CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3259|Reply: 61

"Kalau Hujan Tak Tahu Nak Bagi Anak Isteri Makan Apa,"-9 Tahun, Harga

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Salak: “Kalau hujan, saya tak boleh menoreh dan tak tahu nak bagi makan apa anak isteri”.


Begitu keluhan seorang pe­noreh getah Orang Asli di Langkap dekat sini, Seman Chuon, 51, setiap kali hujan apabila ti­dak dapat mencari rezeki dise­babkan pokok getah basah.


Menurutnya, itu antara kesu­karan yang dihadapinya sebagai penoreh selain berdepan harga getah yang tidak pernah naik.


Katanya, dengan harga getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram, dia sering memikirkan apa yang hendak diberi makan anak isteri.




Foto: Utusan Online




“Saya mempunyai kebun getah seluas dua hektar namun dikongsi dengan lima beradik yang lain.


“Harga getah beku RM2.80 sekilogram, getah kering RM3.60 sekilogram manakala harga getah susu RM3 sekilogram dan RM5 sekilogram.


“Harga getah tidak banyak berubah sejak saya mula menoreh sembilan tahun lalu. Seperti tidak berbaloi lagi menoreh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.


Setiap hari dia keluar dari rumah seawal pukul 5 pagi untuk menoreh dan selesai pada pukul 11 pagi, menghasilkan kira-kira 50 kilogram getah.


Katanya, selama enam jam di kebun getah, setelah ditolak semua seperti kandungan air dalam getah dan hasilnya dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain, dia cuma dapat kira-kira RM40 sahaja.


“Cuma RM40, macam mana nak beri anak isteri makan. Kalau hujan, tak boleh menoreh, ini sudah tentu membimbangkan saya.


“Sebagai penoreh, nasib kami tidak nampak ada perubahan. Harga getah sudah lama tak naik sedangkan kos hidup terus naik,” katanya.


Sehubungan itu, Seman me­rayu kerajaan mengkaji jalan agar harga getah dinaikkan.


Menurutnya, keadaan itu su­dah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada pembelaan untuk golongan sepertinya.


“Sudah sembilan tahun harga getah tak naik, kehidupan kami semakin terhimpit. Untuk menambah pendapatan, kami menanam pokok kopi di celah-celah pokok getah,” katanya.


Dia turut menyatakan kebimbangan kerana pokok getah di kebunnya semakin tua. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 10:00 AM | Show all posts
Bukan sepatutnyer sekarang harga getah naik sebb permintaan tinggi utk glove...pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 10:03 AM | Show all posts
bersabar lah kita semua
menteri2 kita masih belum sudah berbagi jawatan
masalah marhaen mcm tak wujud
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu pulak bau sekerap.... Hahahhaa
Hari tu ade tengok tiktok kat negara mana ntah vietnam kot depa dok letak penutup kat mangkuk taknak bagi air masuk. Lepas tu tak toreh pon, tapi cucuk tiub bagi keluar susu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 11:53 AM | Show all posts
Kesian org mcm ni. Dia hanya pandai jaga pokok getah & menoreh. Kerajaan especially Menteri Pertanian kena pandai melobi utk hasil2 mereka ni. Ini mcm korang aniaya pulak orang asli. Mentang2 dia orang bukan kerja opis mcm korang. Menteri pon takleh pakai! Yang banyak masuk poket korang, yg sikit hulur2 gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MP Pasir Salak buat apa? tidur ke? tak reti2 nak tolong orang susah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2021 12:21 PM | Show all posts
Kerajaan patut beri lebih banyak bantuan kepada OA ni.  Mereka adalah 'Bumiputera' yang sebenar!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri sibuk penuhkan poket sendiri skngg dengan berkerja untuk vaksin
Kesian pakcik ni
Adik beradik lain tu ada tolong tak
Kalau takda kau makan sorangla hasilnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 22-10-2021 10:00 AM
Bukan sepatutnyer sekarang harga getah naik sebb permintaan tinggi utk glove...pelik...

Kapitalis tak sempat nak mikio nasib penoreh..yang ada difikiran,untung tahunan bilion2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 22-10-2021 11:53 AM
Kesian org mcm ni. Dia hanya pandai jaga pokok getah & menoreh. Kerajaan especially Menteri Pertania ...

itu la realiti
yg duk dlm ekon kt kementerian sana mmg bodoh tak reti nk buat apa2 pun
ujung2 pi appoint consultant hanya utk tanya, apa program yg sesuai utk mereka ni
lps consultant dh bagi idea and suggestions, depa pun dh dpt consultation fees RM Juta2 ,
pastu kat kementerian tu,NOBODY will take actions to execute the suggestions
dah paham sgt la staf2 gomen ni cemana
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 22-10-2021 12:39 PM
Kapitalis tak sempat nak mikio nasib penoreh..yang ada difikiran,untung tahunan bilion2..

Itulah…mohon Allah laknat kapitalis2 yg menzalimi pekebun2 getah…amin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu bau sekerap ☺️
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, ingat lg zaman dulu time harga getah mahal, semua org pakat menoreh, yg mana ada kebun sendiri untung sebab profit dpt 100%

zaman skrg dpt rm40 sehari jenuh, brg semua mahal
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Diversification of crops la bang.  Musim tengkujuh kat malaysia bukan fenomena baru.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:18 PM | Show all posts
ada jugak tanah 2 hektar..
risda ada bagi bantuan jugak kan..
bantuan untuk tanam semula, bantuan tengkujuh etc..
ke tak pergi apply?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-10-2021 01:18 PM
ada jugak tanah 2 hektar..
risda ada bagi bantuan jugak kan..
bantuan untuk tanam semula, bantuan te ...

Jugak bantuan2 JAKOA. Jabatan khusus utk mereka itu yg tidak diceritakan........ Org yg baca, dgr.. Tau hentam saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 01:47 PM | Show all posts
jari10 replied at 22-10-2021 01:42 PM
Jugak bantuan2 JAKOA. Jabatan khusus utk mereka itu yg tidak diceritakan........ Org yg baca, dgr. ...

betul..tapi kerajaan memang patut kaji harga getah/kelapa sawit untuk pekebun ni..
sedangkan kita negara pengeluar getah/kelapa sawit besar juga..
pekebun/penoreh dapat hasil sikit..
yang kaya tauke proses getah/kelapa sawit..
yang penoreh kerja berat hasil ciput je..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan utk org asli ada tapi maybe maklumat x sampai..gov servant kn kreatiflah dlm menyalurkan maklumat ni  ....dan tlg lah semua..bkn kroni shj....mudah2an...selepas war2kan keluhan dia..ada bantuan yg dtg
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:16 PM | Show all posts
Siapa adun pasir salakk
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 22-10-2021 01:08 PM
kesiannya, ingat lg zaman dulu time harga getah mahal, semua org pakat menoreh, yg mana ada kebun se ...

A ahhh kannn..kenapa masa tu boleh lonjak sampai 8hengget/ kilo..sapa punya mainan ??getah sebatang dua pinggir jalan pun kena toreh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 1.103122 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list