MODEL kereta Proton keluaran Malaysia dinamakan EMAS Country berkonsepkan pasaran global yang berprestij menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva Ke-80 di Pusat Konvensyen Geneva Palexpo, semalam. – BERNAMA
GENEVA 2 Mac - Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.
Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid.
Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin, Itali.
Majlis pelancaran ketiga-tiga kereta konsep itu disempurnakan bekas Perdana Menteri yang juga pengasas dan Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari pertama Pameran Motor Antarabangsa Geneva Ke-80 di Pusat Konvensyen Geneva Palexpo di sini hari ini.
Turut sama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Giugiaro, Giorgetto Giugiaro.
Emas merupakan kereta hibrid yang menampilkan casis rekaan khusus bagi pemasangan enjin endothermic di hadapan, khusus bagi mengecas bateri ion litium untuk menghasilkan janaan kuasa elektrik dan bateri di bahagian belakang.
Emas Country dan Emas-3 pula dijangka dibangunkan berasaskan teknologi hibrid plug-in selain pemasangan enjin konvensional yang boleh digerakkan menggunakan petrol, etanol, metanol dan gas asli.
Dengan berukuran hanya tiga meter panjang, ketiga-tiga kereta konsep tersebut bagaimanapun direka khusus untuk memaksimumkan ruang dan pada masa sama mengekalkan konsep kereta kompak berciri kontemporari.
Tun Mahathir berkata, pengenalan kereta konsep berkenaan membuktikan kesungguhan Proton untuk bersaing di peringkat global dan tidak lagi hanya bergantung kepada pengeluaran model kenderaan bagi pasaran tempatan.
Beliau berkata, Proton, Lotus dan Italdesign sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk sebelum dijangka dikeluarkan untuk pasaran dalam tempoh dua tahun lagi.
‘‘Tapi saya harap ia (keputusan muktamad) itu dapat dilakukan segera, mungkin dalam setahun atau kurang kerana kita mahu pastikan kereta ini dapat berada di pasaran secepat yang mungkin,” katanya selepas majlis pelancaran itu.
Menurutnya, siri kereta konsep tersebut adalah manifestasi kesungguhan Proton untuk mengorak langkah lebih besar dengan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman selama 25 tahun dalam industri automotif.
‘‘Kerjasama dengan pemain utama seperti Giugiaro menceritakan komitmen Proton untuk mengukuhkan jenama dan bergerak lebih agresif dalam memenuhi tuntutan pasaran global,” tambahnya. – UTUSAN
Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin, Itali.
sape tahu kete concept produa tu sape yg design? ~ proton punya tu giugiaro yg design ropanya....ingatkan proton yg design sendiri
nie ker konsep car...truk btul citerase designer dier...nie cam Kancil kene mod skit jer....kalo ader orang kate nie konsep car....nie mesti ader masalah mental...baek aku choose proton....
konsep car ni khas utk org yg suka berkhayal jerk.
realitinya kete kokak nak mampus.
x smpi 6 bulan beli mcm2 prob ada.
baik proton ka produa ka sama jerk...
otai_g Post at 2-3-2010 21:18
tu dulu bro....skrang tidak....kete aku dah convert campro turbo xder prob pon...kalo ader pon tayar pat botak tu je...hahahahahaha...kalo perodua mayber la kot coz aritu aku langgar myvi...kete hancur..kete aku juz bumper jatuh jer...tu pon pasang dah ok
aman sekarang ada ke keta org design sendiri ??? waima keta toyota pon Giugiaro ada design kanni zaman global beb.. dulu ye la.. screw pon nak buat sendiri...heheh
proton--- wow cantik n mmg betul2 meletop dan canggih
perodua-- alahai very the outdated.. cam keta hapa ntah... dalam nampak mcm plastik sangat n nampah mcm keta lama pun ada....
concept car ni apa sebenornya...kurang phmlaaaa
pendekar_jebon Post at 3-3-2010 10:55 AM
tak ada yg nak reply ke....
secara mudah concept car ni macam prototype lah...kira macam pre-production stages. Tapi sama ada end-up with real mass production or not, yg tu tak tahu lagi. Byk concept car yg tinggal as concept dan tak berakhir dengan pengeluaran, dan dalam kebanyakan kes juga, byk perubahan yg dibuat pada concept car tu sebelum real mass production dilakukan. Mmg selalu berlaku yg concept nampak cantik dan futuristic tapi real production sgt berbeza mainly due to technology and cost constraints ~ therefore, perubahan terpaksa dilakukan dari segi design mahupun material .
secara mudah concept car ni macam prototype lah...kira macam pre-production stages. Tapi sama ada end-up with real mass production or not, yg tu tak tahu lagi. ...
zzcbr Post at 4-3-2010 06:32
dulu ebo X pong mula ngan konsep car, byk tunjuk kat motor show ntah dalam 5-6-7 tawun yg lepas last-last jadik realiti..
secara mudah concept car ni macam prototype lah...kira macam pre-production stages. Tapi sama ada end-up with real mass production or not, yg tu tak tahu lagi. ...
zzcbr Post at 4-3-2010 06:32