CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakmacho

Hari-Hari Melakukan Syirik Tanpa Disedari

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2009 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 4-2-2009 09:50 PM
This is interesting. Maknanya dulu sdr pernahlah baca tahiyyat tetapi la nih tidak lagi. Mcm tu ker ? Kerana  dari satu thread yg sebelum nih ( sejarah solat 5 waktu ) sdr ada sebutkan :
S ...


Niat asal thread ini adalah untuk membincangkan berkenaan“salam” tetapi puan dah angkat soalan ini ke
“sholat” pula….. takpalah…. Saya akan merespon pertanyaan puan disini sahaja berkenaan sholat.

Sholat berpandukan Al Quran sahaja adalah tidak sama dengan sholat berpandukan selain Al Quran dan begitulah sebaliknya maka puan akan nampak perbezaannya.

1. Bilangan solat yg didirikan dlm satu sehari semalam dan berapa rakaat utk tiap2 satu waktu solat itu.


Nama sholat yang Allah ajar dalam Al Quran hanya ada tigai aitu Sholat Fajar, Sholat Wustha dan Sholat Isyak. Hanya nama-nama sholat ini yang Allah sebutkan;

AQ 24:58. Wahai orang-orang yangpercaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan merekaantara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali – sebelumsolat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur(tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat(penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atasmereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepadasebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; danAllah Mengetahui, Bijaksana.

AQ 2:238.Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa[152].Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'.

Walaupun dalam Al Quran tidak menyebut jumlah rakaat dalam setiap sholat, namun dalam surah An Nisaa 104 dapat difahami bahwa sholat tersebut mengandungi dua rakaat sahaja;

AQ 4:102. Apabila kamu dikalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongandaripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada dibelakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjatakamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yangtidak percaya, azab yang hina.

Apa yang dapat difahami dari ayat diatas bahwa sholat ada dua rakaat iaitu rakaat pertama sebahagian sholat mengikut imam dan sebahagian lagi berjaga-jaga manakala pada rakaat kedua mereka2 yang telah sholat pada rakaat pertama digantikan pula mereka2 yang belum sholat…. Dan keadaan ini dalam masa darurat (perang), untuk masa normal maka hendaklah disempurnakan dua rakaat tersebut.

2. Jika sdr tidak mengamalkan bacaan yg spt mana biasa dibaca ketika tahiyyat, apakah dan bagaimanakah bacaan yg sdr baca sekarang ?


Oleh kerana tahiyyat tidak disebut Allah dalam Al Quran maka perbuatan itu bukan rukun dari Allah dan tiada kewajipan saya untuk mengerjakannya.

3. Kalau sdr telah mengubah bacaan tahiyyat yg spt mana lazim dibaca, saya rasa sudah pasti sdrada mengikuti guru yg mengajarnya ( tak kanmain pakai bantai pikiaq sendiri2 lak kot kan )...jadi sapa agak2nya guru sdr tu ekk?


Saya tidak mengubah mana-mana bacaan pada tahiyyat kerana langsung saya tidak mengerjakannya kerana tiada arahan Allah dalam Al Quran. Jika puan percaya bahwa yang memberi hidayah pada seseorang itu bukan tok guru, imam, ustaz/zah dan sesama hamba….hatta baginda nabi sendiripun tidak mampu memberi hidayah kepada manusia……. maka pada saya guru saya adalah Allah yang memberi hidayah untuk memahami mesejNya dalam AlQuran dan jawapan saya adalah…. Allah guru saya…. seperti mana Allah memberi hidayah pada saya menerima islam maka Allahlah juga memberi hidayah pada saya untuk memahami mesejNya.

Harap maaf jika terlebih ramai lagi tersinggung. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 10:35 PM | Show all posts

Balas #14 toledo\ catat

intersting... sila explain lagi lebih mendalam tentang solat ni..


Harap ini adalah permintaan yang membina dan betul-betul ingin tahu sholat hanya berpandukan Al Quran yang diajar oleh Allah melalui rasulNya tanpa yang lain.

Rukun sholat dalam Al Quran yang Allah senaraikan  adalah;

1.        Berdiri
2.        Rukuk
3.        Sujud
4.        Bersuara
5.        Faham apa yang dibaca/ucapkan.


Ini sahaja rukun yang Allah senaraikan dan lebih mudah dari 13 rukun yang berpandukan selain Al Quran. Antara dalil berdiri, rukuk dan sujud adalah;

AQ 5:6. ' Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu  berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan ........'

AQ 4:142. " Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas,....."

AQ 2:125 .......... "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

AQ 22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

AQ 22:26. "......... Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.


Manakala dalil “bersuara” dan “faham apa yang dibaca/ucapkan” telah saya kemukakan pada posting saya diatas... sial rujuk.

Bacaan ketika sholat

Semasa Berdiri

Apabila hendak memulakan sholat, kita hendaklah menyeru nama Allah dengan menyebut salah satu nama-namaNya.

AQ 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

Dari ayat diatas dengan jelas mengarahkan agar nama Allah sahaja diseru, penambahan lain tidak diarahkan. Oleh itu kita boleh menyebut perkataan "Allah" sahaja atau "ArRahman" atau "ArRahim" atau "AsSalaam" dan sebagainya.Memandangkan perkataan "Akbar" tidak termasuk dalam salah satu nama-nama Allah, maka tidak perlu diucapkan.

Kemudian selepas itu bolehlah dibaca ayat-ayat lain, antaranya ayat yang berbentuk ikhrar atau taat setia kita hanya kepada Allah;

AQ 6:162-163..... "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintahkan, dan aku yang pertama muslim."

Dan oleh kerana surah Fatihah adalah merupakan sebuah doa maka ianya amat sesuai dibaca;

AQ 1:1- 6. Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.Yang Pemurah, Yang Pengasih.Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.

Dan kalau nak tambah lagi boleh dipilih ayat-ayat yang sesuai untuk menyatakan kebesaran, keesaan, kekuasaan Allah atau memohon perlindungan dari Allah. Sebagai contoh;

AQ 114:1-6 ...."Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap,Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia."

AQ 112:1. ....... "Dia Allah, Satu, Allah, tempat perlindungan yang berkekalan, Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan, Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa."

Selain ayat-ayat diatas banyak lagi ayat-ayat yang sesuai dibaca ketika sholat dan harus diingat ada juga ayat-ayat yang tidak sesuai dibaca, antaranya;

AQ 2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

AQ 20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.


Walaupun ayat-ayat diatas diambil dari Al Quran tetapi tidak sesuai dibaca ketika sholat sebab itu betapa penting kita mengetahui apa-apa yang kita ucapkan ketika sholat agar kita tidak disamakan dengan orang yang mabuk.

AQ 4:43. "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, ........"

Rukuk

Bacaan semasa ruku, bolehlah mengambil teladan daripada Nabi Daud yang memohon ampun semasa tunduk.  Banyak ayat-ayat Quran yang mencontohkan cara-cara memohon ampun dan inilah cara yang terbaik sekali kita memohon keampunan atau bertaubat iaitu semasa ruku.

AQ 38:24 ......"Dan Daud menyangka bahawa Kami mengujinya; maka dia meminta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan"

Pernahkah antara saudara-saudara memohon ampun semasa ruku/tunduk dalam hidup saudara2 atau mengamalkan mesej Allah seperti ayat diatas… atau mesej Allah diatas dianggap sebagai penceritaan sahaja tanpa apa-apa maknanya.

Sujud

Semasa sujud pula kita hendaklah memuji akan kebesaran Allah;

AQ 32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan melafazkan sanjungan Pemelihara mereka,

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud. (Membaca ayat-ayat yang menyanjung atau memuji Allah).

Banyak bacaan-bacaan dalam Al Quran yang boleh dijadikan panduan untuk melafazkan sanjungan kepada Allah.

Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

AQ 10:10  "Dan akhir seruan mereka, 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.'"

Maka selesailah sudah dua rakaat sholat menurut Al Quran dan semasa sholat tidak perlulah menceritakan kisah Abu Lahab, kisah orang-orang Quraisy, Tentera Bergajah dan tentang hari kiamat kepada Allah.

Harap dapat difahami maaf jika membuatkan anda resah gelisah kerana tidak sama dengan sholat anda ….. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 09:54 AM | Show all posts

Balas #18 anakmacho\ catat

Sejahtera ke atas pakcik,
Apa pendapat pakcik mengenai hadith seperti Sahih Bukhari and Sahih Muslim? Adakah pakcik menolaknya?

[ Last edited by  slug at 6-2-2009 03:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 12:35 PM | Show all posts
yaaa....
akhirnya aku 'terserempak' juga dengan "BELUT: THE REINCARNATION"...........

[ Last edited by  anti_israel at 6-2-2009 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:35 PM | Show all posts

Balas #24 anti_israel\ catat

Minta maaf pakcik, adik budak baru belajar.
Adakah pakcik menyatakan bahawa slug di dalam bahasa Melayu adalah bermaksud belut?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:38 PM | Show all posts

Balas #25 slug\ catat

eh aku bukan kata ko la....
jangan la "terperasan" plak....
kalo ko mengikuti forum ni dari tahun 2003.....
ko akan faham maksud aku....
huhuhuhu........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2009 03:03 PM | Show all posts

Balas #26 anti_israel\ catat

Minta maaf pakcik kerana adik masih baru di forum ini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Adik budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by anti_israel at 6-2-2009 02:48 PM
ko pegi semayang jumaat x????


Salamun Alaikum,

Sebelum menjawab soalan ngko... apa kata ngko tunjukkan dalil kat dalam Al Quran berkenaan sholat jumaat, berapa rakaat, masa, hari, khutba, berapa orang perlu hadir ? Harap dapat keluarkan dalil dari Al Quran ? Terima kasih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 06:06 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 6-2-2009 07:59 PM


Salamun Alaikum,

Sebelum menjawab soalan ngko... apa kata ngko tunjukkan dalil kat dalam Al Quran berkenaan sholat jumaat, berapa rakaat, masa, hari, khutba, berapa orang perlu hadir ? Har ...


Ini dalilnya:
Katakanlah: ""Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 10:16 AM | Show all posts

Balas #29 kalalah007\ catat

Salaamun Alaikum,

Yang saya minta dalil wajibnya sholat jumaat dan yang berkaitan dangannya.....

Yang nko kemukakan itu perihal beriman kepada Allah dan RasulNya..... sapa pula di sini yang tidak beriman.... adakah... dan ini sepatutnya dibincang topik yang satu lagi sebab topik ini khusus untuk "salam" dan "sholat".... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 01:25 PM | Show all posts

Reply #29 kalalah007's post

ini pendapat imam syafiie RAH tentang org yg menolak sunnah nabi SAW .. yaitu :



FIRMAN ALLAH SWT :


" BARANGSIAPA MENENTANG RASUL SESUDAH JELAS KEBENARAN BAGINYA DAN MENGIKUTI BUKAN  " JALAN ORG2 BERIMAN " ,  KAMI BIARKAN IA "  BERKUASA TERHADAP KESESATAN  YG TELAH DI KUASAI NYA ITU "* DAN KAMI MASUKKAN IA KE DLM NERAKA JAHANNAM DAN ( ITULAH ) SEBURUK2 TEMPAT KEMBALI " .

SURAH AN NISAA' AYAT 115 ...


* KAMI BIARKAN IA BERKUASA .... ulamak mufassirin menafsirkan : ALLAH membiarkan mereka brgelumang dgn kesesatan ...




imam syafiie RAH telah berkata : " semua hukum syariat yg di jelaskan oleh rasuluLLAH SAW kpd ummatnya
( hadis & sunnah ) adalah hasil dari pemahaman beliau SAW terhadap kitab ALQURAN ... "





drpd abu rafi' RA meriwayatka bahawa rasuluLLAH SAW bersabda :

" janganlah seseorg pun drpd kamu yg di dapati duduk di atas tempat duduk yg empuk sambil bersandar di atasnya yg apabila dibawakan salah satu drpd perintahku yg menyuruh sesuatu dan menghalang sesuatu  lalu dia berkata : " kami tidak tahu ( mengenai nya ) .   kami hanya akan ikut dgn apa yg kami dapati di dlm kitabuLLAH " .   

riwayat imam ahmad RAH & imam abu dawud RAH ...  





ada sebuah hadis nabi SAW yg berbunyi :

" aku telah diberikan ALQURAN dan juga perintah2 yg lain seumpama itu .    tidak lama lagi akan dtg satu zmn di mana org2 yg senang lenang bersandar di kerusi2 empuk mereka akan berkata : "  memadailah kita menuruti kitabuLLAH shj .  turuti lah shj .  apa shj yg telah di halalkan di dlm nya, anggaplah halal .. dan apa shj yg telah di haramkan, anggaplah sebagai haram .   sedangkan pd keadaan sebenarnya apa yg telah di haramkan oleh rasuluLLAH SAW adalah diharamkan juga oleh ALLAH TAALA " .   

misykatul masobih ...





FIRMAN ALLAH SWT :

" MAKA DEMI TUHAN MU , MEREKA TIDAK BERIMAN SEHINGGA MEREKA MENJADIKAN ENGKAU ( MUHAMMAD ) HAKIM TERHADAP PERKARA YG MEREKA SELISIHHKAN KEMUDIAN MEREKA TIDAK MENDAPATI DI DLM DIRI MEREKA SUATU KEBERATAN DRPD APA YG TELAH ENGKAU PUTUSKAN DAN MEREKA MENYERAH
( DGN )  RELA " .


SURAH AN NISAA' AYAT 65 ...









WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 7-2-2009 02:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 01:38 PM | Show all posts
berkenaan isu assalamu 'alay kum pula ...


apa yg boleh saya katakan ialah : BETAPA TERSERLAHNYA KEJAHILAN SAUDARA ANAK MACHO TENTANG BAHASA ARAB YG KAYA DAN LUAS PERBENDAHARAAN KALIMAT2 NYA ...

sebab itu saudara tidak tahu tentang fungsi ALIF & LAM yg terkandung di dlm ucapan AS SALAM itu ...

mungkin juga saudara belum kenal kalimah SALAM itu ... adakah ia dari isim , fe'el @ huruf ?

dan apakah masdarnya ?

apakah huruf alif & lam itu boleh masuk ke dlm kalimah yg bertanwin seperti SALAMUN 'ALAY KUM ?

dan banyak lagi soalan2 yg boleh kita tanyakan kpd saudara ...


x payah pusing jauh2 pasal solat dll ....












WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 16-2-2009 11:21 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 03:01 PM | Show all posts

Balas #31 sirri_khafi\ catat

Salaam,

Hujah anda ini sepatutnya di letakkan di topik yang satu lagi... terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 7-2-2009 01:38 PM
berkenaan isu assalamu 'alay kum pula ...
apa yg boleh saya katakan ialah : BETAPA TERSERLAHNYA KEJAHILAN TUANRUMAH TENTANG BAHASA ARAB YG KAYA DAN LUAS PERBENDAHARAAN KALIMAT2 NYA...
sebab itu tuan rumah tidak tahu tentang fungsi ALIF & LAM yg terkandung di dlm ucapan AS SALAM itu ...
mungkin juga tuan rumah belum kenal kalimah SALAM itu ... adakah ia dari isim , fe'el @ huruf ?
dan apakah masdarnya ?
apakah huruf alif & lam itu boleh masuk ke dlm kalimah yg bertanwin seperti SALAMUN 'ALAY KUM ?
dan banyak lagi soalan2 yg boleh kita tanyakan kpd tuan rumah ...
x payah pusing jauh2 pasal solat dll .... ...


Salaam,

Ya... orang yang tidak sependapat dengan ngko saja yang jahil.... saya pun boleh kata macam tulah.... bukan susah mahu bercakap... budak kecil pun boleh sakap apa...

Bagi mereka yang tidak mengiktiraf kesempurnaan Al Quran pasti akan memberi beribu-ribu alasan demi menegakkan hujahnya... tak faham arablah tak itulah....

Allah dah kata Al Quran berbahasa arab yang tiada kebengkokannya maka tidak bengkoklah iatu apa yang Allah firmankan itulah yang Allah maksudkan;

AQ 18:1. Segalapuji bagi Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak membuatkanpadanya sebarang kebengkokan,



AQ 39:28. Sebuahal-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.



Bila Allah kata "AsSalaam" adalah namaNya...... dan "Salaam" serta "Salaamunalaikum" adalah sebutan salam dari Nya yang berkat lagi baik maka manusia tidak puas hati lalu mencari cara sebutan lain pula yang tidak menurut dari Allah.... siapa ingkar Al Quran ?



Pada saya Al Quran cukup sempurna dimana Allah dengan tertilnya telah meletak  "Alif Lam" dan dimana tidak perlu.... dan ini tentunya memberi perbezaan yang amat bermakna kalau tidak takkanlah Allah suka-suka letak sebegitu tentu ada sebab.



Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 03:34 PM | Show all posts
org arab yg berbahasa ALQURAN pun tidak berselisih tentang kalimah ASSALAM ...

INIKAN PULA ORG YG JAHIL BAHASA ALQURAN ..









  









WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 03:40 PM | Show all posts

Balas #35 sirri_khafi\ catat

Salaam,

Orang-orang arab semua faham bahasa arabpun tidak semua beriman..... dan mengamalkan Al quran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 03:56 PM | Show all posts
mcmana pula org yg jahil bahasa ALQURAN mengamalkan ALQURAN ?

sedangkan ALQURAN yg di turunkan dgn bahasa arab yg sempurna pun dia x tahu ...

adakah mesej ALQURAN itu sampai ?













WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 7-2-2009 04:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 7-2-2009 10:16 AM
Salaamun Alaikum,

Yang saya minta dalil wajibnya sholat jumaat dan yang berkaitan dangannya.....

Yang nko kemukakan itu perihal beriman kepada Allah dan RasulNya..... sapa pula di sini yang ...


solat jumaat tu datang nya dari sunnah nabi. Dalil mengikuti sunnah nabi,

Katakanlah: ""Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi (Muhammad) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia (sunnah), supaya kamu mendapat petunjuk"".
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 04:49 PM | Show all posts

Balas #30 anakmacho\ catat

Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang (64:12)

Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (4:80)
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 07:44 PM | Show all posts
asalamualaikum

ini jawapan kepada persoalan saya ttg cara menyebut salam..sy ada bertanyakan kwn sy yg kat luar negara (india) bgmana beliau menyebut salam:

ini yg beliau bagitau saya:
one should greet with assalam alaikum  or asalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh. as it mentioned in HOLY Quran (whenever u r greeted, reply, or the same) suppose one greet u with assalam alaikum u shpould reply wa alaikum assalam warahmatullahi wabarakatuh. u will find on every word 10 sawab. InsyaALLAH. so pls dont use only SALAM. Say assalam alaikum

ini yg sy terima dari beliau.
sy tanya bgmana beliau memberi salam yg sepatutnya dan diatas tadi adalah jawapan beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.335635 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list