CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Linda Rafar masih menyewa Airbnb sekarang’

[Copy link]
Post time 22-12-2021 06:17 PM | Show all posts

Belum Dapat Bantuan, Linda Rafar Sewa Penginapan Airbnb

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar memaklumkan dia juga merupakan antara mangsa banjir yang teruk terkesan sehingga terpaksa menyewa penginapan dalam talian, Airbnb.


Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 43, berkata, dia dan keluarga yang menetap di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagaimanapun reda dengan ujian Allah SWT.




Kredit foto: IG Linda




“Hari pertama banjir pukul 12 tengah hari, air dah mula naik. Beberapa jam selepas itu, bekalan elektrik terputus dan lif tak boleh pakai. Kami naik turun tangga dah empat hari.


“Memang sedih tapi kami fikir positif sahaja. Allah uji sebab sayang dan sebab Dia nak kita lagi dekat dengan-Nya,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ditanya jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung disebabkan bencana banjir yang melanda, ahli kumpulan Elite itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan tentang perkara tersebut.


“Apa yang saya boleh saya cakap, saya reda dengan apa yang berlaku. Tidak ada bantuan daripada pihak kerajaan mahupun mana-mana badan kebajikan setakat sekarang.


“Rumah masih belum okey. Masih tiada bekalan air dan lif rosak. Sekarang ini, saya sewa penginapan dalam talian, Airbnb,” ujarnya.




  



Kata pemilik jenama LR Hijab itu lagi, apa yang berlaku merupakan teguran daripada Allah. Semua pihak perlu berlapang dada, muhasabah diri dan berhenti menuding jari siapa salah, siapa benar.


“Semua diuji. Besar periuk, besarlah kerugian. Sederhana periuk, sederhanalah kerugian dan kecil periuk, maka kecillah kerugian.


“Apa-apapun, tetap sama diuji oleh Allah dengan musibah banjir dan perkara lain,” katanya.




  



Terdahulu, banjir kilat sekali lagi melanda beberapa kawasan di Shah Alam berikutan hujan lebat sejak malam tadi.


Menurut akaun Twitter rasmi @plustrafik, setakat pukul 9.15 pagi tadi, banjir kilat telah menyebabkan penutupan beberapa lorong di tol plaza Shah Alam di Lebuhraya Elite.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2021 06:21 PM | Show all posts
bagi yang mampu.............bagi yang tak mampu...apa yang ada sudah syukur
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Linda Rafae yg sama ke yg mohon jgn post pasal makanan dan holiday tu? Abis tu iols mohon cik Linda jgn post bgtau sewa abnb sebab ramai je yg teruk terjejas kat shah alam tu yg mampu untuk sewa hotel atau air abnb dan terpaksa ke pps atau tumpang sedara atau kawan2 dgn sehelai sepinggang anak beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 07:13 PM | Show all posts
alahai takyah bgtau la.. igtkan dia tolong sewakan utk mangsa yang terjejas..beria suruh jgn post itu ini sbb jaga hati org terjejas banjir, alih2 hang dok kata pi sewa homestay.. senyap2 sudah.. dah mampu, buatpa hang nak tggu kat PPS tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 07:15 PM | Show all posts
Mcm dia je mangsa..ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 07:21 PM | Show all posts
Samerosie replied at 22-12-2021 06:25 PM
Ni Linda Rafae yg sama ke yg mohon jgn post pasal makanan dan holiday tu? Abis tu iols mohon cik Lin ...

dia duduk kat service apartment acapella tu...
bukan landed house...
mungkin kereta/motor dia kot yang parking kat basement tu tenggelam banjir...
so teruknya di mana tu sampai tanya bantuan takde ker???
dia nak bantuan apa tu linda... cuba listkan bantuan apa nakkk....

addddoiii... orang kat hulu langat tu sampai hilang rumah linda oiittt.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongoknyer LR tulis
Besar periuk besarlah kerugian,
Sederhana periuk whatsoever kejadah!!

Kecik periuk tu segala2nya yg mereka ada linda oi!!!
Ko rumah naik air pun ada lg duit simpan2 dlm bank,
Yg kecik periuk ni tah mcm mana nak start balik hidup nak kumpul brg rumah nak baiki rumah sikit2..
Mcm org kaya2 jer lah yg paling rugi besar bila banjir!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wey..duk kate x dpt bantuan kerajaan..puihhh la .ramai lg kot yg memerlukan..ko tu kaye..aku pantang btol golongan kaye tp sangkak mcm ni..pttla meroyan2 kes kat spital shah alam aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok rmh tinggi dia punya komplen mcm rmh tenggelam dek banjir.. Yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosevelvet at 22-12-2021 08:55 PM

Reserve dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia duduk landed ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 22-12-2021 07:21 PM
dia duduk kat service apartment acapella tu...
bukan landed house...
mungkin kereta/motor dia kot ...

Ooo dah pindah eh?? Dulu rasa nya dia duk landed house
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 09:11 PM | Show all posts
Linda Rafar masih menyewa Airbnb sekarang

@Raline dah bukak thread baru ko terhegeh nk bukak thread ko jgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 22-12-2021 01:40 PM
dia duduk service apartment acapella kannn....
bersabar la yaa....

Laaa duduk tempat cabuk je ingat kaya raya duduk tempat eksklusif
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni post duk airbnb, cakap barang semua selamat. Eh boleh pulak cakap gitu? Tak kecik hati ke orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 10:17 PM | Show all posts
jap rumah dia landed ke kondo??? ke apartment?

ke rumah dia yang ada sofa hitam siap ada jantan muka catwoman kurap atas sofa...
muka pulak menggerutu macam permukaan kawah bulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaaaa dia ni.. iols pun stay situ. malu la tanya bantuan.. ada yg lagi susah. bsyukur.. kurangkan mrempan.. letrik pun dah ada. area tmn sri muda, hulu langat tu lagi susah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni memang ajet ajet sikit kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ebby yus lagi layak dikesian daripada ko ni. Menagih simpati benau dari zaman anak ko sakit nazak dedulu. Btw, tapayah acah2 nak spiking lh wey, effect pun tatau cana nak pakai. Kawan ko pun panjang list nak tolg, so so so…
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt Airbnb tu ada sofa yg mcm tempat bergambar dedolu tak acik linda oii? Dia duit berkepuk2 tknoayah la komplen lelebih..ank teruna dia yg umur awal 20an pun pakai kereta mewah, dia pun sama....tk layak nk compare la kerugian dia dgn marhaen2 mangsa banjir yg lain tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.210277 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list