|
aku xnak mengharap sgt.....takut kecewa....nanti jadi macam kekasihku seru....frust giler kalau xjadi....lagipun kalau diaorang nak buat film,baik buat cepat2,sementara cite nie masih panas lagi.......
tapi kalu buat film,diaorang nak cite pasal apa pulak?xkan nak buat cite pasal nur xleh mengandung pulak.....macam xlogik pulak........ |
|
|
|
|
|
|
|
nur kasih tak kan dibuat filem la...
ending dia Nur Amina bahagia dah dgn Adam
Aidil pulak bahagia dgn Bini dia...
no more conflicts
lain la kalau ending dia, nur amina kawin dgn aidil, dan kemudian muncul adam...then jadi mcm citer bobby... |
|
|
|
|
|
|
|
"Kini, drama yang sedang disiarkan di TV3 itu telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di televisyen."
laman sesawang? ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
dasat tul ratings cite ni.. kaya producer ! |
|
|
|
|
|
|
|
citer Nur Kasih ni best...tp rasanya lebih sesuai dlm drama bersiri tu.
bukan utk di wat filem...sebab citer ni mmg nampak cantik as drama.
tp kalau nak filemkn citer Kekasih Ku Seru tu...mmg gempak la.
ending aritu pon still tertanya2 kan...??
Waris diseru kembali...huhhh,suspen! |
|
|
|
|
|
|
|
Dapatkan set DVD ‘Nur Kasih’ melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).
DENGAN SETIAP PEMBELIAN DVD NURKASIH ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH ISTIMEWA DARI GINTELL =)
LAYARI LAMAN WEB http://www.tv3.com.my/nurkasih/dvdbox/index.asp |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 25-4-2010 17:15
NUR KASIH AKAN DIFILEMKAN. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Bajet filem Nur Kasih RM2.5 juta
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
kredit to: metro online.
2010/04/23
DALAM siri Nur Kasih, Nur Amina dan Adam akhirnya kembali bersatu selepas melalui pelbagai dugaan memilukan. Namun masih ramai yang tidak puas dengan kesudahan cerita itu yang berakhir tahun lalu.
Masih ada yang ingin tahu apa yang berlaku seterusnya kepada pasangan itu.
Permintaan besar peminat serta melihat sambutan luar jangkaan ketika siri itu ke udara menerusi slot Zehra di TV3 mencatat rating 4.3 juta penonton, ia akhirnya menarik minat Filmscape untuk membawa kisah cinta dan pengorbanan itu ke pawagam pula.
Berita menggembirakan itu disahkan pada majlis penyampajan hadiah peraduan DVD Nur Kasih, di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, kelmarin.
Penerbit Eksekutif Nur Kasih, Mohd Frank Lewis, mengakui Nur Kasih satu jenama yang cukup gah sehingga mereka berani menanggung risiko untuk menghasilkan filemnya dengan bajet RM2.5 juta.
Katanya, walaupun drama itu mendapat sambutan hebat hingga mencatat sejarah manis sepanjang 25 tahun TV3 beroperasi, pihaknya sedar risiko harus ditanggung kerana membabitkan pembelian tiket berbanding 'drama percuma'.
"Ini filem pertama kami dan saya sedar pasaran filem sekarang sukar dijangka. Ada filem yang mencatat sambutan hebat dan ada yang gagal. "Namun saya berani ambil risiko ini dan mengharapkan sokongan besar daripada peminat setia drama bersiri Nur Kasih.
"Idea menghasilkan filem ini muncul selepas siaran 26 episod dan dimaklumkan TV3 mengenai sambutannya yang sangat hebat dengan rating 4.3 juta penonton. "Malah ada episod mengatasi jumlah penonton Buletin Utama. Bagi saya ini satu kejayaan besar dan tidak seharusnya dipersia-siakan. "Ramai juga tertanya-tanya bagaimana jalan cerita filem ini. Apa yang boleh saya katakan ialah jalan ceritanya adalah sekuel kepada sirinya mengenai apa yang berlaku kepada watak utama, Nur Amina, Adam dan Aidil. Tunggulah nanti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Turut hadir, Kumpulan Pengarah Eksekutif (Produksi), Kumpulan Media Juita Viden, Francis Foo dan Pengarah Urusan Filem & Drama, Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah serta beberapa pelakon iaitu Fizz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Liza Othman serta penyanyi lagu tema Nur Kasih, Yasin. Bagaimanapun, pengarah Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa tidak hadir kerana Kabir berada di Jakarta untuk penggambaran iklan komersial.
Filem cereka Nur Kasih yang dihasilkan dengan kerjasama Primeworks Studios masih mengekalkan barisan pelakon asal, Fizz Fairuzz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Sharifah Sofea, Datuk Jalaluddin Hassan dan Liza Othman. Bagaimanapun, Ummi Nazeera yang memegang watak Siti Sarah, adik Nur Amina tidak berlakon dalam filem ini kerana menyambung pelajaran di Melbourne, Australia. Filem ini akan memulakan penggambaran akhir Mei di Malaysia, Australia serta Timur Tengah dan untuk sasaran tayangan akhir tahun ini juga. Kata Frank, pihaknya mensasarkan tayangan Nur Kasih akhir tahun ini kerana demam drama bersirinya masih panas. Katanya, sebelum ini Filmscape bercadang menghasilkan filem Kekasihku Seru juga arahan Kabir tetapi berpendapat kurang sesuai kerana drama seram itu sudah lama disiarkan di TV.
"Kami tidak mahu berlengah lagi menghasilkan filem Nur Kasih. Buat masa ini skripnya belum siap sepenuhnya dan mungkin dalam masa seminggu ini akan lengkap dan akan memulakan penggambaran akhir Mei atau awal Jun," katanya.
Sementara itu, Tiz akui dia sendiri belum tahu jalan cerita filem Nur Kasih, cuma diminta untuk melapangkan masa bagi penggambarannya dari pertengahan Mei hinggalah Julai.
Katanya, dia kini tidak terbabit dengan apa-apa penggambaran kerana berehat panjang sehinggalah kembali ke lokasi Nur Kasih dan sangat teruja memulakan penggambaran kerana ini filem lakonan pertamanya.
"Memang teruja sangat tetapi waktu sama berdebar-debar kerana bimbang hilang momentum watak Nur Amina yang dibawa tahun lalu. Tapi saya yakin dengan skrip Mira dan kerja kreatif Kabir, akan menjadikan filem ini sesuatu yang hebat sebagaimana drama bersirinya. "Saya juga tidak ambil banyak tawaran berlakon kerana takut tidak mampu buat. Maklumlah, saya masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. "Jadi, buat satu demi satu dan berikan yang terbaik. Saya juga tidak berani menjanjikan apa-apa untuk filem Nur Kasih, nanti tidak mampu tunaikan. Tengoklah nanti bagaimana," katanya.
Kata Tiz, gandingannya dengan Remy Ishak dan Fizz Fairuz dalam drama ini membawa kesan cukup besar dalam kerjayanya hingga menang Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) lalu.
Malah gandingannya dengan Remy dikatakan ada keserasian hingga mereka dikatakan menjalin cinta.
Apapun kata Tiz, dia tidak keberatan digandingkan lagi dengan Remy dalam drama atau filem. "Sebenarnya kami mula digandingkan dalam drama arahan James Lee, Bernafas Dalam Lumpur pada 2007 tetapi mungkin ramai yang tidak sedar gandingan kami berdua hinggalah digandingkan dalam Nur Kasih," katanya.
Pada majlis sama, seramai 18 penonton bertuah menerima hadiah peraduan DVD Nur Kasih berupa pengurut kaki G-Power, pengurut tangan G-Vibo dan tiga hadiah utama, kerusi urut G-Pro Unique tajaan Gintell (M) Sdn Bhd. Peraduan dengan kerjasama Harian Metro dan Juita Viden itu memberi peluang kepada 20 penonton beramah mesra dan menjamu selera dengan pelakon Nur Kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan citer camner yaaa agaknya??? sambungan versi drama nyerrr ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke ada jalud dan sh sofea...kan dua dua dah kojol.....nak buat flash back ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Yehaaaa...akhirnya filem yang aku nanti2 ni akan memulakan penggambarannya...tapi agak2nya bile tayangannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknye Tiz, Miasara at NKTM shooting (pic pg.5)..cute
Post Last Edit by kerill at 23-7-2010 10:16
Nur Kasih The Movie dh start shooting hr ni...dkt fb adik miasara ada tulis dia blakon dlm NKTM, her first movie....dgrnye film nur kasih ni bermula 8 tahun selepas kisah drama nye berakhir, so may be watak miasara ni anak kpd nur amina or ank kpd aidil?? smlm diadakan majlis doa selamat bermulanya shooting NKTM, tp adik miasara x pegi, yg ada pelakon cilik lelaki, may b sbg anak salah satu psgn gak...here some pictures kt majlis kesyukuran tu...
![](http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/8e9ff073-786a-489a-92f8-958e56eaa5be/015673853.aspx?maxsidesize=600) |
|
|
|
|
|
|
|
memg dnanti2 film ni. harap2 xmgcwakan..
any info on watak Sarah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# cloud_vendetta
dgr nye watak sarah xde, p bljr overc x balik2....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
harap tak mengecewakan![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah.. harapnya cerita NKTM x mghampakan.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# kerill
ekk?? ala kurg serinya.. ska tgk sarah gedik.
tp xkisah as long as hero nn heroin tetap remy n tiz. |
|
|
|
|
|
|
|
moge2...NKTM tak mngecewakan peminat setianye....
![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|