CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Raline

Lima tahun Siti Nordiana tunggu M Nasir

[Copy link]
Post time 15-10-2022 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mawar91 at 15-10-2022 02:09 AM

Sorry Nana.X best.Best lagi Angkara.Sekali dengar da bole tangkap.Lagu ni nak kne dengar banyak kali bru la ok sket tpi x kose pulak meols nak dengar berulang2 kali .Plus terlalu meleweh. X masuk ngan jiwa meols.Meols lebih prefer bace komen kat forum dari komen kat YT yg kompom2 fans ckp best.Klu ckp x best kat YT kne hentam pulak ngan karats

*Lagu Ajai buat tu OST Aku Seorang Perempuan pon better dri lagu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku lagu tu best tapi ct nana bawak lagu tu jadi tak best..betul m.nasir kata suara nana ni terlalu lembut...lagu ni serius okey..tapi kena org yg ada suara besar cam erni or aina abdul ..
Nana nyanyi tak cukup nafas nampk lemah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Merinding.. first time dngr lbh kpd nk menyesesuaikn telinga dngn lenggok cengkok here n there..makin lama makin best.
Rasanya bab berat dlm vokal Siti Nana dah xblh buat apa2 cuz itu sememangnya bkn jenis suara sheolls same goes to Suki..azali suara ringan..
Cumanya kalau blh Siti Nana bulatkn sedikit sebutan kat hujung2 baris.. kdg2 terdengar seperti di awan2nan.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mega lagu ni compare ngan lagu2 ct nana yg lain… bagi aku sedap.. Selalu lagu yang tak mesra pendengar macam ni ada tempat di hati juri..  Congrats ct nana…
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 04:41 PM | Show all posts

Siti Nordiana Bangga Dilabel Penyanyi Leman

Siti Nordiana berbangga dengan jolokan penyanyi ‘leman’ atau lagu mendayu-dayu sehingga kekal menjadi forte dirinya hingga ke hari ini.


“Gelaran ‘leman’ diberikan Datuk Ramli MS sewaktu Gegar Vaganza dan melekat sampai sekarang. Lagu sebegitu memang sebati dengan saya. Ikutkan saya bangga, tiada sebab pun untuk saya berasa malu dipanggil penyanyi ‘leman’.


Foto: IG




“Dari dulu pun banyak lagu saya yang mendayu-dayu. Bukan tak boleh bawa lagu lain, tapi peminat lebih suka saya nyanyikan lagu begini.


“Apa pun sesekali saya rebut juga peluang untuk muncul dengan single baharu yang lari daripada konsep tangkap leleh. Kena cabar diri daripada ruang selesa dan buktikan kita boleh,” katanya selepas usai pra dengar single baharunya berjudul Menyantun Kasih, ciptaan Datuk M. Nasir.


  



Mengenai karya sentuhan Datuk M. Nasir, juara GV edisi 2015 itu tanpa berselindung mendedahkan menunggu lima tahun untuk mendapatkan lagu ciptaan komposer ternama terbabit.


“Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah sudah menyuarakan permintaan berkenaan tetapi cuma baharu tahun ini sifu menyatakan persetujuan.


“Maka terhasillah Menyantun Kasih yang mendapat suntikan elemen muzik Sunda bersama santunan lirik sarat maksud tersendiri nukilan penulis lirik berpengalaman, Keon Omar.




  



“Sejujurnya boleh saya menggigil juga apabila beliau tanya bolehkan saya bawakan lagu ciptaannya. Bukan apa, saya inikan penyanyi yang menyanyikan lagu ‘leman’.


“Apa pun saya rasa bertuah menjadi antara insan terpilih yang dapat menyanyikan lagu sifu. Tiga bulan juga masa diambil untuk kerja rakaman membabitkan empat kali masuk studio,” katanya lagi.




  



Video muzik Menyantun Kasih boleh ditonton dalam YouTube Luncai Emas dan semua platform digital mulai hari ini.


Terdahulu, sekitar November tahun lalu Nana tampil bersama lagu Amaran berentak EDM Nusantara dan Trap ciptaan bersama Bunga, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat yang turut menyelitkan elemen rap. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols layan je lagu ‘leman’ tapi kalau pagi buta mmg ku tukar chanel lain, tak semangat hidup pagi2 dah tangkap leleh lagunya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2022 07:10 PM | Show all posts
aiyoooo contact lens..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
a5h91 replied at 14-10-2022 10:58 PM
lirik lagu ni puitis tp lagu ni xleh nk sing-along.tak kena dngn telinga. semoga lgu ni ada tmpt dlm ...

Ssh nk sing along..lirik pn ssh nk igt..tp mmg hebat laa kasta tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, kali ni nukilan toksir tak sedap. Suara nana pun mcm tak sync dgn lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap lagi lagu baru daniel chuer x peah julia. cuma style nyanyian daniel kedengaran agak pondan je sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau susah nak tido mmg layan suria cinta je. Mmg auto ngantok. Tu kategori leman jugak ke? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk sgt dgr dia nyanyi lagu2 mcm nabila razali punya. Mesti sedap bila live.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
suara dia sdp jg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat suara ct nana ni. Ntah tak tahu knp.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2022 11:57 PM | Show all posts
dah ada


Lima tahun Siti Nordiana tunggu M Nasir
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5072721&extra=
Post time 14-10-2022 06:57 PM

Siti Nordiana Bangga Dilabel Penyanyi Leman
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5072863
Post time 15-10-2022 04:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawa betul lagu itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
blueberry12 replied at 14-10-2022 11:21 PM
Agaknya komposer pon ade expired date dia kot eh. Dh habis ilham. I tak rasa lagu2 M Nasir baru seda ...

Setuju. Lepas Awan Nano rasanya takde lagu M Nasir yg betol2 meletop pon. Samalah Ajai, Azmeer, Arwah Adnan Abu Hassan, Pak Ngah, Saari Amri memang gemilang zaman 90an dan 2000an tapi mcm kering idea bila zaman2 millenia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 06:20 PM | Show all posts
Layman dimelayukan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Leman yg dimaksudkan tokram is lagu yg mudah dinyanyikan oleh org kebanyakan (laymen) bukan bmaksud lagu mendayu2 yach. In a way tokram nk ckp nyanyian dan lagu2 nana ni menepati dan kena dgn citaras org2 kebanyakan ler
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.105596 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list