CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

"Assalamualaikum" atau "Salamun Alaikum"

[Copy link]
Post time 27-9-2010 06:48 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Nak kongsi sikit

http://almalakawi.wordpress.com/ ... rgantung-dengannya/

kalau betul2 nak cari jawapan, baca sampai habis ye. semoga terjawab persoalan anda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 06:56 PM | Show all posts
"salamun alaikum" hanya digunakan oleh quraniyun... puak yang menolak hadis...
kupia Post at 23-9-2010 12:27



    Yang mana lagi di terima Allah,puak yang menolak hadith atau puak yang menolak Al Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 06:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Nak kongsi sikit



kalau betul2 nak cari jawapan, baca sampai habis ye. sem ...
abulhasan Post at 27-9-2010 18:48



    Dah baca sampai habis....merepek betul mamat ni,jauh betul dari apa yang di ajar di dalam Islam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 07:31 PM | Show all posts
herm, agak kasar bahasa tu en shazaz.. betul ke en shazaz ni baca betul2? takut terus seret mouse tu je. huhu.. boleh tunjukkan kat mana yang merepek tu, nak juga tau mana yang jauh betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:33 PM | Show all posts
Reply 22# shazaz

bagaimana pulak dgn yg menerima al-Quran dan hadis kedua-duanya?...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 09:03 PM | Show all posts
herm, agak kasar bahasa tu en shazaz.. betul ke en shazaz ni baca betul2? takut terus seret mouse tu ...
abulhasan Post at 27-9-2010 19:31



Pertama sekali saya  ingin memohon maaf kalau terkasar.Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.Mengikut website yang sdaudara kata itu ada petikan yang berbunyi   

"Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم  sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi"-Ini yang di sebut oleh WEbsite yang saudara nyatakan didalam ruangan ini.Bertentangan dengan perkataan Al; Quran yang bermaksud

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu" (4:86).

Siapakah kafir zimmi?Apakah maksud kafir?Yang saya tahu kafir bermaksud tidak percaya.Tidak percaya kepada Allah  dan tidak percaya kepada Qalamnya dan mengambil kitab2 atau buku2 lain sebagai rujukan selain dari Al Quran.

Sekian terimakasih.

Maafkan saya sekali lagi.

Salamun alaikum.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2010 10:59 PM | Show all posts
waalaikumsalam..

macam tula en shazaz. jangan marah2. xbez marah2 ni. huhu. Kita kan nak kongsi ilmu, memang xbez kalau marah2. huhu

balik pada tajuk kita ye,

pertamanya, disebabkan en shazaz bawak dalil quran tu, saya nak kongsi sikit la mengenai ayat tu. Ahli tafsir dan ahli feqah beritahu kita yang nas tu ditujukan hanya untuk muamalat sesama islam. orang kafir tak termasuk. jadi di sini tertolak la pendapat en shazaz. Dan dalam penafsiran atau istinbat hukum (iaitu mengeluarkan hukum)  daripada sesuatu ayat, kita tak boleh hanya berpandukan zahir ayat ataupun terjemahan semata2. kerana sesuatu nas itu ditafsir bukan semata2 dengan lihat perkataan atau umum ayat tapi berdasarkan banyak perkara, asbab nuzul@asbab wurud, am khas, mujmal muqayyad dan lain2. Jadi kita yang lemah tentang perkara ni, elok sangat mengikut ulama'2 yang lebih arif daripada kita. tak salah rasanya kalau kita berpandukan orang yang lebih pandai daripada kita kan? huhu..

Keduanya, saya rasa elok kalau en shazaz kembali kepada pendapat ulama tentang kafir, tak kira la kafir harbi@kafir zimmi. Tak molek benar kalau nak berdasarkan pendapat en shazaz sebab sebelum kita nak bawa pendapat kita yang serba kekurangan ni, elok sngat kita ambil pendapat orang yang lebih arif dalam sesuatu perkara tu. Dalam bidang agama kita ni, para ulama lebih arif, kita orang awam ni elok la pegang dengan pendapat mereka.

Dan satu perkara yang saya harapkan di sini, elok rasanya kita menghormati para ulama. Mereka lebih tahu daripada kita dalam perkara agama. dan jika bercanggah pendapat atau tidak bersejutu dengan mereka sekalipun, harapnya janganlah diperlekehkan dan dikutuk2.

Kita bercerita sambil senyum2. harap2 jangan ada yang marah2 ye.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:47 PM | Show all posts
salam,

bagaimana pulak dgn yg menerima al-Quran dan hadis kedua-duanya?...
nickname Post at 27-9-2010 20:33


Allah berinteraksi dengan kita melalui Qurannya. Quran itu mewakili Tuhan.
Meletakkan sesuatu setaraf dengan Tuhan adalah perbuatan syirik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 11:49 PM | Show all posts
Allah berfirman "Di dalam Kitab ini tiada sebarang keraguan"...Surah Al Baqarah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:15 AM | Show all posts
guud info nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:41 AM | Show all posts
salam,

Jadi kita yang lemah tentang perkara ni, elok sangat mengikut ulama'2 yang lebih arif daripada kita. tak salah rasanya kalau kita berpandukan orang yang lebih pandai daripada kita kan?
Mereka lebih tahu daripada kita dalam perkara agama.


Sy sangat berharap sekiranya dapat ditunjukkan nas dari Quran untok menyokong statement diatas. Dimana Quran memberi tahu “Didalam urusan agama biarkan kepada yg pakar/arif!”. Jika ini bukan hanya pendapat sahaja, sila tunjukkan dimana didalam Quran, tuhan  mengatakan bahawa hanya “yg pakar/arif” sahaja bolih memahami dengan betul message nya dan hanya yg “pakar/arif” sahaja yg bolih menyampaikan message Quran. Dan sekiranya sy bukan bergelar ulama sy tidak bolih meyampaikan message tuhan? Tapi sy juga diingatkan olih tuhan tentang tugas orang2 yg beriman.

Q6:69 (Y. Ali) On their account no responsibility falls on the righteous, but (their duty) is to remind them, that they may (learn to) fear Allah.

elok sngat kita ambil pendapat orang yang lebih arif dalam sesuatu perkara tu. Dalam bidang agama kita ni, para ulama lebih arif, kita orang awam ni elok la pegang dengan pendapat mereka.


Kita disuruh untok mengikut pendapat orang yg “pakar/arif” tetapi diluar sana ada seribu satu macam punya “pakar/arif” dengan seribu satu  macam punya pendapat yg berbeza. Bagaimana kita nak tahu yg kita ini mengikut “pakar/arif” yg betul?  

Q68:36  Mengapa kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?

Jadi bagaimana kita buat keputusan?
Jika kita ikut pendapat yg salah, tuhan akan salahkan kita dan kita akan dihukum.  Tiada seorang pun “pakar/arif” yg dapat menghalang hukuman itu. Tuhan berfirman:-

Q33:67  "Dan mereka berkata: ""Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)."

Q34:32  "Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: ""Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa""."

Q34:33 "Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: ""(Tidak) sebenarnya tipu daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya"". Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan Kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan."

Q7:38 ……….."Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka"". Allah berfirman: ""Masing-masing mendapat (siksaan), yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui"."

Allah memberitahu kita bahawa dengan mengikut orang2 yg “menyombong”  ataupun orang2 yg mempunyai kuasa seperti “pakar/arif” bukanlah jaminan keselamatan kita diakhirat.

Jadi macam mana kita bolih tahu yg kita ini mengikut “pakar/arif” yg betul?
Apakah kelayakkan dan kelulusan yg diperlukan untok menjadi seorang “pakar/arif” supaya senang kita yg lemah ini untok mengenal dan mencari “pakar/arif” yg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:31 PM | Show all posts
salam

kalau bagi SALAM kat org islam tapi ada riya` atau ada sebab lain
tak guna gak kann
kalau bagi SALAM kat si khinzir pun
moga dia selamat dan tak ganggu aku....................
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 09:17 PM | Show all posts
Assalamualaikum en ramsys. Selamat bekenalan.

Macam tak pecaya pulak saya, en ramsys yang suke copy paste terjemah tak jumpa ayat ni. Ada je ayat yang tunjuk kepada perkara tersebut. ayatnya nye :
فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
surah AnNahl :43
Maksudnya : Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang alim daripada kalangan kamu jika kamu tidak mengetahui.

Ayat ni jadi dalil kukuh kepada orang awam supaya bertanya kepada orang alim@ulama' terhadap perkara yang mereka tak tahu. bagi orang yang betul2 menuntut ilmu agama akan jumpa Suruhan Allah ni kerana ia menjadi dalil pembuka kepada penuntut ilmu.

Tiada halangan nak menyampaikan ilmu atau saling nasihat menasihati tetapi pastikanlah perkara itu benar2 betul datangnya daripada Nabi SAW, dengan kefahaman yang betul seperti kefahaman Nabi SAW, bukan ikut tafsiran hawa nafsu kita. Hari ni ramai yang suka nasihat orang lain tetapi ikut pendapat diri sendiri tanpa menuntut ilmu yang sebenar.

Dan maafkan saya, saya nampak en ramsys ni macam marah dekat ulama'2 je. janganlah mcm tu en ramsys.. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin dah senaraikan ciri2 ulama' sebenar dan ciri2 ulama jahat perangainya. Syeikh Az-Zarnuji dah karang kitab khas panduan bagi penuntut Ilmu dan tips memilih guru yang betul dan ramai lagi ulama' dah buat kitab panduan bagi penuntu ilmu, mungkin diri kita yang malas membaca dan mencari. Daripada galakan ulama adalah menuntut ilmu daripada ramai guru supaya kita dapat ilmu yang matang.

Saya berminat untuk berkongsi sesuatu :
hakikatnya, perkara agama ni bukan perkara main2. Kalau tak tahu kena cakap tak tahu. Dan kalau tak tahu kena tanya pada yang tahu. Kalau tanya pada orang yang jahil tentang agama, kemudian orang jahil tu menjawab dengan pendapat yang tiada asas sehingga menyebabkan  ramai orang sesat, maka orang jahil tu akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Jadi hati2 la pada pemberi yang memberi pendapat. Saya tidak menuduh sesiapa, cuma ini yang tertulis dalam kitab2 fekah dalam bab memberi fatwa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:09 PM | Show all posts
Reply 33# abulhasan


bismillah,

sy ingin bertanya di sini,  sy berpegang kepada Quran dan hadis(pemahaman Quran).

sy masih ingin bertanya kepada ahlussunnah di mana letaknya perintahAllah melalui salamun alaikum, sedangkan perintah itu jelas dr Quran,dan bagaimana ahlussunnah boleh memahaminya sebagai Assalammualaikum.

sy tidak menolak Assalammualaikum kerana ia adalah dari nabi, cuma naktanya kenapa tidak ada langsung pemahaman tentang salamun alaikum,sedangkan ia dari QUran ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 07:51 AM | Show all posts
Reply 34# ussopp

sy tidak mahir ini sekadar sekadar pendapat sy..
gol quraniyyun menolak assalam kerana dikatakan menyamai nama2 Allah..kalau itu sebabnya banyak lagi perkataan seperti al-ilmu,al-mukmin dan lain2 juga tidak dibuang alif lam dalam karangan2 bahasa arab pada tempat tertentu kerana mengikut kaedah tatabahasa, spt alif lam makrifat dan sebagainya,walau pun perkataan al-ilmu juga termasuk dalam asmaul husna..pada saya pakar bahasa arab boleh menjawab persoalan ini.agak mustahil antara ramai2 ulama2 dari arab sendiri tidak mempertikaikankanya,sebaliknya org melayu pulak yg terlebih tahu ttg bahasa arab..pada saya agak mustahil..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 10:56
bismillah,

sy ingin bertanya di sini,  sy berpegang kepada Quran dan hadis(pemahaman Quran).

sy masih ingin bertanya kepada ahlussunnah di mana letaknya perintahAllah melalui salamun alaikum, sedangkan perintah itu jelas dr Quran,dan bagaimana ahlussunnah boleh memahaminya sebagai Assalammualaikum.

sy tidak menolak Assalammualaikum kerana ia adalah dari nabi, cuma naktanya kenapa tidak ada langsung pemahaman tentang salamun alaikum,sedangkan ia dari QUran ?ussopp Post at 28-9-2010 23:09


Dalam maksud ayat Quran 6:54 , di sebut katakanlah ni bukannya katakanlah salamun 'alaikum aje , tapi seluruh ayat tu termasuk sekali "Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya ..........sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Quran 6:54  "Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: ""(Selamat sejahtera atas kalian ) Salaamun 'alaikum . Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertobat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."




Dalam maksud ayat Quran 13 :24 ni pula, salamun 'alaikum bima shabartum  adalah kata-kata greeting ahli syurga di syurga .

Quran 13:22 -24 "Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridaan Tuhannya, mendirikan salat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),"
"(yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;"
"(sambil mengucapkan): ""Salaamun 'alaikum bima shabartum"". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."  




Dan untuk kita di dunia , Allah tunjukkan cara bagaimana semua manusia perlu greet satu sama lain , kerana di sebut di hadis sahih ini Adam dan seluruh keturunannya perlu menggunakan greeting ini di antara satu sama lain .

(Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Allah created Adam, making him 60 cubits tall. When He created him, He said to him, "Go and greet that group of angels, and listen to their reply, for it will be your greeting (salutation) and the greeting (salutations of your offspring." So, Adam said (to the angels), As-Salamu Alaikum (i.e. Peace be upon you). The angels said, "As-salamu Alaika wa Rahmatu-l-lahi" (i.e. Peace and Allah's Mercy be upon you). Thus the angels added to Adam's salutation the expression, 'Wa Rahmatu-l-lahi,' Any person who will enter Paradise will resemble Adam (in appearance and figure). People have been decreasing in stature since Adam's creation.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 02:24 PM | Show all posts
Assalamualaikum en ramsys. Selamat bekenalan.

Macam tak pecaya pulak saya, en ramsys yang suke ...
abulhasan Post at 28-9-2010 21:17



   

16:41. Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui,

16:42. Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka.

16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.


Pasal apa yang marah sangat dengan copy dan paste?Orang2 yang buta IT akan menaip sebijik2 la.Dah microsoft cipta copy paste untuk kemudahan ,pakai ja la.


Pasal surah 16;43, dalam Arab pun tidak di sebut alim.Alim ialah ilmu.Ulama ialah mereka yang berilmu.Golongan2 'Ulama" yang tuan faham di sebut di dalam Al Quran sebagai habr atau pendeta.Mereka ini adalah ular dalam semak.



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 03:34 PM | Show all posts
salam,

Macam tak pecaya pulak saya, en ramsys yang suke copy paste terjemah tak jumpa ayat ni. Ada je ayat yang tunjuk kepada perkara tersebut. Ayat nye:

فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
surah AnNahl :43

Maksudnya : Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang alim daripada kalangan kamu jika kamu tidak mengetahui


Sdr. Abulhasan telah mengunakan ayat AlQuran 16:43 bagi menghalalkan hujah beliau. Sebagai menyambut saranannya, saya merujuk kepada 4 orang “pakar/arif” dlm AlQuran dan terjemahan. Dan kita lihat apakah terjemahan “pakar2/arif2” ini mengenai ayat Q16:43.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن
كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (16:43)

Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim faisaloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona


(Terjemahan AlQuran olih Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
Q16:43  "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (ya Muhammad),  melainkan beberapa laki2, yang Kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada orang2 ahli kitab (Taurat dan Injil) jika kamu tidak tahu,”                  

Q16:43 (Asad) AND [even] before thy time, [O Muhammad,] We never sent [as Our apostles] any but [mortal] men, whom We inspired: and if you have not [yet] realized this, ask the followers of [earlier] revelation,"

Q16:43 (Y. Ali) And before thee also the apostles We sent were but men, to whom We granted inspiration: if ye realise this not, ask of those who possess the Message
       
Q16:43 (Picktall) And We sent not (as Our messengers) before thee other than men whom We inspired--Ask the followers of the Remembrance if ye know not!

Dari 4 terjemahan diatas tidak satu pun yg kita lihat hampir sama dengan apa yg diterjemahkan olih sdr. Abulhasan.  Barangkali dia mengikut Ulama yg salah kot.

Saya x perlulah memperjelaskan apa maksud ayat diatas kerana ianya sangat jelas dan nyata bagi mereka2 yg berakal.

Orang yg berilmu selalunya dipandang tinggi didalam kommuniti. Mereka bolih dengan senangnya mempengaruhi sesuatu masyarakat. Tetapi apabila mereka merumuskan sesuatu perkara itu sangat susah untok difahami olih orang2 biasa, maka mereka telah berjaya mengindoktrinasikan masyarakatnya supaya tidak campur tanggan didalam urusan mereka dan meletakkan masyarakat didalam kejahilan serta bergantung kepada mereka. Bila masyarakat digalakkan untok menjadi jahil maka mereka2 yg mempunyai ilmu ini berjaya memperkukuhkan kedudukkan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:10 PM | Show all posts
salam,

(Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Allah created Adam, making him 60 cubits tall. When He created him, He said to him, "Go and greet that group of angels, and listen to their reply, for it will be your greeting (salutation) and the greeting (salutations of your offspring." So, Adam said (to the angels), As-Salamu Alaikum (i.e. Peace be upon you). The angels said, "As-salamu Alaika wa Rahmatu-l-lahi" (i.e. Peace and Allah's Mercy be upon you). Thus the angels added to Adam's salutation the expression, 'Wa Rahmatu-l-lahi,' Any person who will enter Paradise will resemble Adam (in appearance and figure). People have been decreasing in stature since Adam's creation.


Ucapan hormat (greeting) yg digunakan didalam Quran hanyalah 2 sahaja iaitu:-
Salamun alaikum dan Salam.

Banyak pengajaran yg ditunjukkan olih Allah melalui Qurannya cara untok memberi ucapan hormat (greeting). Diantaranya:-

Q11:69 dan Q51:25 – cara malaikat member I ucapan hormat (greeting) dan cara N. Ibrahim membalas ucapan hormat.

Q14:23 – ucapan hormat didalam syurga.

Q19:47 – N. Ibrahim memberi  ucapan hormat kepada bapanya.

Q28:55 – Orang2 beriman memberi  ucapan hormat kepada orang2 yg jahil.

Q33:44 – Ucapan hormat yg digunakan olih orang2 mukmin ketika bertemu dengan tuhan mereka.

Q36:58 - Ucapan hormat  Allah kepada orang2 mukmin.

Q6:54 dan Q43:89 – N. Muhammad diajar cara memberi  ucapan hormat.

Q37:79, 109, 120 dan 130 – Ucapan hormat kepada para Nabi2.

Q7:46, Q13:24, Q14:23 dan Q16:32 – Ucapan hormat diahkirat.

Dalam banyak2 ayat diatas tidak satupun  Allah mengunakan ucapan “AsSalamun Alaikum” ataupun “AsSalam”.

Sekarang timbul  percanggahan diantara Quran dan Hadis Bukhari.
Didalam hadis (Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543: Dikatakan bahawa Adam dan keturunannya (termasuk N. Muhammad) diajar Allah untok mengucapkan “AsSalamun Alaikum”.
Tapi didalam Quran Tuhan mengajar para nabi termasuk N. Muhammad mengucapkan “Salam” dan “Salamun Alaikum”.

Jadi yg mana satu harus kita ikuti?
Quran ataupun Hadis bukhari?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:38 PM | Show all posts
salam,



Ucapan hormat (greeting) yg digunakan didalam Quran hanyalah 2 sahaja iaitu:-
Salamu ...
ramsys Post at 29-9-2010 22:10



    Quran..janji Allah akan melindungi ayat-ayatNYa hingga kiamat...manakla hadith mula di kumpulkan 300 tahun selepas wafatnya Muhamad RasulAllah saw.Banyak percanggahan dalam hadith ni..Pegang kepada Al Quran ialah berpegang kepada kebenaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.140236 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list