Pesanan buat bakal hujjaj 2013 :
a) 8,9,10,11,12,13
Enam hari sahaja namun ia penuh dgn pelbagai kesulitan dan cabaran.Tanam dalam minda segala kepayahan dan kesusahan adalah ujian Allah swt.terima semua ujian dengan redha,qanaah dan tawakkal.Anggaplah segala ujian dan cabaran untuk melipatgandakan pahala kita.
b) Kesihatan amat penting .Sentiasa jaga pemakanan sebaiknya dan makan vitamin yg sesuai dengan tubuh badan kita.Elakkan makan terlampau banyak dan jaga pantang terutama mereka yang berpenyakit spt kencing manis dan darah tinggi.
Jika demam ,banyakkan berdoa " Ya Allah Ya Syafi ....".
c) Tawadduk : Lupakan bahawa kita adalah Hakim,Pengarah syarikat,Pegawai ,Tauke ,pemilik BMW dan apa sahaja dan anggap diri sebagai seorang hamba Allah yang tiada apa-apa jawatan,pangkat,harta ,status dan sebagainya .
Pabila kita sentiasa berasa hamba Allah ,kita tidak akan berasa bahawa kita adalah manusia hebat dan melihat manusia lain sbg manusia menyusahkan dan hina.Kita sering berasa semua manusia adalah sama.Apabila kita sentiasa berasa diri hamba Allah yg naif dan lemah,kita akn sentiasa insaf bahawa kita diajar untuk menghormati sesama manusia wlupun berlainan bangsa dan keturunan.Lupakan panmgkat kita dan harta yg kita ada.
d) Kita akan melihat pelbagai sikap dan tingkah laku manusia seantero dunia dan mgkin ia tidak menyenangkan kita.Belajar bersabar dan memaafkan.Banyakkan berdoa jika melihat kesalahan atau sikap kurang baik manusia lain " Ya Allah,berikan hidayah kepadanya dan ampunilah ia sesungguhnya Engkau Ya Hadi Ya Ghaffar ."
e) Zikir amat penting bagi menjauhkan kita berkata dgn sia-sia.Sentiasa berzikir sepanjang masa ketika menunaikan haji.Lupakan kisah politik,ayam di kampung ,FB dan sebagainya.
f) Cuaca amat berbeza dan bagi jemaah pertama kali menjejaki Mekah untuk menunaikan haji,mgkin akan mengalami demam atau kejutan perubahan cuaca.Suntikan untuk antibodi perubahan cuaca amat penting untuk menjaga kesihatan.
g ) Rajinlah solat hajat sepertiga malam ketika sebelum berangkat,ketika menunaikan haji dan banyak berdoa agar diberikan kesihatan yg baik,menunaikan haji dgn baik dan berjaya menjauhkan segala perbuatan yang dilarang .Berdoalah hingga menitiskan air mata terutama sekali dalam sujud terakhir dalam solat dan selepas solat.
h ) Peluang menunaikan haji mungkin adalah kali pertama dan terakhir.Lakukan sebaiknya agar mendapat haji mabrur.Manfaatkan setia saat dan minit untuk ibadat.
i ) Menghayati hikmah haji.Ketika saya melihat jutaan manusia berpakaian putih ketika menunaikan haji,sy meneliti hikmahnya..Semua manusia berpakaian sama dan putih menunjukkan kebersihan.Maka berusahalah menyucikan hati,mata,telinga dan semua anggota.
Ada pelbagai hikmah perlu direnung dan dihayati.Lihatlah bukit 2,padang Arafah,Mina dan semua tempat .Hikmah yang diperolehi bagi mereka yang belajar melihat dan memikirkan .
Allah swt selalu menyindir manusia dlm Quran " Adakah mereka fikirkan?"
"Adakah mereka menggunakan akal ?"
j ) Berusaha menghafal doa,zikir jika mampu agar memudahkan kita tanpa perlu membawa buku ke mana-mana.Berusaha ingat semua rukun dan sunat haji.Berusaha ingat semua larangan haji agar kita berjaya mengelakkan kesemuanya.
k ) Berusaha membantu org lain.Ada kalangan jemaah yg uzur,lemah dan sebagainya.Bantulah apa sahaja yang termampu termasuk mencarikan batu untuk melontar jamrah dan sebagainya.Tidak menolak org lain terutama yang lemah dan uzur dan sakit ketika tawaf,melontar jamrah dan sebagainya juga membantu.Mendahulukan org uzur untuk menggunakan tandas juga adalah membantu.Memberikan air kpd mereka yg haus jg membantu.Cuba lakukan apa shj bantuan yg termampu.
l ) Sentiasa mendengar nasihat Mutawif atau ketua rombongan yg disediakan pihak TH wlupun mgkin mereka memiliki kelemahan dan kekurangan.Mematuhi ketua adalah terbaik dan elakkan sikap suka melawan ketua atau complaint perkara tidak sepatutnya.
m ) Awas ketika di Arafah agar jangan keluar dr garisan Padang Arafah. Lihat tanda sekatan sebaiknya.padang Arafah amat kecil dan tidak seluas mana berbanding dgn jutaan manusia yg wukuf.
n ) Kawal lidah sebaiknya.Lidah adalah anggota paling berbahaya.Ayat sering dilontarkan "Kenapa tandas sikit sangat?" ,"mengapa cuaca panas sangat?","mengapa makanan x sdap?" dan apa sahaja fikiran negatif wajar dibuang.Gigit lidah dan tahan sebaiknya.Manfaatkan lidah dgn zikir dan bacaan Quran.Baca apa sahaja yg kita tahu wlupun sekadar berzikir "Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar dan membaca surah al-Ikhlas.Zikir ,doa dan membaca Quran sepanjang masa akan menjadikan lidah kita dijauhkan dr menyebut ayat-ayat yg kurg sedap dan x sepatutnya ketika menunaikan haji.
0 ) Banyakkan doa ketika haji.Doa bukan terhad ketika lepas solat shj,namun doa perlu dibuat sepanjang masa.
p ) Sifat sombong amat berbahaya.Ramai org suka menghina org lain terutama bila melihat mereka yg memiliki kekurangan seperti bentuk rupa paras,keadaan fizikal dan sebagainya.
Apabila memiliki sifat sombong dan angkuh,kita x dapat menjadikan diri ini sebenar hamba Allah.
Kita akan melihat jutaan manusia dr pelusuk dunia ktk menunaikan haji.
Hayati hadis " Tidak akan masuk Syurga sesiapa yg ada dalam hatinya sifat sombong wlupun sebesar atom "
q ) Muhasabah . Muhasabah diri kita baik dan buruk.Istiqamah amalan baik dan berusaha buang segala sifat dan amalan buruk.
r ) Bacalah nama-nama Allah ..nama-nama Allah mempunyai banyak manfaat.Contohnya Ya Shobur agar menjadikan kita sentiasa bersabar.Ya Rahim agar mendidik kita memiliki kasih sayang ,Ya Hadi agar Allah sentiasa memberi hidayah kpd kita...
s ) Tidurlah secukupnya kerna ia adalah kerehatan kpd tubuh badan.Nmn jgn terlalu byk tidur krn ia melemahkan badan .
Itu shj yg mampu sy kongsikan kepada bakal jemaah berdasarkan pengalaman saya sebagai jemaah pd tahun 1993.Mungkin ada kelemahan dan kekurangan ,sy pohon maaf.Sy bukan manusia sempurna dan hanya berkongsi sekadar ilmu yg sy tahu dan pengalaman sedikit.Doakan sy agar mendapat peluang menunaikan haji buat kali kedua.
Wallahua'lam.............
"Ya Allah Maha Pengasih..kami datang untuk beribadat kepada-Mu,terimalah segala amalan ibadat kami.Berikan kami kekuatan sepanjang masa dalam menunaikan ibadat ini.Kurniakan kami kesihatan yang baik .Hiasi diri kami dgn sifat mahmudah dan jauhkanlah sifat mazmumah.Ya Allah Ya Ghaffar ,ampunilah segala dosa-dosa kami,dosa-dosa kedua ibu bapa kami,dosa keluarga dan sanak saudara kami,dosa-dosa sahabat dan jiran kami serta dosa-dosa semua muslimin dan muslimat,mukminin dan muknimnat.
Ya Allah Ya Rahim....berikan kami haji yang mabrur"
|