|
itulah silapnya disini
hidup ini tidak smudah seperti yang anda2 dok berkata2 ni sini
mana ada anak yg akan kol mak dia
"hello mak...kejap lagi abg nak berzina ni..hehe..doakan smanya selamat ye mak"
mostly anak2 ni..sejahat2 tenuk pun
ttp ada kebaikan...iaitu kebaikan pada ibu bapa
apa korang igt..ibu bapa ni kekuatan fizikal macam kita smua ni ke jahhh
ada yang nak bukak komputer pun tatau
paling tidak pun...nak wat terjahan umah anak2 kt kl
dgn daya umo dah 60 - 70 an thn
tak mampu nak memandu
kene je kol anak..soh amik g puduraya
ada ke anak tu ..nak pergi lantak ganja n buat maksiat
masa mak ayah dia bertandang kt umah?
silap2....selama ni tak solat
tapi bila mak ayah datang..terus berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by niceghost2005 at 14-6-2010 17:54
itulah silapnya disini
hidup ini tidak smudah seperti yang anda2 dok berkata2 ni sini
mana ada ana ...
Duta lover Post at 14-6-2010 16:44 
Baguih ler tu.....
Itu yang mak bapa kena mai selalu nengok anak nya.
Kalau idak, jadi GRO pung...........dier dok canang kat seluruh kampung yg anak dier tu EXECUTIVE.
Tup tup mati keras kefaler balut plastik, air mani 3-4 jenih ada berterabur luar dalam.
Padahal, anak nya duduk satu flat dgn oghang lelaki.
Tempat yang mahal berbanding dgn gaji Executive.
Chronicles tetap ada.............hanya mak bapak jer TAKMO lihat or buat buat tak nampak!!!
Anak anak bukan jer tiba tiba TIDAK SOLAT.
Or tiba tiba jer ISAP GANJA.
Or tiba tiba jer jadi PEMALAS.
Bukan lah teman hendak mendabik dada mengatakan teman adalah yang terbaik.
DOA perlu di sertakan selepas pelbagai cara/kaedah/nasihat di buat.
Berserah kpd Allah swt selepas kita berusaha.
Lakukan solat tahajjudd....
Kalau selepas semuer ini di lakukan, itu sudah di kira sebagai suratan takdir or dugaan Allah swt.
Redha jer laaaa....walaupun di dalam hati amat sedey.
Itu baru lah jadi seperti Nabi Nuh a.s.
Or Nabi Lut a.s.
Or Nabi Ibrahim a.s.
or Nabi Adam a.s.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
betol betol , kalau bukan ibubapa siapa lagi ...
yang dah besar panjang degil nak mampus tu pun bukan asal nya degil...
dari didikan mak bapak juga...
bila anak buat salah tak ditegur , bila orang lain tegur mak bapak buat muka busuk...
mana tak anak tak tau membeza kan baik buruk betul salah...
jadi nak salah kan siapa .. mak bapak lah jawapnya.
kalo tidak masakan ada hadis ini ...
(signature hantubagus)
Setiap anak dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
pasal apa ada hadis suruh rotan,
kalo tak silap akulah..
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). |
|
|
|
|
|
|
|
salam ..
sebenarnya saya tidak mahu menyalahkan ibu bapa ..
sebab juga sebagai seorang bapa , bagi saya siapa tidak mahu anaknya
menjadi terbaik ?? siapa yang tidak mahu melihat anaknya menjadi contoh
seperti yang ada dalam agama .. semuanya mahu yang terbaik kan .
tapi itu lah perbezaan kita . bukan semua kita nasibnya serupa . mungkin
ada yang mampu memberikan terbaik .. tetapi ada juga anak2 ini membesar dalam
keadaan yang serba kurang . inilah suratan masing2 di dunia .
cuma saya rasakan anak2 ni masih mampu kita bentuk barpun hingga kezaman mudanya .
mungkin ada dea2 dulu yang mana misalnya bila anak2 ini bekerja di luar , jauh dari ibu bapa ,
mereka ini dapat di tempatkan di tempat yang amat sesuai . misalnya kalau hostel2 berbayar pun ,
mungkin ada pehak2 mengambil peranan mengawal atau membinbing dengan memberi sedikit
kuliah2 agama buat sebagai pendinding . dah tentu bila anak2 ini merasa diri mereka
terbela dan dah tentu sedikit mudah dalam membentuk persekitaran yang berguna .
itu mungkin yang merasakan sepatutnya badan2 agama yang lebih terkenal dalam soal
hanya mengutip wang zakat dan selebihnya soal2 rumah tangga mula meilihat hal ini
di dalam ruh nya yang sebenar . jika soal pembinaan insan ataupun sekali modal insan ,
saya rasa tidak ada yang lebih baik lagi melainkan ia di bentuk .
dan saya yakin jika sembahyang di katakan tiang agama , wanita pula bagi saya tiang
bagi masyarakat . jika baik bud pekertinya , maka baik lah masyarakat ..
tewtapi jika pincang anak2 gadis maka punah lah keseluruhan kerana mereka lah
insan yang pernah kita panggil ibu .
saya harap soal ini di perhatikan serius kerana tidak ada apa yang tidak dapat di buat ..
melainkan kita . seharusnya kita masyarakat Islam sudah mula melihat alam ini
secara bijaksana .
sekian .. terima kaseh .
wsslam . |
|
|
|
|
|
|
|
sunnguh baik post2 dlm thread nie....
benar.....2
wanita sebenarnya agak tunggak dlm pembentukan masyarakat. namun peranan ini diabaikan kerana dikatakan low standard (kolot) lantaran mengejar hak kesamarataan dgn lelaki.
lihat thread ni , --->http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=257775&highlight=%2Bmaza
dan menyalahkan ibubapa adalah kaedah terbaik demi pembentukkan ummah.....
kerana apabila kita menyalahkan ibubapa, bermakna segala-galanya berbalik kepada diri sendiri, di manakah kita,m sudah bermuhasabah kah kita.....
tetapi bila seorang anak bermasalah itu , ibubapanya sibuk menunding jari ke org lain....
itu bukti , pertama, ibubapa itu teruk, sebab itu anak mereka sendiri.
kedua, sesi muhasabah diri tidak berlaku pada insan kerana
back to basic, semuanya bermula di rumah, dan di rumah, semuanya bermula dgn diri sendiri.
kerana Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pinKy180 at 20-6-2010 19:40
assalamualaikum....
saya tak bersetuju kalau ibu bapa dipersalahkan sepenuhnya...
sejak lahir, hingga dewasa ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan mengawasi anak-anak...ramai ibu bapa nak yg terbaik utk anak mereka dunia dan akhirat..
kemudian bila hantar ke U, harapan mereka menggunung tinggi....masa ni, macam2 boleh berubah..dari seorang yg baik boleh saja jadi teruk, dan vice versa...
tak semua ibu bapa mampu utk mengawasi anak2 yg jauh dari mereka...ada yg sudah uzur, kesempitan hidup...sepatutnya jika mereka sudah dididik dengan agama, insyaALLAH anak itu sendiri akan sedar tanggungjawab dia.....kalau makin bertambah teruk, masih tidak wajar untuk menyalahkan parents...sedangkan anak tu dah ada ilmu, boleh berpikir baik buruk...dia yg memilih kehidupan dia sekarang...
sedihnya kalau harapan dan sangkaan ibu bapa, anak dididik dgn agama, bila belajar di U menjadi anak yg soleh dan cemerlang, rupa2nya anak dia jadi teruk...espicially perempuan...luluh hati ibu dan ayah...hancur harapan mereka....adakah mereka harus dipersalahkan??
Selain iman, kesedaran tentang tingginya nilai kasih ibu dan ayah juga penting.... anak2 yg dah dididik dgn agama oleh parents, diberi harapan tinggi sepatutnya harus pikir banyak kali setiap kali ingin berbuat dosa dan keaiban...sepatutnya mereka terbayang betapa remuk dan hancur hati ayah ibu kalau dapat tahu dia buat maksiat...moga dengan ini, mereka akan kembali ke jalan sebenar...dan terus memperbaiki diri... |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
mcm mana ibu bapa nak jaga kalau anak2 tu dah besar & pergi belajar jauh dari rumah!! mg ...
zamnie Post at 11-6-2010 15:42 
saya setuju dgn kak zamnie...semuanya terpulang pada diri sendiri sbb kita semua bukan budak kecil lagi...
tapi org sekeliling especially kawan pun kena care jugak...
sedih sgt bila lihat ada remaja sanggup menipu mak ayah....keluar dari rumah menutup aurat dgn sempurna, tapi sebenarnya sampai di pusat bandar terus tukar baju...tentu luluh hati seorang ibu kalau dapat tahu anak dia bersikap begitu...sedangkan sejak kecil dah dididik dgn agama sepenuhnya...
terlalu banyak sgt kes yg boleh dijadikan tauladan...semoga kita, kaum kerabat dan generasi seterusnya terpelihara dari semua noda dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya ibubapa dipersalahkan sepenuhnya. Sebab banyak faktor yang terlibat. Tapi sebagai ibubapa mereka mesti mengambil tanggungjawab terhadap perlakuan anak2 mereka. Ambil tanggungjawab tidak semestinya bersalah. Contohnya kalau seorang anak itu mengandung anak luar nikah,seorang ibubapa yang bertanggungjwab mereka akan menjaga anak tersebut dengan selamat disamping memberi didikan sewajarnya. Bukannya menghalau dan memukul anak tersebut dengan kejam semata-mata nak lepas geram. Ini contoh mudah jer la sebab ibubapa tak boleh lari dari tanggungjawab sebab mereka akan menjawab di hadapan Allah nanti. Sekurang-kurangnya masing-masing buat kena buat muhasabah diri. |
|
|
|
|
|
|
|
setelah melihat komen2 sebelum nih, saya sebenarnya sgt2 setuju di mana kegagalan anak2 muda sekarang berfungsi dgn baik adalah disebabkan faktor pendidikan dan setiap pendidikan bermula dr rumah.. masalah zaman sekrg, mak bapak terlalu sebok dan peranan pendidik diletakkan sepenuhnya kpd org luaq --> cikgu kat sekolah, cikgu agama sekolah ptg, mahupun bibik yg taraf pendidikan agama/ dunia yg kita tidak tahu... mmg betul peranan ibu sgt penting, tetapi ibu zaman sekrg terpaksa bergelut dgn keperluan masakini...terpaksa bekerja utk keperluan sendiri dan membantu suami..kenapa saya kata utk keperluan sendiri sbb kebanyakan suami zaman sekarang lebih mementingkan hobi dan kehendak masing2...bukanlah tak bagus, tetapi itulah realiti...ada jugak bapak-bapak yg bagus yg buat 2 kerja kerana terpaksa menyara keluarga..
sebenarnya zaman sekarang nih, org telah lupa utk hidup dengan cara sederhana/ simple life... kalau semua memainkan peranan yg bagus, insyallah maslah sosial sekarg dapat dibendung sedikit sebanyak.... parents sekrg juga kurang membaca pengetahuan ttg mendidik anak terutama mendidik mengikut Islam dan pengetahuan sebenr-benarnya fungsi suami/ayah/ibu/isteri... cth paling senang, brapa ramai ibu bapa zaman sekrg yg mendidik anak2 ttg cara pemilihan kawan dr segi agama? duduk semeja berbual2 ttg pentingnya memilih kwn, krn pengaruh kawan membentuk peribadi seseorg...ini dapat membendung anak2 dr memilih kawan yg salah... zaman sekrg, bila anak dah salah pilih kwn, br nak teguq... terlambat dah...
yg penting adalah membina dan menyemai kekuatan diri anak2 dr segi mental, rohani dan fizikal sbg persiapan utk melawan nafsu dan mengawal hati dan perasaan... atau ringkasnya, kekuatan jati diri sebagai seorg islam/ seorg masyarakat...
kawan saya (seorg Cina) pernah bagitau ttg caranya membesar seorg anak, "i'm rasing a man who will be someone's husband & someone's father.. i'm not raising a boy"... pada waktu itu anaknya baru berusia 2 tahun... dia sudah mula mendidik anaknya ttg erti tanggunjawab... walau seusia 2 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
apapun...kalau dah kene batang hidung sendiri baru la tahu kan =) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# dess402
bukan peranan badan agama yg perlu di'highlight'kan sebesar2nye...tp tarbiyah.klu badan agama mantap,tangkap sana..tangkap sini..hukum sana, hukum sini..
boleh kompemkan mnde ni terhapus..?
nak hapus sekelip mata, atau mengurangkan secara mendadak..memang tidak...
kecuali dengan HUKUM ALLAH...
bagaimanapun...apa kudrat kita nk jlnkan hukum Allah sedang pemerintah belum menjalankannya?
jadi, kita sendiri mula mentarbiyah anak2..ahli2 keluarga..kawan2 kita..
خير الناس أنفسهم للناس
"sebaik2 manusia adalah yg bermanfaat kepada manusia.."
kita sendiri YANG SEDAR ni pon,jgn abaikan tarbiyah diri..mantapkan agama dlm diri di samping memberi kesan yg baik kpd persekitaran..bukan terpengaruh dgn persekitaran..
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
SOLAT DAPAT MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR...DIDIK DARI AWAL.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa nak salahkan guru/ustazah di sekolah? bukan guru/ustazah tu yang duk kat umah ngan anak die...nilah bile bertindak mengikut emosi,bukannya akal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# niceghost2005
gold leaf |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa nak salahkan guru/ustazah di sekolah? bukan guru/ustazah tu yang duk kat umah ngan anak die ...
shahtar Post at 30-6-2010 18:18 
salam ..
aduhh saya bukan nak mengajak menyalahkan sesiapa .
cuma saya nampak kenapa tidak jabatan agama yang mengutip berbiliion
ringgit malaysia tahun melalui zakat , mengapa tidak mengambil peranan yang lebih besar .
biliion tu . kenapa tidak buleh depa menyediakan penginapan2 semacam hostel
untuk anak2 yang bekerja sana ?? misalnya satu di nilai , satu di shah alam .
sebab saya dah biasa hostel2 swasta yang ada . semuanya takda yang menutup aurat .
naknya minah2 kilang2 . berbondong2 berdating depan hostel tiap2 malam .
gitu gak pelajar2 kejururawatan di seri kembangan . di angkut kulu kehiliri
baik abang2 tensi dan juga budak rempat . langsung takda pemerhatian .
jadi di sini persoalannya . masalahnya sudah ada . jadi di mana penyelesaiannya ?? |
|
|
|
|
|
|
|
kite ni name je nagara islam,tapi jabatan agama tidak peka dengan perkara mcm nih...thats why lah kite sebagai ibu bapa kena lebih peka dan tidak boleh mengharapkan usaha kerajaan semata2...dan aku pun tak cakap kau salahkan sesiapa...
kite lagi sibuk bercakap pasal PRU-13,felda,first lady daripada menyelesaikan masalah seperti ini...semoga zakat jabatan agama bertambah lagi tahun ini... |
|
|
|
|
|
|
|
zina hari ni dah tak kira budak felda ker, siswi UM ke, budak UIA ke..... dah common. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
menarik juga utk diteruskan perbincangan thread ni . |
|
|
|
|
|
|
| |
|