|
Reply #15 reddots's post
tah la..aku pun rasa cam ko gak.... sape yg tak berapa nak paham sebenarnye???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by surya at 5-2-2008 11:50 AM
Hishammuddin is the son of Tun Hussein Onn, the third Prime Minister of Malaysia and the grandson of Onn Jaafar . His grandfather Onn Jaafar was one of the founders of UMNO. Hishammuddin is also ...
Click on the link....
http://en.wikipedia.org/wiki/Hishamuddin_Hussein |
|
|
|
|
|
|
|
kuang asam tul sape yg ngedit tuh nak kene saman pe?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anticuado at 5-2-2008 10:24 AM
tah la..aku pun rasa cam ko gak.... sape yg tak berapa nak paham sebenarnye????
Hishammuddin is the son of Tun Hussein Onn, the third Prime Minister of Malaysia and the grandson of Onn Jaafar and the younger brother of Jaafar Onn the only recognised Gay chef in Malaysia.
ni pemahaman aku dgn apa yg dibuat kat wiki ni kayyyyyy......
hishammuddin ni anak Tun Hussein On... anak PM msia yg ke-3.
dan
cucu kepada Onn Jaafar
dan
adik lelaki kepada Jaafar Onn, Chef gay di Malaysia...
kalau menurut pemahaman kek belacan nih..
Originally posted by kekbelacan at 4-2-2008 02:17 PM
si pembuka thread ni pun tak paham
yang gay chef tu siapa lagi?
hishamudin tu chef ke?
simple english pun susah ke nak understand
yg dia ni salah tafsir la... |
|
|
|
|
|
|
|
Hishammuddin Tun Hussein bersama timbalannya, Abu Seman Yusof (kiri) dan Lee Chee Leong (kanan) selepas sidang akhbar Mesyuarat Pasca Kabinet di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
4 JAN. 2012: Hishamuddin Hussein menunjukkan MyKad baru pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. |
|
|
|
|
|
|
|
HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) bersama sebahagian daripada Skuad IT Puteri UMNO dan Skuad Sayang Wanita UMNO di Kluang, Johor, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin hadiri mesyuarat tertutup UMNO, BN Sabah
Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Hishammuddin Tun Hussein, Mohd. Shafie Apdal, Musa Aman dan Salleh Tun Said Keruak (kiri) mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, malam tadi.
KOTA KINABALU 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri malam ini.
Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 7 malam, diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak untuk menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, turut dihadiri dua Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Esok, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, dijadualkan menghadiri beberapa majlis bersama rakyat di Semporna dan Tawau.
Beliau turut dijangka menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah bahaya nnt pahni de lak yang kena saman |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan tak pandang ringan aktiviti ekstremisme
HishaMmuddin Tun Hussein selaku moderator berbual mesra dengan Nasharuddin Mat Isa pada persidangan antarabangsa mengenai Gerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerajaan tidak boleh memandang ringan aktiviti ekstremisme kerana ia dianggap kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan gerakan-gerakan seperti itu tanpa mengira kaum atau agama.
"Dari segi keselamatan, ekstremisme dianggap kegiatan keganasan. Kita tidak pernah kompromi, tidak kira daripada agama mana dan warna kulit walaupun mereka merupakan pengganas. Saya (kementerian) berdepan dengannya setiap hari," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan sesi terakhir hari pertama Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) 2012 di sini hari ini.
Dua panel yang menjadi tetamu pada sesi tersebut ialah Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Timbalan Menteri Luar Jepun, Hajime Ogawa.
Hishammuddin berkata, persidangan seperti itu akan membantu memberi perspektif lebih luas supaya orang ramai tidak dibelenggu dengan pemikiran yang mungkin dikongkong oleh pertimbangan politik dan peribadi sehingga menjurus kepada tindakan ekstremisme.
Menurutnya, kerajaan juga perlu mengimbangi antara kepentingan negara, keselamatan dan hak serta kebebasan rakyat.
"Saya percaya majoriti rakyat Malaysia akan memberikan kita masa itu di mana kadang-kadang akan wujud prejudis atau kemarahan di kalangan mereka," katanya.
Oleh sebab itu, jelasnya, kebijaksanaan pemimpin berdepan saat itu akan menentukan Malaysia terus aman dan rakyat dapat memahami semua transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hemmm saya tumpang lalu ja |
|
|
|
|
|
|
|
Gay...??? Fitnah buta jer dia org ni.....dosa jer... |
|
|
|
|
|
|
|
25 JAN 2012: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan tembakan menggunakan pistol Glock 17 semasa melakukan lawatan Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dan menyerahkan kunci rumah kepada salah seorang mangsa banjir yang dipindahkan ke Taman Desa Sejahtera di Kluang, semalam. Turut hadir Idris Haron (kiri). |
|
|
|
|
|
|
|
tompang lalu...kalau saya salah tolong betulkan yer dier ni bukan suami nyer Tiara kerr??
*confuse* |
|
|
|
|
|
|
|
maaf salah dah mohon ampun.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|