moh le kwn2 kalu yg mana ada masalah susah nak mengandung 2 cube tanya soklan mana tau org yg keje kat TAFF ke, yg keje klinik fertility ke baca thread ni boleh dorang tolong
"dalam perut ada 3 orang baby" itulah kata TPP. Puan Siti Syarilla dah selamat melahirkan kembar tiga yang diberi nama Lokman Iskandar, Sarah Nadiah dan Danish Iskandar namun Danish Iskandar telah pun kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
[fly]TAFF Family Day - 3rd Dec 2006 at Palace Of The Golden Horses Hotel[/fly]
Inilah bayi pertama TAFF pasangan C.Venggadesen a/l R.Chinesamy Naiker & Pn. Santhy a/p V.A Vellasamy bersama anak mereka Jaden Samuel Desen dilahirkan pada 19th June 2006 dekat Mahkota Medical Centre, Melaka salah satu Klinik panel TAFF..
Lama menanti .... lebih 21 tahun barulah kehidupan rumahtangga pasangan Ismail B. Ahmad & Suria Bt. Chin mempunyai cahayamata kembar yang comel Nur Afzan & Nur Jihan sempena nama anakanda TPP. 21 tahun terubat setelah melahirkan kembar dua sekaligus....
Syarat-syarat untuk memohon tajaan TAFF adalah seperti beikut :-
豙/size]Suami & isteri adalah PASANGAN YANG SAH ( sijil kahwin diperlukan sebagai bukti )
豙/size]Suami & isteri adalah WARGANEGARA MALAYSIA
豙/size]Isteri hendaklah berumur KURANG daripada 45 tahun
豙/size]BUKAN penderma sperm / ovum
豙/size]Pendapatan bulanan suami dan isteri ( dicampur sekali ) hendaklah KURANG daripada RM4000.00 [ Gaji kasar (yang belum ditolak) & elaun tetap ] **
豙/size]Telah berkahwin selama 3 TAHUN KEATAS
豙/size]Tidak Pernah mempunyai anak walaupun dalam perkahwinan terdahulu.
Untuk mendapatkan borang TAFF, sila hantarkan sampul surat beralamat sendiri berserta stem RM1.00 ke alamat seperti di bawah :-
TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION ISTANA ABDULAZIZ BANDAR INDERA MAHKOTA 25200 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
[fly]Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Abby di talian 09-5733241 (Isnin Hingga Jumaat 8.00 a.m - 5.00 p.m)[/fly]
Saja nak tanya saya ni tahun 2006 dah hantar borang tapi tak ada apa-apa jawapan samada gagal atau tak. Adakah saya perlu isi borang semula atau follow up kat TAFF je