|
FFM - 103 Film Qualify for Malaysian Film Festival -
[Copy link]
|
|
Fetival Filem Malaysia selalunya tak dapat banyak sambutan kalau nak dibandingkan dengan AIM atau anugerah lain, mungkin sebab tak siar live kat tv |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tau top-5??? tulun tepek mana2 online news pls.. tQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 makhluk's post
tQ kak makh
tepek laa kat sini kak |
|
|
|
|
|
|
|
TOP-5
nahhh!
sumber: mSTARonline
ANUGERAH PERDANA
Pengarah Filem Terbaik:
1. Hatta Azad Khan - Wayang
2. Shuhaimi Baba - 1957 Hati Malaya
3. Ahmad Idham - Congkak
4. Mamat Khalid - KMBM
5. Osman Ali - Anak Halal
Pelakon Lelaki Terbaik:
1. Afdlin Shauki - Sepi
2. Adlin Aman Ramlie - Susuk
3. Rosyam Nor - KMBM
4. Eman Manan - Wayang
5. Farid Kamil - Anak Halal
Pelakon Wanita Terbaik:
1. Maya Karin - Anak Halal
2. Erra Fazira - Anak
3. Fazura - Kayangan
4. Nasha Aziz - Otai
5. Vanidah Imran - Akhirat
Lakon Layar Terbaik:
1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Cuci - Hans Isaac
Cerita Asal Terbaik:
1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Pensil - M.Subash
Sinematografi Terbaik:
1. Evolusi KL Drift - Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
2. Sepi - Mohd Nor Kassim
3. Susuk - Daven Raghaven
4. Kayangan - Raja Mukhriz
5. Anak Halal - Khalid Zakaria
Penyunting Terbaik:
1. 1957 Hati Malaya - Nik Haslinda Nik Hussain / Kamarudin Abu
2. Wayang - Hafiz Kamaruzaman
3. Congkak - Ahmad Mustadha
4. KMBM - Raja Affandi Raja Jamaludin
5. Sepi - Johan Bahar
Skor Muzik Asal Terbaik:
1. Wayang - Hafiz Askiak
2. KMBM - Ahmad Badaruddin
3. Susuk - Hardesh Singh
4. Anak Halal - Nurzaidi Abdul Rahman
5. 1957 Hati Malaya - Sharon Paul
Filem Animasi Terbaik:
1. Family Portrait - The One Academy
2. Upin & Ipin - Les! Copaque Prod.Sdn Bhd
3. World War - University of Hertfordshire
4. Nene Breshke - Wan Muhammad Tamlikha
5. Apocalypse - The One Academy
Filem Dokumentari Terbaik:
1. Making The Cut - Reel Network Sdn Bhd
2. The Woodsmiths - Reel Network Sdn Bhd
3. The Perak Man - Eurofine / FINAS
4. Kami Yang Disyaki - UiTM
5. Restoring Merdeka - Leong Hon Yuen
Filem Pendek Terbaik:
1. Hasrat - Martias Entertainment
2. Tiffin - Chor Ai Lene
3. Eyefinger - Marge Bong
4. Burp - ASWARA
5. Kopitiam Kurang Manis - UiTM
Filem Digital Terbaik:
1. Yantra
2. Malaysia's Sweet Heart
3. Wirasiswi
4. Ganavin / Vanthaanda Herd
5. Jarum Halus
Filem Terbaik
(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)
ANUGERAH CIPTA
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
1. Zul Huzaimy - Wayang
2. Farid Kamil - KMBM
3. Adlin Aman Ramlie - 1957 Hati Malaya
4. Eizlan Yusof - Impak Maksima
5. Fauzi Nawawi - Anak Halal
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
1. Nabila Huda - Akhirat
2. Nanu Baharuddin - 1957 Hati Malaya
3. Azizah Mahzan - Anak
4. Ruminah Sidek - Pensil
5. Dynaz - Kayangan
Penataan Seni Terbaik:
1. 1957 Hati Malaya - Aida Fitri Buyong / Kamarul Nizam Abd Rahman
2. KMBM - Nazrul Ashraff
3. Susuk - Kek Ting Lam
4. Johnny Bikin Filem - Dr. Anuar Nor Arai
5. Anak Halal - Irwanmazwan Ibrahim
Penataan Bunyi Terbaik:
1. Congkak - Brian Ng
2. KMBM - Azman Abu Hassan
3. Susuk - Add Audio
4. Evolusi KL Drift - Daud Sulaiman
5. Anak Halal - Azman Abu Hassan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
1. Erynne Erynna - Congkak
2. Amrul Hisham - Anak
3. Mohd Asrah Akis - Wayang
4. Mohd Asrah Afif - Wayang
5. Erin Malek - Congkak
Pengarah Harapan Terbaik:
1. Hans Isaac - Cuci
2. M.Subash - Pensil
3. Mohd Latif Zami - Dunia Baru The Movie
4. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift
5. Barney Lee - Anak
Pelakon Harapan Lelaki:
1. M.Subash - Pensil
2. Moh. Kamarulzaman Taib - 1957 Hati Malaya
3. Wan Kenari Ibrahim - Wayang
4. Zaefaul Nadzarine Nordin - 1957 Hati Malaya
5. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift
Pelakon Harapan Wanita:
1. Julia Ziegler - Kayangan
2. Lisa Surihani - I'm Not Single
3. Mas Muharni - Wayang
4. Avaa Vanja - KMBM
5. Diana Rafar - Susuk
Pereka Kostum / Busana:
1. 1957 Hati Malaya - Dee Hasnan / Ezrah Rahim
2. Johnny Bikin Filem - Ayu Haswida
3. Susuk - Mohd Zaini Abdul Rahman
4. Anak Halal - Mohamad Zaini Abdul Rahman
5. KMBM - Nasirah Ramlan
Poster Terbaik:
1. Cuci
2. Susuk
3. Anak Halal
4. Evolusi KL Drift
5. Pensil
Lagu Tema Asal Terbaik:
(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)
ANUGERAH KHAS JURI
(5 Anugerah dari tersebut atau yang sesuai mengikut tema festival) |
|
|
|
|
|
|
|
Anak Halal kuasai FFM21?
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
KUALA LUMPUR - Malam kemuncak Festival Filem Malaysia mungkin menjadi milik Anak Halal, apabila filem karya Osman Ali itu awal-awal lagi sudah mendapat 12 pencalonan daripada 23 kategori yang dipertandingkan.
Antara pencalonan bagi kategori utama yang diraih oleh Anak Halal termasuklah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
Pencalonan ini tidak termasuk bagi dua lagi kategori iaitu kategori Filem Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.
Dua anugerah ini akan diumumkan pada malam anugerah itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Sabtu ini.
Walaupun begitu filem Anak Halal akan ditentang hebat oleh filem-filem lain yang turut berada di tangga teratas antaranya, Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid dan Wayang oleh Dr. Hatta Azad Khan. Kedua-dua filem ini menerima 11 pencalonan.
Filem karya Shuhaimi Baba, '1957' Hati Malaya pula tidak kurang hebatnya dengan sembilan pencalonan manakala filem arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili, Susuk dengan lapan pencalonan.
Turut memberi saingan pada FFM21 termasuklah Congkak, Sepi, Evolusi KL Driff dan Pensil, masing-masing dengan lima pencalonan.
Dua buah filem iaitu Wayang dan Kami arahan Efeende Mazlan dan Fariza Azlina Isahak dipilih sebagai pengisi agenda tayangan perdana yang akan berlangsung di GCS Alamanda Putrajaya, sempena pelancaran FFM21 pada Khamis ini. |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh.....kat mana nak dpt pas masuk FFM21 ek? heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 speckie's post
nk tanya soklan sama gak |
|
|
|
|
|
|
|
INFO: Senarai Pemenang FFM ke-21
SAAT MANIS: Sebahagian daripada penggiat seni yang
berjaya menggondol trofi pada Festival Filem Malaysia ke-21.
# Filem Terbaik: Kala Malam Bulan Mengambang
# Pengarah Terbaik: Mamat Khalid
# Pelakon Lelaki Terbaik: Rosyam Noor
# Pelakon Wanita Terbaik: Maya Karin
# Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Zul Huzaimy Marzuki
# Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ruminah Sidek
# Pengarah Harapan: Hans Isaac
# Pelakon Harapan Lelaki: Kamaruzaman Taib
# Pelakon Harapan Wanita: Lisa Surihani
# Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Erynne Erynna
# Penataan Seni Terbaik: Nazrul Ashraff
# Lakon Layar Terbaik: Hans Isaac
# Cerita Asal Terbaik: Osman Ali
# Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz
# Penyunting Terbaik: Nik Haslinda & Kamarudin Abu
|
|
|
|
|
|
|
|
Serba tak kena!
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Salehuddin
Festival lebih dua dekad masih kurang kemas dari segi aturcara
JIKA dinilai dari segi usia, penganjuran Festival Filem Malaysia ke-21 sepatutnya lebih matang. Namun, apa yang dilihat sepanjang tiga jam berada di perut Auditorium Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, boleh dikatakan perjalanan atur cara majlis cukup kelam kabut dan serba tidak kena.
Bukan hendak menjadi seperti pepatah rumah siap pahat berbunyi tetapi kalau tak ditegur bimbang pula perkara ini berlanjutan hingga festival yang akan datang.
Entah mengapa, masalah tidak menepati masa masih menjadi masalah utama kepada tetamu yang hadir. Gara-gara lewat, kesesakan berlaku di pintu masuk auditorium apabila mereka yang hadir berkumpul di situ sambil menantikan waktu rehat untuk membolehkan mereka duduk di kerusi yang disediakan.
Situasi itu sepatutnya tidak berlaku kerana pemandangan itu mengundang 憇akit mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|