CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Flexi work scheme proposed for women (updated)

[Copy link]
 Author| Post time 6-8-2007 09:26 AM | Show all posts
Mengatasi dilema wanita
Oleh SABITHA MARICAN

PADA Sidang Kemuncak Wanita baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji kemungkinan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita untuk berhenti kerja sementara bagi melahirkan anak dan kembali bekerja setelah anak mereka membesar.

Saranan tersebut sudah tentu membawa harapan baru bagi wanita yang memikirkan untuk berhenti kerja kerana kebajikan anak-anak ataupun yang sedang menunda untuk mendapatkan anak kerana bimbang akan menggugat kerjaya mereka.

Ia perlu diberikan perhatian serius kerana hampir separuh daripada tenaga kerja di negara kita terdiri daripada wanita. Malah 70 peratus daripada pelajar peringkat pengajian tinggi juga adalah wanita. Selain itu, wanita juga menyumbang hampir RM55 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar.

Bagi kawasan Asia Pasifik sahaja, mengalami kerugian sebanyak RM145 bilion hingga RM162 bilion setahun disebabkan penyekatan ke atas penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan. Ini bermakna negara akan kehilangan wanita sebagai nadi pembangunan yang diperlukan untuk memajukan negara, sekiranya saranan ini dipandang ringan.

Walaupun saranan ini adalah untuk kebajikan pekerja bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki, namun ada juga kedengaran keluhan daripada pihak majikan yang tidak berapa gemar dengan idea mengenai wanita Chipsmore (sekejap ada sekejap tiada) ini. Ini kerana, dalam kepesatan era teknologi, pelbagai persoalan yang bermain di kepala majikan, sama ada mampukah wanita yang 慴ercuti panjang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2007 09:26 AM | Show all posts

sambungan....

Antara bentuk amalan kerja anjal yang boleh dilaksanakan ialah individu boleh memilih masa untuk mula dan berhenti kerja dalam satu hari. Satu lagi ialah masa rehat anjal yang masih mencakupi waktu kerja dalam satu hari yang boleh dilakukan dengan memendekkan masa rehat. Adakalanya ia boleh dilakukan dengan memendekkan masa kerja, iaitu dengan menukarkan masa lebih kerja pekerja dalam satu hari dengan satu hari cuti dalam minggu tersebut. Sebagai contoh, ia boleh juga dilakukan dengan bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang, agar dapat kerja selama empat hari seminggu dan bukannya tujuh hari. Pekerja juga boleh berkongsi kerja, di mana dua orang melakukan kerja seorang individu. Seterusnya, satu lagi pilihan ialah, dalam era moden ini, kerja boleh dilakukan melalui telefon dan komputer dari rumah sebagai pekerja penuh masa atau sementara.

Antara kebaikan amalan kerja anjal, ia boleh membantu organisasi mengadakan masa kerja yang lebih panjang. Malah kos perjalanan juga mungkin lebih murah dan mudah, kerana tidak pada waktu sesak. Pelbagai rancangan boleh disusun untuk disesuaikan dengan waktu kerja. Majikan juga boleh mengurangkan upah kerja lebih masa sekiranya ada pekerja yang boleh berkerja mengikut masa kerja anjal. Malah ini juga dapat meningkatkan kualiti kerja apabila bekerja di luar masa kerja biasa, yang boleh mengelakkan gangguan dari persekitaran kerja dan telefon. Oleh itu, majikan harus mula merancang tenaga kerjanya untuk menghadapi perubahan yang demikian.

Sebagai ingatan, usaha amalan kerja anjal juga menghadapi rintangan pada awalnya apabila ia mula dilakukan di luar negara. Menurut kajian yang dilakukan oleh Microsoft hampir 70 peratus majikan di United Kingdom enggan membenarkan pekerja mereka mengambil 搑ehat sementara
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 3-8-2007 11:53 AM
tulah..puas sms  pasal nak kojer/tak..he


penin pale nak wat keputusan time tu.. ..
hbby suh duk umah jaga anak...
yg sha ni da behse keje..tp last2 quit gak...
duk umah je la..jaga anak..jaga hbby..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 06:10 PM | Show all posts

Reply #23 sha_n's post

tu lah..
pikir tuk family..

[ Last edited by  luv_ma at 7-8-2007 06:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 04:15 PM | Show all posts
Proposal to allow women to quit must be studied


THE proposal for women to quit their jobs temporarily to look after their young children should be thoroughly studied before the government decides on it.

Patron of the Malaysian Home Economics Association Tan Sri Napsiah Omar said the proposal would have implications on the women, their families and career.

She said the move, if implemented, could affect the women抯 career development like chances for promotion and gaining experience.

揥omen have a strong spirit and the energy to do multiple tasks at the home and workplace.

揑t cannot be denied that the proposed move will enable women to concentrate on their families but not to the extent of jeopardising their careers,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 10:15 AM | Show all posts
Mantapkan kemudahan pekerja wanita
Oleh Siti Fatimah Abdul Rahman

SEHINGGA kini, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk membantu wanita bekerja dalam melaksanakan peranan-peranan mereka. Antaranya, cuti bersalin yang telah dipanjangkan kepada 60 hari; galakan kerajaan agar majikan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dan kemudahan untuk para ibu menyusukan sendiri bayi mereka; waktu kerja anjal; dan, bekerja dari rumah.

Namun, melainkan cuti bersalin sehingga 60 hari, kemudahan-kemudahan yang lain masih tidak dilaksanakan secara meluas.

Kini, timbul dua lagi cadangan baru yang bertujuan untuk memudahkan wanita bekerja melaksanakan peranan-peranan asas mereka. Pertama, kelonggaran kepada kakitangan wanita untuk berhenti sementara daripada pekerjaan bagi melahirkan anak dan kembali bekerja setelah anak mereka membesar. Kedua, cuti bersalin selama empat bulan bergaji penuh.

Seorang yang telah lama berkhidmat dalam kerajaan dan kini bersara, pernah bertanyakan soalan berikut, 揇engan kemajuan dalam bidang kesihatan yang kita miliki sekarang, apakah cuti bersalin 60 hari yang dinikmati oleh seorang wanita masih belum memadai untuk menjamin tahap kesihatan yang baik bagi membolehkannya kembali bekerja di pejabat?"

Soalan tersebut beliau ajukan ketika diketengahkan cadangan untuk menambah cuti bersalin dari 60 hari kepada 84 hari. Dari nada soalannya itu, beliau amat tidak setuju dengan cadangan tersebut. Kini, beliau mungkin hilang sabar mendengarkan cadangan cuti bersalin selama empat bulan bergaji penuh.

Sebenarnya, cadangan untuk memanjangkan cuti bersalin adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibu dengan anak melalui penjagaan dan penyusuan badan.

Secara sepintas lalu, cadangan ini kelihatan begitu baik sekali. Pastinya tiada wanita yang waras, yang tidak mahu mendapat cuti bergaji penuh selama empat bulan. Tambah pula jika tempoh cuti itu boleh digunakan untuk melahirkan keeratan dengan bayinya.

Namun, dari sudut yang lain, mampukah kerajaan kita - kerajaan yang menyasarkan untuk mewujudkan sebuah negara maju pada tahun 2020 - dan majikan swasta, melaksanakan cadangan ini, baik dari segi kewangan, mahupun hasil dan mutu kerja?

Cuba kita fikirkan keadaan di pejabat jika cadangan ini dilaksanakan. Bila Puan A bercuti selama empat bulan, siapa yang akan mengambil alih tugas beliau? Untuk kerja yang beliau tidak lakukan kerana cuti bersalin, majikan masih perlu membayar gajinya. Malah, kerja-kerja beliau perlu ditanggung oleh orang lain - yang perlu dibayar elaun kerana memangku tugas tersebut. Setakat ini, bayaran tambahan itu hanya melibatkan 60 hari sahaja. Bagaimana sekiranya empat bulan?

Bayaran tambahan ini akan menyebabkan calon wanita menjadi kurang berdaya saing dalam pasaran kerja berbanding calon lelaki dalam temu duga. Dalam jangka panjang, ada kemungkinan majikan tidak mahu memilih calon wanita untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di pejabat mereka. Apakah ketika itu, kita akan mengatakan bahawa majikan seperti ini berlaku tidak adil terhadap wanita?

Dalam surah Jumu慳h, ayat 10, Allah memerintah umat Islam agar segera mencari rezeki setelah selesai menunaikan solat Jumaat. Sikap berlengah-lengah dan bermalas-malas dalam perkara ini, bukanlah dari ajaran Islam.

Dalam hal wanita bersalin pula, hakikat bahawa wanita yang telah kering darah nifasnya perlu segera bersembahyang dan sudah boleh memenuhi kemahuan suaminya, menunjukkan bahawa wanita tersebut telah kembali pulih seperti sedia kala bagi membolehkannya menjalankan peranannya yang terhenti akibat darah nifas tersebut.

Dengan berlatarbelakangkan ajaran-ajaran agama itu, jika wanita telah cukup sihat untuk kembali bekerja, mengapa ia perlu ditangguhkan?

Apa yang penting ialah kita mantapkan kemudahan sokongan yang sedia ada. Misalnya, jika selama ini kita hanya menggalakkan majikan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak, apa kata kalau ia diwajibkan? Begitu juga, apa kata kita wujudkan penyeliaan yang lebih ketat ke atas pengusaha-pengusaha taska dan tadika agar mereka meningkatkan mutu penjagaan kanak-kanak dan tidak banyak memberi masalah kepada ibu bapa?

Selain itu, apa kata kita perbanyakkan pusat jagaan sementara di mana ibu bapa boleh meletakkan anak-anak mereka selepas atau sebelum waktu persekolahan sementara menunggu mereka mengambilnya selepas waktu pejabat?

揟empoh cuti bersalin bagi pekerja wanita yang paling sesuai ialah 12 minggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2007 12:44 PM | Show all posts
Women in civil service can take 5yrs off to raise kids: Najib

PETALING JAYA: Women in the civil service will be allowed to take a cumulative total of five years off from work to raise their children, and will retain their benefits when they return, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

Cabinet has given its green light to the proposal, which would take effect within the next few days, he said.

They will retain their positions and automatically qualify for three of the five notional or standard increments they would have been entitled to if they had remained at work.

The five years' no-pay leave can be taken in stages if they so desire.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:58 AM | Show all posts
Jwpn kepada persoalan Pn Siti Fatimah IKIM: cuti bersalin 3 bulan? sangat perlu. saya setuju. bukan utk ibu, tp anak. sedih nak hantar anak umor 2 bulan, kecik sangat lagi, ke nursery bg org jaga. kenapa kalau negara lain boleh buat, kita tak boleh? kalau negara lain boleh tingkatkan produktiviti dengan cara camni, naper tidak kita? Pn siti pon pompuan gak, tak kan tak rasa apa-apa bila tinggal anak biar org jaga?  saya terus terang cakap, sedih sangat. rasa cam tak adil utk anak sebab kita kurang masa dengan dia coz sibuk bekerja. baru dua bulan nak kenal dunia, dah kena duduk dengan orang,  pastu kerap demam, batuk n selsema. kalau saya jadi baby, saya tak nak dok dgn org lain. saya nak mak saya jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 12:00 PM | Show all posts
Mummy抯 boys vs brats
07-09-2007 11:27:41 AM
WHY NOT? By RASLAN SHARIF  


The government's plan to allow mothers five years off to give their full attention to the child in that crucial first year will need further refining if it is not to be a Catch-22 offer.

SHORTLY after a meeting the other day, I received a message detailing, if I remember correctly, at least half a dozen unanswered calls on my part. The calls were all from my wife.

I had switched off the phone so as not to disturb the proceedings of the meeting, which was the reason (and seemed like a good one too) that she couldn抰 get through to me.  

But, later, I realised that maybe I should have simply put it on silent mode.

Within less than a minute of switching the phone back on and receiving the SMS of missed calls, my wife was on the line with me. There was this pressing matter that required urgent clarification, and this was made clear to me in no uncertain terms.

After the usual exchange of pleasantries (along the lines of, 揌ow come your phone so hard to get?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:08 PM | Show all posts
Kat  universiti  ramai  pelajar  perempuan,  kat  office  pun  ramai  perempuan.  Diorang  nak  kurangkan  pekerja
perempuan  and  nak  bg  lelaki  more  chance  tohave  better  position  kot.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073972 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list