia harus terkurung tanpa bercakap dengan sesiapa? Dan lagi, keberanian yang dikatakan Wafi mungkin tidak akan datang kalau tidak dipupuk. Lalu Adni nekad. Dia harus kembali menemui Wafi, bercakap-cakap dengan Wafi adalah satu keberanian dan dorongan padanya. Dia harus meraih keberanian yang dikatakan Wafi.
Maka, keakraban mereka pun kembali seperti biasa. Dan tanpa waktu tertentu yang selalunya seperti sebelum ini. Kadangkala pertemuan itu di antara pagar sekitar pukul sembilan pagi. Kadangkala pada petang hari saat Adni bersantai minum petang di bangku laman. Atau ketika Wafi muncul meregang tubuh di teras itu.
Namun, bagaimanapun ia bukan sekadar itu saja. Sudah tentu perkenalan itu bukan sekadar perbualan antara seorang di dalam pagar dan seorang di luar pagar saja. Ada jemputan berkunjungan di laman rumah, sekadar minum bersama. Lagi pun Adni berfikir Mak Inah ada, dan tidak ada apa harus ditakutkan. Bukan berdua-duaan di dalam rumah atau di tempat sunyi. Mereka boleh saja melihat orang atau kenderaan lalu lalang dari laman yang terbuka ini.
Peluang ini diambil Wafi melukis potret Adni. Adni mengenakan gaun biru berbunga kuning campur merah dan di kepalanya terlilit shawl chiffon buatan Itali. Adni duduk sopan bergaya di atas hamparan hijau rumput segar laman itu.
Dan di petang yang hening itu, saat mentari kian condong ke ufuk barat, dan semilir angin sangat lembut membelai suasana, kejadian yang tak diingini berlaku. Entah memang kebetulan, atau entah memang telah lama direncanakan Solahuddin; Wafi berkunjung tepat ketika Mak Inah atau siapa pun tidak di rumah.
Tiba-tiba petang itu menjadi sangat menyesakkan. Ramai sekali orang datang, entah dari mana. Marah-marah dan semua nampaknya meradang. Yang datang termasuk juga katanya ahli Jawatan Kuasa Taman - yang sebelum ini Adni tidak pernah mengenalinya. Termasuk pemuda-pemuda yang tidak pernah dilihat Adni. Semua mereka menarik Wafi dan hampir saja ditumbuknya Wafi namun ditahan oleh Solahuddin. Dengan penuh hemah dan berwibawa – sungguh kelihatan sabar sangat jiwa Solahuddin – Solahuddin cuma berharap Wafi keluar dari hidup Adni dan jangan ganggu rumahtangganya.
Namun orang-orang berteriak dengan benci ke arah Wafi. Lukisan itu dicarik-carik dan dipijak lunyai berserakan dan diterbang angin petang, menyepahkan laman rumput yang bersih itu.
“Keluar!”
“Tak tahu malu!”
“Pengganggu isteri orang!” |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti tiga bulan lalu, Adni berdiri menatap ke jalan dari balik kaca gelap itu. Di seberang, rumah sederhana itu kini kosong.
Tidak ada lagi Wafi. Mereka mengusirnya. Di bawah sana, di mata Adni, bagai kembali terbayang lelaki itu ditolak keluar dari pintu pagar rumahnya sambil dicaci maki. Ternampak lagi olehnya bagaimana Wafi meronta berserta teriakannya;
“Tidak adil! Tidak adil! Mana yang lebih penting?! Perkahwinan kosong itu?! Atau nasib seorang perempuan di dalamnya?!”
Namun tiada siapa mengendahkan kata-kata tersebut.
“Kenapa tiada siapa ingin menangkap lelaki seorang itu?!” Telunjuk Wafi ke arah Solahuddin. Namun tiada siapa pedulikan semua itu.
Adni menangis. Menangis, entah untuk kali keberapa.
Di balik cermin kaca gelap biliknya rinai hujan mencurah halus, cukup membasahi rerumputan yang tandus di laman. Namun jiwa Adni tetap kering. Suaminya yang kaya raya, rumah yang besar dan mewah, intan berlian yang membaluti tubuhnya tidak pernah memberi apa-apa pengertian dalam hidupnya. Dia cumalah perempuan sepi yang menghabiskan waktu dengan menonton sinetron di kaca tv dan mendengar lagu di radio.
Kini yang terlihat di laman setiap kali tirai tersibak adalah sekujur tubuh Wafi sedang melukis dan berbicara dengannya.
“Lelaki yang suka mengasari wanita adalah lelaki yang dayus, Ad,” jelas Wafi saat Adni mengatakan Wafi lelaki yang sangat baik terhadap perempuan. Baik kepadanya. Mengerti perasaannya.
Adni tertegun. Dia sangat terasa dirinya terangkat darjat pada satu tahap teratas.
“Sebenarnya wanita memiliki kekuatan yang luar biasa.”
“Hah..?”
“ Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki. Dan tulang rusuk itu melindungi sebuah organ yang bernama hati. Dapat meredam kemarahan dan kegelisahan seorang lelaki.” Wafi menatap kepingaan di wajah Adni lalu melanjutkan bicaranya; “Seorang wanita diciptakan bukan untuk melebihi seorang lelaki ataupun diperbodohkan lelaki. Tapi, seorang wanita diciptakan agar sejajar dengan lelaki. Selalu berada di samping lelaki, mendampingi dalam keadaan apa pun.”
Adni terpesona. Hatinya lapang dan tiba-tiba terasa kuat.
“Kamu tahu Ad, kenapa wanita dijadikan dari rusuk lelaki?”
Adni mengeleng.
“Supaya wanita hampir dengan lelaki, berada di sisinya. Dekat dengan lengan lelaki untuk dilindungi dekat di hati lelaki untuk disayangi.”
Adni tersenyum.
“Wanita tidak dijadikan dari tapak kaki lelaki untuk dipijak-pijak.”
Adni terasa dirinya diangkat setinggi-tingginya bila mendengar bicara Wafi. Dirinya bukan seorang sahaya yang hanya diperlukan anggukan dan tunduk kepada lelaki.
Kini tiada lagi kata-kata semangat untuknya. Yang tinggal sekujur bayangan Wafi dari teras rumah di hadapan jalan itu yang kini sepi tidak berpenghuni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# bintang
perenggan wafi diperangkap tu macam dejavulah bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# qimi08
Salah satu fenomena misterius dalam kehidupan manusia... :cf: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|