CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Kata..........

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-9-2007 02:25 PM | Show all posts
"Fazira?"Nurul cuba menegur bekas kakak iparnya itu.

"Em,"balas Fazira.Mata Fazira sudah berair.Begitu juga Nurul.Akhirnya mereka berdua berpelukan.

"Kak Faz dok sini boleh?"tanya Nurul lembut setelah pelukan mereka dileraikan.

"Takleh,anak Kak Faz dah sewakan apartment kat acapella tu,"kata Fazira sambil mengesat air matanya.

Penghuni yang lain masih memerhatikan Nurul dan Fazira.Mereka benar-benar tergamam dengan kehadiran Fazira setelah sekian lama.LAMA!25 TAHUN!

"Anak?"Diana mencelah.Tetapi setelah menyedari dia agak biadap,dia mengulangi pertanyaan itu dengan lebih lembut dan sopan,"Ibu dah ada anak?"

Fazira mengangguk."Ibu kawin lepas setahun Naufal tinggalkan ibu.Tapi ibu tak suka pon laki tu.Ibu kawin terpaksa.Mak ibu suruh.Ibu masih cintakan Naufal."Terdapat nada sebak di suaranya.

"Oh,ye.Kat acapella.Nurin pernah tinggal kat situ.Mungkin Nurin boleh hantarkan Kak Faz.Bolehlah dia singgah jumpa housemate dia yang lama,"jelas Nurul yang teresak-esak menangis.

"Ar..Emm..Betul tu.Ibu,"kata-kata Nurin sekadar setakat di kerongkongnya sahaja.Tidak bisa diluahkan.

"Nurin!Nurin dah nak kawin?Tahniah nak.Cantik gaun tu.Boleh tak ibu jadi pendandan rambut Nurin masa hari tu?Bila,ye?"

"Boleh,ibu.Betul ke cantik?"

Akhirnya yang lain turut ceria.Mereka turut menyampuk dalam perbualan Nurin dan Fazira terutamanya Zaimi yang sering buat lawak.

*******************************************************************************

"Ibu punya apartment tingkat berapa?"tanya Nurin ketika mereka dalam lif.

"Tingkat 3.Nurin,sape pemuda yang bertuah tu?"tanya Fazira.

"Jejaka bertuah?Maksud ibu?"

"Bakal suami Nurinlah,"balas Fazira.

"Oh,Jo.Muhammad Johari Bin Ibrahim,"terdapat rona-rona merah pada pipi Nurin.

Ape?Jo?Ya Allah kenapa harus Jo yang menjadi suami Nurin?Fazira sedikit tergamam.

"Dah,jom,bu."

"Ye,nak."

"Nombor berapa bu?"

"38."

"38?Tu apartment Nurin dulu gak,"kata Nurin dengan riang.

Akhirnya mereka berdua sampai di hadapan pintu apartment.Nurin menekan loceng di pintu itu.

*******************************************************************************

"Apa nama mak Farah?"tanya Tia.

"Mak Fareha jugak.Nama dia Fazir..."kata-kata Fareha terhenti apabila terdengar bunyi loceng.

"Farah,pergi tengok.Mak kot!"riang suara Fareha.

"Mak,"Farah memeluk ibunya dan melihat ke arah gadis manis di sebelah ibunya,"Sape mak?"

"Ni,Nurin.Sedara mak,"balas Fazira setelah memeluk Fareha.

"Ha,Nurin?"Liza segera menolak Farah dan Fareha ke tepi."Nurin!"mereka berdua berpelukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 03:31 PM | Show all posts

Sehidup semati ke diorang ni??

Bab 9

"Kak Ara,haz jumpa adek lagi,"Hazry mengadu pada Umaira lagi.

"Haz,kan akak cakap dah.Jelaskan pada diorang yang Haz tinggalkan adek dulu sebab apa.Tapi...Haz tak nak.Tengok,sekarang aper jadik.Haz nyesal.Satu lagi kalau Haz dah jelaskan pon,sekarang Haz dah tak boleh balik ke pangkuan dia sebab Haz dah pilih Tia.Takkan Haz nak tinggalkan Tia pulak,"Umaira sudah naik rimas dengan keluhan Hazry.

Hazry,Hazry.Akak dah cakap,ko tak dengar.Akak tau ko suka lagi kat Nurin tu.Tapi ko tak nak explain kat keluarga dia.Degil!Lantak ko lah.

"Tapi kak..."Hazry sudah tidak bisa mencari alasan untuk mempertahankan ego lelakinya.Dia mendengus lalu berlalu ke KFC di KLIA tu.

Telefon bimbit Nokia N76nya berdering.Nama Tia terpampang di skrin telefon itu.

"Hello Tia."

"Tak boleh.Haz ader flight."

"Kat Paris."

"InsyaAllah,Haz belikan."

"Love you too.Bye."

Setelah selesai menala makan tengah harinya,Hazry bertolak ke Perancis.

*******************************************************************************

"Ya Allah.Nurin dah leka sangat berbual.Dah pukul 12 dah,Kak Liz.Nurin nak baliklah."

Nurin bangun dari kerusi di meja makan.Tiba-tiba salah satu gelas kaca jatuh dan pecah berkecai.Nurin mengutip serpihan kaca itu dan terluka.

"Ya Allah.Nurin tak pape?"tanya Fazira.

"Takder pape bu.Luka sikit je."

"Petanda buruk ni.Nurin tak payah baliklah,ye sayang?"pujuk Fazira.Dia takut akan terjadi apa-apa terhadap Nurin tetapi Nurin agak degil dan dia pulang juga.

"Mak takutlah Farah,"kata Fazira sebaik sahaja Nurin bertolak.

"Ala,mak.Tak elok percaya pada benda tu semua.Kita patutnya serahkan pada Allah,mak."

"Mak tau."

*******************************************************************************

"Diminta kepada semua penumpang sila bertenang."kata Umaira dan mengulanginya dalam berlainan bahasa.

Semua penumpang di dalam kapal terbang itu agak cemas apabila kapal terbang yang mereka naiki bergegar.

Beberapa minit kemudian,penumpang sudah mula tenang tetapi.....

*******************************************************************************

Nurin terasa mengantuk ketika sedang memandu.Matanya sudah kuyu tetapi dipaksa untuk celik.Sudah 2 kali mata itu hampir tertutup.Nurin mencari tempat untuk berhenti tetapi dia terpakir di tempat yang salah dan keretanya menjunam ke dalam gaung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 04:35 PM | Show all posts
"Mak,nak telefon dialah,"kata Fazira lalu mencapai telefon bimbitnya.

"Tak...Tak dapat,"wajah Fazira sudah pucat.Hatinya serba gelisah,tak tentu arah.

"Ye?Ya Allah,Hazry..."Tia menangis teresak-esak di ruang makan itu juga setelah mengangkat telefon bimbitnya.

"Naper Tia?"tanya Liza.

"Haz..Flight Hazry terhempas di Thailand.Haz...Hazry!!!!!!"Tia meraung dan meronta dalam pelukan Liza.

"Kesian Tia....Farah,mak nak gi rumah auntie kau,mak Nurin.Ko drive,ye!"

*******************************************************************************

"Eh,mak.Kenapa ramai orang berkumpul kat situ?"tanya Farah kepada ibunya ketika dia sedang memandu.

"Entahlah,nak.Manalah mak tau.Turunlah,"kata Fazira lalu farah memberhentikan keretanya.Mereka turun.

"Pak cik,apa yang terjadi?"tanya farah kepada seorang lelaki tua yang berada di situ.

"Tadi...Ada orang jatuh dalam gaung ni.Tu...Ha jumpa pon mayatnya."

Fazira dan farah melihat mayat itu.Ya Allah!Nurin!

"Eh,Pak Haji.Tak mati lagilah,"tegur lelaki yang mengangkat tubuh Nurin.

"Hidup lagi,ni.Bawak gi hospital.Datang pon ambulans,"kata seorang lagi lelaki bertubuh sasa.

Ambulans membawa Nurin ke hospital.Fazira menaiki ambulans itu manakala Farah meneruskan perjalanan ke rumah Nurul untuk memaklumkan kejadian itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 04:42 PM | Show all posts

rimasnyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 04:45 PM | Show all posts
idea....di manakah ko?:@
kejap datang..kejap pergi macam dendam Nurin pada Hazry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 05:05 PM | Show all posts
Tensionnyer.......
bckp sengsowang dalam ni!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 05:08 PM | Show all posts
kalu xdpat idea lagi rilek ler dulu...tak usah tension..nnt lagi tade idea..tak siap plak citer nie nnt!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 05:19 PM | Show all posts
Bab 10

"Ma,apa terjadi?"tanya Johari yang meninggalkan pesakitnya yang telah tertidur.

"Jo,Nurin dalam bilik pembedahan lagi.Dia jatuh dalam gaung,"kata Nurul sambil tersedu-sedan.Suhaimi cuba untuk meredakannya tetapi sia-sia.

"Auntie?"Johari menyapa Fazira yang pucat.

"Jo!"balas Fazira.

"Korang kenal?"tanya Suhaimi bagi pihak Nurul.

Mereka berdua mengangguk dan Fazira bersuara kepada Johari,"Jo,sini auntie nak cakap sket."Fazira menarik Johari ke tempat yang lebih jauh dari Suhaimi dan Nurul.

"Apa yang Jo buat?"tanya Fazira.

"Buat apa?Jo tak buat apa-apa pun,"Johari pelik.Ader ke aku buat apa-apa?

"Jo nak kawin ngan Nurin!"

Johari terkedu.Salah ke aku kawin ngan orang yang aku cinta?Salah ke?

"Salah ke?"

"SALAH!Jo,Jo hanya akan menyeksa Nurin,je.Percayalah.nanti bila dia terlalu menyintai Jo,Jo pergi.Macammana?Auntie tahu perasaan orang yang jadi janda,sakit.Sakit tau.Tolonglah jo.Auntie merayu tinggalkan Nurin,Jo.Dia dah cukup terseksa masa Naufal mati.Tolonglah,"mata Fazira sudah berkaca.

Johari tergamam.Dia amat mencintai Nurin dan ingin mengahwininya.Itulah perkara yang ingin dilakukannya sebelum dia mati.Harapan terakhirnya tetapi auntienya menghalang.Bagaimana?Tapi ada benarnya kata auntie tu.Johari kesal dengan perbuatannya.Mungkin sudah terlambat untuknya melarikan diri dari Nurin.Malah dia mungkin akan menyeksakan dirinya sendiri.Mati sendirian?Aku tak pernah impikan itu.

"Dah terlambat auntie.Jo tak boleh batalkan perkahwinan kitorang,"Jo berkata dengan sayu.

"Jo....Jo nak tengok Nurin meratapi kematian Jo,ke?"Fazira sudah tersedu-sedan sekarang.

Johari menggeleng.Dia tidak tahu ingin melakukan apa.Kalau dia meninggalkan Nurin,Nurin pasti sedih.Kalau mereka bersama,hampir sama sahaja akibatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 05:20 PM | Show all posts
ahaks...
rileks dah....
dapat dah idea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 05:41 PM | Show all posts
2 minggu kemudian....

"Eh,Tia!Lama tak jumpa!"tegur Nurin ketika kerusi rodanya sedang ditolak oleh nurse di DEMC.

"Eh,Nurin!Ni hah,Tia nak bawak Haz gi jenjalan,"balas Tia yang sedang menolak kerusi roda Hazry.

"Eh,ad...Nurin!"Hazry hampir tersasul memanggil Nurin,adek.

Dia ada kat sini?Menyibuk jer.

"NURIN!"Diana berlari mendapatkan Nurin dan tergamam melihat Hazry.Hazry juga terdiam.

"APA KAU BUAT KAT SINI?"marah Diana.

"Akak!"tegur Nurin.

"Akak,ni bukan dialah...Ni pelanduk dua serupa.Emm..Cepatlah pergi.Maaf ye Tia,"kata Nurin.

"Pelanduk dua serupa?"Diana berasa aneh.

"Kak,taklah.Hazry tu.Tapi...Dia dah nak kawin pon.Jangan risau,"pujuk Nurin.

"Malangnya pompuan tu,"sindir Diana.

"Ehm..Akak,akak.Dia dah berubahlah.Nurin pasti."

Nurin menutup matanya teringat hari perkahwinannya berlangsung sehari selepas hari pertunangannya.

*******************************************************************************

"Cewah,Nurin.Cantiknya,"puji Azi.

Nurin tersenyum malu.Dia dan teman-temannya sedang berada di dalam bilik pengantin perempuan.

"Nur,hubby ko antar mesejlah,"kata Rika pula apabila terdengar deringan telefon bimbit.

Nurin mengambil telefon bimbitnya dari tangan Rika.Dia berharap ia adalah mesej yang manis dan romantis tetapi ia adalah sebaliknya.

Adek...
Ab tak suka perkahwinan kita ni.Ab bencikan adek!
Ab nak batalkan perkahwinan kita ni.
Jangan cari Ab lagi...
Jangan nak mengadu..
Ab.

Nurin terpana selepas membaca mesej itu.Air matanya mengalir.

"Tak,mungkin!Salah nombor kot,"pujuk Rika.

Tiba-tiba pintu bilik pengantin perempuan terbuka.Hazry masuk ke dalam bilik itu dan berkata,"Yang lain tolong keluar."

Rika,Azi dan Shima keluar dan meninggalkan Nurin dan Hazry berdua-duaan di dalam bilik itu.Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup,"PANG!"suatu tamparan yang kuat mengena tepat pada pipi kiri Nurin.

Nurin tergamam.Betapa sakitnya hati dan pipinya ketika itu.Hatinya berkecai.Hazry pula seakan-akan baru sedar dari rasukan hantu.Dia melihat tangan kanannya dan menghilangkan diri.Sejak hari itu,Hazry hilang dari kehidupan dan hati Nurin.HILANG!

[ Last edited by  lily_lyssa at 7-9-2007 05:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 05:42 PM | Show all posts
hampir-hampir ketandusan idea...
hihi..
thx to all yang membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 06:33 PM | Show all posts

Jahatnya !!!!

Bab 11

"Akak,kenapa sejak Nurin sedar sampai hari ni,Jo takde ternampak pon,"tanya Nurin ketika dia dan kakaknya dalam perjalanan pulang.

"Dengar katanya Johari dah tukar hospital.Dia pergi Moscow tak silap akak.Dia ada hantar mesej kat mama.Dia kata dia akan balik seminggu sebelum perkahwinan korang,"jelas Diana yang sedang memandu.

"Oh,baik dia balik kalau tak..."Nurin membisu.Apa yang harus aku buat kalau aku kehilangan yang sorang lagi ni?

"Dah sampai.Tempat yang paling sesuai untuk Nurin cari idea nak buat novel!"

Nurin keluar dari perut kereta Honda Odyssey kakaknya.Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa menyejukkan Nurin.Kelihatan ibunya sedang berjalan menuju ke arahnya bersama dengan 9 orang kanak-kanak kecil.

6 orang daripada kanak-kanak itu memeluk Diana manakala 3 0rang lagi cuma menyorok di belakang tubuh Nurul.

"Ma,sejak bila beli rumah kat sini?"tanya Nurin selepas memeluk ibunya.

"Amboi,sedapnya bermanja.Nah,tolong angkat beg ni,"leter Diana.

*******************************************************************************

"Bang,naper ni?"tanya Diana yang aneh dengan sikap suaminya yang bertukar menjadi pendiam sejak kebelakangan ini.

"Abang ingat abang nak bercerai lah,"tenang sahaja Fazri berbicara.

"APA!Abang jangan main-main dengan perkataan bercerai tu!"bentak Diana yang sudah naik angin.

"ABANG MUKTAMAD!ABANG NAK CERAIKAN DIANA!"balas Fazri pula.Dadanya turun naik dengan cepat.

"ABANG MEMANG TAK SUKA DIANA SEJAK DIANA MELAHIRKAN FAZLINA LAGI,TAU TAK!SEJAK TU,DIANA SELALU NAIK ANGIN.MARAH TAK TENTU PASAL.ABANG PUN NAIK LEMAS.Satu lagi...anak ketiga Aminah tu sebenarnya anak abang dengan dia.Sebenarnya Aminah kawin dengan Zaimi sebab nak dekat dengan abang.Dia cintakan abang dan abang pun mula sukakan dia."

"APA!AMINAH?"Diana sungguh terkejut dengan pengakuan Fazri.

"SINI!"Fazri menarik Diana keluar.Semua yang berada di situ amat terkejut dengan perlakuan Fazri.

Fazri kemudian mula membuka mulutnya dan Diana pula menekapkan telinganya dengan tangan.

"Yang lain dengar sini,abang menceraikan Diana dengan talak tiga!"Fazri berlalu dan menarik Aminah serta Ahmad Farhan untuk turut pergi.

"Apa yang berlaku Na?Naper dia tarik Aminah sekali?"tanya Nurul yang agak pelik dengan kejadian itu.Dia juga dapat melihat Zaimi mengejar kereta Fazri.

"Aminah...Aminah....Farhan.....Anak Fazri dengan Aminah,"Diana bercakap dalam keadaan teresak-esak.

"Astaghfirullah,sanggup Aminah dengan Fazri lakukan itu."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 06:34 PM | Show all posts
Bencinya Fazri tu!!!:@
mampus kau...
hihi
marah sensorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:54 PM | Show all posts
Suzaimi dan Diana acap kali mendiamkan diri sejak mengetahui perkara sebenar.Nurin kasihan melihat mereka.Dia juga pernah rasakan betapa peritnya putus cinta.

Walau bagaimanapun sikap Suzaimi yang suka melawak dan tidak mudah putus asa telah menyebabkannya lebih tekad untuk membesarkan kedua-dua anaknya tanpa bantuan Aminah.Zaimi juga telah memujuk Diana untuk menjadi sepertinya.

Alhamdulillah,rupa-rupanya ada hikmah di sebalik penceraian Diana.Diana dan Zaimi mengetahui perkara sebenar dan mereka juga telah menjadi lebih baik sekarang.Diana sudah mengurangkan sifat anginnya dan Zaimi pula lebih kuat melawak dari sebelum ini,menyebabkan rumah mereka dipenuhi hilai tawa yang riang.

*******************************************************************************

"Farah,maafkan abang,"kata Johari kepada Farah yang sedang mengurutnya.Johari yang sudah terlantar di katil hampir 2 minggu.Perkahwinannya dengan Nurin hanya tinggal 9 hari lagi.

"Naper pulak abang nak mintak maap?Abang tak salah."

"Betul tu,Jo."kata Fazira pula.

"Auntie,Jo rindu Nurin..."air mata menitis dari mata Johari.

"Jo kena tabah.Jo takder jodoh kot dengan Nurin,"pujuk Fazira.

Johari melihat jam dinding di hadapannya.Sudah masuk waktu Isyak,"Auntie tolong ambikkan air semayang,,boleh?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:58 PM | Show all posts
Takder orang bacer ke citer aku ney?
Ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:14 PM | Show all posts

huh

ader orang baca citer lily nie..dont worrylah..cite nie semakin menarik..teruskan usaha anda..best best  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 09:22 PM | Show all posts
Bab 12

"Ma,naper takder berita tentang Jo,ni?"Nurin sungguh gelisah.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Entahlah,tak silap mama,dia dah nak balik,kan?Tunggulah sayang,oi!"pujuk ibunya.

"Ma,naper tetiba dia nak kerja kat Moscow?Kan kitorang dah beli rumah kat seksyen 7.Membazir jelah.Tapi bukan tu yang Nurin pikirkan.Dia tak cakap pon kat Nurin yang dia nak gi Moscow."

"Jadi,anak mak terasalah ni?Jangan risau sayang,mak tau Johari jujur ngan kamu,nak,"pujuk Nurul.

*******************************************************************************

"Auntie,Jo nak jum...pa...Nurin,"Johari tergagap bercakap kerana dia sudah semakin lemah dan amat dekat sekali dengan ajalnya.

"Auntie...Jo....Mera...yu...nak...jum..."

"Shh,auntie tau sebab tu auntie dah suruh Fareha panggil Nurin datang sini," kata Fazira sambil mengusap-usap kepala anak tirinya.

"Abang,nah air,"Farah menghulurkan segelas air.

Fazira menyambut gelas itu dan meletakkan gelas itu di bibir Johari.Johari meneguk air itu dengan perlahan.

*******************************************************************************

"Assalamualaikum,auntie,saya nak jumpa Nurin boleh?"tanya Fareha setelah memberi salam kepada Nurul.

"Saper tu,Ma?"Nurin tampil di muka pintu.

Fareha menarik Nurin ke dalam kereta tanpa membuang masa,dia memecut ke DEMC.Nurin kenal Fareha itu anak Fazira,jadi dia ingatkan yang terjadi apa-apa kepada Fazira.Dia tidak sedap duduk dan gugup.

Akhirnya,mereka berdua sampai.Fareha menarik Nurin dengan kasar sehingga sampai di hadapan sebuah wad.

Ya Allah!Johari!Nurin mendakap Johari yang terlantar di wad itu.Air mata jernih mengalir dan mendarat di atas dada Johari.

"JO!Kenapa Jo tak cakap kat Nur?Jo sakit?Jo.."Nurin cuba menahan sebak di dada.

"Mintak...ma...ap...Jo..ak..an..ting,"satu tarikan nafas yang panjang menyusul.

"JO?JO?"Nurin menggoyangkan bahu Johari dan Johari membuka matanya.

"Mengucap,Jo.Mengucap,"kata Nurin dalam sebak.

"Asyhaduallailahaillallahwaasyhaduannamuhammadarrasulullah..."akhirnya Jo menarik nafasnya yang terakhir.Harapannya dikabulkan,mati di hadapan Nurin,orang yang tercinta.

*******************************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 09:24 PM | Show all posts
thx alot iena
I appreciate that...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 10:33 PM | Show all posts

Ciannyer....

"Ma,tolong Nurin.Nurin tak nak kawin dengan Azizi.Tolonglah,ma."

"Nurin,tolonglah.Mama nak tengok Nurin kawin jugak dalam masa terdekat ni.Harapn mama untuk ada menantu dan cucu daripada Nurin,"Nurul tidak mahu anaknya bergelar 'andartu' mahupun 'andalusia'.

"Ma...Baik,"Nurin menerima sahaja permintaan ibunya.Dia menitiskan air matanya lagi.Lepas Hazry,Johari pula yang meninggalkannya.

"Johari...."Nurin sering menyebut nama itu sebelum tidur.Air mata sering menitis pada setiap malam.

"Nurul,takper ke kita paksa dia?"Suhaimi amat merisaukan keadaan Nurin.

"Paksa?Ini untuk kebaikan dia juga bang,"kata Nurul.

*******************************************************************************

Nurin memperagakan baju kebaya putih dan berselendang pink pada hari akad nikahnya.Dia kelihatan benar-benar jelita dan ayu pada pagi Isnin itu.

Ramai juga yang hadir ke Masjid Darul Ehsan pada pagi itu.Nurul dapat melihat Rika,Azi,Shima,Liza,Surina,Ibu Fazira,Farah,Fareha,Zaimi,anak-anaknya,Diana begitu juga anak-anaknya,Suhaimi,Nurul,Tia dan juga....Hazry.

Kenapa aku nak emosional ni?Bukankah aku jugak yang kata Haz dah berubah naper nak benci dia pulak?pujuk hati Nurin.

Selesainya akad nikah,kedua-dua belah keluarga harus bersiap sedia untuk majlis naik pelamin pula.Sibuk juga pada waktu itu.fikir Nurin yang mengintai keadaan di luar rumah neneknya di Kampung Melayu Subang.

Nurin melihat keadaan di dalam biliknya pula,bersepah-sepah kerana rakan-rakannya menyelongkar apa yang ada dalam bilik itu untuk dijadikan bahan usikan.Rika,Azi,Shima,Liza dan Surina nampaknya sudah rapat pada waktu kali pertama mereka bertemu.Mereka berbual mesra di dalam bilik Nurin itu.

"Mana Tia,Liz?"tanya Nurin.

"Ni,saya."

Tia masuk ke bilik Nurin bersam dengan Hazry.Semua yang berada di dalam bilik itu tergamam.

Tiba-tiba kedengaran suara nenek Nurin,"Hei,budak-budak perempuan dalam tu...mari keluar tolong memasak ni."

Azi,Rika,Shima,Tia,Liza dan Surina keluar dari bilik itu untuk membantu,meninggalkan Nurin dan Hazry berdua-duaan.

"Adek..."kata-kata Hazry dipotong Nurin.

"Ab ingat tak bilik ni?"tanya Nurin sayu.

"Ingat..."jawab Hazry.

"Bilik ni...Di bilik ni,ab tampar adek...Adek sakit sangat tau,"Nurin menunduk.Air matanya jatuh berderai.

Mata Hazry sudah berkaca."Maafkan ab,dek.Adek,ab masih cintakan adek.Adek terima tak cinta ab ni?"

"Kenapa?Ab bagi sebab kenapa adek perlu menerima kembali cinta orang yang dah melukai hati adek?KENAPA?"

"Err.."Hazry terkedu.Dia memang salah.Tetapi benarkah dia yang salah.Bukankah ketika itu dia diguna-guna?Dia lari kerana tidak mahu Nurin terkena yang lebih teruk lagi darinya ketika dia dalam guna-guna.Salahkah dia?

[ Last edited by  lily_lyssa at 7-9-2007 10:36 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 07:36 AM | Show all posts

kawin jugak dak andartu ni

Bab 13

"Cantiknya pengantin perempuan tu,"penduduk kampung memuji-muji kecantikan Nurin.

Pada waktu itu,para tetamu merenjis air mawar kepadanya dan juga Azizi.Mereka memuji betapa sepadannya pasangan itu.

Sepadan?Aku nampak batang hidung pon tak pernah inikan lagi bercakap dengan dia.Tapi...Baik ke dia ni?Aku tak kisah kawin dengan sesiapa asalkan dia baik...cukup.Timbul rasa sebak di hati Nurin.

Malam itu adalah malam pengantin dan Nurin serta Azizi sudah berangkat ke Paris untuk berbulan madu.Nurin amat terkejut apabila Tia memberitahunya bahawa pesawat yang bakal dinaikinya itu diterbangkan oleh Hazry dan ketua pilot.Dia terasa ingin berpatah balik tetapi apakan daya Azizi mahu pergi pada malam itu juga.

Sejak mereka akad nikah sehingga sekarang tidak pernah Azizi memandang rupanya.Nurin terasa hati tetapi dia menahan juga perasaannya itu.Dia tidak mahu rumah tangga yang baru dibina itu akan roboh.

Datin Rubiah,ibu Azizi,amat mesra dengan Nurin.Dia melayan Nurin seperti seorang ibu melayan anak emasnya.Datok Abdullah,ayah Azizi juga asyik berlawan dengan Zaimi siapa yang dapat membuat Nurin ketawa dengan lawak mereka yang tersendiri.Pecah perut Nurin dibuat mereka.

Mahmud Azizi adalah anak bongsu kepada Datin Rubiah dan Datok Abdullah.Dia mempunyai 8 orang adik beradik dan hanya dia seorang anak lelaki.Oleh sebab itu dia sering dimanjakan oleh Datok Abdullah.Kakaknya yang sulong,Maria Aziera,diikuti oleh Malia Azieda,Malinda Aziefah,Mardia Aziela,Malini Aziena,Marinna Aziema,Maliza Azieqah.Ketujuh-tujuh kakaknya sering berbual dengan Nurin sebelum dia bertolak ke Paris.Kata Rubiah,dalam keluarga mereka,hanya Azizi yang agak pendiam tetapi jikalau sudah lama dia kenal seseorang itu,dia pasti mesra juga.

*******************************************************************************

"Kenapa awak nak kawin dengan saya?"akhirnya Azizi memulakan bicara.

"Mama saya kata keluarga awak meminang jadi mama suruh saya terima,"jawab Nurin.

"Awak tak laku ke?Awak dah 31,tak laku?"

Sakit benar hati Nurin bila dikatakan tidak laku.Tetapi jikalau dia mengatakan dia hampir kahwin 2 kali,mungkin akan lebih mengingatkannya kepada kisah lalunya.

"Bukan tak laku,tapi tak nak."

Perbicaraan mereka terhenti apabila Azizi terlena.Hish,dia tanya orang dia tidur.Nurin berasa agak geram tetapi dia diam sahaja kerana dia tidak mahu suaminya itu tersedar dari dibuai mimpi indah.

Seorang pramugari lalu di hadapan Nurin dan berhenti,"awak Nurin,kan?"

Nurin mengangguk.Kenapa?Aku buat salah ke?

"Sini jap boleh?"kata pramugari tersebut setelah melihat Azizi tertidur.

"Ye?"Nurin bersuara setelah mereka berada di tempat duduk pramugari.

"Macam ni,sebenarnya saya ni Umaira,kakak angkat Hazry.Nurin kenalkan?"tanya pramugari itu bersungguh-sungguh.

Nurin dengan tangkasnya bangun.Sudah.cukup.Kenapa setiap hari aku lalui pasti ada yang berkaitan dengan Hazry.

"Maaf,ye?Siapa tadi?Umaira?Ok,saya tak kenal orang nama Hazry tu dan tak mahu kenal pon,"Nurin bertutur dengan sopan tetapi terdapat nada geram di dalamnya.

Nurin berlalu meninggalkan Umaira yang terpinga-pinga.Huh,batu angin jugak ye adek ni.Haz,Haz kok ye pon nak cari yang cantik biarlah lemah lembut.

[ Last edited by  lily_lyssa at 8-9-2007 07:53 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.091901 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list