|
Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal
[Copy link]
|
|
salam
ya tak ya jugak
AL QURAN pun diturunkan kepada SEORANG yang BUTA HURUF
tapi tak tahulah adakah HATINYA BUTA jugak?????
sedangkan kini AL QURAN dgn kesempurnaannya
DAN JIWA SERTA PENYEMPURNAANNYA
atau masih buta, bisu dan pekakkah??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 8-11-2006 10:44 AM
salam
bukan BERPELUH kerana diKATAKAN SESAT
tapi PALING TAKUT kalau MENYESATKAN MAKHLUK YANG LAIN
sungguh TAKUT di HADAPANNYA NANTI
teringat PESAN NABI:
MAKIN BANYAK PENGIKUTNYA MAKIN BANY ...
Salam OB dan semua..............
Betulkah itu pesanan Baginda Nabi Muhammad? Bukan kata-kata orang lain dan memalsukan label?
Jadi bagaimna kalau saya katakan:
Marilah bersama-sama menjadi pengikut yang hanya mengikat dirinya kepada 'tali' ALLAH yang satu
Iaitu ISLAM yang tiada berlabelkan apa-apa samada didepan mahupun dibelakangnya!
ISLAM yang semata-matanya ISLAM,
ISLAM seperti ISLAMnya Nabi Ibrahim
ISLAM seperti ISLAMnya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ALLAH
ISLAM seperti ISLAMnya Nabi Muhammad SAW
ISLAM seperti ISLAMnya sahabat-sahabat Nabi sebelum Baginda wafat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 9-11-2006 09:21 AM
salam
ya tak ya jugak
AL QURAN pun diturunkan kepada SEORANG yang BUTA HURUF
tapi tak tahulah adakah HATINYA BUTA jugak?????
sedangkan kini AL QURAN dgn kesempurnaannya
DAN JIWA SERTA PENYEM ...
Terpanggil untuk turut berkongsi pendapat...:gado:
Kenyataan itu menarik untuk direnung...dengan penambahan dan pernyataan ayat dr surah Ali Imran 3:7.
"....dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal" :bodek:
Dan ayat dr surah al Waqi'ah 56: 77-79 ".....tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan."
Jadi sama-sama ler kita renung2 kan...:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 3-11-2006 03:42 PM
Al-Quran telah pun ditafsirkan dengan sempurna dan lengkap oleh para Immah yang dilantik. Itulah antara tugas dan tanggungjawab mereka agar melindungi kitab suci tersebut daripada diselewengkan dar ...
Kat mana yer nak dapatkan tafsiran lengkapnyer??? :no:
Rasanya isi kandungan alQuran masih belum dijelaskan sepenuhnya sehingga kemunculan alQaim...:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam fluerzsa dan semua,
Originally posted by fleurzsa at 3-11-2006 04:03 PM
Salam,
Tgh dpt idea ni... sekarang agak sebuk so I buka thread dulu.... nanti lupa lak.
So sesiapa ada pandangan sila kemukakan utk perbincangan bersama.
Ada masa nanti I kasi pandangan la ...
Dah jauh kami disini mentafsirkan tajuk yang fluerzsa kemukakan ini dan amat menghargai sekiranya pandangan, dari masa yang Allah peruntukan untuk fluerzsa, dibentangkan dalam masa terdekat ini. Anggaplah ini sebagai peringatan agar tidak lupa.
Saya disini ingin menasihati diri sendiri, fluerzsa dan semua agar mengamalkan perintah yang Allah yang terdapat dalam ayat 18:23 dan 18:24. Mudah-mudahan Allah memberikan kita petunjuk kepada sesuatu yang lebih dekat dengan kebenaran.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
MAKIN BANYAK PENGIKUT MAKIN BANYAKLAH SYAITANNYA dan
SESUNGGUHNYA BERBICARA ITU SIHIR
saya akuinya walaupun ada yg mengatakannya PALSU
dan kerana ada keterangan yg mengatakan NABI melarang para sahabatnya
bertanya bahkan mereka mengharap org dusun yg cerdik bertanya
masalah kpd NABI ( lebih kurang gitu ceritanya) dan
JANGANLAH KAMU MENJADI SEPERTI ORG TERDAHULU
MEREKA BINASA KERANA BANYAK BERTANYA?????????
mungkin ini HADITH PALSU jugak kotttt?????
ya BENAR kata saudara
marilah kita ISLAM sebagaimana PARA PARA NABI
dan TIDAK ADA PERBEZAAN ANTARA SEORANG RASUL DGN YANG LAINNYA
DAN KITA BERIMAN KEPADA MEREKA SEMUA........
buat saudara damat
kalau boleh saudara POSTkan sekali AYAT TUHAN tuuuuu
kan BAIKKAN MEMBACAKANNYA KEPADA MANUSIA YANG LAIN
SEMOGA ADA YANG MENGAMBIL PELAJARAN |
|
|
|
|
|
|
|
al quran di tafsirkan menggunakan akal
kita boleh mentafsir al-quran menggunakan akal. tapi akal yang mcm mana. Yang hanya cerdik saja kah? akal yang berilmukah? atau akal lay man sahaja. Selalu nya kita ni manusia akan terhala kepada keperluan dan kegunaan kita bila kita mentafsir al quran.
Jadi kalau saintis mungkin akan ambil bahagian al-quran yang terbabit dgn sains shj. Ekonomi ambik bab ekonomi , dll lah. Namun sebelum nak ambik bah itu dan ini pengetahuan asas mengenai bidang itu dan ini mesti kena ada. tak ler hentam keromo aje. biar akal yang akan di gunakan itu cerdik. jadi tak ler bah ekonomi di tafsir oleh saintis mengikut ilmu sainsnye sahaje.
Tapi pun yang penting kenalah diingatkan bahawa ada bahagian yang tak dapat di jangkau oleh akal dan kita amnya tak lah boleh mendahului tuhan dalam mentafsir al quran ini. Sebabnya isi kandungan al - quran ini alive sampai kiamat dan tuhan akan mentafsirkannya kepada kita hingga itu. |
|
|
|
|
|
|
|
menggunakan akal yang sihat...  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orangbesi dan semua,
Originally posted by orangbesi at 11-11-2006 11:16 AM
salam
buat saudara damat
kalau boleh saudara POSTkan sekali AYAT TUHAN tuuuuu
kan BAIKKAN MEMBACAKANNYA KEPADA MANUSIA YANG LAIN
SEMOGA ADA YANG MENGAMBIL PELAJARAN
Saya agak kurang jelas dengan sikap saudara orangbesi. Saudara menyuruh saya 'POSTkan' sekali AYAT TUHAN sedangkan saudara sendiri tidak melakukannya. Saya dapati penulisan-penulisan saudara kebanyakkannya berlandaskan ayat-ayat Allah tetapi setakat yang saya ketahui saudara tidak 'POSTkan' sekali AYAT TUHAN. Sebenarnya saya kagum dengan kemampuan saudara mentafsirkan ayat-ayat Allah dan menjadikannya sebahagian dari penulisan atau penyampaian saudara. Sempena berpesan-pesan demi kebenaran, saya 'POSTkan' sekali AYAT TUHAN yang berikut ini;
61:2. Wahai kamu yang percaya, mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat.
61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat.
Kalau boleh saya juga berharap saudara orangbesi mengasingkan kenyataan ahli-ahli forum yang lain dengan komen saudara, agar mudah difahami oleh mereka yang lain terutamanya mereka yang tidak mengikuti sesuatu topik dari awal. Ini dapat mengelak dari tersalah tafsir dan fitnah.
Saya sebolehnya mahu meminimakan 'POSTkan' sekali AYAT TUHAN kerana mendapati yang kebanyakkan ahli forum disini telahpun mempelajari dan mengetahui isi kandungan Al-Quran. Lagipun rujukan terjemahan 'BACAAN', oleh Othman Ali, yang saya gunakan kadang-kadang kurang disenangi oleh segelintir ahli forum(dari pengalaman di laman lain). Yang paling penting, saya tidak mahu ayat-ayat Allah yang saya kemukakan dipersendakan oleh manusia lain yang semata mahu membenarkan amalan mereka. Ini telah terjadi sebelum ini dan masih berlaku dilaman ini dan dilaman-laman lain dan oleh semua fahaman. Harap saudara-saudari memahami dan menghormati pendirian saya ini. Jika benar-benar saudara atau saudari belum pernah mendengar ayat-ayat berkenaan dengan sesuatu hujah atau pandangan yang saya ajukan, silalah minta kepada saya. Insyaalah, saya akan mengemukakannya secepat mungkin. Sebagai menyahut permintaan orangbesi berikut adalah terjemahan ayat-ayat 18:23 dan 18:24;
18:23. Dan janganlah berkata terhadap sesuatu, "Aku akan membuat itu esok",
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah menghendaki"; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakanlah, "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 10-11-2006 12:37 AM
Kat mana yer nak dapatkan tafsiran lengkapnyer??? :no:
Rasanya isi kandungan alQuran masih belum dijelaskan sepenuhnya sehingga kemunculan alQaim...:tq:
Tafsiran yang lengkapnya akan sentiasa terdapat dari masa ke semasa menerusi garis panduannya yang telahpun ditetapkan oleh para Immah. Persoalan-persoalan semasa sentiasa berubah dan berbeda mengikut waktu tersebut dan perlu ditafsir mengikut keperluan waktu itu. Kemunculan alQaim justeru melengkapkan tafsiran sepenuhnya untuk dipatuhi sebelum Hari Akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Memerhati dari sudut yang sedikit berbeza, saya mendapati amalan mentafsirkan Al-Quran adalah bersamaan dengan amalan mentafsirkan Agama Allah, iaitu Islam. Ini adalah kerana Al-Quran adalah Islam dan juga sebaliknya. Mungkin saudara dan saudari bersependapat dengan saya bahawa agama adalah peraturan hidup dan bagi mereka yang mengakui Islam sebagai agamanya, maka Al-Quran adalah peraturan hidupnya. Dengan ini, adalah tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa jika seseorang Muslim mentafsir atau mengupas kehidupannya, maka yang turut ditafsir atau dikupas adalah Islam dan Al-Quran.
Satu contoh terdekat untuk direnungkan bersama ialah perbincangan yang berlaku ditopik 'Al-Quran dlm henpon'. Ahli-ahli forum mengupas satu permasalahan yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam Al-Quran atau mana-mana kitab terdahulu yang mentafsirkan Al-Quran. Saya tertarik dengan huraian ahli forum, yang menggelarkan dirinya 'aabu', yang mengaitkan memori Al-Quran dalam telefon bimbit dengan Al-Quran yang terdapat dalam akal dan hati seorang al-hafiz.
Originally posted by aabu at 20-9-2006 09:25 PM
SOftware tu kira memori type laaa.
Kalau org al-hafiz tak leh masuk tandas juger laa sbb ada ingatan al quran dalam memori , cuma dia tak baca shj dalam tandas..
orang2 biasa pon tak leh masuk juga kalau ader hafal quran. Susah la nak jadi orang islam kalau macam tu..Semua tak boleh...
Ianya satu huraian yang bertepatan dengan Al-Quran kerana sememangnya tiada larangan dari Allah untuk membawa Al-Quran kemana sahaja.
Perkara yang menjadi larangan suatu masa dahulu, iaitu membawa Al-Quran ketandas, kini ditafsirkan semula dan diberikan nafas baru tanpa merujuk kepada mereka yang bergelar 'ulama' atau 'mufti'. Keputusan dicapai dengan hanya mengamalkan corak berfikir yang sederhana dan logik. Dahulunya, perbuatan mengeluarkan hukum dengan mengenepikan 'ulama' atau penguasa agama dianggap melampau dan boleh diistiharkan sesat. Ini satu lagi perubahan besar yang berlaku dalam masyarakat dan konstitusi 'Islam' dewasa kini..
Dalam perjalanan meniti kehidupan, seseorang Muslim tidak dapat mengelak daripada mentafsirkan Al-Quran apabila berhadapan dengan sesuatu pembaharuan atau perubahan yang sentiasa berlaku dalam kehidupan. Akal, yang berpandukan Al-Quran, mesti digunakan untuk menilai kesan-kesan dan risiko-risiko pembaharuan atau perubahan tersebut. Sebelum keputusan dicapai, proses mentafsirkan Al-Quran perlu dilakukan dengan cermat dan penuh keikhlasan agar keputusan yang bakal dibuat adalah tepat dan bersesuaian dengan kehendak Allah.
Tidak dapat disangkal yang tafsiran tersasar dari maksud asal ayat-ayat Allah akan berlaku dan bagi mereka yang menuluskan agama hanya untuk Allah , semua yang berlaku mengandungi hikmah disebaliknya. Saya sendiri pernah beberapa kali mentafsirkan agama dengan cara yang salah tetapi jika dikaji kesan positifnya, saya dapat memahami berbagai fahaman yang terdapat dalam 'Islam' yang menjadi bekalan untuk menghadapi ujian ditahap yang seterusnya. Tidak dinafikan yang ilmu-ilmu dan amalan-amalan yang saya amalkan sebelum ini, yang selain dari yang terdapat dalam Al-Quran, membawa saya mendekati dan memungkinkan saya untuk beramal dengan Al-Quran. Sebagai contoh; Semasa mempelajari seni persilatan, saya mendampingi Al-Quran untuk mendapatkan ayat-ayat yang dikatakan boleh menjadikan seseorang itu kebal atau ghaib dsbnya. Dari situ bermulalah 'pengembaraan' beramal dengan ayat-ayat Allah. Beransur-ansur matlamat atau niat pembelajaran berubah dan diri diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan tadinya.
Apa yang ingin saya ingin sampaikan ialah kita perlu mengikis persepsi bahawa hanya mereka yang bergelar 'ulama' yang ditauliahkan sahaja yang layak mentafsirkan Al-Quran dan kita yang berada dikasta yang rendah tidak berhak untuk berbuat demikian dan hanya layak menjadi pak turut sahaja. Tauliah yang manusia anugerahkan tidak bernilai disisi Allah sekiranya dia tidak mahu tunduk kepada perintah Allah yang terkandung didalam Al-QuranNya. Malah ada 'ulama' yang secara terangan mengingkari perintah Allah dengan mengambil upah dalam menjalankan tanggungjawab agama.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 12-11-2006 11:55 AM
Apa yang ingin saya ingin sampaikan ialah kita perlu mengikis persepsi bahawa hanya mereka yang bergelar 'ulama' yang ditauliahkan sahaja yang layak mentafsirkan Al-Quran dan kita yang berada dikasta yang rendah tidak berhak untuk berbuat demikian dan hanya layak menjadi pak turut sahaja. Tauliah yang manusia anugerahkan tidak bernilai disisi Allah sekiranya dia tidak mahu tunduk kepada perintah Allah yang terkandung didalam Al-QuranNya. Malah ada 'ulama' yang secara terangan mengingkari perintah Allah dengan mengambil upah dalam menjalankan tanggungjawab agama.
Bukankah anda juga mempunyai akal untuk memilih ulama mana yang layak ataupun tidak dari menurut pandangan akal anda. Kalau semua orang nak jadi ulama..payah ler! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Gravedigger dan semua,
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2006 12:15 PM
Bukankah anda juga mempunyai akal untuk memilih ulama mana yang layak ataupun tidak dari menurut pandangan akal anda. Kalau semua orang nak jadi ulama..payah ler!
Payah untuk bertemu dengan 'ulama' yang membuat apa yang mereka mengatakan. Kebanyakkan mereka mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi pada masa yang sama mempersekutukan Al-Quran dengan sesuatu yang lain.
Cuba saudara fikirkan pula mengapa tiada penyatuan antara umat Islam dan hingga sekarang 'ulama-ulama' yang mengaku diri mereka sebagai pewaris Nabi gagal melaksanakan apa yang telah Nabi laksanakan? Yang jelas sekarang ini, darah sesama Muslim menjadi halal dengan mentafsirkan agama menurut agenda 'ulama-ulama' mereka.
Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang Allah telah berikan kepada saya, saya lebih selesa dan yakin untuk menikmati anugerah Al-Quran dengan beramal dengan apa yang Allah turunkan dan ajarkan kepada saya.
Saya hanya menuntut hak saya sebagai hamba Allah dan tidak lebih dari itu. Jika Allah tidak mahu menunjuki saya, tiada siapa yang boleh mengubahnya. Dan Allah tidak akan mengubahnya selagi saya sendiri tidak mahu menunjuki diri saya sendiri.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2006 12:15 PM
Bukankah anda juga mempunyai akal untuk memilih ulama mana yang layak ataupun tidak dari menurut pandangan akal anda. Kalau semua orang nak jadi ulama..payah ler!
Salam grave..........
Ulama' itu asalnya perkataan Arabkan?
Apa erti terdekat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris?
Semuga kita tidak menyempitkan erti Ulm sebagai kata dasar dan kita lebih bebas dan tidak terikat dengan aturan ketat ciptaan manusia yang berkepentingan(pada masa itu). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 12-11-2006 01:51 PM
Salam Gravedigger dan semua,
Payah untuk bertemu dengan 'ulama' yang membuat apa yang mereka mengatakan. Kebanyakkan mereka mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi pada masa yang sama mempersek ...
Salam damat dan semua..................
Hanya yang berani merungkai rantai taklid kepada manusia sahaja yang dapat mencergaskan aqal agar kembali memandu hidup seperti yang ALLAH kehendaki dengan merujuk pada "manual" yang ALLAH reckon! Inilah yang menjadi seolah-olah satu cecair likat yang payah untuk kita renangi demi untuk mencapai keseberang, Nampak jelas, betul dan lurus, tetapi sukar untuk didekati kerana badan yang mahu kesana dilawan arus yang kuat dalam cecair taklid yang pekat......
ALLAHU A'LAAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam ayyohpeen, Gravedigger dan semua,
Originally posted by ayyohpeen at 12-11-2006 02:24 PM
Salam damat dan semua..................
Hanya yang berani merungkai rantai taklid kepada manusia sahaja yang dapat mencergaskan aqal agar kembali memandu hidup seperti yang ALLAH kehendaki d ...
Teringat sepotong ayat dari talkin yang selalu diperdengarkan kepada simati yang baru dikebumikan yang lebih kurang berbunyi seperti berikut;
Wahai si polan bin atau binti si polan, apabila Malaikat Munkar dan Nakir datang kepadamu bertanyakan, "Siapakah imam kamu?", hendaklah dengan tenang kamu menjawab, "Al-Quran menjadi imamku."
Sayangnya orang yang mati tidak dapat mendengar dan orang yang masih hidup hanya sekadar membenarkan (lafaz 'amin') tanpa mahu mengambilnya sebagai pengajaran.
Saya terfikir dan tertanya, mengapakah 'ulama' berlepas diri diwaktu ini? Diwaktu simati bersendirian didalam kubur. Sepatutnya diajarkan simati itu menjawab, "Si anu bin si anu menjadi imamku."
Nota: Si anu bin si anu merujuk kepada nama 'ulama' yang menjadi ikutan(imam) simati semasa hidupnya.
Memang benar 'ulama' sungguh berilmu kerana mereka mengetahui adanya ayat-ayat Allah yang memberitahu seperti berikut ini;
2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
Jika tak silap saya, talkin untuk simati adalah perbuatan bidaah menurut fahaman Wahhabi dan perbuatan bidaah adalah sesat menurut fahaman itu lagi.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 12-11-2006 07:32 PM
Salam ayyohpeen, Gravedigger dan semua,
Teringat sepotong ayat dari talkin yang selalu diperdengarkan kepada simati yang baru dikebumikan yang lebih kurang berbunyi seperti berikut;
Wahai s ...
Salam damat dan semua........
Semuga ada sesuatu dari sdr Grave mengenai Imam berbanding Imam yang disebut dalam Talqin.
Dan mohon kepada damat untuk pastekan ke topik yang berkenaan atau damat sendiri boleh pastekan ke tajuk mengenai Hadith Mengenai Talqin Lemah? oleh Hacker GUY. |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun alaikum ayyohpeen,
Originally posted by ayyohpeen at 12-11-2006 08:05 PM
Dan mohon kepada damat untuk pastekan ke topik yang berkenaan atau damat sendiri boleh pastekan ke tajuk mengenai Hadith Mengenai Talqin Lemah? oleh Hacker GUY.
Saya benarkan ayyohpeen untuk 'paste'kan ketajuk yang ayyohpeen maksudkan.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 12-11-2006 09:41 PM
Salamun alaikum ayyohpeen,
Saya benarkan ayyohpeen untuk 'paste'kan ketajuk yang ayyohpeen maksudkan.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam.
Dah saya lakukan...............
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2006 09:50 AM
Tafsiran yang lengkapnya akan sentiasa terdapat dari masa ke semasa menerusi garis panduannya yang telahpun ditetapkan oleh para Immah. Persoalan-persoalan semasa sentiasa berubah dan berbeda m ...
Boleh diterima akal sihat...:love: |
|
|
|
|
|
|
| |
|