CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: casper_comel

seandainya tuhan mengizinkan.. edited pg 6

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #20 casper_comel's post

hak tuih:puke: :puke:......
aku konpius jer lah...

[ Last edited by  thah at 13-3-2007 02:25 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 07:46 AM | Show all posts
"Anaz kenapa kau tak cakap dengan aku kau kenal dia?" Sergah Zita sebaik aku melangkah ke bilik.
       "Kau tak pernah cakap kat aku siapa dia. Lagipun aku tak pernah jumpa dia lagi.... So?"
       " So kau happylah dapat jumpa boyfriend lama?" Marah Zita.
       "Hey, what's up marah-marah ni. Relaxlah. Amacam ? Dah kenal dengan Zul tu?"
Aku mengubah topik perbualan. Zita hanya tersenyum. Mesti ada apa-apa ni.
       "Wah. Bijak kau ye. Kau saja tinggalkan aku dengan budak tu"
       "Kalau tak suka tak pe. Kau pergilah cakap sendiri dengan Reez yang kau suka sangat kat dia"
       "Hem.... Sebenarnya ........." Zita tersengih lagi.
       "Apa hal? Ada berita baik?"
       "Takde apa-apalah " Zita mendiamkan diri.
       "Anaz....." panggilnya perlahan.

Hai... apalah yang kau nak dari aku.

       "Apa hubungan kau dengan Fareez?"
       "Aku ingat kau tak nak tahu." Sindirku.
       "Fareez tu boyfriend lama kau ye? Kalau kau cakap awal-awal, tak lah aku frust"
       "Rilexlah Zita. Aku dengan dia memang tak ada apa-apa.dia cuma best friend merangkap abang aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 09:07 AM | Show all posts
msti dia nak bgth yg dia dah terkapel ngan si bdk zul 2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 09:11 AM | Show all posts
hihihiihi..
sebenaunyer casper, aku pon agak2 poning baco cito nie...
bepinau aku. maklumlah org dah tuo...
tp, ok ler.. leh baca jea. sebab ko tulis citer nie cam simple, n banyak mender tertinggal kot. so, aku tak dapat nak paham, sapa, apa , kenapa...
hihiihi, ampunkan pembaca berumur mu ini yea casepr
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 09:59 AM | Show all posts
aku konpiuslah casper.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 12:16 PM | Show all posts
best gak....smbg byk2 skit...

www.penawar.net
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2007 01:36 PM | Show all posts

Reply #24 shah_jehan's post

aler... siannye...
mmg laa saje nak wat konpius...
biasalaaa baru mula....
tunggu sambungannye pas ni yekk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 02:38 PM | Show all posts
Aku masih ingat ketika itu aku dan Fareez sering bertengkar kerana berebut tempat duduk di kelas tuisyen. Setiap kali kelas intensif diadakan, keadaan pasti kecoh dengan pertengkaran aku dan Fareez. Fareez merupakan pelajar di tingkatan lima di sebuah sekolah yang berhampiran dengan sekolah ku. Dia seorang pengawas dan pelajar yang aktif di sekolahnya. Tidak hairanlah jika dia mempunyai ramai peminat. Sejak  dimarahi guru tuisyen, aku dan Fareez berkawan baik. Pada mulanya aku sekadar mahu berlakon, tetapi apabila melihat layanan yang baik diberikan padaku, aku melupakan saja niatku.
      
       "Anaz. Fareez! Kamu buat apa tu?" Jerkah guru bahasa melayu ditempat tuisyen itu. Ah, sudah!
       "Hah! Anaz, kamu sambung balik puisi yang kawan kamu baca tadi." Aku terdiam. Kat mana?
       "Tulah. Orang belajar kamu asyik bertekak saja.."Fareez mengejek aku dengan selamba.
       "Kamu pun sama. Dah nak SPM main-main lagi. Tak reti duduk diam ke?" Kali ini aku membalas ejekannya.
       "Bukan saya yang mulakan cikgu."
       "Dah, diam. Dengar kawan kamu nak baca." Aku duduk kembali. Tak berani kutoleh ke kiri mahupun kanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 02:41 PM | Show all posts
Semenjak itu aku dan Fareez menjadi kawan baik. Walaupun dia lebih tua setahun dariku, dia begitu memahami segala sikapku. Ada diantara rakan sekolahku ada yang cemburu melihat keakraban aku dan dia begitu juga sebaliknya. Tak aku nafikan Fareez seorang pelajar yang aktif dan digilai oleh ramai pelajar sekolahnya kerana wajahnya sememangnya tampan. Ada diantara rakan sekelasku yang cuba untuk melaga-lagakan aku dan Fareez. Ada juga yang memuji kerana aku memiliki Fareez. Apa? Ingat aku bercinta ke dengan Reez? Never! Aku naik meluat bila ramai pelajar perempuan sekolahku memuji ketampanan Fareez. Pada aku dia memang biasa seperti lelaki lain sebab aku dah selalu bersama dengannya.

       "Kau tahu tak Yan, aku tak sangka budak hingusan tu ada balak hensem. Ni mesti ada apa-apa ni"
       揃iasalah tu, orang tak sedar diri. Kalau lawa tak apalah. Ini tidak dengan gaya kampung dia tu. Kalau aku jadi budak hensem tu.... Tak kuasa aku nak layan perempuan perasan macam tu."
       "Alah, Mas. Aku rasa budak hensem tu dah kena guna-guna tak? Sebab tulah awek cun macam kita ni dia tak pandang."

Aku mengundurkan langkahku. Cun? Uwek! Perasan sungguh kau Yanti... Mastura. Walaupun aku taklah se'cun' korang berdua, tapi aku akan buktikan satu hari nanti. Biarlah selekeh macam mana pun aku sekarang tapi aku akan jadi best student
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 02:43 PM | Show all posts
"Anaz. Apa kau buat kat sini?" Tegur Nurul.
       "Eh, Nurul. Hanum mana?"
       "Dia pergi koperasi. Hah, tu pun dia dah balik. Kau dah makan?" Aku menggeleng.
       "Eh oklah aku nak balik kelas dulu. Lepas ni ada kelas add math."

Aku berlalu meninggalkan mereka. Mereka merupakan teman baikku sewaktu tingkatan tiga dahulu tapi kini dia ditempatkan dikelas lain. Dan kin aku menyesuaikan diri dengan teman sekelasku yang lain.

       "Anaz. Kau tahu tak?"
       "Apa dia? Tiba-tiba je tanya aku?"
       "Kau dapat jadi pengawas." Jawab Amie sambil tersenyum.
       "Kau buat lawak negara ke?"
       "Hai.. Tak percaya?" Aku menggeleng.
       "Nah. Surat persetujuan perlantikan dari cikgu." Amie menghulurkan sekeping kertas. Aku pantas menyambutnya.
       "Thanks"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 02:45 PM | Show all posts
Sekeping kad berwarna biru kuterima daripada Fareez. 'Congratulation diatas perlantikan sebagai seorang pengawas. 'Wish you all the best.' Eh mana dia tahu?
       "Hello, Reez?" Jeritku ketika menjawab panggilan telefon itu.
       "Dah dapat kad?"
       "Thanks for the card. I appreciate that"
       "Reez nak tanya sesuatu."
       "Apa dia?"
       "Shah... macam mana?" Aku diam.
       "Dia pun dapat jadi pengawas."
       "Itu Reez tahu. Anaz... lupakan perkara yang dah berlaku ok? Sekarang ni Anaz ada tanggungjawab tau"
       "Thanks Reez."

        *****                        *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 12:16 PM | Show all posts
Zita berjalan perlahan-lahan kearah Anaz. Dia hairan melihat Anaz yang sejak tadi merenung ke luar. Biasanya dia tak macam tu. Mesti ada yang tak kena ni...

       "Woi... ingat buah hati ke?" Sergah Zita. Aku mengurut dada.
       "Zita!"
       "Hah. Aku nak keluar makan. Nak pesan apa-apa?" Anaz menggeleng. Ish, apa kena dengan si Anaz ni?

              ***************                              *************

       "Sampai hati kau tak beritahu aku yang kau kenal Anaz, Reez."
       "Manalah aku tahu yang freshie kau nak tu Anaz."
       "Kau memang teruk!"
       "Tak guna kalau kau nak 'ayat' dia pun. Aku kenal sangat dengan dia tu. Dia bukan nak pun."
       "Apasal lak? Aku ni hensem apa?"
       "Sudahlah tu. Aku dah lama kenal dia. Lagipun dia ngan aku bukan ada apa-apa pun."
       "Ah malaslah layan kau. Aku nak keluar." Azrul bergegas keluar dari biliknya. Zul, Zul. Pasal Anaz pun kau sanggup bertekak dengan aku.

                 **************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 12:18 PM | Show all posts
"Hello, Anaz. Abang Reez ni" ujar Reez sebaik terdengar suara yang amat dikenalinya itu.
       "Abang Reez! Kenapa lama tak call? Sejak dapat offer masuk U Anaz dah dilupakan ke?"
       "Tak adalah. Amacam study? Dah ready? SPM lagi sebulan."
       "Yes Sir. I'm ready for the battle. Eh, abang Reez dapat masuk mana?"
       "Mana boleh bagi tahu. Nanti Anaz pun sibuk nak ke sana. Kalau Anaz, dah plan nak pergi mana?"
       "Rahsialah. Kalau sama nanti, bila Abang Reez jadi fasy, Anaz dibuli."
       "Tak pe. Reez tak nak call lagi."
       "Eleh, tak pe Anaz cari pakwe hensem suruh call tiap-tiap hari."
       "Ish, sapelah yang malang itu." Anaz terdiam seketika.
       "Anaz kenapa ni?"
       "Anaz sedar siapa Anaz ni Reez. Tak lawa macam aweks Reez tu" Fareez tergamam.
       "Sorrylah Anaz. Abang Reez gurau je"
       "Anaz dah biasa dah."
       "Oklah Anaz. Nanti Abang Reez call lagi. Member dah panggil tu. All the best to you."

Fareez meletakkan gagang. Anaz...Anaz. Kau mudah sangat terguris. Kau tak sedar yang kau juga lebih cantik seperti mereka. Kau tidak seperti mereka yang membanggakan kecantikan dan menyalahgunakan keistimewaan itu. Reez doakan kau berjaya Anaz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 12:22 PM | Show all posts
Semenjak bertemu Fareez, aku kerap keluar bersamanya. Tapi yang masalahnya Zita dan Zul tu selalu saja mengelak bila diajak study sama. Mujurlah Fareez ada untuk menemani aku. Sejak Fareez menjadi rapat denganku, ramai student perempuan yang cemburu. Ada yang kecewa dan ada yang tidak berputus asa untuk mengurat Reez. Zita pula sejak akhir-akhir ni selalu saja menghilangkan diri. Entah kemana dia pergi. Zul juga begitu. Setiap kali Fareez mengajak keluar sama, berbagai alasan diberikan. Aku yang sering sendirian. Reez tak payah cakaplah, kalau dia boring ramai yang offer nak keluar dengan dia. Memang romeo betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 12:29 PM | Show all posts
"Anaz, kau perasan tak yang kau ni dah berubah?"         
       "Berubah? Kenapa Reez kata macam tu?" Aku merenung Fareez.         
       "Sebab sekali pandang Reez tak fikir Anaz berada di depan Reez."  
       "Dah tu yang berdiri ni siapa? Hantu?"         
       "Taklah. Seorang awek cun." Jawab Fareez bersahaja.  
       "Ha...ha.... Ha... very funny. Kelakarlah tu."         
       "Reez kata yang benar."         
       "Anaz kenal siapa diri Anaz, Reez."  
       "Kau suka merendah diri. Tak elok tau. Masa sekolah dulu bebudak tu jeles tengok Anaz dengan Reez. Kau sure ingat masa Reez datang raya kat rumah Anaz dulu?" Aku mengangguk.  
]      "Kenapa? Yang Reez tercegat kat pintu tu?"   
       "Masa tu Reez ingat kakak Naz."
       "Yelah. Masa tu kau buat road block kat pintu rumah...."  
       "Reez tak pernah tengok Anaz pakai baju kurung. Tak sangka cun juga awek aku yang sorang ni."
       "Sudahlah tu. Boring aku dengar."

Fareez mengangguk faham. Dia tahu aku bukan orang yang suka dipuji pasal kecantikan. Aku tahu dia cuma mahu mengambil hatiku.dia banyak membantu dan melayan kerenah aku. Semenjak abang Am bertunang, Fareezlah tempat aku mengadu masalah. Nak harapkan Lan? Tak boleh simpan rahsia. Dulu, Abang Amlah tempat mengadu masalah aku, tapi sejak dia sibuk, ada baiknya aku tidak menganggu dia dengan bermacam lagi masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:58 PM | Show all posts
lap::clap::clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 05:42 PM | Show all posts
...lagik..lagik...dah lagik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2007 04:44 PM | Show all posts
Sejak akhir-akhir ni kulihat Zita happy semacam. Sentiasa tersenyum. Dah tu siap menyanyi lagi. Sampaikan aku tegur pun dia tak dengar. Kadang-kadang ada juga aku lihat dia bawa balik bunga. Malas aku nak tanya siapa yang memberi. Ni mesti kes bercinta ni. Tapi dengan siapa? Pandai betul kau simpan rahsia Zita. Kau tunggulah, bila assignment aku dah siap, aku korek segala rahsia kau tu. Sekarang aku memang tak ada masa untuk membuat sebarang temubual ekslusif dengan kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2007 04:45 PM | Show all posts
Aku memandang ke luar asrama. Seronok melihat student disini keluar berjalan-jalan dengan pasangan masing-masing. Seronok betul korang bercinta. Cinta? Buat apa aku cari cinta yang tak wujud dalam diri aku ni? Zita, andaikata kau benar-benar bercinta sekarang ni, berhati-hatilah. Aku tidak mahu melihat kau kecewa. Mungkin kerana aku pernah kecewa. Bukan sebab gagal bercinta. Tapi gagal mengawal keadaan semasa bercinta. Maklum sajalah masa tu orang kata cinta monyet. Orang lain bercinta, aku pun nak ikut sama. Masa itu aku masih ditingkatan tiga. Tahun untuk aku menduduki PMR. Cuba rapat pula dengan seorang pelajar tingkatan lima. Tak sampai tiga bulan, dah putus. Razman. Ya nama itu pernah menjadi igauan ngeri pada aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2007 04:49 PM | Show all posts
Dia memang pandai mengambil hati aku. Dia kacak dan pandai. Tapi aku tak sangka dia pun sama macam lelaki lain. Pantang nampak perempuan 'dahi licin' sikit, naik mianglah dia. Nasiblah aku tak bercinta separuh mati dengan dia. Aku memang tak pernah ambil serius hubungan antara aku dengan dia. Aku cuma mahu cuba untuk berjinak-jinak denga cinta monyet yang dikatakan seronok. Ini kerana dalam masa yang sama, hati aku berjaya diketuk oleh pelajar yang sebaya denganku. Tapi sayangnya, cuma aku yang bertepuk sebelah tangan. Dia seolah tidak pernah menyedari kewujudan aku di sekolah itu. Maklum sajalah, dia seorang pelajar yang good looking. Tidak hairanlah jika dikatakan mempunyai awek keliling pinggang. Aku mendapat tahu tentang dia dengan lebih dekat pun setelah teman rapatku bercinta dengan seorang kawan baiknya. Disebabkan terlalu memikirkan tentang dia, aku terperangkap sampai mempengaruhi keputusan peperiksaan aku. Eh, kenapalah nak diingatkan perkara yang dah berlalu tu? Dah lima tahun perkara tu berlalu. Tak patut aku ingatkan lagi. Sekarang mungkin dia dah bahagia menjalani kehidupan dia sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075543 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list