CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eyth

Pendarahan semasa Hamil - Camner cara solatnya?

[Copy link]
Post time 2-10-2009 09:29 PM | Show all posts
20# RedDevils

i pun baru nak tulis yg ni tak sempat, sebab dr harlina...kalau korang kenal dia ni pakar sakit puan dan juga ketua JIM wanita tu..dia pun penah bg tau darah yg keluar masa hamil tu bukan darah period...saya setiap kali pregnancy memang bleeding..dr kata rahim tak kuat..so bagi morfin ( betulke) bagi kuat...kawan baik saya dia tiap kali pregnant kena dok ward sampai usia kandungan 7 months..sbb bleeding ni gak lah..
kak ipar saya sepanjang pregnancy bleeding sampailah satu hari..darah mencurah2 keluar rupanya rahim dia pecah scattered ...kena buat emergency operation remove rahim terus...
takkan tak yah solat sepanjang 7 mnonths ni...

saya dah tanya 2 ustazah..( sorang grad al azhar sorang dari UIA)  dan 1 ustaz..kisah tendang pintu rahim tu bukan kisah israliat...pensyarah saya bg tau..dlm rahim wanita ada satu jenis syaitan..kadang ada pasangan kahwin lama dah check dr nothing wrong..so he said..syaitan ni keja ni tak mau umat islam dilahirkan..so bila berlaku hubungan suami isteri ia akan menggoncangkan rahim supaya tidak berlaku persenyawaan...cara lain tendang rahim biar period lebih dari hari biasa tujuan yg sama gak ...ni pensyarah dari ukm ni..
saya pun dah baca seblum ni kisah syaitan ni..saya pun tanya ust tu betul ke blh baca surah as-saffat utk halau syaitan tu..dia pun mengiayakannya..rakan classmate pun tanya ayat ke berapa..dia kata baca jer seluruh surah as-saffat tu..surah ni selepas yassin..kadang saya buka gak kat laptop ni..
penyakit angin ahmar or org panggil stroke tu itu juga disebabkan seekor jin ni...kalau penah dpt email doa utk elak angin ahmar amalkanlah..selalu saya dpt email ni dan ada kawan bagi hadiah lagi buku doa utk elak angin ahmar ni..jin dan syaitan ni byk cara nak porak perandakan umat islam..wallahualam...sebenarnya ada kitab khas utk wanita ni..boleh beli dan rujuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 09:36 PM | Show all posts
cuba recalled subject sains form 3 dulu...saya tak ambil bio masa form 4 sek teknik so ingat yg ni aja lah...darah haid turun setiap bulan bila ada telur yg tak di senyawakan...ada betul?

bila berlaku kehamilan means telur tu dah disenyawakan so automatically shouldnt get period, right?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:48 PM | Show all posts
19# bintang

saya baru perasan soalan yg diutarakan kepada uzar tu darah BILA HAMPIR BERSALIN bukan darah masa kehamilan...sbb tu ada pendapat pelbagai tu..anyway blh baca comment penulis lain di ruangan yg sama di website Uzar ni

Saya pernah mengutarakan masalah ini dalam forum al-ahkam...saya rasajawapan yg terbaik yg dijelaskan dlm forum itu oleh panelistnya ialah(yg juga diambil dari majmu' fatawa) :  

1-Jika darah yang keluar sblm bersalin TANPA rasa sakit kontraksi bersalin, maka itu darah istihadhah..so, wajib lg solat dsbg.

2-Jika keluar darah BERSAMA rasa sakit,maka itulah nifas.

3- Pndpt Imam Syafie,kurang tpt kerana darah haid tidak keluar lagi semasa sso mengandung.

wallahua'lam                               
Sekadar nak kongsi pandangan. Saya pernah membaca kajian menyatakanbahawa setelah seorang wanita hamil dia tidak lagi mengeluarkan darahhaid. Oleh itu, menurut kajian juga darah yang keluar ketika mengandungadalah darah kotor atau istihadhah.

Selain itu darah yangkeluar sebelum anak kelaur (tumpah darah) juga bukan darah nifas,bererti anda masih wajib bersolat, atau perlu qada solat selepas bebasdaripada nifas nanti. Sebab nifas adalah darah yang keluar selepaskeluarnya anak. Wallahualam

Sila Rujuk DARAH WANITA PANDANGAN ULAMAK DAN PAKAR PERUBATAN
Lagipun pendapat Imam Syafie yg menyatakan ia darah haid tidak berlandaskandalil qati' tetapi hanya ijtihad berdasarkan pengetahuan perubatan yangprimitif pada masa itu.

jgn tinggal solat. syaitan suka sgt orang tinggal solat ni macam2 cara dia boleh buat...apa lagi saaat nak melahirkan seorang umat islam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:53 PM | Show all posts
cuba recalled subject sains form 3 dulu...saya tak ambil bio masa form 4 sek teknik so ingat yg ni aja lah...darah haid turun setiap bulan bila ada telur yg tak di senyawakan...ada betul?

bila berl ...
sunsuria3 Post at 2-10-2009 21:36


bila berlakunya persenyawaan, terbentuklah zygote.

zygote ni akan menempel di dinding rahim, dan sperm2 lain tertutuplah peluang utk mensenyawakan ovum.

dan dinding rahim ni dah get ready(before proses pengeluaran ovum dari ovary lagi)menebal dgn saluran darah, ready utk membekalkan oxygen kepada zygote jika dtg menempel.

dlm kes tiadanya persenyawaan, yg jadi darah haid itu ialah darah yg turun dari dinding rahim yg menebal tu...

proses penebalan dinding rahim--turun darah ni berulang ulang setiap bulan(sebagai haid) selagi tiadanya persenyawaan(dan zygote yg menempel).
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 12:12 AM | Show all posts
24# RedDevils

thankyou doc
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 12:28 AM | Show all posts
TQ doc dan kak sun....

Nanti saya sambung perbincangan ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2009 01:16 PM | Show all posts
Malam tadi dah menulis panjang tapi bila post hilang lak, bad mood jadinya lepas tu.....

OKlah kita sambung... TQ sekali lagi doc red... sebenarnya bintang taknak kaitkan dengan sains dulu (kak sun bintang beljar bio form 4 and 5) begitu juga hal jin menendang pintu rahim.. ingat nak kemudian kan hal ni.... dan akak kaitkan pula pasal jin yang menyebabkan stroke. adeh...

Terpaksa gak kaitkan dengan sains sedikit dulu; stroke bukan penyakit spiritual... ok camni....otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Terjadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya. Antara golongan yang mudah terkena stroke;  pesakit jantung, penyakit diabetis, tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi dan perokok....\

Namun apa apa pun doa tetap baik untuk diri... samada di dunia maupun akhirat...

Sepertilah sebahagian beranggapan teradinya guruh dan kilat kerana malaikat mengejar syaitan.... cerita ni masih panjang dan cerita zaman berzaman dari israeliyat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 01:30 PM | Show all posts
Berbalik kepada topik....

Bintang akui masih belum begitu faham, bukan... nak lebih perbincangan lagi. Yang seingat bintang, apa yang bintang postkan di atas itulah yang bintang pelajari sebelum ini... Ok, macam doc red cakap darah yang keluar semasa hamil BUKAN darah haid... tapi ada kes (segelintir sahaja) wanita yang mengandung mengalami haid macam biasa, setiap bulan dan habis tiba waktunya begitulah setiap bulan sehingga dia bersalin...  (???)

Dan wanita yang mengalami keguguran berperingkat? Kira darah tu mengalir macam haid? kena solatvjugak?

Yang satu lagi darah yang keluar sebelum bersalin, kira 2-3 hari sebelum bersalin (betulkan bintang kalau kes begini ada atau tak ada, bintang andaikan saja ni). Kita tau itu bukan haid, bukan wiladah dan bukan nifas(?)... darah istihadah? istihadah apanya dan memang nak bersalin? pecahnya dari rahim....

Yang nak tahu kena solat atau tak?


Ini bintang ambik dari link di bawah : Nifas (النفاس) ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak. Ia keluar sama ada di saat melahirkan anak, selepas melahirkan anak atau dua hingga tiga hari sebelum melahirkan anak. Yang terakhir (sebelum melahirkan anak) hendaklah yang disertai dengan tolakan melahirkan anak(terasa nak bersalin).

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/enam.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 03:46 PM | Show all posts
Bab darah yg keluar, let say sehari dua sebelum the actual labour tu...ya, I sendiri pun tak pasti status nya..yalkni kena still solat atau pun tidak..kena rujuk pakar agama...

signs & symptomps of labour are:

1. show---yakni keluarnya darah dan lendir
2. pecah air ketuban
3. contraction yg makin meningkat frekuensi dan kekuatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:02 PM | Show all posts
28# bintang

kalau saya, bukan fatwa tau..ikut spt yg kat atas tu kalau ia diikuti dgn contraction then tk perlu solat...sb bleeding ni can be from a lot of things...as i mentioned earlier my sist inlaw sepanjang pregnancy bleeding..and my best fren tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:28 PM | Show all posts
bismillahirahmanirrahim...saya harap apa saya tulis ni dpt menerangkan mana yg tak faham.
ilmu sains itu cuba cabang dari ilmu islam...kata pensyarah saya juga apa jua ilmu yang baik2 itu adalah ilmu islam.
dulu saya pun tak pernah terfikirkan bab syaitan or jin yg boleh memberi kita kerosakan interm of health.
kalau rajin blh baca di internet kisah seorang ust di melaka yg mengubati penyakit stroke ni..rasa saya ada satu story yg byk kali dah diulang2 tayang sampai dlm mail box saya kisah family dari seremban yg mak dia dlm condition teruk dah..sbb stroke then alhamdulillah dpt berubat dgn ust dari melaka ni ...infact dr dari seremban tu yg beri alamat ust di melaka ni..siap tulis nama dr dan hospital kat senawang tu yg suruh dia refer to ust ni..dan kawan saya pun pernah bawa mak dia berubat dgn ust yg sama berdasarkan cerita dari email tu..dia kata kena bambu dgn ustad tu he he sbb tak pakai baju kurung dia orang pakai jeans aja...rumah ust tu memang ramai pesakit..
doa angin ahmar tu tak rugi amalkan..baca setahun sekali pun boleh..syaitn tu boleh masuk dlm badan kita ni apa lagi nak simpulkan urat2 or pembuluh darah...senang je bagi mereka...

anyway ni pengalaman saya sendiri..saya share kat sini..
a few years ago about 10 years ago i think i was diagnosed ada hyperthyroid..( i hope tak silap term hypo yg lack of thyroid right doc?)..org hyperthyroid ni blh chek lah kat internet bagai mana conditionnya ada satu msa tu sampai saya tak tahan puasa..kerap ponteng selain asyik berpeluh mcm baru mandi..peluh melelh sendiri..jantung laju bagai nak putus jantung...mula berubat di tawakkal..then pindah ke ampang puteri sb saya ingat dr kat tawakkal tu tak expert sb ada satu kali dia refer saya kat ampang puteri...utk test guna apa tu machine apa tak nama nya..kata dr nik kat ampang puteri tu machinen ni cost 5 million i was the first person yg guna machine ni..utk lebih specificacy type of thyroid gitu kut..tak silap saya diclassificasikan as 'grave thyroid' jenuh gak tgk internet baca...5 tahun berubat di ampang puteri..asyik ambil pil..lastly malas dah ikut nasihat dr ambil radioactive iodine...15mg sekali telan..byk ni tau..ada one model before i punya turn dia telan 5mg aja...saya smpi kena duduk ward seminggu kira kuarantine takut radio active tu tersebar pada orang lain..sudu tak blh share..orang pun tak blh visit saya...ha gitu lah....punyalah hati2 dr yg nak bg saya iodine tu..sbb benda tu kena special order dari jabatan atom kat bangi tu bukan blh simpan stock kat hospital katanya..

by right saya sepatutnya akan totaly sembuh infact saya akan jadi hypothyroid..dan kena ambil sumplement for the rest of my life..gitu lah kata dr...tapi surprisingly..thyroid masih active..dr hairan dia kata dia tak pernah jumpa patient yg tak respon to medicne this is the first case..dia dh byk kali treat patient guna iodine ni..so diasuggest saya pi hukm so that dr kat sana boleh run some test why my body not responding to medicine or iodine..sb hospital swasta mana ada buat experiment semua ni..dia siap nak suggestkan dr di hukm sbb dia dulu bekas hukm pindah ampang puteri...byk lah dia punya cantik nak buat i as experiment...
so i seek alternative..ada kawan introduce one guy dr gak..tapi dr phd from upm, dia retired from pensyarah further study dlm perubatan islam..i went to his house...kat rumah dia mcm2 model organ2 manusia ada..so bab jantung ni pun dia explain this and that..lastly he said ada sekor jin duduk kat jantung saya tu yg bagi jantung saya sentiasa laju...nak gelak tak? husband saya memang tak percaya...tapi masa kat rumah dia tu meamng right there and then i sendiri blh rasa something keluar ikut arah tangan ust tu..he did some ritual thingslah guna his hand dari jantung dia gerak naikkan ke atas kepala..so i sendiri blh rasa ada something moving from my heart sampai throat then naik atas hidung terus ke dahi...then saya balik kepala rasa pening..tapi nak confirmkan apa dia cakap tu saya pegi buat blood test..alhamdulillah my thyroid level gone down...legalah sekejap..
tak lama lepas tu rasa lagi jantung laju jumpa lagi ust tu...sekali jumpa bukan murah..ni ust taraf proffessor ni..he he..mana blh jadi kejap ada kejap tak ada
so finally a friend of mine yg saya kenal kat alam cyber ni ajar saya amalkan zikir mathurat dan disudahi dgn yassin....org yg ada saka pun blh terhindar dari saka amalkan zikir ni insyallah...sb dia kata kita sendiri perlu ada pendiding dari makhluk2 halus ni tak blh harapkan pada pengamal perubatan aja..masa kita mengadap ust tu makhluk tu takut lari bila kita balik rumah dia datang balik? main ba ba cak gitu pulak...dan kita juga patutnya berdoa kepada allah, sbb makhluk ni semua ciptaan allah maka padanya jualah kita serahkan balik...
so alhamdulillah dah lama saya amalkan zikir mathurat ni dan alhamdulillah from time to time saya buat blood test dah tak ada thyroid...confirm tak ada now badan dah naik berkilo2..dulu kurus sekeping time ada thyroid..
bila fikir mcam tak logic kan apa kaitan darah dgn gangguan jin yg duduk di jantung ni..tapi tu lah buktinya....
sbb tu saya promote sangat jgn tinggalkan al quran..dlmnya ada macam2..selain penyuluh hidup..al fatihah itself merupakan pendinding dan ubat bagi segala penyakit..ni saya baca kat kitab tafsir..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:48 PM | Show all posts
ni kisah anak saya pulak, tahun 2007 tiba2 balik dari kejohanan akhir rughby dia tidur..bangun masa nak maghrib tu dia hilang ingatan...
his memory back to form 3, padahal form 5 tu..masa tu march..mau saya tak ngeri...saya tanya kawan saya yg sama2 tonton final game tu ada accident ke anak saya ada langgar sape2 ke...dia kata tak ada accident pun infact anak i pun di pilih wakil selangor utk peringkat kebangsaan..memang dah 3 tahun dia wakil sealngor ke national level...

so ambil balik, kebetulan our neibor prof hamidon is seorang dr pakar saraf dari hukm..saya tak kenal dia tp dr harlina my neibor kenal dia sama2 di hukm..dr hamidon ni busy so tak kenal sgt neibor...so went to see him...masa jumpa dia tu pun a fw phone calls orang panggil dia nak seek treatment dia terpaksa turn down..busynya dr ni..so he run some test termasuk MRI (betul ke code ni i tak ingat) kira run test tgk every layer of the brain...2 weeks run test..conclusion nothing wrong...

anak dah takut..sb dia tak ingat apa pun lagi subject bio dia kata dia tak blh recalled apa cikgu dia ajar..dia sampai tak mau duduk disekolah...called saya soh ambil balik dia nak study kat rumah aja..MC 4 weeks..dr yg bagi MC ni soh rest dulu jgn fikir sangat katanya relaxkan minda...
masa ni lah i seek alternative...ada perawat kata masa game tu dia langgar anak jin mana tah...ada perawat kata ada orang dengki nak lemahkan jantungnya...
anak saya ni tiap tahun dpt award 'full colors' means active in koku and excel in academic..among the top students lah allhamdulilllah

so bawa dia darul syifaa' cite lebih kurang saya tgk assistant harun din tu tepuk2 dulu seluruh badan dia..depan belakang...sampai kat jantung dia stop..lama gak ah..pastu dia baca apa tah genggam sesuatu kat jantung tu pastu buang...dia buat beberapa kali lah cengkam dan buang ni..saya tanya gak..betul ke ada orang dengki ni...dia jawab tak apa lah tu tak penting kita ubatkan aja anak ni...
then bagi air penawar..saya pun tak kurang juga bangun tengah malam solat dan doa utk anak..anak sulung ni..tinggi harapan..march sampai mei..dia masih tak cemerlang... saya baca kat majalah sekolah dia end year tu si pengarang tulis...cikgu dah nasihat jgn active sgt masa form 5..nak spm tgk si...terus hilang ingatan..dasyat tu nak ingat balik bio, chemis.......alhamdulillah midterm marks dia memang merudum then dia meamng anak yg punya iltizam yg tinggi tak penah putus asa..belajar tekun..saya pun usaha macam2 bila balik rumah saya hired personal tutor ajar balik subject sejarah semua tu...reading subject susan nak ingat... alhamdulillah..he made it..9A1 spm now doing austmat...tadi baru sms dah dpt offer univ of sydney..
so kan all these things memang wujud...apa pun kita kembali kepada ajaran islam...serahkan kepada pencipta..sujud di atas kebesarannya kerana dia lah yang maha pengasih dan penyayang lagi maha berkuasa di atas segalanya di dunia ini...dan apa yg ada di langit...bukan syaitan or jin or makhluk2 yang lain..

anak saya no 2 ni nak further study dlm medicine saya pun  suggestkan dia belajar rawatan islam di darul syifaa sblm further study ...its good to have both sides of knowledge...tapi dia dh dpt offer plkn pulak...tak pe lah tengah rancang strategy utk mengelakkan plkn ni he he
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:55 PM | Show all posts
innalillah...saya baru je nak cari email lama tentang ust mazlan yg menolong orng ubat angin ahmar tu jumpa kat blog somebody

Alamat untuk berubat angin ahmar (stroke) cara mengurut:

Tuan Imam Hj. Mazlan,
M.S. 15, Ayer Merbau,
77200 Jasin,
Melaka.
06-5297051

Waktu rawatan
Sabtu - Khamis
8.00 - 12.30
2.00 - 5.00
Jumaat
8.00 - 12.00
2.30 - 5.00
Berikut petua yang diberikan oleh Tuan Imam Mazlan.

1) Kencing Manis yang dah berkudis
Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon yg mahal tu) Air Rebus
kesemua ini dan minum air setiap hari. Insya-allah boleh sembuh.

2) Kencing Manis Yang Belum Berkudis
7 - 8 biji air kelapa
Kulit batang mata kucing
Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. Insya-allah boleh sembuh.
3) Gaut
Ambil betik muda 1 biji. dan diletakkan (salai) atas api dapor.
Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat
yang sakit. Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu.
Betik ni sumpahan gaut Tiada pantang makan.

Insya-allah boleh sembuh.

then kat bawahnya tertulis ust mazlan ni dah meninggal...innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:08 PM | Show all posts
ha ni lah kisah sakit ahmar tu...ust mazlan baru meninggal april 2009

1/03/2005 (Jumaat)     8.30 a.m

Saya menerima panggilan dari adik lelaki yang bekerja di Glenmarie Golf Club bahawa emak kena angin ahmar (stroke) dan percakapan emak saya pelat dan setiap butir percakapan tidak berapa jelas. Dia sebenarnya saja call emak nak bagi tau selepas jam 2.30 p.m dia akan balik ke Seremban. Tapi adik saya terkejut bila emak bgtau  dalam keadaan pelat tu emak jatuh semalam. Lantas adik saya hubungi saya. Sebenarnya emak saya ini ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan
jantung. Setiba di ofis saya memaklumkan kepada Pn. Noorlia, begitu juga suami saya terus ke ofis dia.

Anak -anak yang telah dihantar ke Taska di Subang 2, tidak saya bawa kerana hendak cepat. Apa yang perlu dilakukan segera pulang ke kg di Seremban. Saya dan suami pergi ke tempat kerja adik bg urusan GL untuk membawa emak ke hospital. (Tempat adik saya bekerja boleh tanggung rawatan klinik dan hospital untuk ibu - bapa kerana beliau masih bujang.) Setiba di kg saya lihat mulut emak saya herot dan setiap percakapan tidak berapa jelas dan dia ingat-ingat lupa. Sebelah kanan bahagian badan emak saya tidak berfungsi. Jiran yg datang melawat mengatakan pada hari Khamis emak saya jatuh 3 - 4 kali. Dan ketika emak saya datang ke kedai jiran utk membeli nasi lemak, emak saya tidak boleh menggenggam sebarang benda. Wang kertas pun boleh jatuh.

Emak tidak mahu ke klinik/hospital kerana nak berubat cara mengurut. Tak tau nak berurut dengan siapa??. Saya call besan emak di Jelai, N.S tanya org yang boleh urut stroke, sebab dia dulu pernah kena stroke. Besan emak kata org yg ubat dia dah meninggal tp dia dapat tau ada org gi berubat di Jasin, Melaka. orang tu Imam Masjid.Tapi besan ni takder contact no.

Kami sepakat membawa emak ke klinik panel adik untuk mendapatkan surat utk dibawa ke hospital. (tak tau kenapa pulak kami  tak bawa emak terus ke hospital besar, seremban).

Setiba di Pusat Rawatan Islam di Senawang, doktor yang bertugas iaitu doktor perempuan mengesahkan emak saya kena stroke. Dan perlu dihantar ke hospital. Doktor tanya bila emak kena. Kami kata semalam tapi kami dpt tau hari ni. Saya kata pd doktor bahawa emak saya ni nak berubat cara berurut. Kalau saya bawa ke hospital dah tentu emak saya ni masuk air, ambil darah dan terlantar tanpa membuat apa-apa. Ini menambahkan lagi stroke kerana tidak bergerak. Doktor itu pun mengangguk. Saya tanya lagi, "Saya nak tahu pendapat peribadi doktor dan jawab secara jujur dan ikhlas, boleh tak emak saya dibawa berurut?". Dengan tenang doktor perempuan itu berkata "Ikut profession saya dah tentu saya suruh hantar ke hospital, dan berubat cara berurut tu ada, di Jasin Melaka, namanya Imam Mazlan". Kami semua berpandangan sesama sendiri. Kami semua dalam keadaan bimbang dan risau itu berharap ada peluang untuk emak sembuh jika guna kaedah urut. Saya minta no. tel dan alamat Imam Mazlan tu, doktor tu kata tanya saja orang kat Jasin tu mesti ramai yang tahu. Doktor tu kata lagi, Imam Mazlan tu urut pesakit yang tidak lebih 3 hari kena stroke. Ini ada peluang besar untuk emak sembuh dengan izin Allah. Doktor tetap keluarkan refer letter untuk follow-up ke hospital Seremban. Terpulang nak pergi bila.

Selepas itu emak kata dia nak makan tgh.Jam dah kul 3.30 ptg. Kami singgah di kedai yg emak nak pergi. Dalam keadaan berpapah tu kami ikut juga kehendak dia. Al-maklumlah sekiranya sesuatu terjadi kempunan pulak dia, kami jugak yang menyesal seumur hidup. Tokey gerai makan tu kenal emak. Dia kata ada orang pandai ubat ada kat Jasin, Melaka tapi tak tahu nama. Ini menambahkan keyakinan kami bahawa di Jasin ni ada orang yg boleh mengubat emak dengan izin Allah juga (Bayangkan rezeki emak saya, 3 orang kata pasal Imam di Jasin, Melaka, tambahan pula doktor juga bagi kerjasama siap bagi nama Imam Mazlan lagi). Faed (suami saya) ajak  balik ke Sg Buloh dan kami bertolak jam 4.30 ptg untuk ambil pakaian dibawa ke kampung kerana kami balik ke Seremban tadi pun hanya berpakaian ke ofis. Selepas itu baru ambil anak - anak di Taska, Subang 2. Setelah packing baju dan ambil anak, saya tiba di Seremban jam 8.30 mlm.

Kami bertolak dari Seremban 9.30 mlm menuju ke Jasin, Melaka. Setelah puas bertanya orang kami tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.00 mlm. Tiada rawatan di waktu malam. Itulah yang tertulis di pagar rumah imam. Lantas suami saya tel no. yang tertera di luar rumah. Imam berkenaan yg angkat tel. dan beliau suruh datang esok hari. Dia tanya dah berapa lama kena, suami saya kata kena semalam. Walau pun kami sedikit hampa kerana dah sampai depan pagar rumah, tapi kami bersyukur kerana dah tau rumah Imam Mazlan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:09 PM | Show all posts
12/03/05 (Sabtu)

Kami bertolak dari Seremban jam 10.30 pagi dan tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.30 tgh. Tempat tu tutup kerana apabila kami baca di dinding waktu rawatan, 12.30 - 2.00 p.m (Sabtu-Khamis) adalah waktu rehat. Kami pergi makan dulu. Jam 2.00 ptg kami datang semula kami lihat telah ramai orang yang datang. Imam Mazlan tu merawat pesakit dengan hanya memicit tempat - tempat yang dia tahu disitu ada angin ahmar. Bukan kaedah mengurut. Memang saya sedih bila emak di picit, emak mengaduh kesakitan. Emak menggeliat dan seolah mengelupur menahan kesakitan bila dipicit. Kami hanya memeluk emak untuk menenangkan sahaja. Itu saja yang mampu kami lakukan. Saya menitiskan air mata kerana tak tahan melihat emak kesakitan bila di picit. Berbagai - bagai bangsa yang datang dari segenap pelusuk. Paling muda pelajar sekolah menengah mulut dan mata dia dah mecong/herot. Menurut ibu kepada budak tu, doktor kata saluran darah di otak anak dia dah pecah. Angin Ahmar menyerang tak kira umur. Ada yang datang dari Singapura, Pahang, sekitar Johor dan Melaka, Gombak dan kami dari Seremban. Tiada bayaran atau pun pengeras dikenakan, kami hanya bersedekah. Ada yg bg RM10, RM 15, (ikut berapa nak beri) Saya tanya Imam Mazlan, emak ni perlu ke datang lagi. Diakata tak paksa, seelok-eloknya biar 3 hari berturut-turut. Imam mengingatkan sekiranya ada sahabat andai, saudara-mara, jiran yang datang melawat dan ingin memberi bantuan dengan menggosok-gosok anggota badan, menggunakan minyak angin, dia minta tolong dijauhkan. Sebarang minyak angin tidak dibenarkan di sapu di badan pesakit.(tak ingat plak yang masih menerima rawatan dia ker).  Sekiranya kita mendukung anak kecil yang pakai vicks, minta dijauhkan dari pesakit ahmar ini. Saya bg tau pada Imam Mazlan 3 jari tangan kiri saya selalu kebas dan tumit kanan kaki mencucuk. Dia picit kaki saya dia kata saya takder angin ahmar, ini gaut. dia pun bg petua nak hilang gaut menggunakan betik. Betik ni sumpahan gaut. Keluar je dari kawasan rumah dia (rumah dia dalam kebun getah) suami saya perasan emak saya tak pelat lagi. Kami terharu emak ada perubahan dengan izin Allah juga.

13/03/05 (Ahad)

Kami bertolak awal, maklumlah hari Ahad, dah tentu ramai orang menerima rawatan. Setiba di sana kami lihat ramai betul orang. Kami ikut giliran. Bukan ambil no. Ikutlah sapa yg dtg dulu. Kali ini dia picit, emak tidak lah sakit dipicit seperti semalam tetapi kira sakit jugak lah... Berpeluh emak menahan kesakitan dan seolah kepenatan. Imam Mazlan kata Insya -Allah emak boleh sihat kerana datang cepat. Imam kata seelok-elok nya nak cepat sembuh, pesakit itu jangan dibiar lebih dari 72 jam ( 3 hari kan) betullah kata doktor tu. Kalau yg lewat tu dia kata boleh jugak dtg. Insya- Allah boleh sembuh... Ramai yg dtg tu  (sedara mara pesakit) smlm kami tak jumpa, heran dan tanya dah berapa lama datang sini, sbb dia nengok emak saya tak perlu papah lagi. Dia dah boleh jalan sendiri cuma dalam keadaan dengkot-dengkot (pelan-pelan lah...bukan trus berlari!!!! ) Ini adalah kerana kami cepat bertindak dan Allah memberi keizinan dan memudahkan perjalanan kami dengan menemukan Imam Mazlan. Balik rumah emak saya kata dia dah boleh mencangkung bila buang air. Dia kata dah berapa hari tak buang air besar coz sakit ni. Kalau buang air kecil paham-pahamlah kalau tak leh cangkung buat camner. Lagi satu time makan, dia suka duduk bawah. Dia dah boleh bersila. Inilah satu keajaiban bagi saya dengan izin Allah. U all pikirlah camner.. Demi Allah saya tak tipu.

14/03/03 (Isnin)

Hari ke- 3 kami pergi lagi ke Jasin, Melaka. Kali ini ingatkan tak perlulah awal sangat coz hari bekerja. Kali ini saya bawa ayah. Ayah tiada sebarang penyakit cuma dia ada sakit/lenguh di bahagian bahu kanan. Dibhg belakang bahu kanan macam ada benda bulat sebesar bola pingpong bila dipicit. Sampai saja di rumah Imam Mazlan, telah ramai orang menunggu giliran. Kebanyakan berkerusi roda. Bila dilihat memanglah menyedihkan. Apa kan daya itu bahagian masing-masing. Setelah giliran emak saya, habis berubat Imam Mazlan kata Alhamdulillah dah tak der lagi angin ahmar dalam badan. Kini giliran ayah pula untuk mencuba bhg yg sakit. Kalau tak der alhamdullillah. Imam tu picit jer 3 jari kaki kanan ayah, dia kata angin ahmar dah ada dalam badan. cuma ayah saya ni belum jatuh pengsan jer. kalo dah jatuh silap-silap duduk atas kerusi roda. dia picit bhg badan ayah yg ada ahmar seperti di belakang bahu.  apa lg sampai berair mata ayah saya menahan sakit. bila balik dlm kereta ayah kata alhamdulillah tangan dia dah boleh angkat keatas. Ayah saya yakin dengan izin Allah dia tak sakit tgn lagi. Kalo tidak dulu doktor suruh ayah gi hospital masuk wad pas tu cucuk masukkan steroid untuk cairkan darah. Ayah saya tak nak, saja dia biarkan sakit. Sampailah bertemu dengan Imam Mazlan ni.


15/03/05    Selasa

Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya tak salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan. Tekanan darah tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah emak saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata doktor di hospital ini ada improvement (still minor).Doktor tengok emak ni kira boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu
penat. Doktor muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang tercatat di refer letter.

Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memberitahu sekiranya ada sahabat-handai, saudara mara, kenalan bawalah berjumpa Imam ini. Kita sebagai berikhtiar. Saya bukan promote untuk kepentingan, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman emak dan ayah saya yang di serang angin ahmar. Insya-allah dengan berkat pertolongan kepada mereka yang sakit ini sekurang-kurangnya mengurang beban kesakitan yang ditanggung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:56 AM | Show all posts
salam.. tak sangka pulak u all banyak membantu dalam memberi pendapat2 yg bernas pasal pendarahan masa ngandung nih..

conclusionnyer: saya teruskan solat saya sebab saya rasa hubungan dgn Allah makin renggang sejak Allah uji saya bab pendarahan ni.  

thanks semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 01:17 PM | Show all posts
well have you seen your gynaecologist / obstetrician  , tu sajer soalan saya pada pembuka thread ni ?
dah   ker , Puan ?

sebab senang jer, kalau  Puan  pi check up doc akan buat ultra sound ker pregnanct test ker just to knowlah  Puan pregnant ker tidak  then  kalau pregnant tu darah  yg  Red Devils cakap tu lah , kekadang placenta menembusi  lapisan rahim ( endometrium tuuu) kekdadang blodd vessels, slur darah pecah  = bleeding  = yang ni bukan haid , so i think  ni yg penting jumpa doktor

kalau tak der baby - then , may be baby tu gugur or you just bleeding becoz baby tu gugur so tang situasi i  think tunggu darah habis then mandi then solat ler


senang jer  , tak  der yg rumit rasanya kot...just  to confirm other things seek medical help. Jumpa pakar .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 08:08 PM | Show all posts
dear mbhcsf,

appt dgn pakar next week.. pegi scan kat klinik biasa jer.. doktor confirm masih ada baby lagi..  

i pun dah malas nak worry dah..  bleeding pun dah tukar jadi staining.. i solat jer... Allah lebih mengetahui....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:09 PM | Show all posts
eloklah solat, fakta dah dibentangkan pun secara jelas dan nyata...my first pregnancy waas in 1990..masa bleeding and being warded ada gak yg nampak saya bawa telekung siap nak injam lagi..tu ward tuk org2 bleeding masa pregnancy..so its like all the way back almost 20 years ago..ilmu tu pun dah sampai pada kami...nurse siap tunjuk bilik solat mereka instead f kami kena jln jauh ke surau public..dia suruh guna bilik ni utk solat..ada blk kecik sebelah front dest...insyallah.ALLAH MAHA MENGETAHUI.pada saat genting begitu lah kita rasa nak sgt hampir dgn pencipta...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 03:48 AM | Show all posts
dear mbhcsf,

appt dgn pakar next week.. pegi scan kat klinik biasa jer.. doktor confirm masih ada baby lagi..  

i pun dah malas nak worry dah..  bleeding pun dah tukar jadi staining.. i solat je ...
eyth Post at 6-10-2009 20:08

GOOD.... now as u know ...itu bukan haid. So, i think , it could be yg placenta tu ( may be ) so, okay good...carry on solat ler.  good . wise move.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.100046 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list