CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rmin

Hakikat Makrifat

[Copy link]
Post time 8-1-2010 12:11 PM | Show all posts
bagusnyerrr...... bertambah lagi ilmu...

anyway, ada berGURU dengan mana2 GURU kerr??
edy137 Post at 2-1-2010 15:26


berguru memang ada..tetapi guru sebenar guru adalah diri sendiri...kerana itu perlu mengenal diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 03:43 PM | Show all posts
yups itulah jawapan yang paling TEPAT untuk orang berilmu..... itulah jawapan bagi mereka yang mendalami KETASAWWUFAN.... terima kasihh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 06:47 PM | Show all posts
ketasawwufan ?? hehe..ini pertama kali dengar perkataan tasawuf diimbuhankan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:35 PM | Show all posts
hahaha... saya yang mulakan tuhh perkataan tuhh... yerr laa.. sufi jika diimbuhankan jadilah kesufian... tasawwuf... diimbuhankan???

sebut kesufian kang lagi timbul fitnah... walhal ianya perkara dan maksud yang sama... itu aje kak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 09:55 AM | Show all posts
takpela mana2 pun boleh...yang penting pengisian ilmu itu bukan pada nama kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 09:14 PM | Show all posts
kalau gunakan SUFISM... walaupon tak mmberikan perbezaan dari segi erti, tapi kang ada pulaakkk kata kita fahaman 'wahabbi' laa... 'syiah' laa.... atau masuk yang teruk2 maybe sampai boleh kata kita golongan 'khawarij'...... mengarot laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 11:25 AM | Show all posts
oh gitu pulak..zaman Rasulullah dulu pun takde istilah sufism ni semua tetapi baginda seorang sufi juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 09:11 PM | Show all posts
oh gitu pulak..zaman Rasulullah dulu pun takde istilah sufism ni semua tetapi baginda seorang sufi juga
miftahuljamilah Post at 11-1-2010 11:25


Tasawuf ialah Cabang ilmu ('ilm) Islam yg didlmnya menghuraikan tntg akhlak2 Islam yang dituntut berakhlak dengannya baik zahir dan batin bagi memantapkan ikatan diri dengan Allah dlm bab Aqidah, menjernihkan kelakuan zahir di dalam melaksanakan syariat zahir serta mengheningkan hati dan memurnikannya daripada kewujudan perasaan2 Buruk dan Jahat.

Perbezaan di zaman Rasulullah saw apa jua yg menjadi masalah/kesulitan yg timbul akan dihurai oleh Rasulullah saw melalui wahyu, di zaman sahabat dan seterusnya apa jua yang menjadi masalah/kesulitan mrk akan merujuk kpd Al Quran dan Al Sunnah serta mengali makna dan makninya....   

Tariqat ialah bg memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan perkara2 yg dianggap menjadi kesamaran seperti hendaklah kita memilih jalan Wara'. Wara' disini bukanlah bererti seseorang itu asyik memegang tasbih saja sehingga tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dkehendaki oleh syariat akan tetapi wara' yang dikehendaki disini ialah seperti mana yg dijelaskan oleh ulama'. Imam Al-Ghazali telah membahagikan wara' itu kpd 4 bahagian iaitu:

a) Wara' Orang Kebanyakan. Iaitu wara' bg orang yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Taala dan ini adalah wara' orang yang sedang berada pada darjat Syariat.

b) Wara' Orang Yang Soleh. Iaitu wara' bg org yg meninggalkan segala perkara yang samar2 hukumnya(syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah menjadi salah bagi org yg berada pada darjah Syariat akan tetapi menjadi salah bagi org yg berada pd darjah Tariqat.

c) Wara' Orang Yang Muttaqin(takut pada Allah Taala). Iaitu wara' bg orang yang meninggalkan barang yang tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang) barang yang diantara Allah Taala daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.

d) Wara' Orang Yang Siddiqin(orang2 yang benar). Iaitu wara' bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang menyebabkan terasing diantaranya dan diantara Allah Taala daripada segala jenis perkara yang membinasakan agama Allah Taala dan hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 09:20 PM | Show all posts
Tareqat bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang. Apabila dinisbahkan kepada
golongan sufi, ianya merujuk kepada suatu penggunaan khas yang bermaksud, manhaj sesuatu golongan sufi dalam tarbiah.

Satu tareqat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai, dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenali dengan
tasawuf amali (rujuk buku Tasawuf Amali karangan Sheikhuna Ust Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni).

Ianya dikenali pada awal kurun kelapan hijrah. Dikatakan, orang yang pertama mengasaskan suatu bentuk manhaj tarbiah yang sistematik ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.. Manhaj tarbiah ini dikenali dengan Tarikat Sufiyah.

Walaupun tidak dapat dinafikan, sebelum Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. lagi, sudah wujud tarikat-tarikat sufiyah, seperti tarikat Al-Junaidiyah (yang dinisbahkan kepada Imam Junaid r.a.) dan sebagainya, namun tarikat-tarikat sebelum Sheikh Al-Jailani r.a. tidaklah dalam bentuk sistematik dan tersusun. (rujuk buku Tasawuf Amali).

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. mengasaskan gagasan baru dalam lembaran sejarah sufi apabila membuat suatu madarasah secara terbuka dan mengambil anak murid yang ramai dalam satu masa, dan menyusun manhaj tarbiah yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Hal ini menyebabkan beliau juga merupakan mujaddid dalam dunia sufi yang menunjukkan kepentingan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiyah sufiyah, di samping menegaskan bahawa, Hakikat tidak terpisah dengan Syariat. Idea asal islah dan tajdid dalam dunia sufi ini sebenarnya diambil dari Imam Al-Ghazali r.a. melalui karangan-karangan beliau seperti Ihya' Ulumiddin, yang membahaskan mengenai tajdid ini secara teori, dan diterjermahkan ke dalam realiti oleh Syed Sheikh Adul Qadir Al-Jailani r.a..

Setelah itu, para murid Sheikh Al-Jailani r.a. menisbahkan manhaj tarbiah mereka kepada mursyid mereka iaitu, Syed Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., dengan nama tarikat Qadiriyah. Setelah itu, muncullah ulama'-ulama' sufi lain yang melakukan metodologi tarbiah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., seperti Sheikh Abul Hasan As-Syazuli,  Imam Ar-Rifa'i r.a, Sheikh Ahmad Badawi dan sebagainya. (rujuk buku Tasawuf Amali).

Manhaj tarbiah mereka yang tersusun tersebut dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dari sini, jelaslah bahawa, tarikat sufiyah tidak lain melainkan suatu madrasah tarbiah penyucian jiwa, hasil ijtihad para ulama' sufi, dalam mentarbiah manusia. Sepertimana dalam bidang fiqh, ada mazhab tertentu, begitu juga dalam bidang penyucian jiwa, ada pelbagai manhaj tarbiah yang berbeza, sesuai dengan keadaan manusia dan sejajar dengan ijtihad para mursyid sufi yang jujur tersebut.

Adapun pertuduhan-pertuduhan ke atas tarikat sufiyah sebenarnya merupakn pertuduhan yang tidak berasas. Walaupun terdapat di kalangan para sufi yang bercanggah dengan ajaran Islam, namun ianya turut dikritik dan ditegur oleh para ulama' sufi itu sendiri. Namun, sikap mengkafirkan sesetengah golongan sewenang-wewenagnya yang dibawa oleh aliran salafiyah wahhabiyah tidak pernah mebaiki keadaan bahkan lebih mengeruhkan keadaan.

Para ulama' sufi turut menegur kesalahan-kesalahan para murid yang melampaui batasan Islam. Ini juga merupakan intipati ajaran sufi, yang membetulkan setiap kesalahan murid hatta kesalahan mereka yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara, seperti kepercayaan penuh terhadap ilham, keinginan mendapatkan karamah dll.

Kalau kita lihat, ramai di kalangan para ulama' Islam yang menegur kesalahan-kesalahan sesetengah golongan sufi itu sendiri, merupakan dari kalangan sufi juga, seperti Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid Al-Baghdadi r.a., Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., Imam Ar-Rifa'i r.a., Imam As-Syazuli r.a. dan sebagainya. Ini kerana, di sisi golongan sufi, ada mutiara yang lebih berharga dari debu-debu yang melingkari kulitnya, hasil kejahilan sebahagian dari golongan sufi sendiri.

Kebanyakkan Para Ulama' Memilih Jalan Sufi

Jika kita singkapi sejarah umat Islam, kita dapati bahawa, ramai di kalangan ulama'-ulama' besar Islam yang mengambil jalan sufi atau bersahabat dengan para sufi yang muhaqqiq. Antara mereka adalah, Al-Imam As-Syafi'e r.a. (rujuk buku Kasyfu Khafa' m/s 341 karangan Imam Al-‘Ajluni), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. (ghuza'ul albab m/s 1/120 dan tanwir Al-Qulub karangan Imam Al-Kurdi, m/s 405), Imam Abu Hanifah (Ad-Dur Al-Mukhtar 1/43), Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid r.a., Imam Ar-Razi r.a., Imam ‘Izzuddin bin Abdul Salam r.a. dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 09:35 PM | Show all posts
Tarikat dan Tasawuf bukanlah suatu kewajiban bagi umat Islam. Ia cuma wajib bagi mereka yang tidak mampu untuk membaiki diri sendiri hanya dengan menggunakan kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah semata-mata. Ini kerana, Al-Qur'an dan As-Sunnah juga tidak dapat difahami secara sempurna oleh orang awam tanpa merujuk kepada para ahlinya.

Manhaj tarikat yang sempurna mengandungi tiga ciri yang utama:

Pertama: Guru yang kamil dan pernah mengambil tarbiah dari seorang guru yang juga pernah mengambil tarbiah dari gurunya sebelum ini dan seterusnya sehingga bersambung silsilah tarbiah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. melalui para sahabat, para tabi'in, tabi'tabi'en dan para ulama' yang amilin yang seterusnya.

Kedua: Murid yang jujur untuk sampai kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan syariat Islam, dan mengabdi diri kepada Allah s.w.t. dengan hakikat pengabdian seorang hamba.

Ketiga: Manhaj tarbiah yang bersandarkan Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma', Qiyas dan pelbagai lagi sumber hukum yang ada dalam Islam. Manhaj tersebut perlulah selari dengan roh ajaran Islam dan prinsip-prinsipnya.

Adapun sesiapa yang cenderung untuk menolak tasawuf dan tarikat kerana pernah menceburi tarikat yang menyeleweng, terlebih dahulu ucapan takziyah buat mereka.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil tarikat sufiyah kerana yakin boleh mengubati diri sendiri tanpa mursyid yang kamil lagi berpengalaman, kerana cukup baginya merujuk kepada dua kitab iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan kefahaman sendiri, doa kami semoga Allah s.w.t. membantu Saudara/saudari/Tuan/Puan/Dato/Datin/ustaz/Ustazah/cikgu/cikgi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 08:41 AM | Show all posts
"a) Wara' Orang Kebanyakan. Iaitu wara' bg orang yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Taala dan ini adalah wara' orang yang sedang berada pada darjat Syariat " aduhhhhhhhh yang ni pun aku blum lepassss. mintak2 lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 08:56 AM | Show all posts
tak tercapai akal aku dgn benda ni..
baca alip ba ta pun aku tak betul lagi..


alip ba ta...alip ba ta...alip ba ta

alip ba ta...alip ba ta...alip ba ta

alip ba ta...alip ba ta...alip ba ta
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:47 AM | Show all posts
Wow! Banyaknya ilmu baru kat benang nih...

tapi Along pun macam Meesai gak... Alif ba ta pun tak betoi lagi. ni dok ngulang Iqra 4 sebab hati asyik was was ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:09 PM | Show all posts
kan..
aku paling hazab nak beza kan antara
jin mata satu dgn jin pakai toncet ..   





Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:25 PM | Show all posts
tq info ni semua.. tapi kena ingat apa yg dicakap ni mungkin mendatangkan
ilmu bagi 1 golongan atau mungkin mendatangkan syak bagi 1 golongan.
bagi sesetengahnya, mungkin perbincangan ni boleh mendatangkan mudarat.
Belajar tanpa guru macam meraba dalam gelap.
kalau jumpa jalan, syukur lah. kalau terpijak ular, mati lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 07:58 AM | Show all posts
Aizverus dan miftahul adalah antara forumer yang aku hormati bilamana perbincangan melibatkan ilmu mengenal diri and so on...

Komen2 dan lontaran pendapat mereka boleh kita org2 biasa gunapakai...

Mereka tahu apa yang mereka cakapkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 03:51 PM | Show all posts
39# matdue77 lama tak nampak saudara ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:06 PM | Show all posts
39# matdue77 lama tak nampak saudara ..
miftahuljamilah Post at 20-1-2010 03:51 PM


Ada miftahul.... ade disini... tapi kengkadang sesat juga di siang hari...

Selalunya disibukkan dengan permainan dunia, meskipun sedia maklum itu semua hanyalah godaan untuk melekakan diri daripada melakukan apa yang sepatutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 05:11 PM | Show all posts
kita sentiasa sibuk dengan tuntutan dunia dan tanggung jawab..lepas bebaskan diri ini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 03:06 PM | Show all posts
kita sentiasa sibuk dengan tuntutan dunia dan tanggung jawab..lepas bebaskan diri ini..
miftahuljamilah Post at 20-1-2010 05:11 PM


Inilah antara dugaan yang dari dulu sampai sekarang masih lagi tidak mampu saya lepaskan sepenuhnya...

Cuba dilepas, makin dipegang... Cuba lari tapi makin mendekat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.087328 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list