:pompom: Jambatan Mana :pompom:
(guitar intro)
Jambatan mana nak seberang
Jambatan mana yang temberang
Serahkan peta warisan
Agar langkahku tidakkan tersasar
Sukarnya untuk menelah
Jalan yang mana.. jalan sebenar
Medan jerangkap samar
Terus menanti mangsa
Haluan mana nak melangkah
Laluan mana nak dihindar
Ajarkan petua lama
Jadi panduan selama bernyawa
Akanku mendalaminya
Jadi formula pelindung jiwa
Medan jerangkap samar
Silap langkah kecundang
Laluan mana nak melangkah
Laluan mana nak dihindar
Jambatan mana nak seberang
Jambatan mana yang temberang
(sukarnya untuk menelah yang mana satu jalan temberang)
Andai tersilap arah..
Pasti kan kecundang..kecundang..
Laluan mana nak melangkah
Laluan mana nak melangkah
Jambatan mana nak seberang
jambatan mana undang malang
Jambatan mana nak ku pangkah
Jambatan mana nak dimusnah...
|