|
BAB 4
AKU termenung di balkoni sambil
mata tertancap pada gelagat
Sharifah yang tersengih sendiri
di hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya.
Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekali
melihat panorama malam di Bandar Raya Shah Alam ni,
mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yang
tengah bergelora ini. Entah gelora apa yang melanda, aku
pun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah…
yang pasti bait-bait puitis lagu yang ditujukan padaku,
melalui e-mel dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau.
Yang sedihnya aku angau sorang-sorang.
Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yang
aku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudah
berpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalam
dunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, aku
sedang menyeksa perasaan sendiri. Kejam sungguh perasaan
ini!
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam
tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa
kau rindu
Karena langkah merapuh… tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu, bahawa aku selalu
memujamu
Tanpamu... sepinya waktu
Merantai hati
Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil
Rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi.
Aku tersenyum. Sedap juga suara Sharifah ini.
Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yang
kononnya ditujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tibatiba.
Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi lagu
Dealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingat
keseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka dia
hafal lagu tu. Selalunya bukan main susah dia nak hafal lirik
lagu. Aku berpaling, melihat Sharifah menyanyi-nyanyi
sambil memegang kertas yang aku cetak tempoh hari. Tidak!
Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah.
Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cuba
menyelamatkan kertas yang berada di tangannya.
"Bagi akulah!"
Sharifah tergelak lagi. Untuk beberapa ketika kami
berebutkan sehelai kertas sebelum akhirnya Sharifah
mengalah. Kertas itu diletakkan di tapak tangan aku. Aku
menarik muncung, sambil bergerak ke sofa dan merebahkan
badan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.
"Itulah yang rahsia sangat tu ya?" Sharifah bersuara
sambil melabuhkan punggung ke sofa, berhadapan
denganku.
Aku menjeling sekilas.
"Romantiknya dia! Kau tak rasa apa-apa ke masa
baca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu?
Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku!"
Aku cuma memandang tingkah Sharifah yang
tergedik-gedik itu. Budak ni, memanglah suka sangat
berangan.
"Diya… aku tanya ni!" Sekali lagi Sharifah bersuara.
Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tak rasa apaapa,
takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii.
Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidak
kuluahkan pada Sharifah. Sudahnya, aku mencapai kusyen
lalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayan
bicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisar
tentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir pun
tentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yang
berjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan itu
indah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasa
bahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yang
menyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.
"Diya… aku tanya ni, jawablah!" Sharifah bersuara
sambil menarik kusyen yang menutup wajahku.
Aku mengeluh lagi sambil bangkit daripada
berbaring. Wajah Sharifah ****ap untuk seketika.
"Entahlah… aku tak tahulah!" Akhirnya aku
bersuara lemah.
"Laaa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpa
aja dengan Charming tu. Nampaknya dia macam serius aja.
Kau cubalah dulu... bukan rugi apa-apa pun. Yang kau takut
sangat dengan lelaki ni, kenapa?"
"Siapa cakap aku takut? Aku tak takutlah. Kau ni,
pandai-pandai aja!"
"Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau.
Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Tunjuk perasaan
konon! Kau tunjuk perasaan… tapi aku tengok macam
makan hati aja."
"Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu tak?"
"Kenapa pulak? Senang aja. Dia nak jumpa, kau
pergi ajalah. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak berani
pergi sorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenal
dengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam Prince
Charming kan?"
Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pula
imaginasi minah ni.
"And… banyak kali dia call aku tau!" Suara Sharifah
kembali serius.
"Call kau? Apa dia nak?"
"Dia minta nombor telefon kau."
"Kau bagi tak?"
"Mestilah tak! Pada hal mulut aku ni gatal nak bagi.
Kesian dia Diya… banyak kali dia mintak."
"adan muka! Sekarang baru nak menggelabah!
Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni,
macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku duk
teringat dia siang malam, tahu tak? Seminggu aku tak lalu
makan. Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajar
nak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betul buat
aku rasa terseksa, tahu tak? Sakit hati aku ni, tahu tak?
Pedih…"
"Tahu… tahu… tak payahlah asyik tanya tahu tak…
tahu tak!" Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali dia
lucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang itu.
"Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpa
tak nak. Nombor telefon pun kedekut. Cuba open sikit. Kau
ni, tertutup sangat. Get what I mean?" sambung Sharifah
sedikit serius.
Aku buat muka bodoh sambil menatap skrin
televisyen yang bercerita sendirian.
"Kau nikan... aku tak tahulah nak cakap apa. Nak
kata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsung
tak ada. Nak kata kau tak cantik… cantik. Nak kata tak ada
orang nak… bersepah lelaki yang duk tunggu kau. Tu, Johan
supervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau.
Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam ada
apa-apa aja dengan kau. Tu belum masuk budak Bangla
dengan Nepal tu lagi. So, apa lagi yang kau tunggu ha?"
[ Last edited by MUZRI at 12-4-2009 18:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Bab 4
"Entahlah Sherry. Aku takutlah…" jawabku
perlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelaki
denganku.
Sharifah mengeluh. Perlahan dia bergerak
mendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdeham.
"Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah.
Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tu
cucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui tu semua."
"Aku takut kalau semuanya sama macam Abang
Kamal."
Sharifah mengeluh lagi.
"Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam dunia
ni, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tu la.
Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kau
asyik duk ingat dia? Buang masa kau aja. Cuba alihkan
perhatian kau pada lelaki lain. Johan ke… Encik Firdaus ke…
Charming ni ke… mesti kau sedar, masih ramai lagi lelaki
baik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku!"
"Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu.
Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bilabila
pun aku takkan lupa!"
"Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta?
Tak nak kahwin? Kau ni," bicara Sharifah terhenti di situ.
Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikan
bicara.
Sharifah bangkit. Menuju ke meja komputer.
Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar di
bibirnya.
Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu!
Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luar
biasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihat
keriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itu
membawa berita ngeri buatku.
"Charming call. Dia nak cakap dengan kaulah!"
Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betul
telahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni?
Tak nak! Aku tak nak cakap dengan dia!
Sharifah menghulurkan telefonnya.
Aku menggeleng laju. Gila!
"Jawablah! He’s on the line ni."
"Cakap ajalah aku dah tidur," ujarku perlahan sambil
bangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorok
daripada Sharifah, juga Charming. Walaupun aku tahu
Charming memang tidak akan nampak aku di situ.
"Dah! Menggelabah pulak! Jawab ajalah."
Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asam
punya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charming
dengar, malulah aku.
Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi.
Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apa
aku nak cakap dengan dia? Mesti nanti macam orang bodoh.
Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapai
tanganku. Telefon diletakkan di atas tapak tanganku.
"Jawab!" arahnya bagai mak orang.
Aku ternganga. Habislah aku kali ni.
Sharifah berlalu semula ke komputer, meninggalkan
aku bersama telefonnya dan Charming di hujung talian.
Bagai tidak percaya, insan yang sedang menunggu aku
menjawab panggilan saat ini adalah Charming. Dalam
gugup, telefon aku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanya
Tuhan sahaja yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.
"Helo…"
Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantung
mendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengar
suara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui,
indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untuk
membuang nama lelaki itu, namun perasaan ini terlalu indah
untuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelu
mendengar suara itu. Bergetar perasaanku.
"Helo. Ada orang ke tak ni?"
Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?
"You? Ada ke tu?"
"Ada!" Cepat bibirku menjawab. Cepat juga
tanganku menutup mulut. Kantoi! Maknanya, kenalah aku
teruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?
"Apa yang menggelabah sangat?" soalnya dengan
suara yang cukup merdu di telingaku. Argh! Malunya... kan
dah cakap, dia dengar.
"Errr… tak ada apalah. Tak ada apa-apa…"
Terdengar gelak halus yang membuat jantungku
makin kencang berdegup. Tiba-tiba wajahku terasa
membahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tibatiba
bertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkan
degupan jantungku yang terlalu kencang ini?
"You dapat e-mel I tu?"
"Dapat. Terima kasih," jawabku malu-malu.
"Terima kasih aja?"
Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apa
lagi? Cakap lebih-lebih karang, buat aku malu sendiri aja.
Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Tak
mungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…
betullah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta!
"About that words, I serius. I tak main-main."
Gulp! Biar betul! Macam mana dia tahu apa yang
sedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius?
Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.
"Kenapa lama offline? You tahu I cari youkan? Balas
dendam ya? Atau merajuk?"
"Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,"
bohongku dengan nada tenang. Harap-harap memang
kedengaran tenanglah.
"Macam bohong aja…"
"Betul. Tak bohong. Sibuk sikit."
"I call you? Give me your number!"
"hone I tengah chargelah. Dalam bilik," bohongku
laju.
"Macam-macam alasan you ya? Nak jumpa, tak nak.
Nak call, tak boleh. Nak YM pulak, busy…" kedengaran suara
di sana mengeluh.
Aku tersengih. Mendapat sedikit keselesaan untuk
menyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya.
Jadi, kerjaku cuma jawab soalan. Tak payah nak pecah kepala
fikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.
"Just give me the number. I’ll call. Tak seronoklah
pakai phone kawan you. Entah-entah dia pun tengah tunggu
panggilan."
"Errr… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia tak
kisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia."
"Alasan. Tapi, sebenarnya you tak nak bagikan? Tak
apa… I akan cuba sampai berjaya. Sebab I rasa, you ni, is the
one for me. So, I’ll try sampai berjaya."
Aku tergelak lagi. Yalah tu! Janganlah kau
permainkan perasaan ini wahai lelaki.
"Miss call I. Lepas tu I call you. Please… jangan ada
alasan lagi."
"Okey!" Bagai dipukau aku menjawab.
"Now!"
"Errr... kejap!" Aku mula menggelabah. Kesilapan
besar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?
"I tunggu ni. Okey?"
"Okey…"
Talian terputus. Dan aku termangu sendiri. Perlukah
aku memberi nombor telefonku? Kalau dia cuma ingin
mempermainkan perasaanku, bagaimana? Telefon Sharifah
kuletakkan di atas meja. Dan, deringan telefon bimbitku
menarik perhatian. Segera kucapai. Mak! Sukanya hati. Dan
aku menjawab panggilan itu sehingga kulupa janjiku pada
seseorang….
[ Last edited by MUZRI at 12-4-2009 18:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 5
DI mejaku, aku buat-buat sibuk.
Renungan tajam Sharifah,
kucuba buat tidak tahu. Aku
tahu Sharifah masih tidak berpuas hati denganku. Sejak dua
hari lalu. Sejak kuceritakan tentang keterlupaan janjiku pada
Charming. Padahal aku memang tidak sengaja. Memang
betul-betul lupa. Takkan dia tak boleh terima langsung
alasanku itu? Alamak, dia datanglah. Aku cepat-cepat
membuka fail Purchasing. Buat-buat sibuk meneliti senarai
creditors. Sharifah memeluk tubuh di hadapanku. Tercegat
bagai bos nak marah staf bawahan. Perlahan aku mengangkat
muka.
"Dah call belum?" soalnya tanpa memberi salam.
Aku bersandar ke kerusi. "Kan aku dah call hari tu.
Dia off handphone dia. Nak buat macam mana? Dia tak
seriuslah tu."
"Itu hari Sabtu lepas, sekarang dah Isnin. Call la
dia."
Aku termenung. Mencari-cari akal untuk mengelak
daripada terpaksa akur pada arahan Sharifah. Tatkala itu juga
pandanganku berlaga dengan wajah Encik Firdaus yang
serius.
Aku melihat jam di dinding. Hampir sebelas pagi.
Lambat pula Encik Firdaus masuk ke pejabat hari ini. Muka
pun serius semacam. Takut pula aku tengok. Sudahnya,
pandanganku segera kualihkan, menghadap wajah Sharifah
yang tidak begitu ceria hari ini. Pun serius juga. Agaknya hari
ni, hari muka serius sedunia kut. Aku tersengih. Kelakar
dengan lawakku sendiri.
"Diya! I’m talking to you. Kau dah call dia belum?"
soal Sharifah dengan suara sedikit tinggi.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apalah
yang hendak kukatakan pada gadis ini?
"Aku rasalah, dia ni mesti dah kahwin. Yalah… cuba
kau fikir, kenapa dia off telefon? Pasal tukan weekend. Dia
mesti spend time dengan famili dia. Tak nak terkantoilah tu.
Betul tak apa aku cakap? Dia tu cuma nak permainkan aku
aja!" Akhirnya aku mendapat idea paling logik untuk
diberikan pada Sharifah. Untuk mengelak daripada arahan
Sharifah.
"Banyaklah kau punya kahwin. Berapa kali kau call
dia?"
Perlahan aku mengangkat jari telunjuk.
Menunjukkan isyarat satu bersama senyuman kecut. Sharifah
ni, kalau dah marah, takut pula aku tengok.
"Sekali? Hari Sabtu tu ajalah kau call dia? Lepas tu?"
"Aku call dia off. Jadi takkan aku nak call lagi. Dia
tak nak diganggulah tu. Mesti dia dengan anak isteri dia tu.
Dia berbahagia di sana, kau marah-marah aku kat sini. Tak
adil tahu tak?"
"Yalah. Kau sepatutnya call dia. Minta maaf.
Masalahnya kau dah janji dengan dia. Jadi, kau tak patutlah
buat dia macam tu."
"Aku dah call kan? Lagipun aku bukan sengaja.
Memang aku terlupalah. Aku sembang dengan mak aku
dekat dua jam tau. Mana aku tak lupa. Bukan salah aku. Dia
pun tak ada telefon kau, tanyakan pasal aku. Itu
menunjukkan yang dia memang tak serius dengan aku. Yang
kau pula, janganlah marah aku sampai macam ni sekali.
Kaukan kawan aku. Bukan kawan Si Charming tu."
Sharifah mengeluh perlahan. Mungkin amarahnya
sudah sedikit kendur.
"Ego juga kau ni ya? Tak nak beralah. Kalau macam
ni, aku pun tak tahu nak cakap apalah. Suka hati kaulah Diya.
Janji kau bahagia!" katanya macam orang merajuk.
Aku tersengih. Mungkin betul kata-kata Sharifah
itu. Berat hatiku untuk membuka langkah pertama.
Sebenarnya bukan aku ego. Tapi, aku malu.
"Rancak nampak. Tak ada kerja ke?"
Teguran itu membuatkan aku dan Sharifah samasama
terkejut. Encik Firdaus tercegat di belakang kami. Sejak
bila pula dia di situ? Tadi aku tengok sedang berbual dengan
Mira. Aku tersengih. Sharifah pun sama. Alamak! Kantoi
dengan bos la…
"Ada Encik Firdaus. Tapi, semua dah siap," jawab
Sharifah sambil tersenyum panjang.
Encik Firdaus turut tersenyum.
Aik! Tadi bukan main serius lagi mukanya. Bercakap
dengan Mira, sikit pun tak senyum. Sekarang, bukan main
manis pula senyumannya. Pelik betullah bos aku ni. Tapi,
kalau dia senyum macam ni selalukan, bagus. Ceria sikit
pejabat ni. Aku tersenyum dalam diam.
"Yes, Diya? Anything to share?" soal Encik Firdaus
sambil menikam mataku dengan renungannya yang redup.
Aduhai, lupa sekejap aku pada Charming. Aku tersenyum
sambil menggeleng. Apalah hati ni. Cepat sangat tergugat. Hi
hi hi.
"Tak ada apa-apalah encik," sangkalku.
"Orang… kalau senyum sorang-sorang, there’s
must be something. Adalah yang buat hati senang tu ya?"
Aku cuma tersengih.
Encik Firdaus pula menyambung senyum sebelum
berlalu.
"Berborak boleh. Tapi, kerja kena jalan tau." Dalam
lembut, sempat dia bahasakan aku dan Sharifah.
Hampeh betul! Aku mencebik.
Sharifah pula tersengih.
"Ini semua kau punya pasal. Kau ajak aku sembang
pasal Charming time kerja macam ni, kenapa?" ujarku setelah
bayang Encik Firdaus menghilang.
Sharifah tergelak kecil sambil berlalu ke mejanya.
"Tapi, aku peliklah. Semenjak dua menjak ni, dia
selalu muncul tiba-tiba kat belakang kau. Kenapa ya?" soal
Sharifah sambil memandangku hairan.
"Kau nak aku jawab ke soalan tu?"
Sharifah mengangguk.
Baru mahu membuka mulut, tiba-tiba Window
kesayanganku muncul di skrin komputer. Mana satu nak buat
dulu ni? Jawab soalan Sharifah atau baca pesanan Charming?
"Kenapa?" soal Sharifah sekali lagi.
Aku berpaling padanya.
"Kau tahu tak suara kau tu, sampai pak guard kat
guard house tu pun boleh dengar tahu tak? Mahu dia tak
datang senyap-senyap macam tu. Nasib baik dia sound dalam
lembut. Kalau tak, buat malu aja tau."
"Ya ke? Aku rasa suara aku tak ada la kuat sangat…"
"Kau yang perasan suara kau tak kuat. Padahal satu
office ni boleh dengar suara kau yang merdu tu."
Sharifah termangu seketika. Aku tersenyum
melihat gelagat Sharifah yang sedikit blur. Suka aku lihat
wajah dia macam tu. Cute. Kemudian mataku teralih ke
Window Charming.
Charming: Hai sayang… I dapat message U. Sorry I
memang offline kalau weekend.
Aku termangu sambil menongkat dagu.
Mungkinkah betul telahanku tadi? Entah-entah dia dah
kahwin. Sebab tu dia matikan telefon dan sebab itu jugalah
dia tidak melayari YM. Hatiku tiba-tiba jadi tidak enak. Apa
akan jadi kalau aku jatuh cinta pada suami orang. Tidak
mungkin! Aku tidak mahu bercinta dengan suami orang.
Charming: I spend masa untuk mummy I. Tak
boleh buat benda lain. Weekend is just for her.
Yelah tu! Untuk mummy ke untuk isteri? hatiku
berdetik tiba-tiba.
Charming: I belum kahwin la. Tahu apa ada dalam
kepala U tu. Sebab belum kahwin la, masa weekend cuma
untuk dia.
Wajahku terasa membahang. Dia tahu apa yang aku
fikir? Dia ni, orang ke hantu? Ini yang buat aku seriau ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Bab 5
Charming: U? Ada ke tak tu?
Ugly Betty: Ada.
Charming: Naper diam?
Ugly Betty: Tak ada apa-apalah!
Charming: Kata nak miss call. Tak ada pun...
Ugly Betty: Kan I dah minta maaf. Tak sengaja. I
betul-betul lupa.
Charming: Lupa? Bergayut dengan pakwe ke?
Ugly Betty: Mak I la. Lepas I cakap dengan U, mak I
call. Sembang dengan dia sampai dua jam lebih. Lepas tu,
terus lupa. So sorry!
Charming: Tak apa. But U know something?
Ugly Betty: ?
Charming: Lepas I cakap ngan U mlm tu, I got one
miss call. I thought it was U.
Aku senyum. Siapalah yang miss call tu? Rasa
kurang senang tiba-tiba menyelinap di hati. Ada rasa marah
pada orang yang buat miss call tu. Cemburu ke ni? Ish!
Takkanlah.
Ugly Betty: Then?
Charming: I returned the call. And, it was a
disaster, U know…
Keningku berkerut. Disaster? Macam teruk saja
bunyinya. Apa yang disaster tu? Jemariku pantas menaip.
Ugly Betty: Disaster?
Charming: Ya. Rupa-rupanya pompuan Indon.
Salah nombor. Satu malam dia ganggu I. Lastly, I switched
off my phone.
Oh… Patutlah aku telefon tidak dapat. Takutkan
perempuan Indon rupanya. Aku tergelak kecil. Penakut juga
orangnya.
Charming: Apa gelak2?
Jemari segera melekap di bibirku. Misteri betullah
dia ni. Macam tahu semua yang aku rasa. Macam tahu semua
yang aku buat. Menakutkan betul!
Ugly Betty: Patutlah saya call tak dapat.
Charming: Berapa kali U call? Bila?
Ugly Betty: Ada la. Tapi, U off.
Charming: I off malam tu jer. Lepas tu I on my
handphone.
Ugly Betty: Hi hi hi...
Charming: Sekali cuba saja ye? Lepas tu, terus
diam. Tak tunjuk efforts yang baik pun nak kawan ngan I.
Tapi, tak apa... I x kisah. Sebab I akan tunggu U sampai U sudi
nak keluar ngan I... & sampai U sudi terima I sebagai teman
hidup U.
Ugly Betty: Yelah tu. Entah2 U ni dah ada gf. Saja
nak main2kan I.
Charming: Terserah pada U. Tapi, I’m very sure
about my feeling.
Aku tersenyum sendiri. Yalah tu. Susah pula hendak
percaya. Tapi, dalam tak percaya itu jugalah hatiku tergoda.
Dalam tak percaya itu jugalah, aku asyik membuai perasaan.
Charming: So, bila kita nak jumpa?
Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba.
Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpa
tidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Aku
lebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebih
selesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuat
aku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki.
Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampir
menggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk
mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa dengan
Charming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana aku
cuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu
sebabnya?
Charming: Setiap kali tanya soalan ni, mesti xde
reply.
Ugly Betty: Hmmm... Tengoklah dulu.
Charming: I x kisah. U ambiklah sebanyak mana
masa yang U nak. I boleh tunggu.
Aku tersenyum kecil. Betul ke dia sanggup tunggu?
Mana ada lelaki macam tu di dalam dunia ini? Sanggup
tunggu perempuan yang dia sendiri tidak pernah jumpa dan
tidak pernah kenal.
Charming: K la. I ada meeting pas ni. Gtg. Next
time kita sambung. Tapi, jangan lupa call malam ni. I tunggu.
And, make sure U x lupa lagi.
Ugly Betty: Insya-Allah.
Charming: I tunggu. Bye.
Ugly Betty: K.
Aku termenung. Nampaknya malam ni, aku tidak
boleh lagi mungkir janji. Window milik Charming aku tutup
perlahan. Perlahan juga aku mula menongkat dagu. Mula
melayan perasaan.
Hish! Tak boleh berangan di sini. Banyak lagi kerja
lain yang harus diselesaikan. Nak layan perasaan, tunggu
sampai rumah. Di sini, tempat kerja. Aku menghela nafas.
Mencari semangat baru untuk meneruskan kerja. Terputus
bicara dengan Charming pasti buat aku hilang semangat.
Kalau boleh aku ingin berbicara dengannya sehingga ke
akhirnya. Tapi tukan mustahil.
"Aik, lain macam aja? Tiba-tiba hilang semangat.
Monyok aja aku tengok. Kenapa?" Sharifah bertanya tibatiba.
Aku sengih. Ketara sangatkah perubahan wajahku?
"Tadi Charming online."
"Okey la tu. Dia cakap apa?"
"Dia tak marah pun. Malam ni dia suruh aku call
dia," ceritaku bersama senyuman yang meleret.
"Amboi! Bukan main panjang senyum. Suka hatilah
tu. Kali pertama aku tengok kau senyum bila cakap pasal
lelaki. Bertuah betul Charming tu ya. Macam manalah
agaknya orang yang dah berjaya mencuri hati Adiya Fatiha
ni?"
Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba rasa senang diusik
begitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefon
bimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika.
Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihat
siapa gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak aku
kenali. Siapa pula ni?
"Helo?"
"Assalamualaikum, Tiha."
Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya sorang
sahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu.
Tidak mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!
"Tiha?"
"Waalaikumussalam,"
"Ingat abang?"
"Mana abang dapat nombor ni?" soalku dengan
suara sedikit bergetar.
"Mak Tiha bagi."
Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi?
Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.
"Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abang
hari tu?"
"Sibuk. Tak dapat cuti," jawabku dengan nada
dingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat aku
menyampah.
"Macam manalah rupa girl abang sekarang?
Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okey?"
"Tak payah. Lately, saya sibuk la."
"Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enam
tahun tak tengok muka comel ni."
Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasa
menyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasa
menyampahku enam tahun dahulu.
"Okey la… saya banyak kerja ni."
"Okey, kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, kat
Shah Alam."
Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampak
ke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidak
mahu dengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi pada aku
menikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin.
Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapa
dia perlu pulang ke sini dan mengganggu hidup aku lagi?
"Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena aja."
Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasan
perubahan wajahku.
"Abang Kamal," jawabku sepatah.
Riak wajah Sharifah nampak terkejut.
"Abang Kamal call ke?" soalnya dengan nada terkejut.
Aku mengangguk lemah.
"Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapat
nombor telefon kau?"
Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukup
gelisah. "Mak aku bagi."
Sharifah turut mengeluh panjang.
"Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada kat
Shah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni…"
"Relakslah. Janganlah menggelabah."
"Aku takut… aku tak nak jumpa dia. Kalau macam
ni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggal
dengan mak aku. Aku tak nak jumpa dia… aku tak nak
tengok muka dia."
"Kau ni… cakap macam budak-budak pulak.
Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagikan?
Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia."
"Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah!!!"
"Sudahlah tu… cuba bertenang."
Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh aku
bertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalau
dibuatnya tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Aku
mengeluh berat. Gusar memikirkan hati esok yang belum
pasti kesudahannya |
|
|
|
|
|
|
|
nice story.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah dapat dah buku nie semalam. Aku rasa teruja dengar PAM juge akan di bukukan ....eeeeeiiiiiii tak sabar rasanyer menunggu kelahiran PAM . Wan ada kah mu akan buat order online untuk PAM juge .....errr sori ye off topic plak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 telagamadu's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 telagamadu's post
off topic,
telaga... dah dapat buku? adeh, aku x dapat lagi. x sabar aku nih...
PAM tu rasanyer pergilah air mata kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 telagamadu\ catat
wah beli online ka?...hmhm x sabar nak gi BF ni..nak rembat buku ni...
Smiley..PAM..pergilah airmata..lagi enovel Hanni yg bakal diterbitkan tak lama lagi..nak tau cite dia..bace lah kat blog dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 kaypo's post
owwhhhh... tq
apa address blog dia? |
|
|
|
|
|
|
|
buku ni dh ada ke kat kedai buku? |
|
|
|
|
|
|
|
kedai buku belum sampai lagi... insyallah dalam masa terdekat
sang arjuna = PAM tuh tajuk enovel - PERGILAH AIR MATA
kalau nak baca http://manisnyakenangan.blogspot.com
Telaga madu = atas perbincangan dgn penerbit.. insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
dah order online ari tu..6hb
masa memula kuar kat kakinovel lg..
tp buku tu diaorg kta sampai kat kaki novel 10hb..
tp sampai ke hari ni tak sampai lg..
lambat la penghantaran dia..
dak sabar nk baca..
uwaaa..buku aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 chikrah's post
samalah.. aku pun order online. tapi masih x dapat lagi.. huhuhu.. x sabar nyer aku nk baca sampai abis novel nih. harap2nyer happy ending lah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah ada kat kedai mintak tolong bagi tau kita ek!. |
|
|
|
|
|
|
|
pihak kaki novel msg td..
buku dah diposkan semalam..
tunggu nk sampai jer..
tak sabar nk tunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 hh_hs's post
ye hand delivery lagi....hihihi jangan jelessssss yg special ada tandatangan hanni ...waalahh...
haku beli online dengar kabar permintaan overload tu yang ada dapat lambat kottt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 MUZRI's post
kalau macam tu boleh lah order lagi .....jimatttt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|