|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
Pujian kepada Allah S.W.T.....tq |
|
|
|
|
|
|
|
Memperolehi Ilmu Laduni
Memperolehi Ilmu Laduni Ilmu laduniadalah ilmu yang di perolehi tanpa belajar sebagai keistimewaan yang khusus diberikan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hamba-Nya yang di kehendaki. Dalam ertikata lain, orang yang di beri ilmu laduni itu bererti di beri kecerdasan yangluar biasa di luar kemampuan aqal yang normal.
Untukmemperolehi ilmu laduni atau mempunyai kecerdasan yang tinggi selain belajardengan gigih dan tekun, ada usaha lain sebagai pelicinnya seperti yang diterangkan di bawah ini. Inilah caranya;
1. Harusgigih belajar dan suka memikirkan setiap kejadian atau peristiwa yang aneh.
2. Setiaphabis solat fardhu, tidak lupa bertawassul kepada Nabi Khidir seperti berikut;
i. BiMu’jizati Nabiyyina Khidir ’Alaihis Salaam, Al-Fatihah!
ii. BiBarakati Nabiyyinaa Khidir ’Alaihis Salaam, Al-Fatihah!
iii. Wa Ilaaruuhi Nabiyyinaa Khidir ’Alaihis Salaam, Al-Fatihah!
Begitulahcaranya yang harus di jalankan terus-menerus setiap selesai solat fardhu.Dengan begitu, bererti setiap habis solat kita membaca surah Al-Fatihah tigakali yang di hadiahkan kepada beliau, Nabi Khidir a.s..
WALLAHU WALAM |
|
|
|
|
|
|
|
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADARASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit,Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
- Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
- Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
- Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
- Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
- Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orangtetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepadamereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat sayatakut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
- Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
- Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
- Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
- Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
- Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
- Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
- Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
file:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif |
|
|
|
|
|
|
|
topik2 pasal tarekat, tasauf, nabi khidir ni patutnya bule gabung dlm 1 thread. |
|
|
|
|
|
|
|
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
10JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yangmemelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalanselamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solatitu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamatbaginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidakditerima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membacasesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapitidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orangyang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahumeninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpamemakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalimmenganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannyadari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itutidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, makasesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dariAllah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamudari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggaporang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akandilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yangburuk." |
|
|
|
|
|
|
|
4# bzzts
SORRY FOR INCONVENINCE CAUSED.. |
|
|
|
|
|
|
|
10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABIMUSA A.S.Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dariJabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T.telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
- Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
- Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
- Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
- Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
- Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
- Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
- Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
- Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
- Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
- Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
file:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif |
|
|
|
|
|
|
|
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
12 AZAB BAGI MEREKA YANGMENINGGALKAN SEMBAHYANG
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.Wtelah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah makaAllah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinyaakan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
- Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
- Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
- Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:
- Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
- Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
- Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada didalam kubur, antaranya :-
- Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
- Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
- Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
- Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
- Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
- Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
|
|
|
|
|
|
|
|
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
15 pintusyaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntuminaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasukirumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan caramendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa |
|
|
|
|
|
|
|
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARIAKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supayakami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahutentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhiratnanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangatmemerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, danjuga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu sianghari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamuAl-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membacamengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekaldi tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidakdapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampaiini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telahmempelajari Al-Qur'an." |
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
ALLAHS.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari RasulullahS.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai dimasjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solatdua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada AllahS.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepadakami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.Ttiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahajadan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya iatidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonankuini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supayaumatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besaryang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankanoleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supayaumatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan(telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiribergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ? |
|
|
|
|
|
|
|
tq 4 sharing |
|
|
|
|
|
|
|
tq 4 sharing again |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg dimaksudkn dgn jgn tido berseorangan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
gd info..tq |
|
|
|
|
|
|
|
masih ramai lg yg x tau mbaca al-quran... |
|
|
|
|
|
|
|
tasawuf bukan tarekat? wah selama nih saya salah anggap |
|
|
|
|
|
|
|
dalam Quran atau hadis ader suruh belajar ke pasal ilmu nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah..
pasal apa?
satu x mo kalah satu lagi x mo mengalah ... "cantik sangatttttttt" |
|
|
|
|
|
|
| |
|