|
Reply #19 medangmru's post
stendet.....yg aku hanginnn tuh...kuih yang tak ada kena mengena dgn gula pon mesti naik harga gak...
(klau peniaga tu tamak haloba ler) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bese sume naik...hampeh...
kesan sume kt pengguna gaks...
brg2 mknana&minoman yg guna gula kompem naik...
abistu camne...
alasan :rakyat stil blh mkn@minom...
masih tidak membebankn rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
PEHNI.....HARGA TEPUNG PLAK NAIK.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 AnisSuraya's post
oit... aku nak order kek ni... 1kg butter cake brape RM..??
nak yg ada gambo ben10 bule buat tak..?
lebey kurang cenggini
|
|
|
|
|
|
|
|
anis,bg respi kek kurang manis satu!
hehe..
mcm kat board FnR le pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jgn Nak mggatal sorok gula erk....
shahril dah bagi warning tuh......
Tindakan akan diambil jika sorok gula - Shahrir
21/01/2009 5:59pm
PUTRAJAYA 21 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorok bekalan gula dengan tujuan untuk mengaut keuntungan berlebihan.
Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pada masa ini, bahagian penguatkuasa kementerian memantau di semua peringkat membabitkan peruncit, pemborong dan pengeluar bagi menjamin bekalan itu tidak berkurangan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Malaysia ketagih gula
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.
Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.
Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.
‘‘Masalah ketagihan gula ini dikatakan turut menjadi punca masalah penyakit diabetes yang dihidapi 3.6 juta orang di negara ini.
‘‘Bukan itu sahaja, gula juga menjadi punca 62 peratus wanita serta 48 peratus lelaki di negara ini menghidap obesiti iaitu masalah kegemukan melampau,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai senario pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Minggu lalu, Shahrir mengumumkan harga gula mungkin akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata, langkah itu akan dibuat berikutan harga bagi barangan tersebut telah naik di pasaran antarabangsa.
Sementara itu, menurut Shahrir, gula sekiranya diambil secara berlebihan akan menyebabkan seseorang mudah terdedah dengan penyakit batu karang, kanser, kerosakan gigi dan kencing manis.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya rakyat Malaysia bijak mengawal pengambilan gula dalam pemakanan seharian selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.
Pada masa yang sama, katanya, langkah tersebut boleh dijadikan sebagai persediaan awal setiap individu di negara ini dalam menghadapi situasi kenaikan harga gula pada bulan depa |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan kena galakkan org menanam tebu..so gula bole dibuat didalam negara bukan diimport..harga bole murahh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 ridd's post
Individu menana tebu atau syarikat malaysia tanam tebu ni ridd???
Mmg dah ada Company2 beso cam kat Cuping Perlis tu yg tanam tebu....
Kalau individu yg tanam tebu blakang rumah....camner plak derang nak proses jadik gula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 medangmru
tanam tebu kaya apaa..tengok sape antara org kaya msia,tokey gula.
maksud aku..ni tanam utk komersil bro bkn kt rumah..kt rumah bole minum air tebu lerr..itupun kalo rajin.. |
|
|
|
|
|
|
|
gula akan naik harga?
sila sorokkan gula dari sekaranggggggggg!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #37 PEPPERMAN
bertambah tinggi harganye akan naikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
dah gov kuar AP tunggal utk robert kwok.....mesti la jadi monopoli......
lps tu dok bimbang naik harga.....alahaiiii...akai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|