|
"Tunggu Pakcik Belikan Aiskrim,"- Mak Ayah Trauma, Anak 7 Tahun Diculik Enam Jam
[Copy link]
|
|
Aish..takutnya
Pakcik ni beli aiskrim
Kamg dia bagi aiskrim dia
Aduhai.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah kena sindir sebab terlalu paranoid nak lepaskan anak2... go to hell la sebab bila jadi kes camni, makpak jugak yang disalahkan... dan yang paling disalahkan si emak, macam bapak tu takde tanggungjawab pula untuk keselamatan anak2...
aku harap takde apa2 yang buruk jadi kat Damia tu... nauzubillah... kesian masa depan dia nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh parents biarkan anak2 dia pergi bermain kat rumah jiran yang jauhnya 200 meter. jauh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa auntie bekerja dulu dan anak2 masih kecil, diaorg tak dibenarkan keluar drp gate rumah.
Kalau nak keluar, maid mesti telefon auntie kat office. Staff2 terdengar conversation auntie dgn maid, diaorg kata auntie over protective. Anak2 diaorg bebas keluar masuk drp rumah utk pergi ke rumah jiran2 atau bermain dgn kawan2 di padang permainan.
Well, you do you and i do me....
Kalau apa2 jadi kat anak auntie, bukan diaorg yg susah...
Alhamdulillah dah besar anak2 auntie, takder pun diaorg ada masalah pergaulan walaupun masa kecik tak boleh keluar drp pagar rumah tanpa izin. Semua dgn izin Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita sama... Even me bagitau my daughter, even bapak dia ajak naik keta pun kata tidak..
Sebab keta bapak dia tak da childseat..
So itu juga me bagitau my daughter, hanya keta mama aje boleh naik. Point final..
Dan orang tak dikenali ni ok, anak faham Stanger danger...
kalau my daughter pergi main dengan kawan dia, walaupun rumah tepi tu aje, mak atau my husband tercongok tunggu walaupun berdiri sekalipun...
Sayang oii anak sorang aje, tak boleh jauh dari mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ni anak main depan Mata pun takleh leka. Kena tengok juga. Syukur anak iols sangat takut dengan strangers. Tu pun takleh leka. Sayang sangat kalau apa2 tak elok jadi oiii menyesal tak sudah. Kiteorg sekali tengok katun babybus, die ajar manners, jangan follow strangers, apa nk buat kalau sesat kat mall , jangan bagi sesiapa sentuh sesuka hati Dan macam2 lagi lesson Yang berguna |
|
|
|
|
|
|
|
aku mata memang tak lekang mencari anak2, nak2 pulak kalau tengah berkumpul ramai2... mata memang meliar je... kalau bercamping, memang masak simple2 aje n gigih bawak dapur ke tepi sungai supaya boleh nampak anak2 depan mata... kalau sorang nak ke tandas, semua kena ikut sekali... kalau piknik, memang beli je makanan so boleh fokus kat diorang je... kalau pegi shopping mall, dulu siap pakai harness lagi walau ada je stragers selamba cakap : dah macam anjing anak tu... ada sekali tu aku balas balik, dari jadi cam korang bila anak terlepas hilang, mengongoi meraung kalah anjing... hahaha... tau sentap... kalau konvoi ramai2 dengan adikberadik n diorang nak naik kereta sama2 cousins, memang kami adik beradik akan make sure semua anak2 masuk dulu... pastu siap kira n siap sebut siapa naik kereta siapa... to ensure takde anak tertinggal or hilang... dan aku akan follow belakang kereta adikberadik aku yang bawak anak2 aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Well, you do you and i do me.... setuju part ni... kita buat apa yang kita rasa terbaik untuk keluarga kita sebab menangis lepas kejadian, tak berguna... in this case, nasib jumpa balik (tu pun taktau condition Damia tu macamana... nauzubillah)...
|
|
|
|
|
|
|
|
zmn skrg ni makbapak kena alert sentiasa
jgn la bagi anak2 jauh dr pandangan walau sekejap. srh balik sekolah sendiri ke minta pegi kedai ke. jgn la buat benda2 ni.
manusia jijik ni ada kat mana2 nak2 lagi yg dekat dgn kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis parents malas jaga anak...
Boleh ye ko duduk area taman tak gated n guarded, ko lepas anak main sendirian sampai 200m jauh... Bila anak hilang, baru nak panik risau bagai...
Pengajaran ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 15-12-2021 05:36 AM
Lain kali makpak yg anaknya nak bermain2 di rumah jiran sekalipun, kena hantar anak2 trs, serahkan k ...
Kat taman permainan perumahan aku, ramai budak² datang sendiri. Entah mana mak bapak diorang. Berani biarkan anak² pergi playground tanpa pengawasan. Diorang tak tau ke zaman sekarang budak lelaki pun boleh kena rogol?
Ada yang macam kera suka hati buat vandalisma pada alatan permainan/exercise kat taman permainan tu. Ye lah, mak pak takde nak pantau & tegur. Last² aku yang tegur. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu yg aku tak paham zaman ni mak pak bagi anak² nak tido umah kawan. Zaman kita kecik² dulu boleh la caya. ZAman sekarang, macam² wo. Yang tak terjangkau dek akal pun boleh jadi.
Korang bagi ke kalau anak² korang nak overnight umah kawan diorang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini ke?
Penculik kanak-kanak ditahan polis





Johor Bahru: Lelaki yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai, berjaya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Johor.
Katanya, pada Selasa lalu, suspek melarikan kanak-kanak perempuan jam 5.30 petang dengan menaiki kereta.
"Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun, mengakibatkan kerugian anggaran RM500.
"Selepas itu, mangsa diarahkan oleh suspek untuk merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kereta dipandu suspek.
"Suspek kemudian meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat. Manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di hadapan kedai makan di Kangkar Pulai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ayob Khan berkata, suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 20 Disember.
Katanya, kereta suspek jenis Proton Waja berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit dirampas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.
Semalam, media melaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun mangsa ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Gambar: Polis/media sosial
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Senang2 je pemangsa cari mangsa skrg. Tlg la pantau anak nk prgi rumah jiran pun, budak umo 7 yo dgn 5 yo boleh mak pak bio gitu je jln g rumah jiran |
|
|
|
|
|
|
|
Harap sgt video tak tersebar. Dah la viral gini, jiran2 dah tau budak tu kene buat mcmtu, mesti ade je yg akan berniat jahat kt budak tu lpsni, moga dijauhkan la. Sian sgt budak tak tahu ape2. Sampai ke tua kene umpat agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
GincuPurple replied at 16-12-2021 06:55 PM
Lagi satu yg aku tak paham zaman ni mak pak bagi anak² nak tido umah kawan. Zaman kita kecik² dul ...
Dulu ada kes tidur umah atok nenek. Kena cabul ngan pak sedara.. gilaaa.. kalo aku xda sekali jgn harap anak leh tidur mana2 . Serammm.. anak balik sekolah van lambat pun aku ghisauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
See...... betapa dahsyatnya skenario yg dilalui oleh kanak2 dn OKU trs. Kita orang tua pun boleh trauma, apa lagilah kanak2. Berani betul di penculik or adakah dia ni memang tak betul. Kalau betul nak menculik, kenapa tetiba boleh lepaskan budak tu. Merengkah. Takutnya si pendulik tu pula begitu rupanya, buatnya dia mabuk dirogol dn dibunuhnya, Aduh!
Dgn berita mcm tu, wajib jadi peringatan besar kpd semua ibubapa yg ada anak2 seumur itu. Mesti ajar supaya anak2 jgn percaya kpd orang yg tak kenal, jgn ikut kalau diajak nak beli ais krim ke, minta teman nunjuk jalan ke sebab mereka tu orang jahat. Mujurlah penculiknya ditangkap dn kanak2 selamat. Trauma keluarga ni tak mudah nak melupakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|