CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alien3d

harga minyak ikut cc

[Copy link]
Post time 30-10-2009 10:07 AM | Show all posts
RM50, pump 5 ,kuning, 1.5,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 10:11 AM | Show all posts
Mcm mana nak laksanakan tu?
penyo Post at 30-10-2009 11:06 AM


tu yg pening mat bangla kat pam stesen tu...sebelum ni hanya perlu hafal `baru lama punoh' aje. Ni kena hafal cc kereta lah pulak. Tapi teman rasa cc ni akan dibezakan melalui warna road tax kete. Mungkin kaler hijau utk yg bawah 1500cc, kaler biru utk >1500  tapi <2000cc, manakala kaler merah utk yg >2000cc  (harap2 depa tak tiru idea teman ni)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:13 AM | Show all posts
19# penyo
Jangan minta geran dah ler masa nak isi minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:14 AM | Show all posts
bangla mesti kena study dulu bab2 keter...
disyorkan masuk forum cari...belajar cc keter...mana tau nanti kena kapur masa isi minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:15 AM | Show all posts
19# penyo  
Jangan minta geran dah ler masa nak isi minyak.
Belimbingtm Post at 30-10-2009 10:13


jgn sruh check puspakom lak time nak isi minyak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:16 AM | Show all posts
bangla mesti kena study dulu bab2 keter...
disyorkan masuk forum cari...belajar cc keter...mana tau nanti kena kapur masa isi minyak...
mycos79 Post at 30-10-2009 10:14


bangla ada lg ke weh kat petrol pump?

kat kl ni x der daaa derang kat petrol pump...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 10:17 AM | Show all posts
bangla ada lg ke weh kat petrol pump?

kat kl ni x der daaa derang kat petrol pump...
t@t Post at 30-10-2009 10:16


...dah pupus ka...??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:19 AM | Show all posts
bangla ada lg ke weh kat petrol pump?

kat kl ni x der daaa derang kat petrol pump...
t@t Post at 30-10-2009 11:16 AM


dah tak de ke tat depa semua dah gi mana...depa dah tukar kerjaya jadi gigolo ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 10:21 AM | Show all posts
nak tak nak....kena gak isi petrol dlm tangki kete masing2...kalu dak..kasi itu kelambu itu kereta lah...pergi kerja naik basikal....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:23 AM | Show all posts
Untung la sapa pakai RX7 dan RX8
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:25 AM | Show all posts
setiap kali budget, middle class punya rakyat paling terukkk.....golongan atasan mmg byk duit...golongan bawahan byk dapat exemption..tgh2 lah selalu kene...ngehngehngeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:25 AM | Show all posts
bangla mesti kena study dulu bab2 keter...
disyorkan masuk forum cari...belajar cc keter...mana tau nanti kena kapur masa isi minyak...
mycos79 Post at 30-10-2009 10:14


masa nak isi minyak, tepek emblem 1.3 kopek dari proton saga kat stream haku.. kalau bangla tu banyak songeh, lu tarak nampak ka ini kete tulis 1.3?? lain kali skolah dulu lar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:25 AM | Show all posts
myk tanpa subsidi berapa skang? rm2.05 ker? if so..full tank aku dari rm65 akan jadi rm74+-, tapi aku 1.6 jerk...so maybe ada subsidi lagik..hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:26 AM | Show all posts
alang2 nak tampal emblem lain, baik ko tampal je kancil 660 punya emblem fastt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:33 AM | Show all posts
34# d34n


makin la usahawan yang buat dan jual emblem..pastu iklan kat mudah.my

hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:33 AM | Show all posts
ni yg aku marahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 10:50 AM | Show all posts
Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.

Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.

Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.

Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.

Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.

Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.

Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?
Bagaiamana kualiti bas awam ?
Bagaiamana kualiti teksi ?
Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?
Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?
Bagaimana tol boleh dihapuskan ?

Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia  sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.

Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.

Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.

Contoh dalam Belanjawan 2010 :

Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?

Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:15 AM | Show all posts
rasanya idea macam ni susah nak diimpelem..terlalu banyak kesan negatif akan timbul...

better guna duit subsidi untuk semua rakyat tanpa mengira pendapatan...kata 1Malaysia , kenapa dalam soal minyak bukan 1 rega?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:23 AM | Show all posts
32# Fast-N-Furious

keta gen2 ngan neo leh buat cam tu sebab ada varian 1.3 dan 1.6

cuma side mirror kena kasi cat itam semula.....

disk brek belakang tak pe, 1.3 pun ada disk brek....


wa ka ka......


gomen budus laaaa kalau buat cam tu...

proton banyak model 1.6... lepas ni org pakat beli city dan vios (1.5)... biar proton bungkus cepat sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:25 AM | Show all posts
Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga min ...
Fast-N-Furious Post at 30-10-2009 10:50



panjang lebar perbentangan budget dr menteri Fast....cayalah...bila nak masuk calon wakil rakyat bang Fast
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.211715 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list