CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6406|Reply: 26

Cerai Sebab Bekas Isteri Tak Larat Nak Hadap Sakit?- Bad Indigo Yang Tak Bagi Ashira Ambil Air, Bawa Ke Bilik Air Atau Cuci Luka

[Copy link]
Post time 19-7-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang tuduh punca penceraian adalah disebabkan Ashira dah tak tahan nak hadap masalah kesihatan Bad Indigo.


Namun Bad menolak sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.


Kata penyanyi ni walaupun dah buat pengumuman bulan lepas namun sampai sekarang ramai pihak tak puas hati sebab tak mengetahui punca utama mereka berpisah.


Foto: IG




"Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.


"Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.




  



"Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik. Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi.


"Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib. Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim," katanya kepada Harian Metro.




  



Tambah Bad, "Saya bersyukur dapat semua ujian ini. Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.


"Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya. Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.




  



"Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.


"Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda."


Semoga yang baik-baik sahaja untuk Bad dan Ashira. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
moga tabah dan terus tabah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la bad.jalan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugaan dr sihat tibe2x sakit ni mmgla... Kalau x boleh nak sabar dan redho boleh depression bipolar etc... Sbb xboleh terima hakikat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus tabah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga baik2 sahaja leduanya. i pulak baru je lepas tgk ig post anwar hadi dgn taka bercerai. dua2 pun masih still in good terms katanya, elok masih like2 gambar masing2, mengaku masih chat everyday & sayang as good friends. tapi hidup as suami isteri dah tak boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 19-7-2022 10:32 PM
semoga baik2 sahaja leduanya. i pulak baru je lepas tgk ig post anwar hadi dgn taka bercerai. dua2 p ...

Oh cerai jg?
My big bro dgn sil pun dah lebih 5 tahun cerai, still berbaik lg
Dah mcm best friends
Dlm perkahwinan, pasangan tu sdr yg plg tau problem dlm hubungan diorang
Org luar, tetap org luar, xkan tau kalau diorang xciter
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bad ni very gentleman to me. Tenang je orgnya. Semoga dipermudahkan segalanya.
Deep down nmpk dia still sygkan Ashira smpi tak sanggup menyusahkan ashira yg masih muda & cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa kalau dah cerai tak perlu pun nak acah acah good friends bagai.
Kalau ada anak tu ye la kena berbaik tapi sesuatuu jach mesra pun pelik. Macam mana nak move on ngan pasangan baru kalau ko masih duk tepuk tampar ngan ex? Giteww my two cents yang takde sapa tanya pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bad ni dulu ke yang bercinta dengan acik Amyza Adnan?

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 08:41 AM | Show all posts
Eloklah begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:49 AM | Show all posts
moga Allah lapangkn dada dorg, perluaskn pintu rezki dorg..amin yra..
kdg2 syg tp harus melepaskn.. mgkn Bad pn xnk Ashira ssh n terseksa kerana dia.. sbb Ashira dulu pn struggle nk hidup kn..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:58 AM | Show all posts
makcun14 replied at 20-7-2022 07:58 AM
I rasa kalau dah cerai tak perlu pun nak acah acah good friends bagai.
Kalau ada anak tu ye la kena ...

Meols baru je nak hencap pemikiran macam chuols ni tetiba chuols dah post komen yg sebegini
Maka jadi lah chuols subject matter hencapan meols
Kenapa perlu bermusuh chuols??
Paling meols tak faham org Melayu yang 99% Islam ni lah yg selalu berbalah bermasam muka lepas bercerai
Knp perlu putuskan silaturrahim?
Boleh aje terus berkawan kan?
Kafir harbi mcm mat saleh tu elok lek2 je masih boleh berkissing hugging dgn ex wife / husband but without feelings
Kita setakat nak kekalkan realtionship pun tak boleh
Berbalah bertahun2, bermasam muka, block sos med segala
Redhakan lah apa yg dah terjadi...move on tapi jgn putuskan silaturrahim sesama agama
Sekian dari meols yg bukan pengikut Setad Fathi Naim si pedo

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 berkawan lepas cerai lebih baik daripada Ms msih suami isteri...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 20-7-2022 07:24 AM
Bad ni very gentleman to me. Tenang je orgnya. Semoga dipermudahkan segalanya.
Deep down nmpk dia st ...

Betul. Bad lelaki yg baik. Mgkin dh sakit, xmampu bg nafkah batin kot. Dia lepaskan wife dia, wlaupun masih syg. Semoga baik kedua2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:40 AM | Show all posts
ashira should get more better than bad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kiranya bad sedar diri.. baguslah ada lelaki mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 20-7-2022 07:58 AM
I rasa kalau dah cerai tak perlu pun nak acah acah good friends bagai.
Kalau ada anak tu ye la kena ...

Iols seken ur motion giteww... Kalau dah clash, iols tutup buku. Tak gaduh pun, just move on.
Bercerai tàk pernah la pulak.. (nauzubillah)
Tapi itulah... macam dah turun bas, jalan terus je la... nak di toleh apa lagi..

Gitu iols bekap
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme nak explain once and for all. Deme dunia artis. Bukan dunia kita. Buat produk review followers...kdg jadi lah content. Rasanya takde lah bff or masa nak jumpa selalu byk kerja 24jam  pun tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:17 PM | Show all posts
Lavender_Violet: Meols baru je nak hencap pemikiran macam chuols ni tetiba chuols dah post komen yg sebegini Maka jadi lah chuols subject matter hencapan meols Ke ...

dia cuma cerita tak bagi ambik air tu semua tapi hakikatnya nak jaga
org sakit bukan murah. mmg nampak dgn jelas selepas ashira kahwin
hidup more struglle banding masa sengsorang dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104971 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list