CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LelaRentaka7

Maisinggah✿tempat menarik di Cameron Highland

[Copy link]
 Author| Post time 21-10-2021 09:59 AM | Show all posts
22. Pasar Malam Pekan BrinchangSumber: Informasi Malaysia

Pasar Malam Cameron yang sebelum ini berlokasi di Pekan Brinchang telah dialihkan lokasinya ke Sungai Ruil dan tidak jauh dari Cameron Golden Hills Resort.
Untuk datang ke sini, waktu yang disarankan adalah seawal yang boleh untuk mengelakkan masalah ketika mencari tempat meletak kenderaan atau lebih mudah, anda menginap sahaja di hotel berdekatan dengan pasar.
Apa yang ada di pasar malam ni sampai membuatkan ianya salah satu lokasi hotspot di Cameron? Bukanlah seperti pasar malam biasa, di sini, anda dapat menemui pelbagai hasil jualan yang fresh dari ladang seperti buah strawberi, bermacam jenis sayuran yang segar, serbuk teh, pokok-pokok hiasan dan pelbagai lagi cenderahati yang lain.
Notis: Lokasi ini telah bertukar nama ke Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands.

Alamat: Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000, Pahang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 10:01 AM | Show all posts
21. Lavender GardenSumber: Mei Li

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highland dan sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.



Alamat: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.
Walaupun kawasanya tidak besar apabila dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.
Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:02 AM | Show all posts
20. Fragrance NurserySumber: Azlan Syazani
Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai untuk penggemar bunga sejati. Mereka sudah lama menjadi bembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun.
Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah mula menanam anggur.


Alamat: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:03 AM | Show all posts
19. Air Terjun RobinsonSumber: Servus / CC BY 2.0

Jika anda lebih cenderung kepada aktiviti luaran dan ingin melihat keindahan alam yang ditawarkan oleh Cameron Highland singgah sebentar di air terjun Robinson.
Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu berjalan sebentar di dalam hutan, bagus jika anda penggemar aktiviti jungle trekking.



Alamat: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:04 AM | Show all posts
18. Rose CentreSumber: Wen Chee

Rose Centre Kea Farm terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihias dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.



Alamat: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:05 AM | Show all posts
17. Mossy ForestSumber: Andy Enero / CC BY 2.0


Mossy Forest merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland.
Mossy Forest unik apabila dibezakan dengan hutan lain kerana ia terletak di kawasan yang tinggi. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.
Kalau anda bertuah anda juga dapat melihat haiwan liar seperti ular, burung dan katak. Daripada Mossy Forest ini anda juga boleh meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jika anda berani.


Alamat: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2021 10:06 AM | Show all posts
16. Ladang Lebah Ee Feng GuSumber: Ee Feng Gu Apiary


Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah.
Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café.



Alamat: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:08 AM | Show all posts
15. Observation TowerSumber: Strawberry Park Resort


Jika anda merancang untuk ke Mossy Forest dan berniat untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan dari atas Observation Tower.
Di puncak nanti anda berada 2032 meter dari paras laut dan dari sini anda dikelilingi pemandangan menakjubkan yang terbentang luas dihadapan mata.


Alamat: Gunung Brinchang, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 10:09 AM | Show all posts
14. Air Terjun ParitSumber: YK Chia


Air Terjun Parit ini tersembunyi didalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata 800 meter dari Hotel Pines Century.
Selain daripada bermandi di air terjun pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi air terjun tersebut. Terdapat jalan-jalan kecil jika anda minat jungle trekking.
Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.



Alamat:  Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:09 AM | Show all posts
13. Gunung IrauSumber: Suhaila Shila


Gunung Irau adalah gunung yang tertinggi di Cameron Highland dan puncaknya terletak 2110 meter diatas paras laut. Jika anda mencari tempat menarik untuk mendaki gunung semasa berada di Cameron Highland mungkin Gunung Irau jawapannya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:10 AM | Show all posts
12. Big Red Strawberry FarmSumber: Linus Mak / CC BY 2.0

Mengidam makan Strawberry segar baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa nikmat makan Strawberry segar.


Kebanyakkan stawberry yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana process menjaga pokok strawberry. Dengan bayaran yang kecil anda juga dapat memetik strawberry anda sendiri.


Selain dari strawberry, di sini juga terdapat Café, kedai cenderamata dan kedai sayur organik segar.



Alamat: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:12 AM | Show all posts
11. Cameron AdventurousSumber: Cameron Adventurous

Cameron Highlands bukan sekadar tempat untuk memetik buah strawberi dan makan sayur-sayuran yang ditanam segar di sini, tapi juga boleh dijadikan tempat untuk anda melakukan aktiviti lasak!


Aktiviti lasaknya pun sesuai untuk sesiapa sahaja. Namun begitu, untuk aktiviti ATV, hanya mereka yang berumur lebih daripada 16 tahun. Manakala untuk aktiviti Safari 4×4 pula boleh disertai sesiapa sahaja.


Terletak di ladang teh Cameron, Kuala Terla, dan hanyalah 22 km dari Tanah Rata, dengan menyertai Cameron Adventurous, anda sekeluarga dapat menghirup udara segar Cameron dan pemandangan sekitar ladang dengan cara yang pasti menyeronokkan.


Alamat: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:13 AM | Show all posts
10. Avant Chocolate Cameron HighlandsSumber: Avant Chocolate Cameron Highland


Suka makan yang manis-manis? Ini adalah syurga untuk deria rasa anda. Dengar namanya, Avant Chocolate, mesti anda ingat ianya hanyalah sebuah kafe kan?


Sebenarnya Avant Chocolate ini menawarkan 2 tarikan yang best, iaitu seperti yang disangka tempat menjamu selera Strawberry Moment Dessert Cafe dan tempat menikmati pemandangan yang mengujakan, Green Garden View.


Sebaik sampai di sini, anda boleh menikmati pemandangan alam flora di sekitar yang termasuklah tanaman buah strawberi sambil menarik nafas segar udara yang bersih. Tarikan lain yang ada di sini adalah laluan Make A Wish dan House of Lavender. Ini pasti menjadi satu kerinduan sebaik pulang ke kota nanti.



Setelah puas menyegarkan mata, anda boleh menuju ke kafenya untuk menikmati pelbagai makanan yang berasaskan coklat, strawberi dan juga ais-krim, semuanya mengiurkan! Antara makanan yang dihidangkan adalah strawberry puff dan kek ais krim strawberry.



Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:15 AM | Show all posts
9. 200 Seeds CaféSumber: 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry


Tak kenyang lagi makan di Avant Chocolate? Anda boleh meneruskan misi jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands dengan melawat 200 Seeds Café.



Macam-macam menu yang tersedia dekat sini, dan seperti biasa, kalau lokasi kafenya dekat Cameron Highlands, sudah semestinya banyak menu yang disediakan memiliki ‘elemen’ strawberi. Selain menu makanan yang boleh terus dimakan di kedai, 200 Seeds Café turut menjual banyak lagi produk berasaskan strawberi yang lain yang boleh anda beli untuk dijadikan buah tangan.



Kalau anda nak tahu, 200 Seeds Café agak terkenal dengan produk-produk seperti Sambal Strawberry Ikan Masin, Kordial Strawberry dan Jem Strawberry. Untuk makanan yang boleh terus dinikmati di sini pula adalah menu nasi lemak sambal strawberrynya. Memang pergh!



Kalau boleh, anda datanglah ke sini selain daripada hujung minggu atau hari cuti sekolah atau cuti umum untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, sebab kedai ni memang hot!


Alamat: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:16 AM | Show all posts
8. Blue Valley FlowersSumber: Extremesh


Terletak tidak jauh dari pekan Tringkap, Blue Valley Flowers adalah tempat di mana anda dapat menikmati kesegaran haruman bunga-bungaan yang pelbagai jenis.



Setelah puas menghidu bauan yang harum pokok-pokok bunga yang pelbagai warna di sini, anda boleh melawat kebun strawberinya dan melihat bagaimana persekitaran yang sesuai untuk penanamannya sambil memilih buah strawberi untuk dipetik dan dibawa pulang.



Seperti biasa, jangan petik sampai terlupa yang buah-buah ini akan ditimbang untuk dibayar pula.



Selain tarikan flora, pemilik kebun ini turut memiliki hobi yang lain iaitu mengumpulkan spesies burung-burung yang menarik. Anda boleh melihat burung-burungnya yang diletakkan di dalam sangkar dan kalau ada yang menarik hati, anda boleh membeli burung tersebut.


Alamat: Blue Valley Flower Farm, Blue Valley, 39000 Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:17 AM | Show all posts
7. KC Kwang & Sons Grape FarmSumber: Sallehudin Ahmad


KC Kwang & Sons adalah sebuah ladang tomato dan anggur yang terletak di Kampung Raja. Berkeluasan 60 hektar, penghasilan buah anggur dan tomato yang  terdapat di sini cukup banyak sehinggakan sebahagiannya dieksportkan ke luar negara.



Untuk pengetahuan anda, buah anggur yang ditanam di sini adalah daripada jenis ‘Kyoho’ yang merupakan jenis anggur yang besar dan manis. Kalau anda nak makan buah anggur puas-puas, datanglah pada ketika musim menuai tiba iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.  Rancang perjalanan anda betul-betul ya?



Selain melihat kawasan ladang, anda sekeluarga juga boleh meneroka kawasan kilang ladang ini sendiri untuk melihat bagaimana hasil tuaian diproses dan dipekkan.


Alamat: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 10:19 AM | Show all posts
6. Tan’s Camellia GardenSumber: Tan’s Camellia Garden


Tan’s Camellia Garden adalah sebuah ‘taman rahsia’ ataupun ‘secret garden’ yang merupakan hasil tangan pemilik rumah banglo bereka bentuk Inggeris yang terletak di sini, Puan Tan dan suaminya yang memiliki kelulusan dalam bidang botani.



Dikatakan terdapat lebih daripada 200 spesies tumbuhan yang telah ditanam di sekitar taman yang tidak ubah macam dalam dunia fantasi ni.



Antara tumbuhan yang ada di sini adalah bunga lili, azalea, gardenia, magnolia, orkid liar dan pelbagai jenis tanaman lagi yang termasuklah pokok-pokok herba. Bukan sekadar untuk dilihat, sebab anda juga boleh membeli anak-anak pokok yang dijual di sini dengan harga yang sangat berpatutan (jangan lupa untuk cuba tawar-menawar).



Bagi anda yang suka melakukan aktiviti memerhati burung, ini juga adalah salah satu lokasi yang menarik. Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 20 minit jika berjalan kaki dari jalan utama di pejabat pos Tanah Rata.


Alamat: Tan’s Camellia Garden, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:20 AM | Show all posts
5. Raju Hill Strawberry FarmSumber: Atyplanet Travel-Event‎

Raju Hill Strawberry Farm adalah sebuah tarikan yang terletak hanya 3 km dari pekan Brinchang. Sepertimana Avant Chocolate, Raju Hill Strawberry Farm juga menawarkan 2 tarikan dalam satu tempat yang sama.


Tarikan yang pertama di sini adalah kebun strawberi yang mana anda dapat melihat pemandangan sekitar ladang dan juga tempat pemprosesannya. Kat sinilah anda patut beli buah strawberi banyak-banyak kerana harganya sangat murah.


Tarikan yang kedua pula adalah kafenya yang menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti ais krim, waffles, kek, pastri dan banyak lagi!


Alamat: Raju’s Hill Strawberry Farm 42nd miles, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:21 AM | Show all posts
4. Mah Meri Art GallerySumber: Mah Meri Art Gallery

Anda rasa betul-betul dah tahu segalanya tentang negara yang menjadi tempat tinggal? Pernah dengar tentang masyarakat orang asli di Malaysia iaitu Mah Meri?


Inilah salah satu perkara menarik untuk diterokai di Cameron Highlands. Di Mah Meri Art Gallery, anda dapat belajar pelbagai perkara tentang budaya mereka dan ini termasuklah seni arca yang dihasilkan.


Untuk pengetahuan anda, masyarakat Orang Asli Mah Meri gemar menggunakan arca kayu untuk mengekspresikan kepercayaan dan budaya mereka. Kebiasaannnya, untuk tujuan pembuatan arca, mereka menggunakan kayu jenis nyireh batu. Selain arca, hasil tangan kayu lain yang terdapat di sini adalah topeng muka dan juga ukiran.

Alamat: Mah Meri Art Gallery, No 29 & 30, 1st Floor, Main Road, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:23 AM | Show all posts
3. Rose ValleySumber: dangdiren.com.my

Sekiranya anda tercari-cari di mana agaknya lokasi yang best nak bergambar dekat Cameron Highlands ni, Rose Valley adalah salah satunya.


Betapa luasnya ladang bunga ros ini yang boleh anda terokai, sampaikan 2 jam pun tak cukup! Jangan terkejut kalau sebaik masuk sahaja ke dalam kawasan ladang, anda mungkin akan dikejutkan dengan kehadiran burung merak yang diletakkan dalam sangkarnya. Di sekitar taman yang indah ini juga, disediakan prop-prop yang menarik untuk anda jadikan tempat bergambar.


Selain bunga ros yang terdapat lebih daripada 450 jenis, anda juga boleh melawat kedainya yang menjual pelbagai jenis sayuran, bunga, buah-buahan.


Alamat: Rose Valley, 148 Tringkap, Cameron Highlands

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.196911 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list