|
Rangka Manusia Kota Melaka - Update : Misteri Terjawab
[Copy link]
|
|
hehehe
orang viking ke pasai? |
|
|
|
|
|
|
|
entah entah nelayan jatuh sungai |
|
|
|
|
|
|
|
CANGKOL PON CANGKOL LAHHH.....
HANG KEBUN--- |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 Si Kitol tak yang menjadi tali barut portugis tu..hehhe
kalau betul Si Kitol tu, tak payah susah2 bawa balik Melaka, tanam ja balik kat tempat yg mula2 jumpa tu..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia rangka manusia Kota Melaka terjawab
Oleh NIZHA PERIASWAMY
DR. MOKHTAR (kiri) dan Dr. Stephen Chia menunjukkan tengkorak manusia
lelaki dipercayai berusia 600 tahun yang ditemui di Kota Melaka.
GEORGE TOWN - Penemuan rangka manusia di Kota Melaka yang dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka awal tahun ini menemui perkembangan positif.
Analisis Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPMA), Universiti Sains Malaysia (USM) merungkai pelbagai maklumat dan masih menanti untuk penilaian lanjut.
Pengarah PPAM, USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin memberitahu, analisis mendapati empat rangka lengkap yang berasal dari tahun 1400 hingga 1450 itu terdiri daripada tiga rangka lelaki dan satu perempuan.
Katanya, keempat-empat rangka itu dalam lingkungan usia 25 hingga 45 tahun dan 40 hingga 44 tahun bagi lelaki dan 17 hingga 25 tahun bagi perempuan.
Jelas beliau, pengenalan dilakukan menerusi gigi dan tulang pinggang khususnya tulang pelvis iaitu kerangka bahagian gigi lelaki lebih kasar dan besar, manakala perempuan pula lebih berbentuk tajam dan halus.
Hasil kajian juga mendapati rangka bukan beragama Islam kerana ditanam secara lurus pada arah timur barat, kepala di bahagian barat.
"Pengesahan lanjut seperti ras, bangsa dan lain-lain akan ditentukan melalui kajian ujian asid deoksiribonukliek (DNA) yang sedang dijalankan di Pusat Kimia USM dan juga Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kosmo! awal tahun ini melaporkan, rangka ditemui di pekarangan bangunan Unit Polis Pelancong Melaka di Jalan Kota yang diyakini merupakan kawasan perkuburan berdasarkan banyak rangka ditemui di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
patut lah banyak tempat berhantu rupanya ada rangka manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by tinbeskut at 29-7-2008 11:52 AM
mungkin rangka mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia kalo bab2 nk kaji sejarah nih lembab nau die punye loading. sakit hati nk tgu. dah tu byk kesan peninggalan sejarah x diamek peduli. lagi nk musnahkn ade la. nyampah aiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju dgn ko..macam kat kota a famosa tu...depa ada jumpa terowong rahsia yg di katakan tuju ke kota di bkt senjuang..tapi di tutup terus pasal katanya bahaya ada yg runtuh..patutnya pintu terowong tu saja di tunjuk pd orang ramai kalau kata bahaya...tapi yg penting kawasan tu naikkan shopping compleks sama hotel..cheh... kubur sultan melaka lak taknak lak di cari..kubur sultan melaka yg ada kat malaysia ni pun sultan alaudin kat pagoh sana tu..tu pun aku tak tau kerajaan melaka amik tau ke tak..
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn kn kate mlaka, kl yg tmpt tumpuan nih pun same. hade ke patut penjara pudu dirobohkn ? kot ye pun tgglkn la 1 blok bgunn ke hape. aku rse xde peruntukan bajet la utk pemeliharaan and pemuliharaan bnda2 yg ada nilai estetika ni. penjara tu bole je kt bukk utk tatapan pelancong. dulu leh buat utk pameran x kn skg x leh. aku igt lg kekecik dlu time drg bukak penjara pudu utk pameran (walpn skjap) tp mmg betul2 tggl kesan kt aku pasai start tu aku rasa syg kt bnda2 yg brsejarah ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju tu..kalau kat Indonesia, terowong ni dah tentu dipulihara dan jadi tarikan pelancong mcm Terowong Jepang kt Bukit Tinggi.
Kat Malaysia, jumpa je terus sibuk tutup, ni kes tak nak susah buat kertas kerja mohon bajet. Yg senang buat kertas kerja benchmarking muzium seantero dunia. Konon nak belajar, balik buat projek mengabiskan boreh je. Nilai sejarah ngan estetika buang ke laut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|