|
tak apa la pelihara kucing
sian diaorg..... |
|
|
|
|
|
|
|
aik hairan, kalau macam tu macam pula ada hadis masa zaman nabi di bolehkan kucing bawak sembahyang pulak/Malah, di katakan boleh masuk dalam poket lagi...
Hem...macamana yer?terangkan saya tidak faham |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 doden's post
a'aah abu hurairah kan suka kucing...sbb tu dipanggil abu hurairah
ada cerita yg kucing tu sampai dia simpan dalam baju dia...
i also like pussycat |
|
|
|
|
|
|
|
oh i see, habis tu kalau dah masuk poket tak ke bulu dia akan gugur dan sekaligus melekat kat baju dia.Atau hadis nie menceritakan sebelum di katakan bulu kucing tu haram?
pening-pening.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kenkadang biarkan aje kucing baring dengan aku atas katil...

walaupun kucing ni binatang pemalas dan pembodek tp diorang comel...
cant help myself...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya kucing! Geram.
Tentang hukum bulu kucing. Ni I dapat dari kemusykilan JAKIM.(http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf)
. Apakah hukumnya jika kita memandulkan/mengembirikan binatang peliharaan seperti kucing jantan dan betina. Boleh kah kita berbuat demikian?
2. Adakah bulu kucing itu najis dan menyebabkan sembahyang tidah sah sekiranyanya terdapat bulu kucing terlekat pada tubuh atau pakaian atau tempat sembahyang.
3. Adakan terbatal wuduk sekiranya tersentuh kucing samada kering atau basah.
Jawapan : Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Hukum mengembirikan/memandulkan kucing peliharaan adalah haram sekiranya memberi kemudaratan kepada kucing berkenaan. Ini kerana Allah SWT telah menciptakan kucing itu ada jantan dan betinanya supaya ia dapat hidup dan membiak.
Namun begitu, sekiranya bilangannya sudah terlalu banyak dan tidak sempat untuk menguruskannya, maka kucing tersebut bolehlah dimandulkan untuk menjaga maslahah ammah. Wallahu 慳lam.
2. Bulu kucing tidak najis. Jika terdapat bulu kucing terlekat pada tubuh atau pakaian atau tempat bersolat, ia tidak membatalkan solat dan solat tersebut adalah dikira sah.
3. Tersentuh kucing sama ada kering ataupun basah tidak membatalkan wuduk.
Wallahu 慳lam..
Status : Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PANEL SJAI 230209
Tarikh Selesai : 23/02/2009 11:26 AM
Tq |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 dompot\ catat
Saya rasa dua-dua betul kerana mereka ada dalil sendiri (seperti kitaada 4 mazhab). Kemungkinan besar adalah persoalan khilaf (betul ke perkataan ni?)
Macam yang Brune itu dia menggunakan Kitab Ath-Thaharah dan tak ada hadith yang saheh untuk kita menyatakan dia haram atau tidak.
Originally posted by Gravedigger at 23-2-2009 06:21 PM 
Telah sepakat ulama2 dalam syiah dan sunnah bahawa bulu kucing yang telah terpisah daripada badannya semasa ia hidup dianggap sebagai najis. Dari itu orang yang sembahyang dan melekat bulu ku ...
Saya mungkin silap tapi tak salah saya mereka tak sepakat mengenai hal ini. Mungkin pakcik boleh mengemukakan pandangan pakcik mengenai kata sepakat ini.
[ Last edited by slug at 24-2-2009 03:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 slug's post
tapi percanggahannya bukan yang minor, tapi yang major..
satu kata tak boleh solat, satu lagi kata boleh solat... perbezaannya amat ketara, bukan tak ketara...
disebabkan kita nih sepakat satu Malaysia kata ikut pendapat imam Shafi'e, apa kata kita tengok apa yang Imam Shafi'e kata tentang isu nih..?
ada sesiapa yang pernah terbaca apa yang Imam Shafi'e kata tak?  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #29 gunblade712\ catat
klu mcm tu better kita refer jwpn dlm website jakim tu sbb kemungkinan org yg menjawab tu akn refer pada
mazhab syafie kot sbb kita kan org islam yg di Malaysia..so, ikutan kita mazhab syafie..erk..betul ke ni??  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut mazhab syafie bulu kucing tu kalau tertanggal pada masa hidup atau mati, adalah najis..
tapi kalau ikut Sayyid Sabiq, dalam feqh sunnah, bulu kucing yang tertanggal adalah suci..
kalau ikut Ustaz Azhar Idrus, penceramah terkenal dari Terengganu, bulu kucing tertanggal adalah najis, tetapi termasuk dalam umul balwa (keringanan yg diberi atas kesukaran), jadi tidak najis kalau jumlah yg sedikit..
maksud sedikit tafsirlah sendiri..jgn tnya lak, lagi susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru semalam aku hadiri kuliah Feqah di masjid tempat aku ttg bulu kucing..kebetulan plak korang tgh discuss rancak kat sini..
Memang ada sstgh pendapat mengatakan bulu kucing itu najis, dan ada juga yg mengatakan ia tak najis...ye, memang ada khilaf di kalangan ulamak..tp..
ustaz tu bagitau, kita amik aje jalan tengah, iaitu kalau terkena bulu kucing pada baju atau kain utk kita pegi solat, hanya kuis (atau buang) aje bulu tu, tak perlu lah amik wudhu' yg baru...dan solat sah..
**
pendpt peribadi: Korang tentu kenal sahabat nabi SAW yg yg juga pearawi hadis terkenal bernama Abu Hurairah kan? Camner dia dapat nama Abu Hurairah?
Abu Hurairah tu maknanya, 'Bapak Kucing'. Gelaran ini diberi oleh Rasulullah sbb beliau ni seorang yg amat sayang pd kucing dan memang banyak kucing yg dipelihara olehnya. Kalau kucing tu najis (atau bulunya), sdh tentu ada hadis daripada Nabi SAW mengatakan bulu kucing itu najis dan boleh membatalkan wudhu' atau pun solat...takde plak kita dgr atau baca hadis drpd Baginda yg mengatakan bulu kucing itu najis..Ironinya, kalau bulu kucing itu najis tentu Abu Hurairah lah yg mula2 sekali akan merawi kan hadis tersebut, tak gitu?...
wallahua'lam..~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by uda at 23-2-2009 11:51 AM 
Assalamualaikum,
Sori mod, kalau dah ada topik ni tolong mergekan. I dah search tapi tak jumpa. Nak tanya tentang hukum sebenar bela kucing dalam rumah. Apakah hukum nya harus atau haram? I co ...
kucing adalah najis (bulunya). dan sifat bulu kucing adalah mudah tertanggal & berterbangan. so dikhuatiri terbang & lekat kat baju, karpet, sejadah. so solat yg ada najis tak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sa2_gwa at 28-2-2009 10:41 PM 
kalau ikut mazhab syafie bulu kucing tu kalau tertanggal pada masa hidup atau mati, adalah najis..
tapi kalau ikut Sayyid Sabiq, dalam feqh sunnah, bulu kucing yang tertanggal adalah suci..
...
Msia berpegang kpd mazhab syafie. di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by slug at 24-2-2009 11:32 AM 
Saya rasa dua-dua betul kerana mereka ada dalil sendiri (seperti kitaada 4 mazhab). Kemungkinan besar adalah persoalan khilaf (betul ke perkataan ni?)
Macam yang Brune itu dia menggunakan Kitab ...
jgn suka2 keluar dari mazhab syafie bila terasa susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing tidak najis kerana Nabi saw menganggap kucing adalah sebahagian dari kehidupan manusia tanpa kita mengambil kira apakah makanan yang dimakannya. Kerana sejak zaman Nabi lagi semua orang tahu kucing memakan bangkai seperti tikus. Hadithnya:
dari Abu Qatadah, di mana RasuluLlah SAW bersabda,” Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Turmudzi:’ hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh alBukhari)
Abu Daud (1/18), anNasa’iy (1/55), Termidzi (1/153/# 92), Ibn Majah (1/131) dan Musnad Ahmad (5/297), disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Ibn Majah (367), al-Irwaa’ (173) dan Sahih alJaami’ (2437)
Maka tidak boleh kita mentakwil dan menyelidiki sesuatu yang telah diberi keringanan oleh RasuluLlah saw. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 1-3-2009 11:05 AM 
Kucing tidak najis kerana Nabi saw menganggap kucing adalah sebahagian dari kehidupan manusia tanpa kita mengambil kira apakah makanan yang dimakannya. Kerana sejak zaman Nabi lagi semua orang ta ...
Elloo brader...siapa lak yang kata kucing tu najis?? Yang dipertikaikan di sini ialah bulu binatang yang tidak boleh dimakan dan kucing termasuk anataranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pandaniw at 1-3-2009 12:10 AM 
pendpt peribadi: Korang tentu kenal sahabat nabi SAW yg yg juga pearawihadis terkenal bernama Abu Hurairah kan? Camner dia dapat nama AbuHurairah?
Abu Hurairah tu maknanya, 'Bapak Kucing'. Gelaran ini diberi olehRasulullah sbb beliau ni seorang yg amat sayang pd kucing dan memangbanyak kucing yg dipelihara olehnya. Kalau kucing tu najis (ataubulunya), sdh tentu ada hadis daripada Nabi SAW mengatakan bulu kucingitu najis dan boleh membatalkan wudhu' atau pun solat...takde plakkita dgr atau baca hadis drpd Baginda yg mengatakan bulu kucing itunajis..Ironinya, kalau bulu kucing itu najis tentu Abu Hurairah lah ygmula2 sekali akan merawi kan hadis tersebut, tak gitu?...
Ada tak riwayat2 yang mengatakan Abu Hurairah membawa kucing2nya sekali ketika dia solat??
Aku pun bela kucing gak...ada 14 ekoq tapi ada tempat2 yang menjadi kawasan larangan yang kucing2 tu tak boleh masuk seperti bilik tidor aku dan bilik solat...so no hal daripada was2 terhadap najis bulu kucing tu. Anyway sama gak kalau aku dah yakin pakaian aku bersih daripada najis apa2 sekalipun maka takder hal aku nak teruskan solat. Takderlah pulak aku nak ambil kanta pembesar nak meneliti sama ada bulu2 kucing melekat kat pakaian aku....ataupun aku nak check spender aku ada melekat tahi ataupun tidak sebelum melakukan solat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kenkadang masa sembahyang kat ruang tamu kucing aku datang melepak atas sejadah...bila aku nak sujud aku tolak dia ke tepi pastu sujud and continue sembahyang...
yang annoyingnya, bila aku angkat balik dari sujud, kucing tu datang balik sambung baring atas sajadah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 obelisk's post
lenkali sediakan sejadah gak utk si kucen tuh, cian dia nk solat gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|