|
hadis soheh tu takde kene mengena pubn dgn statement ko tuh.
Iye ke... Cuba perhati baik-baik. Ada.
kalu ko letak hukum halal atau haram, perlu la ada soheh dalil atau nas, yg menyebut dengan terang bahawa sesuatu perbuatan itu dibolehkan atau diharamkan. baru la boleh trima.
Tak semestinya begitu. Awak tak akan jumpa hadis sahih atau nas yang menyebutkan dengan jelas bahawa skim cepat kaya adalah haram. Tapi skim cepat kaya haram bukan?
lain la kalo para mufti bermesyuarat, contohnya "jomheboh" tu halal ke haram, bila semua jemaah mufti dah semua setuju sepakat berdasarkan dalil dan di lapik dengan akal yg logik, baru buleh rejister sesuatu itu adalah dibolehkan (harus) atau haram.
You asked for it, you got it! Perhimpunan ulama sedunia di Kaherah taun lepas dah isytiharkan sunat wanita jenis potong clit macam yang popular kat Malaysia ni haram dan bercanggah dengan Islam dan mesti dihentikan oleh umat Islam dengan segera. Mereka juga dah isytiharkan bahawa semua jenis sunat wanita tak ada kena mengena dengan agama Islam. Ni bukan perhimpunan mufti-mufti setempat punya statement, ni perhimpunan mufti-mufti tahap international punya! Believe it or not? Believe it!
Sunat pompuan kalau tak haram pun tak dapat pahala. Dapat sakit ada la. You have to believe me, mister. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manzilla at 21-5-2007 10:08 PM
Iye ke... Cuba perhati baik-baik. Ada.
Tak semestinya begitu. Awak tak akan jumpa hadis sahih atau nas yang menyebutkan dengan jelas bahawa skim cepat kaya adalah haram. Tapi skim cepat kaya ...
trima kasih. ni la bukti yg aku nak. tapi, leh tak kasi link utk berita atau info pasal perhimpunan tu.
bak kata orang, dah nampak baru percaya. tak gitu? ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus...kurang2 korang bincang secara berhemah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 bzzts's post
Sumbers:
(Link dah tak ada, berita lama. Aku ada simpan keratan. Nak aku scan pun boleh. Tapi aku tak ada scanner la sekarang ni.)
Ulama bantah khatan wanita
KAHERAH: Persidangan yang disertai cendekiawan Islam dunia mengisytiharkan tindakan mengkhatan wanita bercanggah dengan Islam serta dianggap perbuatan menyerang wanita selain mendesak mereka yang mengamalkannya supaya dihukum.
Persidangan itu yang dianjurkan oleh pertubuhan hak asasi manusia Jerman, TARGET, mencadangkan kepada kerajaan supaya meluluskan undang-undang melarang amalan tradisi itu dan mahkamah menghukum mereka yang mencacatkan kemaluan wanita.
揚ersidangan ini merayu semua umat Islam supaya berhenti mengamalkan amalan mengkhatan wanita, sejajar dengan ajaran Islam yang melarang mencederakan sesama manusia, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 manzilla's post
mmg hadis berkenaan khatan perempuan tu hadis dhoif. sekurang2nya ada hadis yg membenarkannya. sekiranya kau ingin berpegang dengannya boleh. tapi kau bagi hukum haram tu mana dalilnya.
pada zaman rasul, amalan ini telah pun menjadi kelaziman bagi bangsa arab dan mereka2 yg mengikut amalan nabi ibrahim. sekiranya amalan ini diharamkan mesti nabi akan melarangnya. tapi tiada satupun hadis yg melarang amalan khatan bagi perempuan.
kita bukan terikut dgn hanya pandangan mazhab syafie shj. apa yg aku bagi itu pandangan beberapa ulama. imam ahmad adalah mazhab hanbali, imam auzai adalah pendokong mazhab auzai. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by manzilla at 22-5-2007 10:17 AM
揚ersidangan ini merayu semua umat Islam supaya berhenti mengamalkanamalan mengkhatan wanita, sejajar dengan ajaran Islam yang melarangmencederakan sesama manusia, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 kelat's post
bukan potong clit tu,buang yg gelebeh tu je,clit tu kelentit mcm kepala zakar bagi org pompuan kalau potong tu ,,x tau la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 joe_labi's post
apa yang gelebeh tu....ada gambar tak...mungkin ada yang kita ni tak paham ...please attach gambar leh?:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 kelat's post
mmg hadis berkenaan khatan perempuan tu hadis dhoif. sekurang2nya ada hadis yg membenarkannya. sekiranya kau ingin berpegang dengannya boleh. tapi kau bagi hukum haram tu mana dalilnya.
Hadis daif tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan sesuatu atau mengharamkan sesuatu. Memang boleh nak berpegang dengan hadis daif mengikut setengah ulama, tapi ada syarat-syaratnya. Antaranya ialah kalau dalam bab fadailul-a'mal tak mengapa pakai hadis daif. Fadailul-a'mal pun, kena buktikan dulu apa fadilatnya, apa kelebihan bersunat bagi pompuan, tak boleh main cakap saja. Kalau memang ada kelebihannya barulah ia boleh dikatakan fadailul-a'mal. Setengah ulama macam Imam Bukhari pakai reject terus hadis daif tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pakai hadis daif ni ibarat meniti di atas sebatang titi yang sempit. Kalau tak ada apa-apa masalah tak apa la. Tapi kalau ada benda datang mengganggu, jatuh dalam parit la jawabnya.
Nabi tidak diutuskan untuk memberitahu hukum segala perkara. Tapi Baginda telah bagi kita satu kaedah umum iaitu 'tiada mudarat dan memudaratkan orang lain dalam Islam.' Kalau anda faham anatomi clit dan fungsi-fungsinya anda akan faham kenapa saya kata menyunatkan clit adalah haram.
pada zaman rasul, amalan ini telah pun menjadi kelaziman bagi bangsa arab dan mereka2 yg mengikut amalan nabi ibrahim.
Itu sunat orang lelaki. Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi lagi telah mendakwa mereka adalah pengikut Nabi Ibrahim. Mereka membuat perkara-perkara yang Nabi Ibrahim buat termasuklah bersunat. Asal-usul sunat orang lelaki dalam agama Islam ialah hadis riwayat Imam Malik dalam kitabnya Muwatto' bahawa Nabi Ibrahim adalah lelaki yang mula-mula bersunat. Asal-usul sunat pompuan dalam agama Islam ni berada kat mana agaknya?
sekiranya amalan ini diharamkan mesti nabi akan melarangnya. tapi tiada satupun hadis yg melarang amalan khatan bagi perempuan.
Tak ada larangan direct daripada Nabi tidak bermakna sesuatu perbuatan itu dengan segala variasinya, harus. Nabi tidak ada memerintah kita supaya makan ikan sungai, tapi tidak juga melarangnya. Jadi makan ikan sungai adalah harus. Tapi adakah semua jenis ikan sungai harus untuk dimakan? Jawabnya tidak. Jika sejenis ikan *tuuut* yang hidup di sungai dapat dibuktikan merbahaya untuk dimakan, ikan *tuuut* tersebut adalah haram untuk dimakan. Tak ada hadis yang jelas menyebut ikan *tuuut* adalah haram, ikan *tuuut* tersebut haram berdasarkan hadis 'tiada mudarat dan memudaratkan orang lain dalam Islam.'
kita bukan terikut dgn hanya pandangan mazhab syafie shj. apa yg aku bagi itu pandangan beberapa ulama. imam ahmad adalah mazhab hanbali, imam auzai adalah pendokong mazhab auzai.
Ya, saya faham. Tapi kita tak boleh menilai suatu pendapat itu berdasarkan orang yang mengatakannya, kita kena menilai berdasarkan hujah mereka. Kalau hujah mereka kuat, kuatlah pendapat mereka. Kalau hujah mereka lemah, lemahlah pendapat mereka, walaupun mereka adalah orang hebat dan feymes.
pandangan yg mengatakan kenyataan kebiasaan dianggap fatwa tidak boleh dijadikan hujah utk mengharamkan amalan tersebut.
Saya rasa dah culup jelas dalam berita tersebut bahawa menyunatkan clit bercanggah dengan ajaran Islam. Memang jelas itu adalah keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan tentang sunat wanita, bukannya kata-kata individu tertentu atau dialog dari satu pihak saja seperti yang didakwa oleh setengah golongan pro-khatan wanita.
揚ersidangan ini merayu semua umat Islam supaya berhenti mengamalkan amalan mengkhatan wanita, sejajar dengan ajaran Islam yang melarang mencederakan sesama manusia, |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm mungkin juga somebody kena buat survey ke atas bohsia-bohsia samada mereka disunat atau tidak...I'm serious.... |
|
|
|
|
|
|
|
setan x pilih bulu..ada xde clit x mnjadi masalah baginya... |
|
|
|
|
|
|
|
Yaa... Setan tak serang clit. Diorang serang otak. Afrika ialah negara asal sunat pompuan dan segala macam jenis sunat wanita diamalkan kat sana. Tapi peratus yang kena HIV nya... Ya rabbi...
Iran adalah negara yang tidak mengamalkan sunat wanita macam Pakistan, India dan Arab Saudi, peratus pelacuran di Iran adalah yang paling rendah di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 manzilla's post
so kesimpulannya...sunat atau tidak sunat bergantng pada diri dn keluarga anda???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 manzilla's post
ikut suka kau la labu.....aku dah bagi pandangan ulamak, kau nak terima ke tak itu pilihan kau. aku dah tak nak komen apa-apa dah. kalau aku sambung lagi takkan selesai. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Z This user has been deleted
|
Ape yang aku tau....hukum sunat bagi bayi pompuan adalah HARUS....HARAM sekiranya menyeksa atau menyakitkan....
Wallahualam...... |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan apa yang korang beri, sunat wanita adalah well...sunat. Jadi tak jadi kesalahan kalau perkara itu tak dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|
sunat perempuan
biasa aku baca aje kt cni... masuk pn sekali sekala
tp ntah nape rasa berminat nk join topik ni
aku rasa mybe kt cni yg byk bg pndpt tu lelaki kn???
dlm msykt melayu islam setakat pengetahuan aku laa
byk yg amalkn sunat pmpuan ni
biasanya ketika masih bayi laa
bayi tk tau rasa sakit lg... lgpun benda yg disunat pn kecik lagi
aku pernah tanya mak aku
macam mana proses sunat kt bayi pmpuan ni
potong ke camne??
mengikut kata mak aku.. dia toreh skit je..
bukan potong semua, bukan potong sebelah or dua2 belah isi yg tersembul tu
kalo kiri..kiri je laa skit
kalo kanan, kanan ler skit
kalo potong,.. itu dh kira seksaan, penganiayaan dh tu
even lelaki pn, bukan potong kan?? just buang kulit yg menutupi tu
mengikut pembacaan aku
yg memberi rangsangan seks pd perempuan adalah satu bhg yg terletak di atas isi yg disunat tu, berada di hujung V shape tu
kt situ laaa yg fungsinya mcm kepala zakar lelaki
p/s : takkan nk tunjuk imej pompuan punye lak kan kt sini ... tkyah nk demo |
|
|
|
|
|
|
|
hukum sunat??
hmmm.. bab hukum lak
aku rasa baik yg lebih arif bgtau berserta nas2 yg kukuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dinserian78 at 23-5-2007 07:21
so kesimpulannya...sunat atau tidak sunat bergantng pada diri dn keluarga anda????
Yes! Kalau lu suka direct stimulation kat clit tu sunat la kalau nak sunat pun. Tapi dengan cara yang harus, iaitu yang tak melibatkan clit. Pedulik hapa aku, bukannya bini aku. Tapi ada ke mak bapak yang ambik tahu adakah anak pompuan mereka suka direct stimulation atau tidak sebelum menyunatkan mereka? Tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 kelat's post
Kita berdua pernah bertemu kat mana ya Labi?
[ Last edited by manzilla at 23-5-2007 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|