View: 3060|Reply: 25
|
A.Aida Cari Pelakon Yang Kacak Dan Cantik Je, Bakat Belakang Cerita
[Copy link]
|
|
Penerbit Datuk A. Aida sedang mencari bakal hero dan heroin baharu menerusi sesi uji bakat dalam program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau Ekspresi@Finas yang berlangsung pada penghujung minggu ini.
A. Aida yang merupakan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mempelawa orang ramai untuk turut serta dalam sesi ujia bakat itu yang turut disertai beberapa syarikat produksi seperti Skop Productions, Zeel Production, Orang Tree Production, Global Station termasuk syarikatnya sendiri, A. Aida Production.
Foto: IG
"Uji bakat itu diadakan kerana kami ingin mencari pelapis baharu yang mungkin bakal menjadi hero dan heroin bagi drama terbaharu saya.
"Saya mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik... bakat itu saya boleh asah, tapi kalau yang datang itu punya pakej rupa dan bakat, sudah tentu mereka ada kelebihan," katanya kepada mStar.
A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ekspresi yang diadakan pada Khamis.
Program Ekspresi bakal berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ini di Kompleks Studio Merdeka, Finas Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, A. Aida berkata, dia tidak hanya mencari bakat baharu yang mempunyai jumlah pengikut ramai di media sosial kerana ia bukan faktor utama penentu sesebuah filem atau drama berjaya.
Ini kerana katanya, followers akan datang dengan sendirinya apabila berjaya menarik perhatian peminat selepas bergelar seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap.
"Seperti kawan saya, dia menerbitkan filem dan mengambil pelakon yang ada jutaan pengikut... sayang filem itu tidak laku di pawagam.
"Jadi bagi saya, followers itu tidak penting, apa yang mustahak dia mesti cantik, kacak dan ada bakat. Followers akan datang dengan sendirinya," ujarnya.
Sementara itu, selain uji bakat, program Eskpresi turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti uji bakat suara latar, sesi tayangan dan apresiasi filem tempatan, ramah mesra bersama artis dan sebagainya.
Pelbagai hadiah menarik turut menanti pengunjung termasuk cabutan bertuah sepanjang program berlangsung.
Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah lima buah motosikal, televisyen berukuran 70 inci, pelbagai peralatan elektrik, pakej penginapan hotel dan banyak lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sebabtu sanggup amik jer pelakon cina cakap pelat tapi jadik anak melayu tulen.. Klu dlm drama tu bapak dia cina aku leh terima.. Terus terasa ada gangguan audio wlupon visual nmpk cantik..
Klu nk amik jugak at least bapak nya pon ala2 cina jugak lah.. Bukan racist, tapi Agak2 lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdenya org nak tgk pun filem pelakun hensem ke lawa ke kalau cerita level sampah.
lagipun taste produser2 ni yg lawa semua mesti muka sepesen, semua ala2 sulam bedak, bosan nokks.
|
|
|
|
|
|
|
|
industri hiburan malaysia kekurangan retis2 yg level Primadona.
yg ada bnyk suam2 kuku jea...stock berlakon pun kayu |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh laa mengadap kayu kayan... lama dah tak tgk cerita melayu.. meolz layan cerita korea jah.. hehe ampun |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bersusun bekas2 peserta hero Dan Dewi remaja nak mencuba kan...tp betul juga apa yg acik aida nih ckp..Cuba tgk Maya Karin Dan erra masa mula mula berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
..sorry A. Aida. Elements of a story is more important.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau time dia dulu producer letak syarat camtu, dia pun tak lepas nak jadi pelakon
Dia tu jangankan kata rupa, bakat pon hausss sehausss hausssnya |
|
|
|
|
|
|
|
Nek aida ni kan dah oter muka...nape dia je jd heroin. |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 23-10-2022 11:21 AM
Mesti bersusun bekas2 peserta hero Dan Dewi remaja nak mencuba kan...tp betul juga apa yg acik aida ...
Sekarang pon maya karim tu still kaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ape. Aku pun suka nk tgk yg hensem n cantik kat tv. Kalo muka berlemuih tak selera noksssss |
|
|
|
|
|
|
|
cantik2 jugak..tpi jgnlah kayu sgt lakonannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
At least sebagai producer, dia sangat jujur beri pendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 23-10-2022 03:06 PM
Sekarang pon maya karim tu still kaku.
Kaku kaku pun..dia Ada bakat berlakon utk certain watak..itu yg boleh dpt anugerah pelakon terbaik Kan...makna kata bakat lakonan boleh diasah |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 23-10-2022 03:03 PM
Nek aida ni kan dah oter muka...nape dia je jd heroin.
Dah lama X tgk dia berlakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
no_el replied at 23-10-2022 03:13 PM
Betul ape. Aku pun suka nk tgk yg hensem n cantik kat tv. Kalo muka berlemuih tak selera noksssss
Btoi la jugak...letak angah raja lawak jd hero wlupon penuh dgn bakat pon x jd jugak |
|
|
|
|
|
|
|
iols sokong nek aida yachhh... lantak kan lah yang sibuk dengan kayu kayan itu ini... drama korea tu pun berderet kayu kayan kayu jati kayu pohon.. kayu jentayu... raja kayu... dengan tebing sekali ada... tapi kaka tetap lah tengok sebab herlokkkkk dan sedap mata memandang sampai berpuluh episod pun daku sanggup redah... tak kuasa dah nak kalih tengok channel animal planet... dah la bayar astro tiap2 bulan pun bukan murah... hujung2 tengok animal planet je 24 jam sebab tak lalu nak tengok hero dan heroin yang muka macam permukaan kawah bulan... kadang2 kita ingat tengah tengok discovery channel yang pasal batu2 meteorite tu sebab saling tak tumpah dengan muka hero heroin... berlubang2... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ada penonton ada pilihan. Sakit kepala jugak nak hadap drama berat lakonan seniwati ogy, wan maimunah, ellie. Sometimes nak jugak yg eye candy. Tapi buat poll dulu la tokda. Tanya netizen. I don't think anak rashidi & amar tabligh tu kategori eye candy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|