CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Merged]Tentang Kumpulan Pemburu Hantu/Penyelidik Paranormal seluruh Dunia

[Copy link]
 Author| Post time 8-5-2009 10:02 AM | Show all posts
tapi nampak kan imej/objek yang mcm bergerak2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 10:07 AM | Show all posts
yenil memang tak tengok citer2 mcm ni..tatottt..nanti terbangun tido teringat2...

lagipun pkl 10 lebih dh tumbang dgn baby..

try sekali tengok citer jgn pandang belakang..tapi sib baik hantu dia lawak muka ala2 spiderman...so, takla menakutkan..siap gelak2 kat hantu dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:01 AM | Show all posts
Ala..
ni malaysia nyer version TAPS..
hahahah
tpi x jadi..
cm ntah paper jer..
Juz jumper "Orb"..adeh
Tpi sara suka TAPS lagi..
apatah lgi..episod TAPS nyer yg lepas..
gi rumah kt tepi pntai tu...
uhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:06 AM | Show all posts
pemburu hantu ni ala2 seekers la..yg nama iskandar tu pon familiar,pelakon suam2 kuku

nk tnye,kowang dok sebut2 TAPS..ape tu??sorry yek,ku ketinggalan sket


[ Last edited by  pinky46 at 8-5-2009 11:08 ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by nazrey11 at 7-5-2009 22:35
ni macam ghost hunter kat star world tu ke??


ye sama tapi bosan giler pemburu hantu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:47 AM | Show all posts

Balas #24 pinky46\ catat

ooh..
yang TAPS tu ialh citer Ghost hunters kt channell star world..
ni yg mat salleh nyer..
invistgte hantu2..
wuuu..besh2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2009 11:29 AM | Show all posts
Pemburu hantu kesan paranormal secara saintifik

oleh AU YEONG HOW

DOKUMENTARI drama berbentuk eksplorasi fenomena entiti paranormal, "Pemburu Hantu" bukan sahaja hebat dari segi isi kandungannya bahkan tiga watak pemburu hantunya.

Drama terbitan FM Production itu ditayangkan pada setiap hari Khamis malam, jam 11 malam, eksklusif di Astro RIA (saluran 104). Ia mempunyai 13 episod.

Tiga watak dengan tiga jenis personaliti berbeza. Seorang adalah berani dan tidak beralah, seorang pula adalah ego dan gemar menjelajah; dan seorang lagi penakut dan pemalu tetapi bekerjasama dalam menjalankan kajian luar biasa mereka.

Pemburu hantu tersebut ialah Penerbit Kanan dokumentarinya, Hairi Shahrizal Mustafa dan dua pengacaranya, Anis Azman dan Iskandar Ishak.


PEMBURU HANTU... (dari kiri) Iskandar Ishak, Anis Azman dan Hairi Shahrizal Mustafa.

Mereka mengeksplorasi kejadian-kejadian sains metafizik yang berlaku di sekeliling kita semua. Mereka akan membuat penyiasatan di lokasi-lokasi yang disyaki berhantu.

LOKASI-LOKASI DISYAKI

Di antara tempat-tempat yang dikunjungi oleh krew-krew Pemburu Hantu ialah tempat pembunuhan ADUN Batu Talam 1993, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dibunuh kejam oleh pengamal sihir Mona Fendi.

Selain itu, mereka menjelajah ke kawasan yang dipercayai tumpuan hantu pontianak di Bukit Antarabangsa dan tempat tinggal hospital Lela Ratos di Jalan Pudu yang dipercayai didiami oleh entiti paranormal.

Mereka turut berkunjung ke kawasan perkuburan di Sungai Buloh yang dipercayai tempat mangsa-mangsa tragedi 13 Mei 1969 ditanam.

KAEDAH SAINTIFIK MENGESAN ENTITI PARANORMAL

Mereka cuba mengesan kehadiran hantu dengan kemudahan komputer dan gajet berteknologi tinggi serta rakaman audio dan video serta kamera litar tertutup.

Antaranya, kamera litar tertutup, night-vision, hidrometer, pengesan haba dan pengesan pergerakan.


Khairul Mizan (dua dari kiri) bersama tiga Pemburu Hantu menunjukkan salah satu daripada kira-kira 10 alat pengesan entiti paranormal.

Gajet-gajet ini mampu untuk mengaktifkan gelombang elektromagnet yang berupaya mengesan kehadiran dan kewujudan aktiviti entiti paranormal dengan menggunakan kaedah saintifik dan metafizik.

Hasil kajian atau pemerhatian mereka akan dianalisa, dibincangkan dan disimpulkan di dalam makmal mereka untuk mengetahui kejadian sebenar.

Hasil siasatan agak sukar untuk disangkal kerana mereka menjalankan siasatan secara saintifik.

PEMBURUAN HANTU SATU SERVIS PERCUMA

Dalam satu Majlis Pelancaran Program Pemburu Hantu di Scream Park, Sunway Lagoon, Petaling Jaya semalam, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata: "Ia adalah satu servis percuma kepada penonton kami.

"Mereka boleh membuat aduan kepada pemburu hutan. Kami akan menganalisa lokasi tertentu jikalau ada aktiviti-aktiviti paranormal.

"Tujuan utama adalah untuk memberikan jawapan setelah membuat analisis terperinci. Kru Pemburu Hutan akan memberikan fakta-fakta dan terpulang kepada pengadu untuk membuat langkah susulan. Misalnya, mendapatkan bantuan ustaz," katanya.


Khairul Mizan memberitahu, Astro Ria terpanggil untuk menayangkan sebuah dokumentari drama bagi mengeksploitasikan kejadian-kejadian sains metafizik yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari.

Katanya, ini kerana pihaknya percaya para penonton memerlukan variasi dalam tontonan mereka pada setiap minggu.

"Saya rasa ia tidak kurang bezanya dengan rancangan televisyen lain (di dalam dan luar negara), tetapi perspektif drama ini agak saintifik," ujarnya.

Sementara itu, Khairul Mizan berharap, para penonton yang pernah berdepan dengan aktiviti paranormal boleh mengemukakan aduan mereka.

"Lebih banyak aduan, lagi seronok rancangan ini," katanya sambil menambah ia bukannya `ghostbuster' (tangkap hantu) dan bersyukur kru-kru pemburu hantu belum dirasuk hantu setakat ini.

PENGALAMAN NGERI...

Anis

"Alat-alat pengesan pergerakan dan haba tiba-tiba berbunyi. Saya melihat ke atas siling dan terperanjat suatu lembaga putih berterbangan dengan pantas.

"Saya pun lari keluar dari rumah," katanya ketika menjalankan penyiasatan di sebuah rumah usang berdekatan hutan di Kuala Pilah.

"Saya tidak menyedari apa-apa tetapi terasa panas secara tiba-tiba. Pada masa yang sama, Iskandar memberikan isyarat terdapat lembaga di sebelah saya," katanya ketika pulang ke rumah selepas satu sesi penggambaran.

Iskandar

"Saya tidak mandi dan terus tidur dalam bilik dengan alat pendingin hawa dibuka. ... Tiba-tiba saya berasa panas. Di pintu, satu lembaga macam pontianak, berbentuk langsir dan bertopi terapung.

"Aku tak ganggu kau, kau jangan ganggu saya. Tolong keluar sekarang," katanya sambil menambah, dia tidak mengamalkan apa-apa petua pantang ketika menjalankan tugas memburu hantu.

Bagi Iskandar, pengamalan petua-petua sedemikian hanya menggagalkan operasinya.

Menurutnya, dia tercengang sebentar dan tidak dapat tidur lena sepanjang malam itu.

"Keesokan harinya, saya blur," katanya.

Hairi

"Lokasinya di Kuala Pilah, kamera tidak dapat capture... tapi naluri hati memberitahu, entiti paranormal wujud di kawasan kubur," katanya yang mempunyai pengalaman selama lima tahun dalam bidang paranormal.

Katanya lagi, dia tidak memakai tangkal atau apa-apa untuk mengelakkan bertembung dengan entiti paranormal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 11:34 AM | Show all posts
muka pon mcm ala2 nak cari glamer jer..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 12:00 PM | Show all posts
he..he..he..lawak lah korang nie......takder nya dapat dorang nak cari entiti...nie

biasalh bila di cari..sudah nak dapat.....kalau nak jugak ..gi berkampung dalam seminggu dua ..mungkin dapat tangkap kot...............aduihlah...dorang nie....berani tul  nak mencari entiti nie terutama bila ilmu kat dada tak penuh.....dahn macam seekers dah......

hmmm....banyak musibah daripada kebaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:03 PM | Show all posts
masing2 berambut ala2 karat.....
sungguh xsesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:04 PM | Show all posts
he..he.he..memanglah  lum kena rasuk....sebab selalunya bende nie....dia mengikut balik umah dulu...pas tu bila dia tengok manusia yg dia suka tu cam "hitam" gak cam dorang..tu terus roger..rasuk pelan2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 12:05 PM | Show all posts

Reply #30 cikputeh82's post

sesuai laa
kan nak buat keje kejar hantu
rambut tu kena lebih kurang mcm hantu gak
baru hantu selesa

ingatkan kawan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:07 PM | Show all posts
he..he....a'ah..lah puteh......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:11 PM | Show all posts
he....he..lawak lah Syd..... ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:18 PM | Show all posts
pontianak kat bukit antarabangsa tu kat pot mana ya   aku duk kat situ .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 12:23 PM | Show all posts

Reply #35 laila_zi's post

laila,

yang kisah cik ponti tu lom kuar lagi

last week baru tayang first episode

cite nih main setiap malam jemahat, kul 11
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 01:26 PM | Show all posts
kul 11 malam....hmm dah tidolah time tu......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 02:38 PM | Show all posts

Reply #32 Syd's post

2 la syd....
ntah2 dowang yg menyamar jdik antu 2..
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:43 PM | Show all posts
citer bodo
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:25 PM | Show all posts
stupid show la.. kalau Ghost hunter, tiap2 benda dia explain.. apa itu EVP, EMF.. yang melayu nih citer macam semua orang paham lak bender tu aper.. penerangan tangkap muat je..

great effort, but you FAIL!

layan TAPS balik, lagi best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068999 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list